Rulez no. 2; read rulez no. 1
hehehe..
Baru² ni.. aku terkejut menerima sms dari pihak CELCOM, bil terkini aku adalah sebanyak RM138 hengget. Penyata bil will be fwd to ur email soon. What the...
Giler banyak bil haku kan.. macam zaman bercinton cinton dulu je.. eh zaman bercinton pon bil tak banyak camtu hoke!! Mengikut perkiraan aku, RM50 adalah untuk data plan aku, so the remaining adalah untuk charge untuk panggilan dan sms. Giler banyak aku mengcalling² orang. Heh!!
Di sebabkan tak pueh hati.. aku check balik bil aku yg sebelum tu. Kot² aku lupe nak bayar bil bulan sebelumnya tu. Check² tengok , aku memang dah bayar pon. Tapi.. chop chop.. tetiba terperasan sesuatu dalam bil yang aku dah bayar tu.. Tengok tu..
SMS Content Services - sent & received. ermm..
Sejak bila la pulak aku melanggan pape service?? Musykil..
Check lak further details..
Apekes la pulak EVEREST ni.. aku tadek langgan pape nak pegi everest..memang sah la aku da terkono! Kurang asam betol! Apesal aku tak perasan eh.. main bayar je.
Gara² tak pueh hati, aku call CELCOM untuk semak, diorang kata memang ada charge dari 3rd party. Aku tanya yang latest bil tu pon sama eh.. sampai bil aku melambung.. (penyata bil tak dapat lagi masa tu ..so tak boleh nampak kenapa bil aku tinggi) .. Customer services CELCOM cakap aah memang charge dari no. yang sama. Kali ni aku kena lagi banyak..
Bil baru je dapat beberapa hari lepas tu.. RM3X15kali = RM45. huhhhh!!
Sangat hampehkan.. aku memang dah kena tipu ni. Bengang seh. tak kan aku nak bayar lak kan atas service yang aku tak tahu menahu pon .. tak pernah langgan pape pon. Sakit hati betol!.
Aku tanyalah org CECLOM tu, aku tak nak bayar boleh ker? Dia cakap tak boleh! Aku kena bayar gak. Fuhhh panas hati gua beb.. Dia cakap diorg hanya boleh stopkan no. tu je. Bayar tetap kena bayar.. Aduhhh .. bengang la gua macam ni kan. AKu terus letak phone!
Tapi dalam pada tu tetap gak tak puas hati. Aku gugel. Cari info pasal EVEREST tu.. Alhamdulillah aku jumpa info pasal ni.. kat forum Maxis korang boleh klik and baca sendiri. Orang yang bagitahu pasal penipuan tu ada tinggalkan no. office company EVEREST tu. Dia kata dia dah call dan dapat waive.
Aku check lagi gugel, rupa²nya company EVEREST ni memang dah kena saman. Baru je lagi kenanya. 24 Mei lalu. Kes ni la, kes menipu pengguna telephone. Korang boleh baca kat SINI
So aku pon apalagi call la kan. Pagi² aku call, ada sorang perempuan jawab. Aku bagitahu masalah aku, suruh dia check aku langgan apa sebenarnya. Perempuan tu cakap aku langgan game bola. Hahahahahah gelak besar aku masa tu. Sejak bila la aku minat main game bola lak ni. Aku marah la dia .. cakap penipu, perempuan tu diam je. Aku cakap aku tak nak bayar.. aku nak waive & refund yang aku dah bayar. Perempuan tu dah macam takot² ..dia cakap nanti dia bincang dengan bos dia. Aku pon letak phone.
Lebih kurang nak masuk waktu lunch time, aku call lagi, aku tanya macam mana status aku, perempuan tu cakap bos dia dah pergi lunch. Heh!! apesal kau tak tanya sebelum pergi lunch tu kan. Memang sengaja je kan. Tak pe tak pe .. nanti aku call lagi.. Pukul 4 aku call balik. Jawapan dia lak.. bos tak masuk lagi dari lunch. Hadoiiiii memang dasar penipu betol. Pastu aku ugut la cakap aku nak report kat SKMM. Perempuan tu cakap report je la... hamboi hamboiii belagak betol! Ape ingat aku tak berani ke??!!
Petang tu juga aku call SKMM. Tapi tak dapat.. sob sob sob.. nama je hotline aduan tapi tak de pon sorang yang angkat phone. Hampehhh!!.. Tak puas hati lagi! Tak tenang aku, aku godek² laman web SKMM tu dan jumpa link untuk buat aduan secara online. Alhamdulillah, tak dapat call aku type je la. Janji dapat buat aduan. Legaa...
Esoknya aku terima email dari SKMM bagitahu yang mereka dah terima aduan aku dan serahkan pada pihal CELCOM untuk selesaikan kemudian pihak CELCOM akan berurusan dengan aku tentang jawapan siasatan dan tindakan selanjutnya. Pantaskan SKMM berkerja! Bravooo!! i like.. tapi apesal eh call hotline tak angkat???? dussss!!
Petang hari ke-2 tu aku terima pulak sms dari pihak CELCOM. Diorang kata diorang dah terima aduan aku dari SKMM dan aku buat siasatan. So aku pon menanti la dengan sabar. Sambil berdoa moga² usaha aku ni membuahkan hasil.
Alhamdulillah, pagi tadi aku terima call dari pihak CELCOM, mengatakan yang diorang dah hubungi pihak EVEREST tersebut, dan company tu bersetuju untuk beri refund pada aku. Fuhhhh... i did't!!
Syukur sangat². berjaya juga aku tegakkan keadilan. Tak bodoh² habiskan duit pada benda yang aku tak dapat benefit pon daripadanya.
Pihak CELCOM advise aku, if ada lagi aku terima apa² sms dari no. 5 digit yang seumpama sebelum ni, maka cepat² call CELCOM mintak untuk stop no. tersebut.
Pada kawan² diluar sana, sekiranya pernah atau one day terjadinya kes macam aku ni, make sure korang bertindak segera ok. Jangan bazirkan duit korang begitu je tau.
Tq to CELCOM & SKMM.
Walaupon aku pelik sebenarnya, apesal CELCOM tak tolong je dari awal deal dengan EVEREST tu kan. Ke memang ada complot disitu. Yelah CELCOM pon dapat keuntungan dari situ kan. Bila dah kena dengan SKMM baru kelam kabut settlekan. huhhhh!!










