Countdown

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, April 12, 2013

LANGKAWI - Part 2 : Day 3 ^Mahsuri, jalan Tanjung Rhu, Pantai Pasir Hitam, Restoran Nelayan Bukit Malut^


MAKAM MAHSURI


Puas dah shopping, rasanya cukup dah kot, next destinasi adalah Makam Mahsuri dan sekitar Pantai Pasir Hitam. Dulu masa bujang dedua dah pi dah Makam Mahsuri ni, cuma kali ni nak rasa feel pergi berduaan pulak. Kalau dulu aku tak peduli sangat nak baca sejarah Mahsuri ni. Tapi kali ni beria² masuk muzium baca setiap kisah yang di gantung dan melihat video. Lama gak duduk dekat Makam Mahsuri ni. Sebabnya separuh masa kami kat sana, tiba² hujan turun sangat lebat. Maka terkandaslah kami di sana. Dekat sini juga ada deretan kedai yang menjual souvenir. Tapi kami pergi dah petang dan hujan lebat. So tak sempat nak survey² barang dan harga. Sempat lalu sekejap je sebab nak pi surau. Surau di sini adalah sebuah rumah kayu yang sangat besar. Best betol tapi menyeramkan pon ada. Lupa pulak nak ambil gambar surau tu. Surau ni terletak di belakang deretan kedai yang jual souvenir.

Sekitar Makam Mahsuri














PANTAI PASIR HITAM

Sudah puas berjalan² dan ambil gambar dekat Makam Mahsuri, kitorang mudik ke Tanjung Rhu pula. Aku teringin nak tengok kawasan pantai yang di katakan berpasir hitam. Ada kisah disebalik pasir hitam tu. Ada aku baca ianya relate dengan kejadian alam semulajadi. Selebihnya korang google la ye. ngeee 

Dari Makam Mahsuri ke Pantai Pasir Hitam ni tak jauh. Tapi nak cari pantai yang berpasir hitam ni agak payah juga. Sebab kami tiba dah nak senja. Orang dah balik. Tu yang mencari² tak jumpa pada mulanya tu. Alhamdulillah jumpa juga. Tapi tak sempat nak posing² perut aku memulas. Hahahah tak pasal kan.. terus cepat² gerak balik. 




PANTAI PASIR HITAM


RESTORAN NELAYAN

Dari Pantai Pasir Hitam, kami terus pula ke sekitar Bukit Malut. Jalan ke Bukit Malut ni adalah salah satu alternatif jalan kalau dari Pekan Kuah nak ke Pantai Cenang/Pantai Tengah. Tapi jalan ni berbukit². Kalau malam tersangatlah gelap. Kalau siang kita boleh nampak kawasan TLDM, kawasan perairan para nelayan, dan lalu la sikit kampung². 

Tujuan kami lalu sini sebab nak cari kedai makan seafood (recommended by bloggers). Ada cite sadis sikit waktu nak cari kedai ni. Jalan dah la gelap. Kalau ikut tips² yang dishare oleh blogger², dari simpang Pekan Kuah masuk ke laluan Bukit Malut ni tak sampai beberapa minit kita dah boleh jumpa Restoran Nelayan tu. Tapi dah malam kan.. cari punya cari tak sedar dah jauh kitorang mencari. Tetau dah sampai simpang nak keluar ke Pantai Cenang/Pantai Tengah. Masa tu memang dah rasa give up dah. Aku tanya balik incik suami nak teruskan pencarian or nak makan dekat Cenang je. Incik suami aku kata cari lagi la sampai jumpa. 

Sekitar Pantai Cenang dekat² chalet kami tu memang banyak je restoran seafood. Kami pernah je dulu makan dekat kedai HJ. RAMLI. Not bad la juga. Harga pon not bad. ngee Kami nak la pula try tempat lain. Tu yang beria² cari restoran dekat Bukit Malut tu. Keadan jalan yang sangat gelap, di temani hujan yang lebat menyukarkan pencarian kami. Tapi orang kata kalau dah rezeki tak kemana. 

Kami patah balik dari jauh ke arah simpang nak ke Pekan Kuah. Then cuba cari balik dari arah sana masuk balik Bukit Malut. Alhamdulillah jumpa juga. Patutlah susah nak cari. Signboardnya dah patah. Lepas tu kedainya kena masuk satu lorong kecil then ke dalam sikit baru la nampak terang kedai tu. 

Kedai dia bukan la restoran besar yang hebat sangat dekorasinya. Kedai makan nelayan ni sebenarnya sebelah je dengan jeti tempat nelayan turunkan hasil tangkapan. Tu yang orang kata dapat la makan seafood fresh² dari laut. 

Yang penting pencarian berbaloi. Memang puas hati rasa dan harga. Korang layan la pic ni ye.. Jangan sampai terliur² pulak. Oh ye, cara nak ordernya ialah.. sampai je korang kena gi kawasan dapur dan pilih lauk apa yang korang nak. Then bagitahu nak masak apa. Then duduk depan semula tunggu lauk siap ye. hehehe.. 
Brother sorang ni dah teruja dah.. sebab lapo sangat kan sesat² sebelum tu





Ni yang kitorang pilih.

Order air

The Menu !! for 2pax huhuhu

Alhamdulillah licinnnnnn

Murah tak?

Friday, November 23, 2012

LANGKAWI - Part 4 : Day 1 ^Laksa Power & EE Burger^

Sambungan cerita Langkawi. Maaf siaran tertunda sebelum ni disebabkan faktor kesibukan diluar kawalan. Heee

Lepas check in dan masukkan bag dalam bilik hotel, kitorang pon terus keluar semula. Masa masih awal lagi tika itu. Baru masuk jam 4petang. Perut pula dah berkeroncong. Sebabnya kan kami makan awal masa di LCCT tu. Then dalam kapal terbang berbau makanan yang di order oleh penumpang lain. Semestinya kami berdua cepat terasa lapar.

Oh ye another tips utk yang menaiki pesawat Air Asia (AA). Make sure pada korang² yang perjalanan menaiki pesawatnya melebihi 1jam. eloklah korang order makanan untuk dalam pesawat siap² masa korang booking tiket. PENTING! sebab nanti korang tak akan tahan punyalah bila dah duduk dalam pesawat lepas tu berbau makanan. Arghhhh tekanan jiwa ok.

Bukannya korang tak boleh order dalam pesawat tu, BOLEH! tapi korang tak dapat la diskaun harga. Makanan dalam pesawat tu semuanya mahal². Air mineral pon sampai RM4(kalau tak silap). Then kalau baru nak order dalam pesawat, belum tentu makanan yang korang nak tu ada (as per dalam menu). Sebab diorang punya stock diorang utamakan yang dah pre-book online.

Oh ye, sejak tahun lepas aku perasan sesuatu yang luar biasa sedikit. Sebelum ni aku travel, kita tak dibenarkan bawak apa² yang berbentuk cecair masa melepasi pihak kastam di terminal untuk berlepas. Hatta air mineral sebotol kecil tu pon tak lepas. Tapi sejak tahun lepas aku perhatikan dah boleh la pula bawak sebotol air mineral melalui pemeriksaan kastam tu. Dah yerp! aku pernah buat beberapa kali sepanjang tahun ni. Syok kan!. Jimat duit nak beli air mineral dengan harga yang mahal di kedai² terminal berlepas dan di dalam pesawat. Legaaaaa... (tapi kena hati² juga tau, sebab ada juga pegawai kastam yang tak beri pelepasan untuk bawak sebotol mineral water kecil tu.. huhu)

LAKSA POWER

OK sambung balik. Tempat pertama yang kami tuju selepas chalet kami ialah, lokasi berdekatan dengan kawasan aiport. Patah balik airport? AAH ye.. bukan jauh pon chalet dengan area airport tu. 10minit je. Kami ke situ sebab nak pekena laksa. Laksa bukan sebarang laksa. Laksa ni LAKSA POWER. Hehehe..

Kalau dah ke utara, terutama Kedah, memang tak sah kalau tak rasa makanan yang menjadi identiti rakyat kedah ni. iaitu LAKSA. Di LGK korang boleh jumpa banyak van yang menjual laksa ni. Terutama sekali di sekitar tepi² laut.

Power ke tak aku tak boleh nak komen sebab waktu aku ternampak papan tanda LAKSA POWER tu, aku  terlalu excited bila teringat review² dari blogger pasal kesedapan laksa power tu. Tapi alangkah sedihnya apabila aku sampai dan aku tengok van yang ada bukan van LAKSA POWER. Yang ada tu van ZAM ROJAK MADU ( sejak bila la pulak kan laki aku berniaga kat LGK ni hurm..) So, dah lapar sangatkan, kami pon duduk je la kat kerusi² yang kosong dan order je kat van incik suami tu. Eh!.

Kami order laksa, rojak dan air. Bertemankan angin laut yang berhembus sepoi-sepoi bahasa, tanpa sedar, licin semua makanan dan minuman yang kami order tu. Sedap juga. Orang agak ramai ketika itu. Tapi jangan risau banyak je kerusi dan meja. Make sure ye kalau datang ke LGK wajib try laksa utara. Masa kami honeymoon dulu kami makan laksa van ni dekat area Pantai Kok sana. Yang tu pon sedap juga. Kena try tau nanti kalau pergi LGK.

   Total semua ni dengan air RM 13. Murahkan !!
slurppp!!



Dari arah tempat kami duduk

ngeh ngeh ngeh 

Ramai kan orang


ZAM ROJAK MADU


Selesai menjamu selera, kami ke Pekan Kuah. Walau masa tu aku tengok awan gelap je, gaya macam nak ujan lebat lagi ni. Tapi aku ajak juga incik suami ke Pekan Kuah. Aku bukan nak shopping pon, Just nak survey² harga barang. Aku banyak dapat kiriman, so kenalah survey dulukan sebelum membeli.

Kami singgah isi minyak dekat area Tok Senik, ada Petronas disitu. Incik suami isi RM20. Ingat banyak dah tu. Sekali bila start enjin tengok naik 2 takuk je. Tak puas hati la pula. Kami decide nanti nak balik dari Pekan Kuah kami nak cari Shell pula.

Waktu kami sampai di Pekan Kuah, cuaca ok je. Tak hujan. Kedai² dipenuhi oleh pelancong² macam kami ni. Kami tawaf dari satu kedai ke satu kedai. Mana yang larat la. Semata² nak survey kedai mana cokelat paling murah, kedai mana perkakas dapurnya murah. Letih juga sebenarnya. Tengok² jam dah nak cecah jam 8mlm. Tangki perut minta di isi.

EE BURGER

Di sebabkan petang tadi dah makan laksa dan rojak, so malam tu aku tak nak makan nasi. Teringat kedai makan yang ada dalam list aku. Yang memang aku nak cuba sangat. Kedai ni jual makanan western. Nama kedainya EE BURGER. Hint : belakang Hotel Bella Vista. Berpandukan gps smartphone yang kekadang line ada kekadang menyakitkan hati, kami gagal dipermulaan mencari kedai tersebut. Tension betol di buatnya. Tapi disebabkan keazaman yang membara, kitorang cari juga tempat tu sampai dapat. But still tak jumpa. End up kitorang berhenti kat satu kawasan ni. Tak ingat nama, tapi di seberangnya ada deretan kedai makan, yang aku nampak banyak signboard kedai makan cina. berhadapan kedai² tu pulak ada sungai dan seberang sungai tu Hotel Bella Vista.


Kitorang dah lapa sangat so kitorang nekad je la kalau jumpa kedai melayu kami duduk makan situ je. Tup tup ternampak signboard 'EE BURGER" . Lerrr tersorok betol signboardnya. Yang buat tak nampak lagi tu sebab kedai tu TUTUP. cehh!!.. frust seketika. 
RM36 kalau tak silap. ok la kan

Kami lalu je kedai tu then ke kedai sebelahnya. Ada satu kedai melayu dihujung deretan tu. Kedai KAK YAH SEAFOOD. Nampak gaya makan nasi juga la malam tu. Sebab dah nampak ikan² bergelimpangan di dalam bekasnya. Tak tahan beb tengok siakap kat situ.  Terus order 3 rasa. Sambil tunggu makanan aku usha sekeliling, nampak ramai orang dan kat meja orang² tersebut ada air je, makanan tak ada. Huhuhu tu tandanya service lembab di kedai ni. Lama juga la kitorang tunggu makanan tiba. Sampai dah rasa nak blah dah dari situ. Tapi baru je bercita² nak blah, makanan pon sampai. Heheh ada la dalam 30minit menunggu. 

Ada geng cina belakang meja aku, tak sabar, habis air  diorang minum then diorang cancel order. Kesiankan. Nasib la makanan yang dimasak sedap. Kalau tak aku pula kesian kat diri aku dan keluarga aku. Eh! tetiba.

Selesai makan kitorang teruskan perjalanan untuk pulang. Singgah sebentar di shell tak jauh dari Pekan Kuah tu then terus balik chalet. 





Thursday, November 08, 2012

LANGKAWI - Part 2 : Day 1 ^Here we go^

AMARAN!!

Cerita ini akan mungkin kadang kala agak skema dan formal. Seboleh²nya saya nak share pengalaman dan tips sehabis boleh so that info² yang ada dapat membantu kalian dalam membuat penilaian dan perancangan terbaik untuk percutian kalian ke Langkawi suatu hari nanti. Juga nak beri amaran, cerita saya bukan niat untuk riak. Bukan niat untuk berlagak. Harap tidak ada terdetik rasa begitu ye dihati kalian andai ada ayat² yang kurang menyenangkan. Semoga anda enjoy membaca dan mendapat sedikit info untuk manfaat bersama. 
[hah  dah habaq dah.. skema kannnnn.. heee]


Here we go.. let's fly...flyyyy..hihi

Perjalanan pertama bermula pada pukul 10.30am. Keluar rumah dengan membawa kereta oren incik suami, kami menuju ke UM (pejabat incik suami), untuk pick up kawan incik suami. Suppose dari UM kami akan terus ke KL Central, tapi on the way tu ada accident, so jalan jammed sikit, disebabkan risau ketinggalan bas yang akan membawa kami ke LCCT, kami terpaksa berhenti di stesen Lrt Abdullah Hukum, Dari situ ambil Lrt ke KL Central. Kereta oren incik suami kami serahkan kepada kawan dia untuk di bawa semula ke pejabat, so that kawan dia boleh tinggalkan kereta dekat area parking staff UM.

Alhamdulillah elok je kami sampai di KL Central dan menuju ke tingkat bawah untuk naik bas, Bas jam 11.30am dah hampir penuh. Baru je kami duduk, bas kami pon bergerak ke LCCT.

Kenapa tak terus je ke LCCT dengan kereta?

Sebenarnya kami berdua pernah bawa dan parking kereta terus ke airport LCCT, Masa tu kami ke Bandung 4hari 3malam. Ada kawasan parking murah tapi tersangatlah jauh dan berisiko sebab tiada pengawal yang jaga. Lalu kami decide parking di area parking B (ke C).. , sehari tak silap RM40 (kalau tak silap). Balik tu terpaksa la bayar parking untuk 4h 3m sebanyak rm 120. Ni pon atas alasan kat Bandung kami tak ambil supir, just travel dengan public transport je. Kami bawa kereta masa tu pon sebab hari kami travel tu jatuh pada hari bekerja, dan flight malam. Balik dari travel pun flight malam. Risau penat nak mengondong barang naik bas dan taxi tu yang kami bawa jugalah kereta dan park dekat airport. Kali ni ke LGK perjalanan flight kami adalah pada waktu siang. Tak risau sangatlah. Tu yang just parking je dekat UM.

:: LCCT ::

Kami tiba di terminal LCC pada jam 12.30pm. Untuk makluman yang tak pernah menaiki Airasia (AA), Kita boleh check in tiket kita secara online sebelum penerbangan.Waktu check in tu kita masih boleh tambah bagasi yang nak kita masukkan dalam kargo kapal terbang sekiranya belum membeli untuk bagasi, kalau dah beli nak top up bagasi pon boleh juga. Sangat mudah. Cuma yang susahnya kalau tak ada kredit kad. Sebab pembayaran untuk bagasi ketika check in online dibuat secara menggunakan kredit kad. Susahkan. Once kita dah check in online, kita tidak boleh membuat apa² perubahan lagi, menunda penerbangan, menukar nama, menambah bagasi dan macam² lagi. So, berpikir masak² dulu ye sebelum bertindak. Hee..

Oh ye, kita boleh je check in di kaunter AA, tapi bayaran sebanyak RM10 dikenakan untuk seorang. Rugi je kan! Lebih baik la check in online. cepat dan mudah. Bila dah siap tinggal print boarding pass. Tak perlu datang awal ke airport. Tapi kalau ada bagasi untuk di masukkan ke kargo kena la juga datang awal 45 minit  sebelum waktu penerbangan.

Kami lunch di aiport je masa tu. Cadang nak makan dekat foodcourt LCCT, tapi risau pula nanti terlambat bergerak sebab food court terletak agak jauh dari area balai perlepasan. Aku decide makan dekat² dengan balai perlepasan je. Kami masuk je dekat kedai 'Taste of Asia' yang berhadapan kedai jual majalah/surat khabar n cokelat tu (tak ingat nama kedai apa). Tak pernah seumur hidup makan dekat situ. Aku order nasi ayam, bihun sup(incik suami selsema so nak makan yang bersup² je), air mineral dan nescafe tarik. Harga kesemuanya RM25. huh mahal betul dah la nasi ayamnya tak sedap sepinggan rm9.00. Lalat penuh dalam kedai. Next time memang kami dah tak nak makan dah situ. Kalau terlambat pun, makan kat McD je la.




Selesai makan, kami terus ke balai perlepasan. Untuk pergi melancong kali ni, kami tak bawak banyak beg. Hanya satu bagpack, beg camera, dan woven bag. Seboleh²nya aku minimunkan barang. hehehe. Baju utk tidur malam kami recycle je yang siang punya. Pergi 4hari, bawak baju 5helai je. ngeh ngeh ngeh.

sempat lagi tidur walaupun sejam


Alhamdulillah flight take off on the time. Sampai di airport LGK pada jam 3.10. Waktu nak naik kapal terbang tu, hujan mula turun dengan lebat. Waktu nak turun dari kapal terbang pula langit dah gelap. Elok je masuk dalam balai ketibaan hujan lebat pula di LGK. 



dah nampak pulau² sekitar LGK

touch down ! nampak tu awak hitam menyambut kami

Di balai ketibaan, kami terus mencari booth travel agent yang telah kami booking ketika ke Matta Fair bulan 3 lalu. Kami ambil pakej 'Couple Budget Package' 3h 2m dan request untuk penambahan cost sehari lagi di LGK, jadi 4h 3m. Selesai membuat pembayaran baki pakej, kami terus ke tempat parkir kereta. Di sana pula seorang lelaki sedang menunggu kami untuk menyerahkan kunci kereta dan kereta viva manual untuk digunakan sepanjang percutian kami nanti. (lupa pula nak ambil gambar kereta sewa kami tu.. hehehe )


:: MALIBEST@ Pantai Cenang ::

Dari airport kami bergerak terus ke arah Pantai Cenang (PC). Pihak agent mengesahkan yang kami akan menginap selama 4hari di chalet Malibest di PC. Ini adalah pertama kali buat kami menginap di PC. Dengan menggunakan peta LGK yang diberi oleh pihak agent dan gps dari smartphone, kami cuba mencari sendiri chalet Malibest tu. Alhamdulillah dengan mudah kami berjaya mencarinya. Kalau dari arah airport, Malibest terletak di sebelah kanan kita, di kawasan yang menghadap pantai. Seronoknya dapat duduk dekat dengan pantai!!! (LGK ni kecik je, so dalam sehari anda dah boleh hafal jalan dari pekan ke gunung ke pantai.. kalau korang baru nak pi pertama kali jangan risau. insyaallah sesat kejap je.. pastu expert dah)


Kami dapat bilik yang pertama sekali,nama bilik tu KACA berdekatan dengan receptionist. Dah agak dah pun. Kalau ambil pakej² murah ni, bilik nya pastilah yang paling murahkan. Pemandangan pon tak boleh la nak harap mengadap laut.Bilik kami hanya mengadap bilik housekeeping je. hihihi.. nasib la kan. Walaupon mula² tu agak keciwa juga, tapi akhirnya kekeciwaan itu terubat apabila masuk je dalam bilik dan meilhat di sekitar bilik, dan bilik air, hasilnya memang memuaskan. Cantik dan tiada masalah² yang sangat utama seperti kekotoran, tiada air dan sebagainya. Pendek kata memang memuaskan hati kami. Dan bila dipikir² balik, sepanjang kami duduk dibilik tu..ianya sangat memudahkan sebab dekat dengan tempat parking dan housekeeping dan pastinya yang paling penting hanya perlu berjalan kaki beberapa ratus meter je untuk ke pantai. 
KACA



Dalam bilik



dari arah pantai, lalu dekat bumbung biru tu untuk ke bilik kami


dari depan housekeeping store


Oh ye baru teringat, ada la beberapa perkara yang agak tak puas hati ialah, plug dalam bilik kami ada 2 je. Satu memang di biarkan kosong untuk kegunaan kami dan satu lagi untuk tv. Tiada cerek, tiada sudu, dan hanya satu mug je yang diletakkan. Tapi, semua tu tak ada la jadi isu besar. Minta sahaja pada staff housekeeping tu. Kami mintak sejadah, cerek letrik, dan seterika.

Setiap hari memang tak missed staff housekeeping datang bersihkan bilik. Tuala ditukar ganti, sabun dan tisu diberi setiap hari. Nak ke pantai pon dekat sangat je. Overall, aku bagi 3 1/2 bintang untuk Malibest. ermmm ok la tu kan. ngeee..



-------------------------------------------------------------

Cost AirAsia




Cost "Couple Budget Package"

3hari 2 malam = RM390
-Stay at Malibest Pantai Cenang
-Island Hopping x 2orang
-Kereta sewa Viva 600 Bx (M)
+
Extend 1day = RM150
Malibest  + Kereta Sewa 

Total RM 540

(kalau berminat boleh cari travel agency Fi Holidays dekat Matta Fair )

Untuk minyak kereta, total isian kami sepanjang di sana adalah  sebanyak RM45. 




Tuesday, November 06, 2012

Langkawi - Part 1 : INTRO


:: Intro  - Recaps ::

First time aku pergi Langkawi (LGK) dengan rakan kolej tak silap tahun 2002, waktu tu aku lepak rumah kawan aku tu dekat Kuala Perlis, memang dekat sangat la kan kalau naik feri dari jeti K. Perlis tu. Aku pergi sehari je, gerak pagi parking dekat jetty then naik feri, tiba LGK kitorang sewa van. Sempat pergi Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan Pekan Kuah je. Beli ole² cokelat sikit. Petang tu juga ambil feri balik K.Perlis, sebab esoknya nak jalan² Padang Besar pula.

Second time, aku pergi untuk 1st honeymoon dengan incik suami lepas kahwin. Masa nak dekat² kahwin tu aku ada terbaca surat khabar BERITA HARIAN (BH), kalau kumpul keratan kepala surat khabar BH selama seminggu  (yang ada cetak header BH tu) boleh dapat tiket free naik kapal terbang FIREFLY (FF). Maka aku dengan gigihnya kumpul selama 2minggu untuk dapatkan tiket 2 orang. Alhamdulillah berjaya juga dan aku memilih untuk penerbangan ke LGK sebagai hadiah honeymoon kitorang.

Merasalah aku naik kapal terbang BERJAYA AIR ( bukannya FF, hampeh jee diberi focker pula) dekat Terminal Subang Airport. Sepanjang di LGK, . Masa tu incik suami pula dapat pakej penginapan free selama 4h 3m di Awana Porto Malai Ali.Beserta trip percuma  Island Hopping untuk 2 orang. Dekat sana kami menyewa kereta sepupu kepada abang ipar suami yang memang tinggal di kg LGK. Seronok sekali sebab dapat sewa kereta nissan sentra dengan harga yang sangat murah. RM80/day, yelah sebab ada bau² kentutkan.

Aktiviti kami sepanjang di LGK adalah berjalan² di area Datai, Oriental Village, Pantai Chenang dan shopping di Pekan Kuah.Incik suami teringin sangat nak naik cable car, tapi sayang tak ada rezeki. Kami dah tiba dah dekat Oriental Village tu untuk naik cable car, tapi tunggu punya tunggu kaunter tak buka juga. Bila tanya sekali lagi, kami dimaklumkan cuaca di atas Gunung Mat Chincang tu berkabus, maka amat risiko untuk naik gondala ke atas. Aku sendiri pula keciwa sebab tak dapat nak shopping banyak alatan dapur dekat pekan kuah sebab kami kan baru kahwin,  so tak ada la bajet nak shopping sangat. Kami pulang hanya bawa ole² cokelat je. hee

Untuk kali ni yakni kali ke-3 ke LGK, aku book tiket AirAsia (AA) from KL to LGK  pada 14 Feb 2012 untuk perjalanan dari 2Nov - 5Nov 2012. Ini merupakan honeymoon aku and incik suami buat kali ke.. (Langkawi,Cherating,Kuching,Bandung,Sabah,Bandung,Langkawi) ok ke 7. ehehehee.. So this is 3rd time buat aku and incik suami personally, then kali ke-2 untuk kami selepas hidup berdua.

Tujuan utama kami kali ini adalah untuk naik cable car dan shoppinggggg !!

Berjaya atau tak??? kita nantikan sambungan seterusnya. ngeh ngeh ngeh.. daaaa..

*Apa kata korang study map ni dulu, lepas ni kalau aku sambung cerita paham la korang sikit² ye. *



Friday, March 02, 2012

E-Filing LHDN


Salam Jumaat hati
Moga hari ini kita masih punya kesempatan untuk beramal sebelum ajal menjemput. InsyaAllah. Apa kabar kalian semua. Hari ini dah masuk bulan Mac. Bulan ke-3 bagi tahun 2012. Cepat betol kan masa berlalu. Hari ini aku nak kotakan janji untuk cerita dengan kalian tentang Cukai Pendapatan Individu. Maaflah aku ambil masa yang terlalu lama untuk cerita pasal ini. Sebok sangat la pulak bila masuk tahun baru ni.

Untuk pengetahuan korang, mulai dari semalam laman web untuk kita failkan pendapatan 2011 kita telah dibuka. Kalian semua tahukan pasal "E-Filing" ? Kalau dulu pembayar cukai kena isi borang untuk failkan pendapatan sekarang dalam era IT, kini kita dah tak payah dah isi² borang ni. Semua boleh di akses secara online. Sangat mudahkan. Kalau dulu lepas isi borang kita kena hantar pulak sama ada melalui pos atau ke kaunter. Sekarang tak payah dah nak bazir semua tu. Duduk depan pc/laptop pon dah boleh buat. E-Filing ni adalah satu cara untuk kita failkan pendapatan secara online kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Anda dah layak ke bayar cukai? Kalau anda tak pasti anda layak ke tak anda boleh tahu dengan melihat sama ada ada tak Potongan Cukai Bulanan (PCB) dalam slip gaji bulanan ataupun anda boleh check dalam slip bonus anda. If ada PCB di situ maknanya anda memang selayaknya mempunyai no. cukai pendapatan. Ala yang depan dia ada hurup 'SG' tu. Tapi kalau anda tak nampak PCB tu tapi anda masih was was lagi kena cukai ke tak ni. Maka anda boleh la merajinkan diri melawat mana² kaunter LHDN yang berdekatan dengan kawasan rumah atau kawasan pejabat anda. Jangan lupa bawak bersama penyata EA yang anda telah dapat dari majikan anda tu. Bolehlah anda buat semakan sama ada anda layak ke tidak.

Pada yang tak nak berbuat demikian tak apa. Tapi anda kena ingat, kalau lagi lambat anda buat semakan lagi bahaya. Sebab nanti bila datang surat LHDN mengatakan anda ada cukai tertunggak yang belum dibayar, habis lah masa tu. Sebab selalunya bila ada satu je isu timbul tentang cukai ni, LHDN akan korek sedalam²nya. Contohnya kita dapat surat tu tahun ni. Dia akan siasat penyata gaji kita dari tahun pertama kita mula kerja. Hah! sanggup ke gitu. Seksa tahu tau nak korek fail² lama ni. Kalau ada rekod tak apa. Kalau tak ada tu yang naya. Tak pasal kena bayar cukai dan denda sekali. huhuhu... rabak

Untuk makluman, LHDN telah ambil pendekatan baru untuk mengelak kes penipuan berlaku semakin bertambah. Langkah yang di ambil ialah LHDN telah bekerjasama dengan syarikat² besar, terutamanya badan berkanun dengan meminta pihak Human resouces (HR) syarikat² tersebut untuk masukkan data dari penyata EA kita terus ke borang e-BE(borang e filing) kita.
So kita dah tak boleh dah nak masukkan data yang salah lagi ke borang e-BE kita tu. Huhu bijak bukan. Dan LHDN juga turut bekerjasama dengan JPJ dan JPN untuk memastikan rekod peribadi kita adalah tepat. Bila kita masuk je borang e-BE ksemua data dalam penyata EA kita seperti jumlah gaji setahun, jumlah kwsp setahun, jumlah zakat setahun (kalau tolak gaji), jumlah gaji kerja lebih masa setahun, semua dah ada dalam e-BE so kita hanya perlu semak je. Mudahkan?

Kalau dah semak data dari EA ke e-BE, kita boleh teruskan ke langkah seterusnya. But, make sure korang punya dokumen sokongan dah berada di tangan ;

Voucher dividen (kalau ada saham)
resit kos perubatan ibu bapa
penyata bayaran zakat tahunan ( sekiranya tidak tolak dari gaji)
resit derma dari badan² yang disahkan oleh LHDN
resit pembelian komputer (claim sekali dalam tempoh 3 tahun)
resit pembelian alatan sukan seperti termaktub dalam akta cukai.

dan ada beberapa lagi lah yang ada dalam borang yang korang rasa korang layak tolak.Senang kalau dah guna e-filing ni. Kita input info, system akan kirakan berapa refund kita dapat (if any).

Oh ya! ada orang tanya aku pasal zakat. Sebenarnya zakat ni macam LHDN juga kita boleh tengok kita layak bayar ke tak dekat laman web zakat yang ada di Malaysia ni. Contohnya untuk zakat Kuala Lumpur - PPZ. Kita masuk website dan cari kalkulator zakat. Kemudian masukkan lah data gaji kita untuk setahun dan tengoklah ktia layak ke tak. Sekiranya kita bayar zakat kita boleh dapat relief untuk cukai kita. Kalau siapa biasa isi borang cukai secara manual or online perasan tak di bahagian akhir akan ada soalan berapa zakat kita bayar? So kat situlah kita letak jumlah bayaran zakat kita setahun. Ini hanya untuk zakat pendapatan je tau. Kalau banyak kita bayar zakat banyak lah tolaknya. So ada chance la kita dapat balik refund PCB ataupun tak perlulah kita bayar cukai.

Ha.. mesti ada yang terpikir, kalau bayar zakat atau bayar cukai sama je kan sebab dedua tetap keluar duit kita. Betol tak? hehehe... memang lah betul. Tapi ada kebaikannya kalau kita bayar zakat lebih dari kena tolak PCB banyak. Kita dapat saham akhirat lebih sikit la sebenarnya. Mana lagi untung? Anda pikir anda jawap.

Harap info saya ini dapat membantu. lega


Labels

Advertising (1) event (9) Family (4) Holiday (16) Info (16) Info Program (7) jalan² cari makan (6) jalan² cari pasal (1) luahan (2) My life (1) my love (1) News (3) ntahpape (12) Petua (1) Ramadhan (1) Renungan (9) Sahabat (1) Wishes (3)