Ok guys..
kali ni aku nak story pasal birthday party budak comei yang bernama
ARYAN.
(seminggu dah berlalu baru nak story mory..
sorry la busy..ngee)
--make it short--
kepada mereka² yang lepas ni berminat nak sambut
birthday party kat taman boleh baca prosuder yang aku nak share dengan korang ni.
pengalaman sepanjang aku organizer party kat taman :
.: Day 1 :.
Search website
DBKL (kalau korang buat kat KL la)
klik 'warga kota' - 'kemudahan awam'
pilih which area taman yang korang nak.
cari contact person yang incharge bahagian taman tu .
orang tu akan bagitahu la berapa sewa..
dan suruh datang berjumpa pejabat DBKL yang incharge taman yang korang nak tu
untuk urusan pembayaran deposit.
.: Day 2 :.
Pergi pejabat DBKL untuk membuat tempahan dan bayaran sewa.
Bayaran deposit RM100 ( burn incase selepas party, taman tak dibersihkan properly.)
Bayaran sewa RM100
since party yang aku organizer, jemputan less than 100 pax
so aku just perlu bayar untuk sewa je RM100.
dengan jaminan, taman tu akan dibersih dengan sebersihnya.
Lepas sign form tempahan,
pihak DBKL akan bagi surat kebenaran mengadakan event di taman
dan juga kertas peraturan.
kena baca dan patuh la ye.
antara peraturannya:
1) Event melebihi 4 orang.
2) Tiada membawa/menghidangkan makanan/minuman haram.
3) Bukan untuk tujuan politik.
4) Tidak menganggu orang awam seperti membuat bising.
dan sebagainya..
.: Day 3 :.
Ke balai polis yang dinyatakan oleh pihak DBKL.
untuk memohon permit mengadakan event di tempat awam.
Hendaklah bawa bersama surat kebenaran DBKL dan juga salinan kad pengenalan.
Pergi bahagian permohonan lesen.
Isi borang.
then balik.. hehe
tunggu nanti pihak balai polis call untuk pengesahan dan bagitahu permit dah siap.
.: Day 4:.
Tunggu pihak polis call untuk pengesahan.
dia akan call untuk tanya semula tujuan event diadakan.
antara contoh soalan:
1) Tujuan untuk apa?
2) Ada VIP datang tak?
3) Ada ahli politik datang tak?
dan sebagainya..
(aku rasa ni just normal soalan untuk check takut² ada perjumpaan politik ke ape ke kan..)
huhuhu..
.: Day 5 :.
Pihak polis akan call buat kali kedua untuk bagitahu permohonan lulus ke tak..
kalau lulus boleh datang balai untuk ambil permit.
(alhamdulillah)
.: Day 6 :.
Di hari kejadian..
pada waktu Party berlangsung.
Dikehendaki membawa surat kebenaran DBKL & Permit polis bersama.
sekiranya ada sesiapa mempersoalkan sila tunjuk surat dan permit tu ye.
Make sure lepas party selesai kemas dgn bersihnya.
sekian tentang prosedur nak booking tapak kat taman.
bukan senang² kita leh terjah taman awam untuk buat event.
lelagi yang melibatkan kehadiran orang yang ramai.
aku harap info ni dapat membantu kawan² semua.
sorry la aku tak dapat nak cerita panjang pasal party tu.
korang boleh baca blog kawan aku -
icha.
dia dah cerita panjang..
yelah birthday party tu untuk anak dia.
hehehe..
aku dah start busy dengan workload ni..
arghhhh..
nanti insyaallah ada kesempatan aku story mory lagi..
---------------------------
sebelum penutup..
just nak cerita sikit.
semalam aku ke birthday party sorang lagi kawan kat temerloh sana.
kebetulan aku balik kg hubby.
birthday party si kembar..
comeii... dah besor dah dak dua orang tu
si kakak & si abang.
cepat tumbuh gigi n jalan ye..
-aryan lahir sehari awal sebelum kembar amir & amirah-
"auntie & uncle zam doakan
aryan (birthday 21 March)
& amir & amirah ( birthday 22 March)
cepat² tumbuh gigi, cepat cakap dan cepat jalan..
dapat menjadi anak yang soleh/solehah.
tak lupa kedua ibu bapa.
hormat orang tua.
bila dah besar
jangan lupa auntie dah ler.. "
heee