Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

Dedicated to my dearest friends~!!


Untuk teman² sekalian.
tak kira rapat ke tidak..
lama kenal ke baru kenal..
dah lama tak berhubung atau baru berhubung..
jarang bersua atau baru bersua..

----------------------

i have a pen ,the pen is blue
i have a love the love is u
the pen was broken
the ink was dry
but..
my love never die….!!!

What I feel for you,is really true.
You got to know,I need you so.
When you are gone,I can’t go on.

Smile in pain,
Smile when trouble pours like rain,
Smile when someone hurts U,
Smile bcoz someone cares 4 U…

--------------------


Note inkjet blue : bila kita dah declare kita kawan.. maknanya kita kawan sampai mati.

Tuesday, February 22, 2011

A B C


Kisah A B dan C

Suatu hari A ada masalah dia mintak tolong.
Si B datang hulur bantuan.
Berusaha la si B sampai si A berjaya setel masalah.
Hari berganti hari..
lama² kesah A & B hilang di bawa arus perubahan masa.

Bulan berganti bulan.
Suatu hari B pulak tiba² di datangi masalah.
tercari² orang untuk minta bantuan.
terpikir² kenapa A senyap tanpa berita.
tak tanya khabar langsung.
Rungsing B memikirkan macam mana nak setel masalah dia.
nak harapkan si A ..
malu.
segan.
takot.
Ingatkah si A pada si B?

Dalam kekalutan..
tiba² C hadir.
Hadir menghulurkan bantuan yang dipinta si B.
sungguh tak dijangka.

Siapakah C ni?
Tak pernah terlintas dia hati si B,
yang si C akan tolong dia.
Yang diharapkan si A yang datang membantu.
walau tak membantu sekurang²nya bertanya khabar berita.
Tapi si A hilang begitu saja.

--------------------------------

kawan²..
begitulah kehidupan kita ni kan.
bila kita tolong seseorang.
kita jangan harap orang tu kenang kita.
tolonglah dengan ikhlas.
jangan mengharapkan balasan dari orang tersebut.

Perjanjian tuhan tu adil dan saksama.
kita jangan susah hati kalau orang yang selalu kita ingat dan tolong bila dia susah,
tak ingat lagi dan tak sudi nak tolong kita.

ALLAH itu ADIL.
dia beri pertolongan kepada kita dengan cara lain.
dia hadirkan orang lain pula untuk tolong kita.
kadang kala orang yang kita tak jangka dan sangka.

begitu juga dalam pemberian rezeki.

ALLAH taala itu maha kaya.
kalau kita mohon dengan dia pasti dia akan bagi dengan cara dia tersendiri.
tak semestinya kita sedekah orang lain duit,
kita dapat rezeki dengan duit juga.
rezeki datang dalam macam² cara.
makanan.
anak.
kasih sayang.
kesejahteraan.
kebahagiaan.
itu semua rezeki.

sedar tak???

kita je tak sedar.
masih meminta itu dan ini.
padahal
apa yang ALLAH taala suruh kita buat pon kadang² kita ingkar.
terutama dari segi solat,aurat,sedekah,zakat.

cuba kita renung..

kita nak jodoh cepat.
suami yang baik.
anak yang comel.
keluarga yang bahagia.
rezeki yang melimpah.
semua kita minta.
tapi apa yang kita cagarkan untuk ALLAH?
apa yang kita lakukan untuk ALLAH?
cukup ke semua tu?

Nota tapak kaki : LU PIKIRLAH SENDIRI...

Monday, February 21, 2011

PC ke Laptop??


Bln 6 ni..
genap 7 tahun aku kerja kat opis sekarang ni.
Sepanjang aku keje,
aku tak pernah tukar PC a.k.a desktop yang aku pakai ni.

Brand 'DELL'
ram 512mb
pentium 4.
CPU aku besar
Monitor pon yang dolu² size besar punya.

hari bersilih ganti,
orang keliling aku kat opis ni semua dah tukar Pc baru.
skrin monitor flat je..
aku?? huh!!
ada tu tukar laptop terus.
aku??
tetap setia dengan yang pertama ni.

sebenarnya a few year back..
Pc aku ni dah start buat hal..
ada ketika hang..
ada ketika..
running..
super duper slow.

kadang² bila nak berchattin' dengan kawan²
(kantoi la pulak... heee kdg² je bila keje tak banyak.. bila keje banyak pon ada gak kdg² ngeee)
ambik masa lama nak reply.
bila time buat keje..
lagi la!!
terutama bila time kena guna sistem.
hangen betol aku!!
menguji kesabaran sungguh!

bos aku pon kadang² bila pinjam Pc aku
akan komplen cakap :
"slow sgt la pc awak ni kin.. tukar baru la "
aku diam n senyum je.

minggu lepas.
kesabaran aku dah sampai ke tahap -ve
aku call terus ITD (IT Deparment)
kasitau PC aku run slow.
bagi PC nombor.
orang IT check dalam database n cakap:
"Pc akak ni dah patut kena lupus la kak.. dah lama sangat"
(tau ..saje je simpan lama²)

huhuhu..
so sekarang ni aku sangat teruja.
nak dapat Pc baru.
tak sabarnya.
aku diberi pilihan.
Desktop or Laptop.

hmm...
desktop ke laptop ye ?
kalo desktop cam dah boring..
tapi desktop senang.
tak payah angkut and jaga beria sangat.


teringin pulak nak pakai laptop...

tapi kalau laptop..
leceh pulak.
blk keje laptop kena simpan elok²
letak dlm drawer ataupon bawak balik.
kak umah pon ada laptop dah..
pening la pulak kepala nanti nak jaga 2 laptop.


kalo korang kan..
korang pilih apa??
heeee

Nota jari : apesal eh diorang tak bagi apple ke mac ke ipad ke.. kan best..

Thursday, February 17, 2011

Birthday Planner~!!


Hei korang !
korang pernah tak jadi 'birthday planner'
selalu korang dengar "wedding planner" kan?!
jarang sekali dengar birthday planner ni kan.

Semalam ada seorang teman yg agak rapat mintak tolong sama aku.
namanya.. cedot.. eh silap.. tu laki n family laki dia je panggil
aku biasa panggil dia icha
Bulan 3 ni genap 30tahun umur dia & genap setahun umur anak kesayangan dia.
Dia bercadang nak celebrate birthday anak dia.
and dia mintak tolong aku untuk assist dia organize the party.
yelah dia baru je ada anak sorang.
baru setahun kira baru 1st year nak celebrate birthday.
teruja tu lain macam sikit la kan.
hee

aku yang tak berapa bertauliah ni..
juga rasa teruja.
tak semena-mena je idea untuk buat party kat tasik tu terkeluar.
macam menarik kan?!


hurmm..
kepala otak aku dah mula kembali aktif berfikir.
merancang apa yang perlu dibuat untuk majlis tu nanti.
so far aku dah listkan apa yang sepatutnya icha buat untuk 1st step.
tunggu dia setelkan dulu 'benda' yang aku suruh tu then kitorang akan proceed ke next step.


wahhhh!! tak sabarnya..
icha dah mula rasa gelisah.
aku yakin tidurnya sejak semalam tak berapa lena.
sebab tinggal berapa hari je lagi untuk buat persiapan majlis tu nanti.
huhuhuhu
dengar macam nak buat persiapan perkahwinan je kan.
hahahahaha..

so pada korang² yang rapat dengan kami pasti mula turut tertanya²
dan teruja kan.
tungguuuuuuuuuuuuu...
(kasi suspen sikit !! hikhikhik)



Nota lilin : start countdown ye icha...

Wednesday, February 16, 2011

koh koh koh ..


Masuk hari ini..
hari yang ke- 5
aku sakit tekak+batuk+selsema+demam
yang tak tahannya BATUKKKK

isnin hari tu aku MC
pi la klinik..
klinik yang aku pi ni macam 'sesuatu'
2 bulan lepas aku ada pergi klinik ni
masa tu aku migrain.
biasanya tiap kali nak 'datang bulan a.k.a period'
aku mesti tak sihat.
perubahan hormon orang kata.
so 2bulan lepas tu aku migrain.
doctor kat klinik tu dengan serius tanya macam²
sudahnya dia bagi aku 'Guarantee letter (GL)' suh pi buat further check up kat hospital
dia takot aku ada tumor a.k.a barah otak.
giler tak cuak masa tu.
husband aku dah beria dah suruh check
aku leh relax lagi.

ni kali ni aku pi klinik tu just nak check demam+batuk+selsema je
doctor tu cakap nak ambil darah aku nak buat 'TFT'
'Tiriod Function Test'

sesuatu betolkan doctor kat klinik ni..
asal pergi je cam beria

koh koh koh koh..
dah abis ubat satu botol aku telan
tak baik juga
so tadi aku pi lagi klinik..
kali ni klinik lain pula..
Doctor kata batuk ni memang susah nak baik.
lelagi kalau tak pantang makan.
huh!
masalah aku ni pulak pantang jumpa makanan.
macam mana la batuk nak baik.
makanan berminyak .. aku bedal
makanan sejuk .. aku bedal
kan cari penyakit namanya kan.

ok dah puas membebel..

actually aku sebenarnya nak bagitau korang pasal
PETUA untuk SAKIT TEKAK + BATUK
petua ni aku baru dapat dari kakak kat opis aku ni.
lepas dia dengar batuk aku tak henti²
plus tekak gatal macam ape jek.
so sini ada 2 petua aku nak share..
balik karang aku try la salah satu..
mungkin korang pon nak try gak nanti bila korang kena sakit tekak kan.

PETUA 1 :-

ambil satu limau nipis/kasturi
titikkan dengan 2 titik kicap
perahkan dan minummmmm
nyum nyum ..
(sanggup ke nak cuba???)



PETUA 2 :-

amek oren sunkist tu pulak
belah tengah.
kat tengah tu letak lak garam sesudu
tutup balik dgn yg sebelah lagi bahagian
pastu cucuk tengah² oren tu dengan lidi
supaya tak terpisah belahan tadi.
then kukus dalam 10 minit.
kemudian makan oren tu.
kalau ada titisan air yang keluar sila la minum.

insyaallah dengan selawat boleh pulih.

nak pulih kenalah doa pastu usaha pastu iktiar pastu baru lah tawakal.

Nota kaki :- kalau ada petua lain boleh la share sini.

KEKASIH HATIKU~!!


As salam..
harap masih sempat lagi untuk aku ucapkan
Salam Maulidur Rasul.

Korang mesti pernah dengar lagu ini kan :-

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

lagu yang menyentuh sanubari..
bila dengar perasaan rindu semakin membuak²
perasaan kasin semakin mendalam.

alangkah indah kalau aku hidup pada zamanmu wahai sang kekasih.
alangkah gembiranya hati kalau aku dapat menatap wajahmu sang kekasih.
alangkah indah andai kau masih hidup saat ini.
tidaklah umat²mu hilang arah tujuan.
terkontang kanting hidup tanpa panduan.

wahai kekasih hati..
engkau pasti sedih melihat keadaan umatmu kini..
yang semakin lalai mengamalkan 2 peninggalan keramat mu..
Al Quran & Sunnah mu.

Saat engkau di jemput ke alam syurga
kau menangis sedih kerna tak sanggup meninggalkan umatmu ini.
tapi, umatmu kini bukan saja tidak bersedih malah tidak mengendahkan
langsung apa jua wasiat² yang kau tinggalkan buat kami dimuka bumi ini.

sombongnya kami
bongkaknya kami
egonya kami.

kami mengucap 2 kalimah syahadah menyatakan kami umatmu
tapi kami tak mengamalkan sunnah mu.
solat tak menentu masa
zakat entah kemana
riba berleluasa
zina bermaharajalela.

islamkah kami ya kekasih hati?


:: renung²kan dan selamat berfikir ::

Nota kaki : kalau berminat nak mengenali kekasih hati aku ni korang boleh cari buku ni kat pasaran.. tahun lepas publish.. masa tu stok mcm pisang goreng panas.. sekarang tak pasti senang ke tak nak cari.. cuba la kalau berminat. Dijamin korang pasti jatuh cinta.

:: ni cover tahun lepas ::

:: ni pulak cover tahun ni ::


Friday, February 11, 2011

Kisah aku dan AGus


Aku ada seorang teman.
Kenal sejak tahun 2004.
Di laman cyber - Virtualfriends [VF].
Masa tu kitorg rajin melepak dkt satu laman "On the move" kat VF tu.
Masa tu la aku kenal Agus ni yang menggunakan ID VF - panthers_boyzz.
[betol ke aku eja tu.. hehehe dah tak igt nak eja id ko agus]


kat OTM tu, Agus ni punya la kecoh orangnya.
garang pon ye.
so masa tu aku dok ingat dia ni cam 'pai lang' ..ala² gangster gitu.
satu hari tu aku adalah buat plan main bolwing kat Ampang Point
ajak la si agus ni joint.
sekali dia datang bawak geng daaa..
otai² bolton katanya.
aku tengok pon cam cuak sikit.
siap hulur tangan nak salam aku.
memang la berbudi bahasa.
tapi agak² la bukan muhrim tu.

selepas perjumpaan pertama tu.
kami decide buat aktiviti kedua.
ke Sg. Gabai.
bermandi manda.
aku, agus dan 2 orang lg teman Vf merangkap teman sekolah aku -she & rahma pi satu kereta.
naik kereta si rahma tu.
masa tu la aku mula mengenali si Agus ni dengan lebih rapat.
tak aku duga,
bila dah duduk satu keta dengan dia.
dia pulak dikelilingi perempuan belaka.
baru lah terserlah sifat sensitip, dan prihatin si Agus ni.
"tak da la gangster sangat sebenarnya... luaran je gangster, dalaman dia lain abis"
then sejak itu hubungan aku dan agus semakin rapat dari hari ke hari bawak ke bulan bawak ke tahun.


diam tak diam dah hampir 7 tahun dah kami kenal.
pantas sekali masa berlalu..
banyak sebenarnya kenangan aku dan agus..
yelah 6 tahun kenal ke utara ke selatan ke pantai timur bersama.
main bowling, futsal, snorkeling, karaoke dan tengok wayang bersama.
so far aku tak pernah lagi ada kawan yang berjantina lelaki yang betol² rapat dengan aku sebelum aku kenal VF.
Agus ni lah salah seorang yang paling rapat dengan aku sejak aku join VF.
hatta dengan husband aku sendiri pon aku tak pernah ada kenangan yang banyak macam aku dengan agus.
[yelah kenal husband pon tak lama dah kahwin.. baru kahwin lak tu.. ngeee]

Bayangkan ..
dulu aku kenal dia masa tu dia kurus je
sekarang dah berisi betol.
[aku simpan lagi gambar kita masa mandi manda kat Gabai 1st time dulu]
bayangkan gak ..
dulu dia single tak ada girlfriend,
sekarang dah kahwin dah ada anak dua dah.

"AGUS...
aku tersentuh betul dengan lagu yang kau letak kat blog kau tu
"sesuatu tentang kita"
tu kan lagu kenangan kita..
lagu yang sangat indah sekali
kalau ko sedih,
aku pon sedih.
yelah..
keadaan kita dah tak macam dulu
nak berkumpul ramai²
nak buat aktiviti ramai²
nak bergembira ramai²
dah susah sangat.
kalau kita dah cuba untuk kumpul kan kawan² rapat Vf kita
tapi tak berjaya
tak bermakna kita gagal terus.
tak bermakna tak kan ada hari lain untuk kita kan.
keadaan memang dah tak sama macam dulu.
semua ada urusan lain.
sebab dulu kita single.
senang nak buat keputusan.
senang nak spend time bersama.
sekarang kita dah double, triple.
ini yang kita kena telan bila kita decide nak bina kehidupan baru bersama orang yang kita cinta.

aku harap,
kau tak kan putus asa.
insyaallah lain masa kita plan lagi untuk temukan kawan² kita.
dengan usaha dan doa berterusan pasti allah akan makbulkan.
jangan sedih ye agus!

--------------------------------------

Sesuatu tentang kita ~!!

"Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita "



"Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati "


"Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita "



"Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa"


Nota jari : aku ada plan baik punya ni.. nanti aku update ko ye agus.


Thursday, February 10, 2011

Baby

I'm Sooooooo happy!!!
Why??
jeng jeng jeng!!

ni aku nak habaq kat hangpa semua..
2 berita gumbira!!

Berita pertama
2 hari lepas aku dapat berita yg seorg teman cyber aku..
yang agak rapat gak lak ..
telah selamat melahirkan seorang baby lelaki.
teman tersebut adalah teman yang telah mengedit blogskin aku ni la.
dia dah ada 2 puteri
so now tambah seorang putera pulak.
umur sebaya aku dah ada anak 3.
aku satu pon belum lagi.
ekekekeke
Tahniah chi.
semoga kebahgiaan yang ko miliki sekarang akan kekal ke akhir hayat.

::credit to incik gugel::


Berita kedua pulak..
tentang seorang BFF aku.
berita ni aku baru dapat tau semalam.
tru YM.
dia cakap dia kena buat check up next week to confirm on something.
so aku pon tanya..
'ADAKAH???'
huhuhuhu..
dan dia mengiyakanya ..
'MAYBE!'
dia cakap tak leh nak confirmkan lagi.
sebabnya dia check +VE
pi check dgn doctor lak -VE.
that's way la dia kena pi check up lg minggu dpn.
and i really really really hope that the result is
+VE
korang rasa² korang tau ke aku cite result apa ni??
hehehe..
kalau tau IQ korang memang tinggi la.
kalau taktau takpe..
tunggu berita seterusnya next week.
sebabnya aku tak berani la pulak nak beria kan.
takot over excited pulak.

papepon to my BFF
'to whom may it concern..'
doa banyak².
congratulationsssss in advance.
tak sabar nak tunggu PANDA JR keluar.
heeee.
(dah bagi tau zam(my hubby) semalam .. and tanya dia ada rasa keciwa ker?
dia cakap 'sikit la' tapi lepas tu dia ok je)


as for me?
masih berusaha.
masih berdoa.
masih mengharap.
masih bertawakal.
masih pasrah.
masih redha.
masih berpercaya denganmu YA ALLAH,
"setiap kejadian yang berlaku yang baik ataupon yang buruk sekalipun pasti ada hikmahnya"
dan..
"Allah sentiasa bersama² orang yang sabar"

"keep on smiling ya"


Nota jejari : mood happy je sekarang ni.. alhamdullillah

Sunday, February 06, 2011

Engagement day - Si bongsu.


Alhamdulillah..
selesai sudah satu lagi majlis pertunangan.
Tahun depan berlangsung la pulak majlis akad nikah & sanding.
meh layan gambo dulu..


pelamin cantikkk (jeles aku)

with hantaran..

5 angels (comeikan pipi aku??!!.. huwaaaa)

si hitam & si putih.

korang mesti blur2kan..
gambo sapo ni,,
hehehe

ni aku nak habaq..
semalam..yakni bersamaan dgn sabtu-5feb2011.
adik aku yang bongsu selamat menjadi tunang kepada tunang dia.
kira abis dah la 5 org bunga mak aku selamat disunting..
3 dah jadi hak milik org.
so tinggal 2 lagi bakal dimiliki.
insyaallah bulan 4 ni seorg akan nikah.
yang bertunang semalam pulak janji ikat setahun.
so next year la.

amek ko !!
berturut2 tiap tahun mak aku terima menantu..
tinggal menantu perempuan je mak aku belum dapat2 lagi.
tatau la nanti si abang ke si adik laki aku yg kasi menantu kat mak aku dulu.
huhuhu..

si bongsu kali ini kunun2 buat grand la
siap pelamin bagai.
dengan alasan ..dia yg bongsu.
heh!!
tapi apa aku kesah kan..
duit dia.
lantak dia la.
yang untungnya dia..
bakal akak ipar dia tu ada butik pelamin & jd mak andam.
so yang siapkan pelamin n make up kan dia bakal akak ipar dia ler.
apa nak berkirakan.
bertuah la adik aku tu.

lepas tu pulak..
buat majlis kat umah mak aku.
mentang2 mak aku baru renovate dapur.
pasang mozek bagai.
syok la tu.

pape la dik non oii..
janji bahagia.

oh ye kali ni cam adik aku yg dulu..
aku la gak yg kena jadi photographer.
hehe..
bestnya kali ini..
aku shoot pakai speedlite pinjam.
hahahaha..
thanks eh faiz sebab kasi pinjam speedlite.
syok la pulak.
gambar cun je aku tengok.
errr.. aku memang nak beli speedlite tu..
tapi ongkosnya aduyaiii..
ingat nak discuss sama faiz boleh tak buat instalment.
ngeh ngeh ngeh..
pandai faiz jual barang..
mula kasi pinjam pastu..
dah tergoda mesti la orang nak belikan.
cessss!!!

oh ye faiz ni kawan aku yg merupakan photographer masa aku bertunang n kahwin dulu
memang superb la!!
hasil dia terbaekkkkk !!!!
photographer lak sporting abis.
korang boleh usha website dia..
kalau berminat nak amik dia untuk event korang leh la contact dia.
check tiz link ok.

ok la.
nanti sambung lain eh.
ciao.

Nota jemari : bulan ni banyak gak kenduri kena attend.. adehhh duit duit..

Labels