Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 29, 2008

kelip-kelip + terkepit


maaf lame xpost entry br..
bp ari dah ek..
xtau ape nk citer..
weekend aku cam biase saje..
sabtu bz setelkn hal vf..
ke pertama,pudu n maluri..
g usha piala futsal n boling vf..
then trening futsal n bowling..
yg best pon kali ni.. trening futsal ..ramai ppn..
syioookk skit nk men..
then trening boling ramai giler dak vf dtg..
dr utara n dr selatan pon ade..
da jd cam mini gath lak :p
point aku agak menbanggakn juge lah..
ni gegara bet dgn wawad..
memsg tercaba.. haha amek 160point.. hoye hoyee!!
biler da ramai pephm je la ..meriah cam kenduri je..
keh keh keh..


ahad aku dok umah je..
melayan tv yg da lame xditgok :p
on9 kejup kejup dload lagu..
then mlm lyn tv lg..
pastu tidoOoo..
syioOokk nye..
xpuas lak rase rehat sehari je ..ngeee

yg aku nk cite pjg lebar nye ilh psl smlm..
smlm aku ade keje lua ..
cam biase ke jln duta..
sampai je sne ..
dpt call.. from wawad..
muahahahaha nk wat panggilan hangit kunun ..
xjadikkkk..
seb bek aku ni bijaksane org nye.. ngeh ngeh ngeh..

elok selesai je keje ..
aku terus blah..
tahan cab n blk..
da xthn mo blk..
penat semcm rsenye..
bayang katil je dlm taxi..
aniwei ni nk cite psl driver taxi yg aku naik kali ni..
laki india muda..
mule tgok cam takot skit la ..
tp lelme leh plak jd kwn burak ..hehe
memcm cite kua..
psl jln jem lah ape la..
tp plg best psl 'kelip kelip'
org puteh pangey 'firefly'
dia ckp dia mo bwk tourist ke kuala selangor..
mo tgok kelip kelip..
'best!' dia ckp kat aku lg..
sbb sne plg byk skali kelip kelip kua waktu memlm..
dia cite ah serba skit psl kat kuala selangor tu..

dlm pale aku dok imagine..
aku br je lalu kwsn tu..
lalu mse nk ke teluk intan cuti raye cine dlu dgn dak vf
ade lalu jln kuala selangor..
aku de la nmpk signboard psl 'kelip kelip ' tu..

aku bkn xpnh tgok kelip kelip..
kat kg ade je..
tp ni len skit..
kg jpe sekor dua je..
kat kuala selangor tu byk giler ..

so aku interview ah psl nk tgok kelip kelip tu..
taxi driver tu kate..
dia kat kwsn sungai kat satu kg..
nk g sne time memlm la
br leh nmpk kan..siang nk nmpk ape je..
ermm byrn sorg rm10 ..
utk nek perahu kat situ..
kire sightseing la ..
dgr cam teruja je aku..
taxi driver tu kate lg..
dlm dunia xbyk tmpt leh tgok kelip kelip byk tu..
malaysia ni antara a few tmpt yg ade..
tu ramai sanggup dr dr jauh..
cth mcm tourist yg dia nk bwk tu dtg dr Australia..
dlm ati terdetik ..
"aku yg dok Malaysia pon lom g tgok.. org lua negara bkn men sebok lg nk tgok .."
ngeeee..

biler eh mo tgok??
siyes teringin..
korg dah penah tgok tak??
mesti xpnh kan kan..
huhu..
ade yg plan nk tgok??
ajak la aku..
mo tgok la siyes..
tau je la kan aku ni suke berjln..
suke tgok tmpt best ..
tlg eh ajak :p
hik hik hik ...



oke now mo cite sedih skit..
smlm gak kejadian ni..
elok je aku nk trun dr taxi ..
akibat nk cpt..
sbb hujan da mula trun rintik rintik ...
"hujan rintik rintik ..air bergelora.. emak kasik duit .. adik pegi sekolah.."
igt tak lagu tu . keh keh keh..
mepek da aku..
oke rewind..
blk cite asal..
mse kua dr taxi tu..
mse nk tutup pintu tu..
tetibe... 'pap!' bunyi pintu ditutup..
tp yg pelik aku rse saket..
yg amat..
nk jerit je rsenye..
tp xkeluar..
tetgok...
huwaaaaaaaaaaa...
jari telunjuk aku terkepit kat pintu taxi tu ..
adessss saket xterkata..
cecpt aku kuakn jari n bia pintu tutup sendiri..
lantak sne xketat ke hape..
terus blah menahan kesakitan..
siyes sakit giler nak mampos..
tp lom mampos..
seb bek xabes kena kepit..
mo putussss..ngeee

sampai je umah..
aku terus caik mnyk gamat n sapu..
terus baring ats katil nk tido..
tp xleh.. saket sangat..
ade la setengah jam ..
kekdg urat cam tarik..
nk meraung aku dibuatnye..
biru da aku tgok :-s
uhuk...

sampai la skang..
masih saket..
taip xleh gne jari tu..
tekanan aku..
ni kuku cam da melekat sikit kat jari..
adess
cane ni cane..
uwaaaaaaaa...
[balasan kot.. dose tgl solat maghrib ari tu :-s.. haizzzz.. kan dah kena.. cash je tuhan byr skg.. padan la muka aku!!!]

end~!!

p/s : kelip kelip kusangka api.. jari aku saket lg :((

Friday, April 25, 2008

Renung² kan - Tauladan Kisah 10 Puteri

amek ini dr cik Bety :x.. mari baca dan renung²kan .. moga allah sentiasa melindungi dan memberi petunjuk pd kita dan mereka yg seagama dgn kita ..


10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan Satu kena rogol beramai-ramai Tinggal lagi Sembilan.

“Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?”
“Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki … tiga empat orang “
“Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami.”
“Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri.”
“Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita.”
“Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?”
“Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital . Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?”
“Kenal abah “
“Berapa orang ?”
“Empat “
“Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?”
“Seorang saja yang lain tidak tahu.”
“Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report!"


“Huuuuu dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! “
“Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut,tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!”
“Baju kita ini pun nampak pusat juga!”
“Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat.”


9 Puteri Tak Dilindungi BulanBerpesta seks - video lucah di apartmen Satu sempat dicekup pencegah maksiat Tinggal lagi lapan.

“Hah! Padan muka si Saman tu megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!”
“Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji.”
“Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macamtu . Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang.”
“Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!”
“Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.”
“Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!”


8 Puteri Tak Dilindungi Bulan Pergi ke konsert Jom Heboh Satu hilang ikut jantan Tinggal lagi tujuh.

“Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik ni. saya runsing sangat!”
“Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah dimana lagi !”
“Esok saya nak pergi jumpa bomoh tentu bomoh tahu. “
“Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap hari bulan, syirik .”
“Habis ?”
“Kita tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah.”


7 Puteri Tak Dilindungi Bulan Jadi GRO di Kelab Nilam Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh Tinggal lagi enam.

“Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!”
“Dunia sekarang memang kejam, puan anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?”
“Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik .”“Dia kerja apa di KL, tu?”
“Katanya pegawai eksekutif syarikat .”
“Syarikat apa, puan?”
“Kalau tak silap syarikat import eksport katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar bosnya baik selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali.”
“Oh?”


6 Puteri Tak Dilindungi Bulan Berpesta arak dan karaoke di kota Satu terus jadi pelacur Tinggal lagi lima.

“Hei anak bertuah! Kau tengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?”
“Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?”
“Kau cakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?”
“Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?”
“Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!”
“Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah?Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?”
“Dia tu bekerja, bukan?”
“Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?”


5 Puteri Tak Dilindungi Bulan Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap Tinggal lagi empat.

“Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. YangBerhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica!Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buatapa lagi untuk membebaskan anak kami.”
“Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil !Lagipun dia ditahan di Jamaica… ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia.”
“Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena naya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?”
“Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu.”


4 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bercinta dengan Mat Hitam Uganda Satu sudah murtad hendak kahwin Tinggal lagi tiga.

“Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?”
“Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!”
“Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?”
“Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline.”
“Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!”
Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api!Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!”
“Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?”
“Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!”
“Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?”
“Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi.”
“Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?”
“Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!”
“Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?”
“Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas dibelakang, tu.”
Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!


“Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!”
“Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!”
“Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!”
“Ah, ada yang parah nampaknya satu lagi nampak okey .”
“Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?”
“Bawa kawan saya keluar dulu, saya okey. Saya boleh keluar sendiri.”
“Mari kita angkat dia ramai-ramai jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.”
“Aaaarrrrgggg aaarrrrgggg ..”
“Masni.. Mas.. Mas mengucap mengucap Mas .”
“Aaarrrggg aaarrrggg .”
“Mengucap Mas ikut saya, mengucap … Laaa ilaaa haillallah Laaaailaaa haillallah .”
“Laaaa ilaaaa .”
“Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .”
“Laaa ilaaa .”
“Massss sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss sebut Laaailaaa haillallah.”
“Dia sudah tidak ada lagi dek “
“Masss sebut Laaa ilaaa haillallah Masss sebut”
“Dia dah tak ada, dek dah tak ada lagi !”
“Ah, Mas Mas mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss Laaa ilaaa,
tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !”
“Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?”


“… Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agamaIslam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasa lah amal usahanya (yang baik) di dunia dan diakhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”(Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)
“Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan ” (Kamus PengetahuanIslam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976,hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan Terjebak dengan kumpulan bohsia Satu ditangkap bunuh bayinya Tinggal lagi dua.

“Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu.Padan muka sudah kena tangkap.”
“Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah .”
“Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia.”
“Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi.”

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu Satu mati eksiden ketika lumba haram Tinggal lagi satu.

“Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! “
“Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit,jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?”
“Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi.Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!”

“Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk disitu sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi.Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja.Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!”

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan Sangat-sangat susah hati Termenung-menung seorang diri Bagai ayam mabuk tahi Rasa hidup sunyi sepi Berkurung dalam bilik setiap hari Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini Lalu terjun dari pangsapuri Langsung diapun mati

“Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam.Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.


Bil telefon melambung..

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!....


p/s : saje nk bg sume gelak =))

Thursday, April 24, 2008

merepek di tgh mlm ..

saat nie aku tgh menghilangkn stress...
da bp ari xon9 ym kat opis..
bz dgn workload ...
dak dak tu cfirm cr aku..
tu aku mls tu..
kang da on ym xsiap koje aku..
so betta offline je..

mlm ni bls dendam...
sambil on9 setelkn keje vf yg terbengkalai cam gajah mati je..
pastu sesambil tu ym sme aien n min..
sesambil tu gak .. tgn aku gatal g mengedit gmbr ..
ni kat bwh la asil nye..

da weng mse ni..
mepek je akunye keje nieh..
huhuhu..layan kan je la eh...
nk komen leh je :p
sy dak br bljr..
kalo slh wat bodoe je la ek
bwahahahahha








p/s : klik gmbr tu kalo nk view yg lg beso ye ... ;)

speed test

Speed test

huehuehue..
sy suda kena virus.. lps je wat mende nie..
mynnnnnnnnnnnnnnn...
slhkn mynnnn My Crime Partner ..
dia a nie suh wat mende ni..
warghhhh..
dpt skit je min.. uhuk..
nk try lg xkire xkire..
pesal leh 52 je myn nye 59 .. why? why ? ..

pd yg le len..
anda dinasehat buat test ni dan lihat la kepantasan anda pula ..

AWAS!!
kalo da addicted dont put da blame on me ya ..
slhkn myn sne.. ngeee...
aniwei ..best of luck dude!!


p/s : syiook woOo :x

Annabelle The Sheep

ni kesah si 'Annabella The Sheep'
bkn abeng kambeng mol tu ye ..
ni kambeng yg bername ..annabella yg sgt cute..
sgt pandai menari..
yg lawak bile tgok dia ikut je rentak lagu mp3 yg tgh dimainkan..

ni kalo kua lagu rentak dance..
cam lagu 'Low' or '4 minutes'
siap leh kua geng lg dua org menari kat blkg..
mmg layan ah mende nieh..
siyes .. asek nk gelak je tgok annabella n da gang menari =))

aniwei korg mesti nk taw mne aku dpt nie eh..
aku br je upgrade Real Player aku..
upgrade² kua ah mende alah nie as 'visualization'
cantekk sgt..

so ape lg ..
kalo korg nk tgok si annabella ni berjoget ..
upgrade la real player korg ..
lalalala..

p/s : xjd keje dok layan annabella nieh :p

Wednesday, April 23, 2008

Gelak guling²

Aku mahu share ini sama kamu sume ..
hikhikhik..
eh silap gelak ..
gelak tu utk memalu je..
ni kena gelak jahat..
pesal ntah lately ni jahat dan keji btol perangai aku..
muahahahahaha <--gelak cani br btol ..
ngeee :p

ape mende yg jahat aku buat eh..
ermm .. xmo ah cite sini..
hanya org tertentu je yg taw.. huhuhu..
mereka juge stuju tindakan aku sgt jahat..
ala notty seskit je kan kan kan..
gegurau oke..
xleh gurau pi kuala kurau sne..

so ni dia mende yg aku nk share sgt sama korg..
ade yg dah taw psl nie..
tp xkire ..
aku nk letak dlm blog ni gak..
nk korg gelak sesame ..
geguling oke..

mende ni ah yg wat aku cam org gilak senyum sengsorg dlm elarti ..
mengong btol..
kompen org keliling igt aku gilak ..
nooOo.. am not insane..
just a lil bit prob wit my otak ..
keh keh keh.. mari lihat ini..
make sure lihat keliling dlu ye..
oke line clear?? .......

tadaaaaaaaaaaaaaaaa.....


saksikn la aksi² menarik yg bakal di persembahkn mse olimpik d beijing nnt ..

Acara Sukan - Renang Berirama


Solo

Berpasukan

Berirama :|

wakakakaka... adesssss
aku mmg xleh tgok pict yg berirama tu..
lawak gilerrr...
adehhhh...

p/s : sila jgn tiru aksi ini di rumah .. kat sg xpe.. :p

Monday, April 21, 2008

Trip yg sgt best ~!!!

Last friday aku de inform mo ke Melaka kan..
tiz time around aku pegik dgn tujuan utama nk ke Picom Fair di Mlk..
huhuhu.. nape xpercaye??
sampai ke melaka aku g pc fair... ngeee..
xpuas la ari tu jejln yg kl nye pc fair..

kali ni aku ke mlk dgn 5 org member vf aku..
faiz weng, zana, aki, intan jazz n intan pan..
kami bkn takat nk ke pc fair je..
kami nk wat memcm xtvt..
sgt teruja sblm pegik tu..

as per deal..
kua dr kl dlm pkol 3.30 ..
singgah rehat n solat kat RnR seremban ..
then meneruskn perjlnan terus ke Tangkak..

aceli kami ke tangkak sbb kat sne tmpt kami nk menginap ..
kat umah sorg lg member Vf yg mmg dok sn but bekerja di melaka ..
nme nye Abg Irwan..
sgt baik org nye.. Opppss.. da kwen oke... ank dua ..

baru ni aku ke melaka pon dia yg entertain..
ni dia lagik yg entertain ..kali ni siap penginapan taw..
mmg best giler ..
sume xtvt dah dirancang awal..
so pack la mase kami disne nnt..

sampai sne dlm pkol 6 lbh..
then abg wan kua bwk faiz n aki..
kami yg ppn dok umah disuruh mandi n bersiap ..
tp kami terleka dok sebok MJ :|
muahahahahaha...

xlme pastu dak 3 org laki tu blk..
fuyoooohh.. bwk ayam percik ..
mula la xtvt pertama kami ..
mkn ayam percik..
sgt sgt sgt sedap oke..
mlmnye..kami kua ke bdr melaka ..
amek aien n family dia kat tol ayer keroh..
derang pon nk juin xtvt mlm tu..

kami terus shoot ke bdr melaka..
nk g nek river cruise..
huhu.. last time g xdpt nek..
sbb da lewat n da tutup..
kali ni berjy gak..
oke la .. dpt tgok bdr melaka memlm dr sg melaka..
cantekk .. yg xbestnye.. :-s
dlm bot tu asek kena air sg melaka je..
bau nye uh...sgt busyukk...
ngeeee..

pas da bersiar siar..
kami menuju ke destinasi seterusnya..
mkn lagik...asam pedas powerr..
nyumiiii.... kali kedua menikmati ..
sgt puas .. dpt gak ilangkn kempunan dan mengidam :p
dlm pkol 2 br kami pulang..
ngantukzz...

esoknye ..sunday ..
pepg da kena kejut..
tuan umah soh bekpas..
hehehe malu je.. dtg umah org bgun lmbt..
ishk ishk ishk..
pas bekpas kami gerak ke sg sagil..
mo mandi disne..
tau tak sagil di mne??
sagil tu kat Gunung Ledang sne..
kat bwh Gunung..
syiooOkk woOoo mandi air sg pepg..
sejukkkkkk grrrr..
dlm tghari br blk umah ..
dkt je umah abg wan dgn sagil tu..
nk mandi ari ari pon leh.. jimat air :p
hikhikhik..

pas mandi g bdr tangkak lak ...
lunch ns ayam berlada..
sedap jugeeee... teringat sambal dia :x
then blk umah n angkut sume brg kami menuju ke melaka..
hurayyyy mo ke pc fair...

sampai je org da penuh..
kocik je tmpt dia xmcm kat kl..
but oke la ...usha memcm ..
abes duit aku kat sne..
uhuk.. tp xkesah la suke nye psl ..
mse kat kl xmemborong sgt..
kali ni hah amek... sampai kempis purse aku :-s

mo taw aku beli aper??
sme mende yg mmg aku da plan mo beli...
mula aku beli thumbdrive kingston 4G..
pastu beli lak 3 in 1 charger..
mende ni mebi ramai xtaw..
sgt functional... korg leh gne ni utk charge henpon bermcm mcm brand..
sony, motorola, nokia n ape ntah lg..
siyes xtipu..
gne cr plug in..usb n kat keta tu pon bleh..
huhuhu.. bagus tol mende nie..
murah lak tu..
last mende aku beli ilh ..mp3 player br..
lalalalala... player lame da xbp sehat ye hrp maklum..
aku mmg xleh idup tnpe mp3 player...
beli yg murah je .. xsampai rm100..

da agak agak duit da nipis br blah dr situ :p
g lak ke pulau gadong..
mkn yong tau foO...
mmg sedappp bangat...
sambil tu kitorg wat seprise belated besday utk aki ..
heheh.. tekejut dia..
tp maaf la xde hadiah speket tepung..
lpe mo beli :|
keh keh keh..

da kenyang mkn kek n yong taw foo..
kami pon berangkat pulang ke KL...
sampai umah dlm 11.30..
mmg penat.. tp best giler ..
trip kali ni penuh dgn mkn mkn je..
siyes sgt enjoy...

sblm kua dr mlk ..
aku n intan jazz da pakat nieh..
mo ke sne lg dlm jangka ms tedekat..
sbbnye.. erk.. sbbnye..
kami xsempat nk tunaikn ajat intan jazz
dia nk sgt ke kota a famosa..
but disbbkn mse suntuk ..
xsempat ah g.. cian dia..
xpe next time kita g oke...
g mandi air panas skali..
insyallah ... ;)

gmbr edit by abg wan~!!




p/s : jgn jeles ye :p

Friday, April 18, 2008

Announcement~!!

Blog sy akan di block bermula mgu hadapan..
sape yg rajen singgah sini n masih sudi membace blog sy yg xbp best ni..
leh la tglkn email anda ye dgn kadar segera..
sblm tarikh luput yg jatuh pd 22 April ini..

Harap maklum ~!!

p/s : kesulitan amat dikesali.. ;)

empty...

"Hari ini kau datang riang
Tersenyum buatku senang
Kau hias dirimu
Membuat hati bertambah sayang

Tapi wajahmu semalam muram
Mengapa dewi mengapa
Mungkinkah aku bersalah
Cubalah dewi katakan

Jangan dewi jangan begitu
Senyum-senyumlah selalu
Manis riang
Wajah bertambah jelita

tret tet tet tet.. tet tet tet tettt.."

.. ^sila ikut irama lagu ye^..

tgh dgr lagu ni kat radio akak opis sblh nie..
tetibe melayan lak aku..
aku br blk nieh..
br pas lunch dgn she,mol,nieza n yana [kwn br ]
g mkn ns padang kat bangsar..
sedappp weh de daging dendeng..
semperna last day nieza kat opis TM
pasni dia da keje area astro sne..
ngee xpat a nk lunch sesme lg kan kan kan.. :(

tp xabes la aku mkn..
huhu da leh agak kn..
selera aku wat hal blk lately nie..
smlm ode ns putih sme tomyam daging n telo dadar..
tp sume aku mkn suku je..
membazir tol kn kn..

i noe !!!

then ode chickn wing satu set kat nz tu
faveret tuh..
tp satu ketul je aku mkn..
warghhhh ..
yg len sume mereka bedal

tensi tensi..!!!

lpk smlm n ari ni cam sumthing je aku rse..
nk taw rse pe??
rse buhsan!! plus ngantuks.. !!!
arghhh.. ayat yg sme je nk kua dr mulut aku

"tuka topic pliss ..sy ngantuks!!"

gilak aku cenggini..
pesal cam kosong je eh..
pkran.. hati .. perut .. sume kosonggg!!!

"sorie eh kengwkn yg lpk smlm n ari ni.."
aku tunjuk muke buhsan..
muke ngantuks..
siyes aku xleh nk handle..
nk melayan je jiwa yg kosong tu..

weirdo!!!

aniwei ..
nk habaq ni..
esok n luse bz lagih..
pg de trening futsal ..
then terus gerak ke tangkak n mlk..
huehuehue..
melaka lagikk.. ngeee
sampai ahad oke...

oke i noe ..
xyah nk bebel..
aku taw.. asek jln je ..
xgheti dok umah..
xgheti simpan duit..
pe nk jd ni kin ..hah?? pe nk jd??

typeless.. !!!

^tenung laut ..still empty!!!^

Thursday, April 17, 2008

Hasil kerajinan saye :p

ni hasil 2 thn lepas ..
mse tu sgt rajin membuat mende alah ni..
rse cam dah pnh upload je pict ..
tp ntah a..xigt lak..

yg ni spesel upload utk cHa n dak len yg nk tgok :p

* cHa kamu mo tak yg ini??? .. aku cr frame utk kamu :> kecik sje la tapi :p..boleh pilih yg mne satu kamu mo ;) *






yg dua bwh ni utk gantung di henpon ..
hehehe tp dedua da aku gne suda kotor :|




Copy dr My dear ..

"Can you answer 21 questions
about the 1st person that comes into
your mind right now?"
Don’t change the person



+ Does he or she have a bf/gf??
- how i wish d answer is NO!!!
^doa lelaju^

+How old is the person?
- 0+25-4+30*0/5+4+24/1*0+28 = [sila la tekan calculator pc anda ..muahahaha ]

+ Has he/she ever cooked for you?
- one day hopefully... lalala...

+ Is this person older than you?
- da abes wat kire² d atas ke blm??
^ngee cube lg oke :p^

+Have you ever kissed this person?
- in my dream :x
^suda kronik.. i noe^


+ Are you really close to him/her
- sdg mencube
^shy shy^

+ Do you think they will repost this?
- who r 'they'??

+ Could you live with this person?
- bile pk .. tetap jwpnnye masih BLUR !!


+ Why did you choose this person?
- xtau xtau ..
^jantung berdetak kencang^

How long have you known this person??
- hurmm .. baru baru saje :p

+Have you ever been to the mall with this person?
- nope .. neva!!
^one day perhaps^


+ Have you ever had a sleepover with this person?
- am i out of my mind???

+ If you ever moved away would you miss this person?
- stp saat pon mase mikirin dia ..
^there's butterflies in my stomach^

+ Have you ever done something really stupid / illegal with this person?
- belum lg .. ngeee
^choi!!^

+ Do you know everything about this person?
- 50% kot .. masih cube mengorek dan mengorek ..hikhikhik


+ Have you ever made something with this person?
- not yet!!

+ Have you ever worn this person’s clothes?
- neva!!

+ Have you and your person made up a hand shake?
- xpnh.. slalu main mata saje ;))
^terigt mata dia^

+ If it was “freaky friday” would you switch bodies with this person?
- don wan.. keje dia xbest .. we're in a diffrnt field of work .. nanakkkkk!!!..
^ just wan 2 b wit him dat's it !^

+ Have you ever heard this person sing?
- blm pnh share dgn dia lg psl ini..


+ If this person is in front of you,what would you say?
- mcm icHa ..xmo kata ape² .. mo tenung saje mata dia ..
^main mata^

p/s : sdg senyum meleret ..

Wednesday, April 16, 2008

........

"ko kalo nk kawen leh carik aku.. aku leh tlg amekn borang kawen.. tlg anta lg.. ko jgn memalu oke .. "
[aku blm ade calon :| ]

"ko bile nk ade calon nie.. asek berjln je.. hah xmo kawen ker??"
[mo la .. kalo ade jodoh]

"kita da 27 kin.. aku da pregnant..nnt anak kitorg da beso .. ko xdpt² ank lg .. "
[xpe la .. aku nengok je dr jauh ]

"VF tu lpekn je .. sok bile da kawen ko xkn pk dah.. ko sebok nk pk psl keluarga .. nk pk psl kumpul harta.. "
[mcm mne nk stop??]

"kalo syg sgt VF tu.. ko kawen je la dgn dak VF"
[lom terbuka ati :-s ]

"ko ni xpk mse depan ker??"
[sape kate ?? ntah la .. aku xpunya jwpn .. ]



aku kembali kusut..
ilang mud ..
ah demit ..
kenapa mende ni sume kembali menyesakn kepala hutak ku ..
kenapaaaaaaaa???!!!
tlg tuhan jauhkn ia dr kotak pkran
aku mo nanges.. [da lame juga aku xmenanges ]
aku xmo saket otak memikirkn ini suma ..


pergii... pergiiii!!!!
jgn duduk dlm kotak kepala ku..
pergiiiiiiiiii pergiiiiiiiiiiiii .. !!!

Tuesday, April 15, 2008

Mari share ..


ahah.. amek mse sekejup ..
sblm jam menandakn pkol 2 ptg..
jup lg aku nk solat n ciao ke Jln Duta..
cam biase la keje lua .. huhuhu..

topic kali ni ..
aku nk ajak korg share kalo sudi ..
idea aku dpt dr seorg teman..
smlm aku burak di ym..
dia cerita psl kenakalan adik dia..
pastu tetibe terungkit kisah lame..
psl 'punishment' .. psl mse kecik dlu..
dia buat nakal n jahat..
kena lempang dgn bpk dia seorg askar..
ngeee ganaz kan.. takotttttt!!!

terlintas dikepala hutak aku ni..
kenangan lame ..
yg tetibe terimbas tanpa diminta..
mse kecil dlu la ..
aku juge nakal..
huehuehue.. sgt degil oke..
n keras atie..

ni kesah aku..
kisah hukuman² yg pnh aku terima suatu mse dlu..
dgn mak n abah..
masih dlm ingatan..
aku pnh kena sumbat cili masak dlm mulut ..
fuyoOoo sgt pedas oke..
gegare terlepas ckp 'GILER' ..
mak aku mmg pantang org ckp GILER :|
dlu GILER tu kire cam mencarut la kan :p
skg tidak lg kan kan ..

aku penah juge kena tarik n marah dgn abah..
dr lua masuk ke umah terus ke bilik..
kena sebat sm bulu ayam ..
sampai da xdek bulu kat kayu tu :|
ktk itu ade jiran dlm umah ..
gegara ape aku xigt..
tp sgt sedih..
aku dok ats katil nenanges..
uhuk.. sb bermonolog ..
"aku ni anak angkat ke ?? asek aku je kena marah kena pukul.. "
sedih oke ..

aku pnh kena keja satu flat ..
dgn makcik aku..
mse tu .. mak n abah xdek di umah..
makcik aku jg kami sume..
aku xigt juge ape kes..
yg aku igt ..
makcik aku keja aku dr tgkt 3 smpai ke bwh [umah flat oke ]
"ko blk nnt siap ko .."
garang giler makcik aku ..
pastu aku larik masuk umah dgn sembunyik..
then kuakn beg nk larikn diri :|
sambil menanges mengenang naseb.. "aku ni anak angkat ker?? "
[mcm bani je aku ms tu =)) ]
tp xjd pon nk larik :p



slalu kat umah mse kecik dlu..
mmg rajen ah kena pukul ngan mak..
bulu ayam tu mmg aku takot btol..
kekdg kena hanger aka penyidai baju..
ngeee.. xsanggup nk igt lg ..

tp aku xslhkn mak aku..
aku phm dia stress..
7 org anak nk jaga..
plus 3 org anak org len dia nk jaga utk dpt upah..
mo xstress 10 org dlm umah memcm peel :|

tu sume kenangan buat aku..
nk jg anak ni bkn mudah..
tp kalo dibiakn tanpa kwln bahyes juge..
haizz...

aku blm jd ibu..
xtau la ibu cane aku akn jd nnt :|
papepon moga tuhan bantu aku ..
ngee...

oke la..
da pkol 2 ..
ciao dlu ~!!!


p/s : mari la share cite korg lak :p

Monday, April 14, 2008

saket kakiiii~!!

sambil menaip.. sambil layan lagu br dpt dr MCP ..

"now you think dat I will b
sumthin on da side
but u got to understand
that i need a man
who can take my hand yes i do.."


sgt layan... sambil nyanyi bdn bergoyang mengikut rentak..
"yeah yeah yeah.. "
kalo nk dgr n menari leh g kat blog MCP <--- promo lagik =)) aceli aku nk taip nu entry yesterday.. tp xbejaya.. br je mula mukadimah.. tetibe dpt call dr AKI (dak VF) dia kata da otw nk ke sentul amek aku n mol nk g PC Fair.. then aku kelam kabut call mol.. but no body pick up da phone..
"no yg anda dial.. bla bla bla.. "

huh! cfirm dak mengila itu sdg tido..

so aku siap je la ..
tgh siap dpt call lg dr fadli..
dia lg mo bikin aku kelam kabut..
"weh ade laptop toshiba murah .. 1.6K.. cpt..!!"
sengal tol ..
mmg aku kelam kabut a bersiap..
siap je terus trun.. aki da sampai..
terus kami ke KLCC..
park sne n jln ke KLCC Convention Centre..
pusing² sambil mengeluh..
mo taknye.. kaki aku saket bangat gegara men futsal day b4..
nk jln pon cam ape je..adehhh
tp jln gak ah..
tu pon ade ati lak tu nk g book fair tghari smlm nk g kaco MCP n INtan tp xbejy sbb da saket sgt ..
xmampu aku nk jln amek elarti ke pwtc.. huhu..
mse kat pc fair ..
aku xbeli pape ..
tetibe sampai sne jd migrain..
ramai nk mampos manusia..
padli lak dah blah tgu kat taman..
cian dia tgu lame..
while aku n aki g jejln usha brg..
satu je la aku beli pon ..
CD-R Sony.. 50keping RM32 ..
mo simpan pict² n lagu mp3 sume yg ade dlm simpanan..
da penuh desktop n laptop..
kang berat lak nk berfungsi kan..
aki lak abes kat bp ratus ntah..
btol² menggila dia itu membeli belah..
seb bek dompet xbelah kan kan .. ngeee..

pas da penat ..
[aceli kua awal sbb takot duit abes =)) ]
kami ber2 ke kg baru g mkn kat kapal..
huehuehue..
then blk umah terus tido..
huhu..
tu je ah nk cite..

day b4 ..
aku berhempas pulus trening utk Vf..
ptg g EP trening futsal..
sgt penat.. tp peluh bp titik je kua :-s
then pas futsal di area sri petaling tu..
kami gerak ke ampang plak..
trening boling..
huhu leh plak aku bantai main sampai 5 games..
ganas tol sy kan...
pas penat tgn ..
g mkn lak kat Malinja ..
lepak² .. jam 2 lebey br blk..
ngeeee...

end ~!!


amacam ade BRAN???!!



p/s : kaki masih sakettttttttt!!! .. tp semangat lom luntur [-x ..


Friday, April 11, 2008

Tioman Island



Huhu.. ola ..
long time rsenye xmenaip di blog ku yg terchenta inih ..
ngeh ngeh ngeh..
kemalasan melanda ..
plus .. masih lg in holiday mud ..
masih terbyg² dikepala .. keindahan pulau tioman ..
ikan² yg comel berenang di lautan .. sambil mengejar roti ..
coral yg indah di dasar lautan ..
penduduk kg yg baik atie..
lautan luas yg biru dan indah warnanya..
haizzz ..
kalo bisa .. aku mo dok sje disna..
menghayati .. menghayati.. dan terus menghayati keindahan alam ciptaan tuhan ..

rugi pd sape yg xpegik itu ..
[tuju kat cha :-" lalalala .. ]
nt dia blk dr jakarta cfirm aku pula yg jeles :((

aku xmo bercerita pjg psl holiday trip kami..
kalo mo taw boleh bce di blog 'My crime partner' sne..
hikhikhik.. [advertise la plak .. cfirm min ngamok :-ss ]

aku mo tunjuk sme kamu gmbr saje..
sgt menarik oke..
buat tatapan kalian sume ..
mo kasik jeles..
muahahahah [sgt jahat sy taw itu .. >:) ]

nah amek nieh ..
kalo xsanggup tgok ...
boleh tutup mata ..
hikhikhik ..









da sudah ..
kalo mo menjeleskn diri lagik..
bley klik link my 2nd album kat sblh sne yee :p

ciao~!!

p/s : aku ade amek pict dlm air bersm ikan dan coral .. nnt aku suda siap cuci aku kasik jeles lg yee :p

From moCHItsuki~!!




Your Brain is 67% Female, 33% Male



Your brain leans female

You think with your heart, not your head

Sweet and considerate, you are a giver

But you're tough enough not to let anyone take advantage of you!

What Gender Is Your Brain?

huehuehue ..alas ..
aku buat jugee... ngeee
yg wanie nye tag aku still lom punya kefahaman yg mendlm .. gegegege..
saba ye.. [nmpk sgt iq aku rendah nieh :(( ]

Friday, April 04, 2008

Singgah seketika..

aku masih dlm kepenatan..
masih kelam kabut nk setel byk perkara..
tapi aku masih ingin bercerita di blog ni..
so bc saja lah..
nnt 3 ari akn dtg kamu pasti rindu ..
sbb tiada entry br di blog ini utk kamu bce..
ngeee [pasanye sy... :p ]

aku mo cerita 2 perkara saje..
satu gumbira satu lg xbest :|

yg gumbira nye..
ari ni tibe lah msenye..
yg tlh dinantikan ..
slma 2 bln lbh kami merancang
trip ke pulau tioman ni..
so mlm ni kami akn gerak seramai 26 org..
ke mersing..
dan esok pg pula amek bot ke Tioman..
hurayyyyyyy..
sgt seronok dan tidak sabar!!!!...

aku da packing smlm..
kali ni brg cam skit je..
ermm blaja dr pengalaman mungkin..
masuk yg ni..kali ke 3 aku mengikuti trip ke pulau..
redang 2005, perhentian 2007 dan bakal pula .. tioman 2008
so da punya agk byk pglmn la nk ke pulau ni ;)
packing ala kadar je..
xpyh nk packing cam nk tgl terus di pulau..
menyusahkn diri sje bkn??

psl berita xbestnye..
yg mengurangkn sikit rse keterujaan aku nk ke pulau ni..
aku tlh didatangi oleh satu mende ..
yg tiap bulan mmg kaum ppn akan kena :|
huhuhu.. pikir la sindrik..
kalo terer IQ anda mmg tgi :p
[buwerkk jgn over perasan lak .. ]

so sbb kan mende ni..
aku jd frust..
cne nk mandi manda dilautan nnt???
nk bersnorkeling melihat hidupan laut yg cantek nnt??
uhuk... xbestnyeee :(

lg satu xbestnye..
ade sorg br cancel pg td nk juin trip ni..
aceli 2 ari lps da msg nk cancel..
tp aku cube pujuk..
sbb dia ni org penting juga dlm trip ni..
tp apakn daya..
cinta menguasai sglnye..
so redhakn jelah.. :)
smoga dia epy disamping tersyg ;)

ermm tu je la nk cite..
aku kena smbg keje..
ade sikit lg xsetel ..
pastu mo blk pkol 5 panasonic..
nk smbg packing..
then nk siap ke pudu..
bus jam 11 mlm ni ..

doakn aku n kengkwn sume slmt ye..
pergi dan blk dan kami enjoy bersme :x

yg xdpt ikut jgn jeles.. keciwa n sedih oke..
hv a nice weekend buat kamu sume ..

daaaa~!!

p/s : tiada gmbr :p

Thursday, April 03, 2008

April Bodoe :|

omputeh ckp APRIL FOOL :|
ngeehhh.. ngeh..
1 APRIL tu sinonim dgn APRIL FOOL ..
korg cfirm taw punya kn ???
ni budaya barat..
xelok ni kita amalkn..
ngeeeee..

tapi..

scr tidak disengajakn..
aku terikut lak nk wat APRIL FOOL ni..
huehuehue.. ampun nye pd yg kena..
[tuju kat TiNIe :| ]
nk taw citer.. g bce blog dia sne :p ..
mls nk taip ..nk gelak je ..muahahahahah..
ampunnnnnnnnnnnnn .....

ni aku nk story psl APRIL FOOL dr Hotlink lak..
sungguh hampes skali ..
xpsl²..ramai org terkena smlm..
eventho smlm 2 APril..
still leh call APRIL FOOL kan kan..
[lantak sne .. kita yg wat dia bkn dia wat kita :-" ]

smlm korg ade dpt tak msg dr kengkwn korg??
aku dpt byk giler ..
msgnye cenggini..

"sila dail *128*4#.. RM1 je dpt 1500sms utk 7 hari.
Khas utk pengguna Hotlink. Rugi kalo xbuat"

ade tak dpt msg txt lebey kurang cmtu??
pasti ade kan??
so sume pakat buat..
n pastu pe lagik kn..
sms je la kejenye..
sampai lebam..
sampai tgn lenguh..
sampai batery henpon abes..
[sume di ats adlh merujuk kpd tuan punya blog :| ]
giler xhenggat la sms ..

eh..oh .. ok.. aha..
pon leh jd bhn txt ..
satu tu je taipnye da send..
giler ni dpt 1500 sms free nk diabeskn dlm 7 ari ..
leh jd parkinson gara² txt org je keje nye
adessss =))

itu kesah smlm oke..

ni kesah ari ni..
pepg aku dpt bite ..
aceli smlm lg da musykil..
dpt msg wawad kate mende tu tipu..
dia nk wat tp dia kate kena charge RM7 ..
aku msg gtau mne de.. aku wat elok je..
aku cek suda sme kengkwn len..

tp xsangka tol..
mende tu mmg tipu..
pg ni aku dpt mende ni plak

"Dear Hotlink Members, If you have received an SMS offering you 1500 SMs for 7days at only RM1, Please be informed that this is a false SMS. Hotlink Sms Super Savers only offers 1500 SMS valid for 7days at RM7. We apologize for any inconvenience caused"

bwawahahahaha..
anda marah??
bengang??
tahniah anda da terkena APRIL FOOL dr hotlink =))
[termasuk la aku :(( ... huh!!! ]

kengkwn sume..
relax oke..
tenang..
small matter..
think @ da bright site..
aku da tlg korg wat calculation ..
so far kita xrugi pape pon..
ni kire untung pe ..
korg tgok bwh ni..

slalu kita msg maxis to maxis (bkn actif 5/10) =rm 0.05
so kalo rm1 ..kita hanya dpt msg sbyk 20 sms je kan??

kalo kita amek pakej APRIL FOOL smlm tu..
RM7 = 1500sms .. thn 7 ari..
maknenye kalo kire RM 1 = 214sms

untungkn???
aha... makanye.. jgn ngamok..
senyum saje.. n keep sms sampai lebam utk 7ari ni ;)


end~!!

p/s : mari boikot BELANDA ... <-- tiada kne mengena dgn HOTLINK :|

Wednesday, April 02, 2008

Tolong cari ..


Saya kehilangan..
bolehkah kamu tolong cari ??..
saya kehilangan..
perasaan KETERUJAAN ..

mana kamu wahai perasaan..
tidak teruja kah kamu??
mau holiday ..
di sebuah pulau yg lame kamu mimpikn..
kenapa kamu sepertinya KOSONG saja??

tolong saya ..
tolong carikn perasaan saya yg hilang itu ..
tolong tuhan ..

kembalikn rasa itu..
saya mahu teruja..
mahu bercuti dgn gembira..
bersama kwn² yg saya sayangi ..
[yg xpegik pon saya sayang oke :* ]

apa perlu saya buat??
utk teruja ??
haizzz..
bantu saya ..
tolong cari .. utk saya..





p/s : otak sdg tepu hati pula sdg beku :-<

Tuesday, April 01, 2008

Dah demam ..??!


anda suda demam???

ngeee..
kambeng n apau da demam ..
demam AF6 ..
huhu..

ari tu time meeting bowling VF kat AP ..
mereka ni sebok melayan AF..
konsert ke 2 AF6..
ishk..ishk..ishk..
terutama kambeng tuh..
apau oke lg ..
dia kena take over tugas as Vice secretary..
yg Secretary nye cik kambeng sebok melayan tv je ..
siap pegang remote ..wat cam tv sindrik :))
xpatutttt.. [-x

smlm ntah cane ..
sy leh lak tersangkut melihat diari AF ..
elok dah sy tuka channel len..
sy masuk kejup je bilik..
channel tv da betuka kat 104..
ampes tol ..
adik sy yg tgh mengajor anak jiran sblh wat kerja sekolah tu..
sempat je leh amek remote control n tuka siaran..
marahnyee sy...

tp sy simpan je kemarahn dlm atie..
sy lyn je la siaran tu..
kebetulan mse tu tgh sesi besme pengetua..
pengetua bg komen psl last week nye performance..
so far pengetua berpuas ati..
dia bg satu hadiah utk konsert last week..
kat stacey..
dasat weh adiahnye..
maken lme maken dasat pelajar AF ni nye reward ek ..
hurmm
stacey dpt satu lagu br..
single khas utk dia..
ade ke ptt br 2 mgu da dpt single ..
[xpatut dimanjekan [-x ]

part yg best bile tgok diari nie ilh mse nk bg lagu utk konsert seterusnya..
and mgu ni best giler la ..
ade tema lak..
MINGGU ROCK!!
peeewiiiiitttttttttt..
gua caya sme lu la pengetua ..
aku mmg suke giler lyn rock nieh..

dgr pengetua bg sesatu lg kat dak AF tu..
mak ai.. giler nye power..
sume old skoll tuh..
mettalica.. search .. lefthanded..
n memcm ah lg..
pastu de yg ppn kena bwk lagu laki..
dasat siott....

dah teruja dah ni..
nk tgok leh ke dak AF 6 ni bwk sume lagu rock tu :-?
lagu tu sume mmg sume org taw..
org dedulu la..
mereka tu ade gak dak br nk mengenal donia..
ntah ntah de lagu yg derang xpnh dgr pon..
yelah.. old skool la katakn..
huehuehueue..

skg da demam :|
demam AF 6..
xsaba nieh nk tgu konsert mgu nie..
tp leh ke lyn :-s
kat sne.. kan nk holiday ..
de ke astro??
uwaaaaaaaa adekeee??
dlu ade je kat perhentian ..
ni xpasti lg ade ke tak..
hope ade..
xkire nk gak de astro ..
kalo xdek nk g umah org kg sne ..
mo lyn konsert AF :|
ngeeeeee

oke tu je la nk citer...
psl AF :p
muahaha..
korg mesti da xlyn kan..
xpe.. ttp nk layannnnnnnn..
hikhikhik...


p/s : tahniah fafau bolot dua anugerah kat ABP.. luv u la :*

Labels