Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Voucher



Aku nak sambung cerita pasal SGDL.
maaflah mood tengah malas nak menaip pulak sehari dua ni.
tapi aku gagahkan juga untuk sambungan entry haritu.

sebulan yang lalu,
aku n incik Nizam ke Mid Valley.
kami pegi pameran hartanah.
dapat tau pasal pameran ni pon ketika dok ilang alik pergi balik kerja lalu kat federal highway nampak lak banner pasal pameran tu.

since kami ini tergolong dalam pasangan² yang sebok mencari rumah untuk dibeli.
maka kami tak mau la lepaskan peluang ni.
walaupon hakikatnya kami tau dah pasti hasil ke pameran tu akan mengecewakan.
tapi kami pergi gak.
kenapa aku cakap pameran tu akan mengecewakan?

sebabnya kitorang tau..
pameran tu selalunya berat sebelah.
pemaju yang join pameran semua jual rumah yang harganya 250k n above.
max cecah sampai 1juta ok.
melampau mahal!!!
kalau ada pon yang murah harga range dalam 160k -200k (murah ke????).
tapi rumah dihujung² kolumpo ni.
adoiyaiii..

gilos betol.
memang tak mampu la kami nak beli itu macam.
kami bukan boleh beli umah ikut suka hati pemaju je.
kena pikir faktor kawasan, kemudahan, jarak dengan opis n harga yang berpatutan.

tengah jalan² kat pameran tu,
kami tertarik dengan satu booth ni.
salesperson kat booth tu cakap diorg jual "RUMAH BERGERAK".
hah!!
terkejut kan..
rumah apa pulak la bergerak² ni.
caravan ker? hehe
tidak sama sekali.

sebab dengar cam pelik je kami pon berhentilah kat booth tu untuk dengar apakah "RUMAH BERGERAK" ni

so bila dah dengar salesperson tu pot pet pot pet panjang lebar,
barulah kami tahu..
rupanya diorg dok promosi jadi member club (MC) syarikat yang terlibat dengan aktiviti pelancongan.
kalau sapa join jd MC dia akan dapat harga murah bagi setiap hotel yang ada dalam list yang diorang provide.
menarik eh?!
keahlian seumur hidup pulak tu.
so tiap tahun MC akan dapat dalam setahun, 14malam boleh tidur kat hotel² tersebut.
14malam ni kira macam ni la..
contoh bulan 2 korang bercuti, so korang amek 5malam..
then bulan 5 bercuti lagi amek 5malam..
sampai hujung tahun habiskan 14malam.
percuma!!
then kalau korang tak nak berjalan sangat tahun depan contohnya,
korang boleh hadiahkan malam² kat hotel tu kat kawan²/family.
menarik bukan!!!

menarik bagi orang yang suka melancong macam aku!!
hehehe..
tu yang aku boleh dengar salesperson tu dok pot pet pot pet sampai abis tu.
sebab dengar pasal benda yang aku suka.
hahahahahaha

TAPI!!

bab yang tak bestnya ialah...
harga MC tu mahal bebenor.
dah la bayar bulanan dalam RM300 tak silap aku (dah lupa berapa exact harga)..
pastu kena bayaran yuran untuk seumur hidup tu pulak yang cecah 30k.
huhhh.. cekik darah.

nasib la aku tak tertipu.
dok explain pasal melancong je..
tak cerita pasal yuran langsung mula².
dah hujung² baru cerita,
nasib aku bijak mendengar.
tak cepat terpengaruh.

so hasil dari mendengar salesperson tu bercerita,
aku dihadiahkan,
voucher 3H2M penginapan dia Swiss Garden.
kami boleh pilih nak kat Kuantan atau Damai Laut.

so lepas aku gugel,
Damai Laut la yang paling cantik.
dan dekat dengan Pangkor n Pekan Lumut.
so boleh berjalan banyak tempat.
rumah maksu aku pon dekat je dengan SGDL tu ..,
kalau Kuantan tu macam bosan je sebab bari balik dari Cherating.

Voucher valid 3bulan dari tarikh,
tak boleh pergi time public holiday n cuti sekolah,
dan hanya boleh stay dari Ahad hingga Khamis.
hampehkan..
jawabnya kena amek annnual leave aku la.

kami plan nak pergi bulan 1 ni.
harap semua berjalan lancar.
InsyaAllah.

pada korang kalau korang pernah dapat call ke atau pergi pameran ada orang nak cerita pasal jadi member club pelancongan ni,
korang jangan la terus kata tak nak..
korang pergi je dengar.
pastu korang cakap
"sorry not interested.. i just interested with the voucher. Just gime the voucher."
hahahahahahaha...
ingat tau..
siapa tau luck korang dapat voucher lagi grand dari aku.

~Salam Maal Hijrah 1433 buat kalian semua~







Friday, November 25, 2011

BLANK!!


Aku tengah confius ni.
Bila aku atas motor, dalam tren, lepak pantry, dekat cafe, depan tv...
aku tetiba terpikir idea topic untuk update blog.
macam² terpikir. .

TAPI..

bila dah depan PC.
dah bukak blogger.com
dah klik "New post"
jari dah start nak tekan keybod
aku jadi...




mana pergi semua idea² aku tu??



kau curi eh??

Wednesday, November 23, 2011

Swiss Garden Damai Laut


Tetiba kannn..
baru minggu lepas cerita pasal Suria Cherating Beach Resort (SCRB)
kali ni nak cerita pasal Swiss Garden Damai Laut (SGDL) pulak.
ape kesss???

sebelum aku nak cerita pasal SGDL,
aku cerita dulu lah eh pasal short trip aku last week.

Alhamdulillah,
everything goes like apa yang aku idamkan.
cuaca ada sikit hujan, but yet still dapat lihat pemandangan yg indah.
laut yang membiru.
awan yang memutih,
i totally enjoy the trip.
dapat mandi laut
dapat mandi kolam.
dapat amek gambar banyak²
tanpa sedar asyik amek gambar orang,
gambar aku tak ada pon orang amek sangat.
uhukk !!

dek kerana aku frust gambar aku sikit je,
(aku hanya sedar gambar aku sikit bila dah sampai KL.. bila incik Nizam dah upload kat FB pada Isnin aritu)
aku pon lancarkan operasi mogok "merajuk"
dengan incik Nizam,
sebab apa?? sebab dia yang beria sangat nak bawak kamera sudahnya bukan dia yang amek gambar..
aku je yang amek..
huwaaaaa...
bencik..
bencikkkk..
bencikkkkkk..

tengah² syok merajuk tu,
baru aku sedar yang something missing kan tangan aku,
Oh no.. where is my bracelet!!!
terkejut beruk aku tengok,
pergelangan tangan kiri aku kosong!!!
gelang emas yang disarungkan oleh incik Nizam masa Nikah dulu dah tak ada.
dah hilangggggggggggg !!!

aku pon terus cancel merajuk n cakap kat incik Nizam,
gelang aku hilang.
isk..isk..isk..

kami berusaha cari kat rumah..
cuba ingat balik bila last aku sedar ada lagi gelang aku tu,
tapi serius aku tak leh nak recall..
macam² anggapan aku,
mungkin hilang masa aku tengah mandi laut,
atau masa tengah mandi kolam,
atau tengah berasamara dana dalam bilik hotel.
opssss..
serius tak ingat.
sebab kali ni kami tinggalkan SCBR tanpa was²..
kemas² barang n terus ciao.
tak ada la nak check ada pape ke yang tertinggal.
amekaw!! padan muka kan.

until now aku masih terkesan dengan kehilangan gelang emas aku tu.
not because nilai emas sekarang dah naik.
it's because tu kenangan saat aku dinikahkan dengan incik Nizam.

aku tak nak lah cerita panjang lebar tentang apa yg aku rasa tentang kehilangan barang berharga tu.
sebab bila cerita,
hanya akan menambahkan duka je.
baik aku cerita pasal benda lain.
yang lebih mengembirakan.

so sambung balik pasal SGDL eh..
check tiz out..




canteekkkkkannn??
korang pernah sampai sini?
tak pernah???
aku pon sama tak pernah..
hahahahaha

apesal aku nak cerita pasal SGDL ni pulak tetiba kan..
hurmm..
penat la weh taip..
aku kena sambung kerja opis aku ni.
nanti eh aku cerita.
heee





Friday, November 18, 2011

Jom ke Cherating.




Korang pernah sampai tak cherating?
Tau tak cherating ni doknya kat latitud n magnitud berapa?
hah tak tahu kan..
samalah aku pon tak tahu..
nak tahu kena tanya incik gugel.
hehehe..

Hari ini aku keje half day,
Petang ni akan bergerak ke cherating,
terletaknya di Negeri Pahang incase korang tak reti tengok peta.
huhu..

Buat apa pergi sana ??
honeymoon laaaaa...

Honeymoon lagi??
apesal tak boleh? jeles?

mestilah jeles..!!!!
ada aku kesah???

hahahhah just kidding..

ok sambung cerita balik.......
alkisah aku nak ke Cherating ni sebab nak ikut incik Nizam punya Fakulti punya opis dekat UM punya Hari Keluarga.
org sentul sebut FAMILY DAY (FD).
huahuahuahua

kat mana?
dekat sini la..
ci tengok bawah ni hah..

cantik kan..

perghhh..

SURIA CHERATING BEACH RESORT (SCBR)

amacam?
nampak best tak?
teruja tak?

kalau tanya aku..
jawapannya TAK.
hahahahahah..

aku pergi ni pon sebab nak teman incik Nizam.
asalnya nak buat FD kat Gambang,
sebab boleh main air kat taman tema.
syok kan..
tapi berkecai impian aku..
sebabnya incik Nizam cakap budget tak cukup.
ramai sangat.
huwaaaa...
frust xdapat nak masuk Gambang FREE..
sebab bayaran masuk Gambang ni MAHAL!!!!.
uhuk!!

DAN kenapa buat aku lagi tak teruja..
sebabnya aku dah pergi dah SCBR ni tahun lepas.
masa tu 1st time sampai Cherating
dapat kupon free penginapan 2hari 1 malam@SCBR.
pergi time gini la hujung tahun.

kalau korang orang Malaysia,
mesti tahu time² hujung tahun ni,
pantai timur dia landa musim tengkujuh.
so korang paham kan napa aku rasa tak teruja.

tahun lepas sampai je cherating,
cuaca mendung je..
hujan tak henti..
dari aku sampai..
sehingga aku check out.

nak keluar makan pun kena gak redah hujan.
pulak tu tak boleh nak berjalan sangat la kan kalau hujan je.
pagi tu kami saja jalan ke arah Terengganu sana,
masuk sikit sempadan cherating (Pahang) n kemaman (Terengganu).
beli la sikit kepok lekor. tu pon basah kena hujan.

then dah alang² aku sampai sana,
aku ajak inck Nizam ke Kuantan,
nak tengok pantai Teluk Chempedak.
aku tak pernah sampai Cherating n Teluk Chempedak.

kononnya incik Nizam nak ikut jalan short cut
(dia familiar dgn jln kat sana sebab dia pernah mengajar student kat sana
suami aku bkn lecturer UM tau.. dia Technician.
tapi kadang kala kena mengajar pasal mesin yang dia dah expert guna kat UM.)
tapi jln short cut tu kebanjiran..
kami tengok semua keta dok patah balik.
so terpaksa la ikut highway.

sampai kuantan..
ujan masih tak berhenti.
pi teluk chempedak ujan.
pi jalan kat Tanjung lumpur pon ujan.

so bila dengar dr incik Nizam,
FD kali ni terpaksa buat kat SCBR ..
sebab dah tak ada pilihan lain.
aku memang terus frust!!!..
memula ikut hati memang tak nak pergi.
aku suh incik Nizam pi sorg.

tapi lepas kena brainwash dgn icha,
sebab aku asyik nak ikut kepala hotak aku je,
tak pikir apa perasaan incik Nizam..
yelah dah kawen tapi pi sorang²,
so aku pon pujuk hati aku untuk ikut serta.

aku pergi sebab..
aku nk teman suami aku.
dan sebab
aku nak beli keropok lekor kat kemaman.
kepok tu sedap sangat.
hahahaha..

harap² kalau ujan,
tak ada la ujan sepanjang hari.
aku tak salahkan ujan.
aku salahkan yang masa aku pergi tahun lepas tu kami tak aware yang tarikh kami nak pergi tu musim tengkujuh.
dan kali ni terpaksa pergi sebab diorang dah suntuk masa n tak ada idea nak buat FD kat mana lagi.

so pada korang²
enjoy your weekend.
ihsan gugel

Wednesday, November 16, 2011

1000 Bayangan


Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi


korang tau tak ni apa?
ni adalah sebuah lagu.
tajuknya SERIBU BAYANGAN.
lagu yang di nyanyikan oleh kumpulan rock 90an DAMASUTRA ni,
hingga kini lagu ni masih popular.
dan yang pasti selalu dalam ingatan aku.
kadang kala aku secara tiba² teringat dan menyanyi.
cam berhantu la pulak kan lagu ni...
muahahahahahahaha..
tapi dalam lagu ni tak de ye jeritan hantu.. hee

tapi seriuslah weh.
lagu ni best.
walaupon aku kekadang pening nak pikir lagu ni ditujukan untuk siapa sebenarnya??

papepon,
lagu ni pada aku punya maksud yang sangat mendalam dan BERMAKNA.
dannnnnn
melodinya indah sekali.
tak caya cubalah hayati lagu tu.

layannn..



banyak tanya :: apa eh dlm terang ia sembunyi??

Tuesday, November 15, 2011

H.U.T.A.N.G.



Topic kali ni sangat panasssss sekali.
pasal H.U.T.A.N.G.
orang sentul cakap D.E.B.T

korang pernah berhutang?
hah jangan tak mengaku yek.

sekaya mana pon korang aku confirm punyalah.
memang korang pernah berhutang!!
riteeeeeeee???

hehe..
relax la..
tak perlu gelabah.

ni aku nak cerita pasal aku dan HUTANG!!

aku sebenarnya ada hutang dengan ah long!!!!
bukan satu..
bukan juga dua,,

tapi banyakkkkkk.

giler seram eh.
berani kan aku.
demi nak hidup mewah.
aku tak pikir panjang.

aku hanya ingat masa tu,
tu je la cara aku nk hidup mewah.
dapat beli handphone.
dapat melancong ke sana sini.
dapat kahwin.
dapat beli baju cantik.
dapat beli tv baru.
beli peti ais baru.
dapat makan makanan sedap² kat restoren mahal.
beli laptop.
beli dslr.

serius aku tak pikir panjang dah masa tu.
aku nekad pinjam ah long.

sekarang ni aku dalam ketakutan!
bila pikir macam mana nak bayar balik semua hutang² tu
serius!!!
sangat takut.
siapa tahu..

tiba² ..
esok aku dah tak bernyawa.
siapa nak bayar kesemua hutang aku tu?
bos aku ke?
korang ke?


haihhh..
macam mana ni..
aku tak mampu hidup tanpa berhutang.
macam mana nak beli rumah.
hutang yang sedia ada ni pon aku masih belum mampu nak langsai semua.
nasib la aku tak berahi dan tak terdesak nak pakai kereta.

oh ye dan nasib jugalah.
masa aku sambung belajar diploma dulu,
aku tak buat pinjaman dekat mana².

kalau tak tambah lagi hutang!

alangkah indahnya hidup ni..
kalau aku tak dibelenggu hutang.

orang kata kalau tak berhutang mana nak ada harta.
tapi kerana hutang,
rumah tangga porak peranda.
hidup tak aman sentiasa.

susah bukan untuk hidup cukup makan pakai je
seperti orang yang memang tak mampu nak hidup mewah
dan tak mampu berhutang sebab tak boleh nak bayar!




psstt : kalau aku ada hutang korang, minta halal ye.. heee

Monday, November 14, 2011

Minggu sakit


Maaf lambat pulak entry baru nak keluar.
2minggu sudah sampai la ke hari ini.
aku tak henti² dilanda SAKIT.
ye SAKIT.

Mula dengan sakit ulser di tepi mulut kiri.
kemudian di susuli bengkak gusi di gigi bongsu sebelah kanan.
Just imagine macam mana aku nak makan?
Serba tak kena.
seminggu makan bubur, mihun sup, bubur, mihun sup ada kala maggi.
ok la tu kan..
dapat makan yang boleh telan terus.
nak kunyah memang sakit sangat.

tapi aku syukur.
aku masih boleh makan.

selesai hilang ulser,
datang pula sakit luka di lidah.
nak mengulum pulak susah.
jerawat pulak penuh dibelakang badan dan muka.
besar² dan merah.
kalau jerawat yang ada nanah tu dah lama aku picit.
sebab tak tahan sakit dan besarnya tu.

kemudian demam,
dan period pain,
migrain n angin kerana tak cukup zat dalam badan.
yelah asyik bubur maggi sup.
malam² biskut cicah air panas.

dalam pada tu,
nafus makan aku tak pulak berhenti.
nak makan pizza, nak makan western.
bila dah sakit mulut macam² teringin eh?
dugaann..

sekarang ni datang lagi satu penyakit pula,
kencing tak lawas.
seksanya rasa.

bila datangnya sakit atau musibah,
itu tanda Allah sayang pada kita,
Allah nak mengingatkan kita yang mungkin kita leka,
mungkin kita tidak bersyukur,
mungkin kita banyak dosa.



Ya Allah!
aku tahu aku banyak dosa.
aku khilaf,
aku redha jika sakit ini mampu menghapuskan dosa² aku itu.
kurniakan lah kembali kesihatan yang baik buat aku.
moga selepas baik nanti aku akan sentiasa jadi orang yang bersyukur
dengan nikmat mu Ya Allah.



Tuesday, November 01, 2011

Belajar


Syukur Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam buat nabi junjungan yang tercinta.

Kadang kala terbit rasa malu pada diri ini.
Umur dah melangkau 30 tahun.
tapi lebih banyak aku pelajari tentang agama aku sendiri,
lebih banyak aku discover yang BANYAK sungguh aku tak tahu dan kena belajar.
Penat?
Bosan?

Oh tidak sama sekali!!..
selagi masih dikurniakan umur yang panjang,
selagi roh masih belum ditarik oleh Izrail,

insyaallah..
aku akan teruskan perjuangan ini.

kalau kita boleh berusaha untuk pelajari sesuatu yang baru tentang pekerjaan kita,
kalau kita boleh berusahan untuk pelajari adat dan resam kita,
kalau kita boleh berusaha untuk belajar memahami tentang pasangan kita,
kalau kita boleh berusaha untuk belajar tentang perkara² baru yang ada di sekeliling kita..

kenapa kita tak boleh berusaha untuk mempelajari lebih lagi tetang kitab suci kita?
Al Quran Nur Karim.
kenapa kita tak berusaha untuk mempelajari As Sunnah yang di tinggalkan oleh rasul kesayangan kita?

kalau kita boleh berusaha cari maklumat di ruangan maya tentang tempat² pelancongan, makanan yang best, pakaian yang murah, permainan online yang baru, kawan baru,
KENAPA kita tak boleh berusaha untuk cari dan pelajari ilmu² agama kita?

Kenapa kita biar kan diri kita terus²an tak tahu mengaji sedangkan kita punya duit untuk ambil kelas mengaji instead off kita sambung belajar diploma, degree n so on.
Kan banyak duit kena pakai tu.

Kenapa kita biarkan diri kita terus²an tak tahu solat sedangkan banyak panduan solat dijual dia kedai² buku.
Beli majalah wanita, remaja, boleh pulak kita.

Sekarang macam² kemudahan ada, kenapa kita tak gunakan kemudahan internet kita untuk mendengar bacaan al quran dan sekaligus mempelajari al quran daripada kita asyik menghadap facebook, twitter, baca surat khabar online dan sebagainya.

Umur bukan penghalang kita.
Masa juga bukan penghalang kita.
Kita sendiri yang menghalang diri kita.

Belajar la,
belajarlah selagi punya waktu,
selagi punya kesempatan,
laburkanlah duit kita untuk mendekatkan diri kita dengan yang maha esa.
kita tak kan rugi sesen pon jikalau kita buat sedemikian.
malah kita akan rugi lebih banyak jika kita bazirkan ke jalan yang tidak berpaksikan Allah.

Bila sudah belajar,
sharekan ilmu tu,
jangan rasa takot untuk mengeluarkan pendapat dan ilmu,
kalau salah mungkin kita boleh perbaiki.
jangan malu dengan usia kita,
jangan malu dengan ketidakkemampuan kita.
dan jangan memandang rendah dengan kemampuan dan ilmu orang lain.
kerana pasti ada yang lebih bijak dan bagus dari kita.

Allah itu maha kaya,
Allah itu maha mendengar,
Allah itu maha melihat,
andai hati ikhlas ke jalan Allah.
andai hati inginkan keredhoan Allah.
InsyaAllah, Allah owes be there.


Labels