Sambung cerita atas permintaan.. hehehe
(malas nak intro-intro)
PULAU DAYANG BUNTING
Hari ke dua di Langkawi kami mulakan dengan aktiviti Island Hopping. Pakej yang kami ambil dengan ejen Matta Fair termasuk sekali dengan Island Hopping untuk 2 orang. Pagi-pagi lagi kitorang keluar mencari sarapan pagi sementara tunggu wakil ejen untuk bawa kami ke jeti. Pakej kami tak ada sarapan pagi so kena la melilau cari makanan untuk isi perut.
Lebih kurang pukul 8.30 camtu, wakil ejen datang. Since this is not the first time kitorang ber'island hopping' dekat Langkawi, kitorang decide nak bawak kereta sendiri je ke jeti(dah tau jalan kan..). Perjalanan dari Malibest ke jeti mengambil masa dalam 10-15 minit gitu. First honeymoon kitorang duduk dekat Awana Porto Malai. Tersangatlah dekatnya dengan jeti tu. Dari jeti pula kita kena tunggu turn nak naik bot. Memang ramai lah yang dok tunggu turn nak naik bot tu. Pakej Island Hopping ni mula-mula kita akan di bawa bersiar-siar melihat di sekitar pulau-pulau berdekatan. Kemudian semua pelancong di hantar ke Pulau Dayang Bunting dan spend time kat sana selama 1 jam. Please beware, kat Pulau Dayang Bunting ni ada banyak beruk. Mereka ni sangat aggresive bila tengok plastik. Pantas je berlari nak kejar plastik korang. Pastu selongkar makanan dan slumber je makan. hehehe.. sabar je la.
 |
Ini buktinya.. Dia dok rampas biskut ni dari seorang pelancong cina. Biskut berintikan kacang ni di buangnya biskut dan di makannya cream kacang tu. tergelak aku tengok gelagat beruk ni. |
Dulu jejak kaki ke Pulau Dayang Bunting tu kitorang tak mandi manda pon. Just buat aktiviti mengayuh je. Honeymoon kann so mesti la romantik-romantika sikit. Kayuh berdua-duan di tengah tasik tu. Syiok la juga. Kali ni kami decide nak mandi manda pulak. Tapi yang lawaknya pergi tak nak pakai baju untuk mandi siap-siap. Dari jeti Pulau kita kena berjalan, memanjat dan menuruni tangga untuk ke tasik. Kitorang ni lupa la pulak, dok ingat dekat kawasan tasik tu ada tempat salin baju. Padahal tak ada. Dalam Pulau tu ada toilet tapi dekat bawah masa kita dok panjat tangga tu. Beria-ia dah sampai tasik, bila tengok tak ada tempat salin baju, aku terus jadi malas nak mandi, tapi incik suami dah beria sangat nak mandi. Maka terpaksalah juga kitorang panjat n turun balik tangga pi dekat toilet untuk tukar baju. Gigih!!
Berlari-lari pulak tu sebab masa kan diberi 1jam je kat pulau tu, so kena bertindak cepat. Takot tak puas mandi je nanti,Sampai je kat toilet, kena bayar pulak sorang RM1.00. Mahalllll .Nak salin baju je masalahnya. So ingat ye pada yang berhajat nak mandi manda dekat Tasik Dayang Bunting tu nanti make sure pakai baju untuk mandi siap-siap Dari hotel or chalet.
Alhamdulillah lepas gak la hajat incik suami nak mandi walaupon dalam keadaan kelam kabut risau tertinggal dek bot. hehehe.. Cukup sejam bot bergerak menuju ke Pulau Lang ( ye ke ntah lupa dah nama) Kat kawasan ni bot akan berhenti untuk beri kesempatan pada pelancong nak tengok berpuluh-puluh burung helang terbang di langit dan terbang ke dasar air untuk makan ikan di sekitar kawasan tu. Permandangan yang sangat indah. Tak silap aku ada kot dalam 15minit kat situ.
Dari situ bot bergerak ke Pulau Beras Basah. Untuk aktiviti snorkeling(bawak peralatan sendiri) dan mandi manda kat pantai pulak. Pulau ni kecil je. Kat sini ada satu kedai jual minuman dan makanan ringan. Tapi harga toksah dok cita la.. macam biasa kasi ketuk punya. So please make sure bawak lah bekal siap-siap ye untuk makan kat pulau tu. By the time kita sampai kat pulau tu dah nak masuk tengah hari. Biasalah dah main air ni cepat je rasa laparnya. Bawak la air, roti ke biskut ke siap-siap ye.
Cukup sejam, gerak balik ke jeti naik bot balik semula ke Pulau besar(jeti mula-mula kita ambil bot tadi). Oh ye, sebelum kita naik bot awal pagi tu, akan ada seorang dua yang akan ambil gambar kita. Please possing comei-comei ye.. kalau tak menyesal nanti. Balik dari island hopping budak-budak tu start la berniaga gambar-gambar yang diorang ambil sebelum kita island hopping tu. Satu gambar RM10(ke rm15 tak ingat lagi dah ngee). Siap tampal kat pinggan plastik lagi. Pinggan tu boleh la digunakan untuk letak kuih hidang kat tetamu yang datang rumah nanti. huahuahuahua tak pasal kan..Aku jamin korang yang first time sampai situ mesti beli punya untuk kenang-kenangan. Kitorang ni second time pegi baru rasa nak beli..heee
Selesai aktiviti island hopping kitorang berdua balik ke chalet untuk mandi sekali lagi dan bersiap-siap keluar untuk makan tengahari. Lapar gila kot. Bayangkan makan roti je dari pagi. uhukk..
JOM IKAN BAKAR
Kan entry sebelum ni aku dah listkan kedai-kedai makan yang recommended by blogger-blogger semalaya. Kali ni kitorang nak try JOM IKAN BAKAR pula untuk lunch. Kedai ni terletak di daerah Padang Mat Sirat. 5 ke 10 minit dari airport, dan 3 minit dari kawasan Beras Terbakar. Kalau dari airport kedai ni di sebelah kanan, kiri kita adalah food court. Depan sikit je ada traffic light. Kalau dari Beras Terbakar, kedai ni di sebelah kiri. Insha Allah senang je nak cari.
Waktu kitorang sampai ni dah hampir pukul 3. Sebabnya habis je aktiviti island hopping tu, kitorang berehat di chalet sampailah masuk waktu zuhur. Selesai jamak takdim zohor n asar baru kitorang keluar. Lewat dah makan tengahari, Masa masuk kedai ikan bakar tu, banyak lauk-lauk dah habis. Tapi ikan bakar ada lagi. yang tinggal ikan besar-besar la tapi. Bedal je la dah lapar. Memang licin la kami makan. Bukan sebab lapar je, sebab ikan bakar tu tersangat la sedapnya. Aku suka kuah sambal dia. Bila cicah perghhhh.. MANTOP!!..
Harga pon agak murah. Murah sebab kami kan dah lambat sampai, lauk banyak tak ada, So bila pi kaunter nak bayar akak kedai tu tanya makan apa, aku cakap lauk tu sikit lauk ni sikit.. Pening akak tu nak kira. End up dia just kira harga ikan bakar tu je. Heheh jimat-jimat. Masa nak bayar tu sempat juga aku interview akak tu, kedai tu bukak hari-hari. Akak tu kata diorang sampai susah nak cuti. Sian kan. Kalau peak hour pukul 11.30-2.00ptg memang crowded gilak. Bayangkan yang datang semuanya rombongan cik kiah naik bas. Macam apa je menyerbu kedai sebab dah penat berjalan dan kelaparan. hehe..
Ada lebih dari 20 jenis lauk yang diorang hidangkan. Air ada 3 jenis yang dah tersedia dalam tong besar dekat section air.Self service ye. Kalau korang tak minat 3 jenis air tu korang boleh request air lain dekat pekerja-pekerja kedai tu. Kalau nak Ikan bakar.. kita kena pi section ikan bakar untuk pilih ikan mana yang kita nak baru diorang bakar. Kalau dah lapar sangat kita boleh je mintak ikan yang dah tersedia di bakar, Disebabkan sambal yang dibakar bersama ikan tu sangat sedap. Kitorang request dekat abang yang bakar ikan tu lepas bakar ikan letak lagi sambal dekat ikan kitorang tu. Baru la terangkat!!.
KERETA KABEL
Lepas dah penuhkan semula tangki perut, kitorang terus ke Telaga Tujuh. Dekat sini korang boleh buat aktiviti mandi air terjun dekat Telaga Tujuh, naik kereta kabel, dan sebelum korang sampai ke Telaga Tujuh tu, dalam perjalanan korang akan lalu satu stesen minyak Petronas, boleh berhenti di situ untuk ambil gambar pemandangan dengan deretan kapal² layar dan bot² mewah. Nama tempat tu Telaga Terminal. Kitorang pernah dah berhenti ambil gambar kat situ. Cantek sangat. Kali kedua ni kami tak berhenti. Terus ke arah Telaga Tujuh sebabnya motif kami kali ni nak lepaskan hajat nak naik kereta kabel. Masa first time honeymoon kami tak ada rezeki nak naik sebab keadaan cuaca yang tak mengizinkan.
Oh ye, untuk tips ke kereta kabel ni, korang kena make sure, tengok keadaan cuaca dulu. Kalau nampak gelap je mungkin tak ada rezeki. Sebab kereta kabel tak akan bergerak kalau cuaca tak ok. Kalau korang duduk kat Pekan Kuah korang boleh call dulu untuk confirm tanya kereta kabel beroperasi ke tidak.
Alhamdulillah tiba je di kawasan Oriental Village (Kereta Kabel) kami tengok kereta kabel sedang beroperasi. Cepat² kami ke kaunter untuk beli tiket. Ramai orang masa tu, terpaksa tunggu sejam untuk turn kami naik kereta kabel tu. Dekat sana korang tak akan boring. Sementara nak tunggu naik kereta kabel tu korang boleh jalan² di sekitar kawasan. Nak beli ole², nak jalan², nak lepak² makan, main dengan binatang dan macam² aktiviti boleh buat.
Cerita sikit tentang pengalaman naik kereta kabel Langkawi ni, ada la perasaan cuak masa kereta kabel tu dah berada di paras yang tinggi sebelum sampai ke terminal kat atas tu. Seram la juga sikit. Tapi aku amalkan zikir² buat bekalan. Sunnah nabi apabila kita naik tempat tinggi kita kena bertakbir. Allahu Akhbar. Kalau turun pula kena la bertasbih, Subhanallah.
Sampai je di atas, kita boleh lihat permandangan indah sekitar Pulau Langkawi. Siapa yang gayat baik jangan naik. Tak pasal je kang asyik nak menjerit je. hahaha..
Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan kereta kabel korang boleh lah layari web
PANORAMA LANGKAWI ni. Harga tiket, nombor telephone semuanya ada.
PEKAN KUAH (PK)
Waktu kitorang turun je dari kereta kabel, ada orang jual gambar lagi. Kitorang beli juga buat kenangan. Tak silap RM25. Elok je landing kat bawah, awan mendung berarak. Hujan tiba² turun. Cepat² kitorang lari ke arah kereta. Fuh... lega sebenarnya hujan turun lepas kitorang dah selamat naik kereta kabel tu. Syukur ada rezeki kami.
Dalam hujan lebat kami teruskan perjalanan ke Pekan Kuah(PK). Hujan² pon redah gak. Dah bercuti kan tak kan sebab hujan kena batalkan plan kita. Ye tak?!. Alhamdulillah tiba je di PK, hujan dah berhenti. Kali ini kami nak terus beli barang. Semalamnya dah puas surveykan. Kami decide beli sikit dulu barang yang dikirim oleh orang dan untuk ole².
Lepas tu kitorang decide nak makan malam dekat kedai EE Burger (yang semalamnya kitorang cari tapi kedai tutup tu). Lega tengok kedai tu buka. Orang dah ramai masa tu. Aku tengok banyak group besar². Nasib baik ada juga lagi tempat duduk untuk kami berdua. Kitorang try western food dia. Boleh la. Biasa² je pada aku. hehehe.. Kenyang makan kami pon pulang. Dari Pekan Kuah ke Malibest ada la dekat 30minit. Sampai umah terus bersihkan diri, solat jamak takhir dan tidur.
Layan gambar.
(Maaf ye ada gambar masa 1st honeymoon + 2nd honeymoon. Sebabnya tempat yang kami pergi 1st time dulu kami tak pergi dah 2nd time. hiii)
GAMBAR MASA 1ST HONEYMOON (2011)
Naik bus nak ke Terminal Subang
Dekat Terminal Subang
Dalam kapal terbang BERJAYA AIR
Dah sampai AWANA PORTO MALAI
Island Hopping
Main kayuh² di sekitar tasik
Telaga Habour
Oriental Village + Kereta Kabel
Pekan Kuah
GAMBAR MASA 2ND HONEYMOON (2012)
Island Hopping lagiii
Tasik Dayang Bunting
Pulau Beras Basah
 |
# kalau bawak makanan dekat Pulau Beras Basah ni pls BEWARE of beruk² yang sangat suka dengan makanan anda . Waktu ni beruk ni terjah orang tengah santap nasi lemak # |
JOM IKAN BAKAR
KERETA KABEL
EE Burger