Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 16, 2012

Mood Raya !!

Dari pagi tadi aku kekusutan.
Rumah aku macam dilanda ribut topan.

Atas katil ada baju
atas sofa ada baju
dalam bakul dah basuh ada baju
kat ampaian ada baju
dalam bakul tak basuh ada baju
dalam baldi dalam bilik air ada baju

arghhhhhhhh !!

memang otak aku hari ni ingat nak half day je.
nak balik kemas baju baju baju baju baju...

esok memang dah apply cuti
mlm ni lps tarawikh aku n incik suami akan gerak ke Sentul
tido sana!
esok lepas subuh gerak blk kampung.
Kitorang adalah trip pertama yang aku balik dulu.
Abah aku akan follow.
Mak n adik beradik lain blk Jumaat mlm dan Sabtu pagi.

Masalahnya sekarang, aku memang teringat kat umah je sekarang!
Teringat kain² baju² semua nak lipat, nak basuh, nak gosok, nak masuk dalam beg.

Hari ni pest time aku bukak radio sepanjang Ramadhan.
Dan pest lagu raya aku dengar sambil melayan dan berangan ialah lagu Azlina Aziz.

Punyalah berusaha keras tak nak dengar lagu sepanjang Ramadhan ni.
Akhirnya hari ni tewas juga.
Hahahaha..

Yang kelakanya memula aku on radio HOTfm nak dengar adik ahmad & adik fizi tu (iklan raya BERNAS)
abis je dengar HOTfm pasang lagu raya. terus aku tukar IKIMfm. Budget tadek ah lagu raya. tup tup keluar lagu Azlina Aziz tu. Ya ampunnnn..

Memang semua pon dah mood raya nampaknya.

So aku pon kena cari mood nak raya juga la walaupon pagi tadi waktu naik motor,lalu dekat kawasan rumah, dongak ke langit, awan baru nak kembali putih, sebelum tu hujan turun sangat lebat, waktu aku dongak tu, masih ada titisan hujan, awal masih ada gelap², tiba² aku rasa sayu, sayu Ramadhan dah nak berlalu.

Moga ada peluang ketemu lagi Ramadhan di tahun hadapan.

Tak sabar nak balik kampung ni jumpa opah saya.
Mesti dia rindu nak jumpa cucu² dia..

Tak sabar juga nak raya!
Nak main bunga api di laman rumah.
Nak gotong royong masak ramai² kat dapur belakang sambil mengadap pemandangan indah sawah padi.

Harap² esok jalan tak jem.
Pada yang nak ke utara esok sila gerak lambat sikit eh.
Sebab korang kena bagi laluan pada kitorang dulu tau.
Huahuahua.


Selamat hari raya semua.
Selamat pulang ke kampung halaman ye.
Mohon Maaf andai selama ini ada terkasar bahasa di ruangan blog ni.


Wednesday, August 15, 2012

Persiapan raya ~!! (episode 3)

OK sambung lagi..

Duit Raya

Yang aku tukar :
RM1 = 150 kpg
RM5 = 10kpg
RM10 = 10kpg
RM20 = 5kpg

So total duit aku tukar RM400

Incik Suami pula :
RM1 = 100kpg
RM5 = 20kpg
RM10 = 20kpg
RM20 = 10kpg

So total duit incik suami tukar RM600

Total keseluruhan RM1000.


Wahhhhh memang sakannnnnn la raya kitorang!!
hahahaha tak pasal...
sebenarnya saja je kami orang tukar banyak² bukan semua tu nak bagi duit raya kat orang, kami tukar sebab excited nak ada duit baru banyak². hehehe


Plan Raya

InsyaAllah, Jumaat pagi ni aku dan incik suami dan keluarga aku akan pulang untuk beraya di kampung halaman aku dia Kuala Kangsar Perak. Perancangan kami sekeluarga tahun ni nak beraya sekitar di rumah sedara mara mak n abah di Taiping.

Then raya kedua insyaAllah aku n incik suami akan pulang semula ke KL. Raya ke tiga pula, petang lepas asar kami akan pulang ke Temerloh Pahang, kampung incik suami. Dan balik semula ke KL sabtu minggu tersebut.

Tahun ni kami berdua tak plan lagi untuk buat open house. Tengok dulu kot berapa RM yang tinggal lepas balik dari kampung. hehehe.. Kalau ada rezeki insyaAllah kami buat open house untuk family dan rakan². Tarikh pon belum  dirancang juga. Sebab semuanya tunggu lepas balik dari kampung.

Sekian sahaja update saya tentang persiapan raya saya. Hee

Tuesday, August 14, 2012

Persiapan raya ~!! (episode 2)

OK sambung cerita semalam pasal persiapan raya.

Kuih Raya

Tahun ni incik suami aku kata, dia nak berjimat cermat. So budget kuih raya tak banyaklah. Eh ye ke tak banyak? Meh kira dulu;



2 bekas SEMPRIT


Semprit ni sangat sedap. 
Rapuh dan ada chocolate rice.
(biskut tradisional yang dimodenkan dgn choc. chip.)
Aku sangat² suka.
Bos aku yang jual. Tolong sedara dia yang susah.
Dia actually jual b4 puasa lagi.
Memang ramai orang order.
Satu bekas RM14 kalau korang nak la.
Kalau harga aku different sikit.
Sebab aku kamceng dengan bos.
kehkehkehkeh.



2 bekas TART NENAS

Tart yang sebelah kiri tu aku beli dengan officemate aku.
Tart tu datang dari MELAKA ok.
Aku tak suka tart sebenarnya.
Pernah makan 2 kali je.
Mula makan dah tak suka
2nd time makan hok lain sedap pula rasa.
Tapi tetap juga tak beria nak beli
Until aku tengok bekas tart ni dekat bilik officemate aku.
Nampak macam sedap.
Tu yang beli tu RM25 satu
Tart sebelah kanan tu pulak bos aku yang jual semprit tu bagi.
hehehe rezeki. 




Ni pula TART BENGKULU

Abg ipar incik suami yang mempromote tart ni tiap tahun.
Sebab tart ni kuih tradisi kampung dia.
Memang sedap.
Since aku tak makan tart sangat so aku tak tahu betol ke rasa tart bengkulu ni sama dengan tart nenas tu.
Rupa dan cara masak pulak macam masak bahalu.
Tu la gamaknya nama combain tart+bengkulu
hahahah memandai je aku kan!!
1 kotak ada 50pcs RM30
tahun ni naiknya sebab dah semakin glamer.
Tahun² sebelum RM25 je.
mungkin sebab cost buat kotak tu kot.
Tahun lepas letak dalam bekas lutsinar besar tu je
huhuhu
(nyesal lak rasa order sekotak. dah la biras aku tu siap hantar dari Serendah. ishk!!!)



Ini pulak CHICKEN FLOSS

Ala kalau korang pernah makan roti kat kedai roti yang ada serunding ayam/daging atasnya tu.
Haaa cuma kali ni ianya biskut.
1st time aku order ni.
Actually biskut ni n biskut hok gambar bawah ni nanti datang dari JOHOR
wahhh jauh kemain..
tunang adik aku yang mintak tolong jualkan dekat office.
tunang adik aku ni duduk Pasir Gudang Johor
(yerpp dekat dengan umah ICHA)
Dia bagi la aku harga diskaun.
hihihi.
1 bekas RM25 kalau harga jual kat customer
(harga aku lak tak leh cite .. ngee)



Manakala yang ni pulak FLORENTINE CUP

Ni spesis tart sebenarnya.
Selalu ada cup. tapi biskut ni dia punya cup boleh masuk terus .
hahahaha..
Sama la macam biskut di atas. made in JOHOR.
1 bekas RM25


Ni mesti la wajib ada.
Tak tahu?
Lempang diri sendiri ok!!
KEREPEK PISANG TANDUK BULAT &KEREPEK UBI PEDAS KERING

actually tiap tahun aku tolong akak sorang ni jual kerepek dia.
Made in BANTING SELANGOR.
So harga aku berbeza la dari harga jual.
Kalau jual RM 9 untuk sebungkus Pisang tanduk
RM8 untuk ubi pedas kering tu.
(again! harga aku sendiri beli tak leh disclosed demi menjaga kepentingan diri sendiri. harap maklum!!! huahuahuahuahhua)


Ada satu jenis lagi kot ke 2 jenis eh aku order dengan akak office aku.
belum dapat lagi biskutnya.
Yang aku ingat ALMOND LONDON je kot aku order.
gambar sila gugel sendiri kalau dah tak hengat rupa. 
(blah ah tatau Almond London tu)
Hah.. yang ni jangan lak korang ingat datang dari LONDON.
hahahahha.. xdek kene mengena. 
Ni made in Malaysia la opkoz kan.
1 bekas RM25.


Bukan main lagi kuih raya aku tahun ni..
datang dari Melaka, Johor, Selangor, LONDON (tipu je)
Total semuanya adalah 
RM 169.
dan untuk makluman.
Total tu semua aku nak claim kat incik suami RM200
kahkahkahkah.
Bijakkann.. 

Banyak eh kuih raya aku?
Sakan eh raya baju raya banyak kuih raya banyak.
Huhuhu..
Tadek maknanya.
Kueh tu aku nak bahagi kepada 4buah rumah ok.
Ada 11 semuanya.
5 umah aku
2 umah mak aku
2 umah opah aku kat perak
2 umah incik suami dekat pahang

Sekian untuk kuih raya.

tunggu episode seterusnyaaaaa...



Monday, August 13, 2012

Persiapan raya ~!! (episode 1)

Meh nak cite pulak tentang persiapan raya aku n incik suami tahun ni.

Pakaian Raya :
Tiada tema colour tertentu. Sebab sejak kahwin ni, 2 tahun berturut² adik² aku kawen. Since kami dah ada pakaian colour sedondon masa majlis kahwin tu, kitorang gunakan baju tu untuk dipakai pada 1st day raya. 
InsyaAllah tahun depan sorang lagi adik aku akan kahwin. Makanya tahun depan pon tema tak payah pikir. bestnya!!

Pakaian raya aku :
1 jubah krim putih (dah pakai masa wedding adik aku)
Kain kosong yang aku sengaja tempah untuk buat jubah. Then aku gi Jln Tar tampal batu korea. Baru la nampak cung sikit. hihi..

2 jubah satu warna silver satu colourful dari kain cotton 
Beli dan tempah masa pergi bandung before Ramadhan haritu.

2 jubah cap Indonesia warna biru satu dan warna  cokelat
Belinya di Malaysia tapi.. hahaha  masa pergi bandung memang dah nampak dan nak beli tapi ntah macam mana terlupa. Jumpa pulak jubah tu dkt KWC baru ni terus beli. hee

1 baju kurung pesak kain lembut namanya serai wangi, 
Pemberian akak ipar incik suami sebab tolong jagakan anak dia waktu anak dia praktikal kat umah aku tahun lepas. TAHUN LEPAS? hahahah memang sengaja simpan untuk raya tahun ni. huhuu

2 baju kurung pesak gak kain cotton 
Beli dekat bawah pejabat aku ni hah. Sakit jiwa betol beli 4meter rm80 tempah rm45. pastu kali lak 2helai hadoiii lbh  baik beli baju siap je kannn.. nyesal! Ni pon beli tahun lepas, lepas aku balik dari bandung yang tahun lepas. Masa kat bandung tanak beli. Haiiyaa.. 

1 baju kurung pesak warna oren kosong. 
Pemberian dari akak kat pejabat aku ni semperna birthday aku awal Ramadhan haritu. Akak ni pesan suruh pakai masa raya. So jadilah ianya baju raya. hikhik..

1 blouse labuh kain cotton
Beli dan tempah masa kat bandung sekali dengan jubah tu. 

So total baju aku 10helai. Banyakkkknyaaa..
Aku tak membazir rasanya sebab 3 helai darinya aku simpan dari tahun lepas lagi. ngeh ngeh ngeh.. 

1 handbag raya
Beli masa kat bandung cap D&G. Tak mahal pon, dan design lama sebenarnya. Aku beli pon sebab ada sales n kebetulan handbag hantaran kahwin aku dah mula bersalin kulit. Hahahahaha pakai jarang² dah bersalin kulit. Geram betol. 

Yang aku belum beli lagi ialah tudung raya,kasut raya, coli raya, spender raya. Harap Maklum!
Aku sekarang ni memang failed kalau pi kedai tudung. Aku belek², tak ada yang berkenan. Nak beli yang shawl aku malas nak beli². Pastu nak pakai brooch banyak lak leceh tol kalau nak solat kena buka ambil masa. Sedap yang pakai terus tu. yang ada awning tu la. Tapi masih tak ada yang berkenan di hati. Sudahnya aku pakai tudung yang dah ada je la. Yang awningnya dah lembik. hehehe.. Hentam je la. 

Pakaian raya incik suami :
1 pasang baju melayu
Ni sedondon dengan aku la. Yang lawaknya aku tengok baju ni lebih kurang dah colour baju melayu nikah dia. Hadoiii kalo aku perasan dari awal tak payah la tempah lain. Membazir lak rasa. 

2 helai kemeja kotak².
Kemeja beli kat Toko3 bandung. Ada sales masa tu. Sebenarnya incik suami ni tak suka sangat beli kemeja. Dia pegi kerja pon pakai tshirt je. Tu la tak minat pakai kemeja tu. Dia kata dia pernah beli 1 je kemeja tu pon sebab nak pergi dinner expoliteknik dia. Hahahaha.. Sejak kahwin dengan aku je baru banyak kemeja. Aku yang paksa beli sebabnya kebanyakan kawan² aku kan orang corporate. Bila ada wedding invitation kena makan dekat hotel, atau tempat exclusif, tak kan la bawak incik suami pakai tshirt kot kan. Nampakkan disitu masalah problemnya. hee

Tshirt
Tak ingat aku berapa helai tshirt baru dia. Masa pergi Bandung baru ni, incik suami la paling banyak bershopping. Banyak tshirt dia beli. Huh. Padahal dalam almari dia banyak lagi tshirt tak pakai. Hadoiii hantu tshirt betol. 

Yang dia tak beli lagi, kasut raya dan seluar baru. Cerewet juga incik suami ni. 

OK rehat jap, sambung episode 2 lak .. tungguuuuu...







Dah nak raya weh...

Haluu..
mesti semua dah sexcited kan?
mood raya dah mari la tu..
tolak hari ni, kita ada dalam 5 or 6 hari lagi untuk meninggalkan Ramadhan.
Dan meraikan Syawal.

Sebenarnya sejak dua tiga tahun ni,
aku mula sedar diri sikit tentang apa itu yang dimaksudkan dengan RAYA.
Kalau dulu bila dengar je raya, mesti terpikir baju raya, duit raya, lagu raya, kueh raya.
Kannn..

Seiring dengan peningkatan umur yang semakin hari dimamah usia ni,
Dengan peredaran masa yang berlalu begitu pantas,
Aku mula sedar yang RAYA tu adalah sangat² berkait rapat dengan apa yang telah kita lakukan ketika Ramadhan.



"Tahun ni tak ada la nak beraya sangat, mak aku dah tak ada, ayah aku dah tak ada. Dah tak bermakna dah raya aku."
"Tahun ni aku tak raya la jawabnya sebab tiket bus nak balik kampung tak ada."
"Tahun ni aku tak cukup budget nak beraya, haihhh tak raya la nampak gayanya."
"Tahun ni raya lebih ke anak² je, mak bapak dah tak kesah dah ada baju raya ke tak."

Setelah sebulan kita berjuang menahan nafsu mulut daru makan dan minum, nafsu lidah dari mengumpat dan mengutuk orang, nafsu hati dan iman agar lebih rendah diri dan rajin bersedekah, memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat dan mengaji al quran. Tak ke kita rasa semua tu sesuatu KEJAYAAN?

Kenapa kita boleh cakap yang raya kita tak bermakna?


RAYA itu adalah satu keRAIan.
Satu keMERDEKAan.
Satu keMENANGan.


Kalau pun kita berasa sedih di pagi raya tak dapat pulang ke kampung halaman, ayah dan ibu dah tiada, tak dapat nak beli baju baru untuk raya, sekurang²nya bergembiralah kerana kita nak menyambut 1 Syawal di atas segala perjuangan kita menentang nafsu kita di bulan yang mulia Ramadhan Kareem. Wujudkanlah rasa seronok nak beraya kerana nak meraikan segala yang kita cuba lakukan untuk mantapkan iman kita.

Untuk Ramadhan kali ni aku lihat satu kejayaan besar yang telah berlaku dalam kehidupan aku dan suami. Syukur ke hadrat illahi atas segala perubahan yang berlaku keatas kami atas semangat dan keazaman untuk manfaatkan masa yang Allah beri untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini. Bersolat sunat bersama, sama² bangun malam untuk bertahajud. Menghadiri ceramah² keagamaan. Sangat indah. Cuma kami tak sempat nak mengaji bersama², walaupun dah banyak kali incik suami luahkan hasrat nak bertadarus bersama. Maaf, ruang waktu tak mengizinkan. Tapi alhamdulillah, incik suami juga punya kawan² yang baik di pejabat seperti aku. Salah sorang teman mengajak dia joint tadarus bersama² setiap pagi sebelum mula bekerja.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana memakbulkan doa kami. Moga KAU makbulkan doa kami yang satu lagi ni, dapat bersama² bertemu dengan malam lailatulqadar. Memang tahun ni aku berharap sangat dapat bertemu dengan malam lailatulqadar bersama² incik suami.


Korang ingat tak apa yang telah kita belajar waktu kecil dulu?
Perkara² sunat yang kita dituntut untuk buat ketika syawal. Terutamanya di pagi syawal
Mandi sunat hari raya, bersugi, memakai pakaian yang paling indah yang kita miliki,bersolat sunat aidilfitri, menziarahi sanak saudara, bermaaf-maafan di hari raya, berkata dan mengucapkan doa² yang baik kepada saudara dan rakan².

Aku doakan kalian semua menyambut kedatangan syawal kali ini dengan penuh rasa rendah diri dan penuh kesyukuran atas segala nikmat kurniaan yang telah kita miliki selama ini. Tinggal beberapa hari ni je lagi kita nak meninggalkan Ramadhan, hargailah saat² akhir kita dengan perbanyakkan lagi amal. Rebutlah malam² terakhir ini dengan penuh semangat.



Elakkan dengar lagu raya, kerana itu akan buat kita leka, banyakkan la berzikir dan mengingati Allah.
Elakkan pergi shopping lama², sampai terlepas dan kesuntukkan masa nak solat dan mengaji.
Perbanyakkan menderma di hari² terakhir ni.
Kutiplah sebanyak pahala yang mungkin.
Kerana tak lama lagi Syawal akan menjelma,
Jangan kita tinggalkan Ramdhan kita dengan perkara yang sia².

Semoga SYAWAL kita akan lebih bermakna kali ini dengan segala amal yang kita usahakan.





Friday, August 10, 2012

Iklan Raya Bernas



Iklan untuk raya dah keluar.
Yang ni dari BERNAS.
memang sangat sedih. 

meh layan (sediakan tisu ok)



Korang² dah bayar zakat tak?
Pada yang dah bersuami kena make sure suami dah jalankan tanggungjawab atau belum.
Zakat ni wajib kita tunaikan sekiranya kita mampu.
Dapatlah bantu insan² yang seperti dalam iklan di atas.
Kalau takat sedih je tapi tak bertindak untuk bantu tak guna jugakan.

Selamat bersedekah dan berzakat!

Monday, August 06, 2012

Iftar dengan family sebelah incik Zam.

Terasa skema pulak tajuk aku ni. hahahah lantak la.
Seperti yang kalian sedia maklum last week aku pulang ke kampung incik Zam @ Kg. Padang Tenggala, Seberang Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Kami bertolak dari rumah Cheras around 9am.
Then singgah Sentul umah mak aku jap ambil Daging Dendeng.
Masa aku sampai tu tak ada orang dirumah mak. Mak n Abah ke Masjid ada program Tadarus. Terpaksa mak aku tinggalkan kunci tepi tingkap dan biarkan tingkap tertutup tanpa kunci. ngeee  Bahayakan!!
Moga tiada apa²lah yang berlaku.

Lepas dah ambil dendeng tu kami menuju ke station terakhir Putra Lrt, Terminal Gombak untuk ambil anak buah Incik Zam. Kemudian terus kami menuju ke highway LPT.

On the way, aku rasa tak berapa sihat. Rasa nak muntah, rasa pening². rasa loya². Adakah?
Oh tidak! baru je lepas suci kot. hahahaha.. Sebenarnya aku diserang angin. Memang masa tu rasa nak muntah je. Tapi mengenangkan aku puasa, dan baru je berpuasa lepas cuti puasa selama 9 hari (gasak aku nak kena bayar nanti ..uhuk) maka aku tahankan aja. Cana aku buat? Aku tidurlah apa lagi. Nasib la incik Zam ada geng borak² dengan anak buah dia. Sedar² dah sampai kat Tol exit Lanchang. 30minit kemudian kami pon sampailah kat kampung incik Zam.

Masa tu ingat kami yang terakhir sampai, rupa²nya ada 2 family lagi tak sampai. OK la tu kan. Tak ada la lewat sangat. Then aku tengok kat dapur, 2orang akak ipar aku dah start dah dengan aktiviti memasak di dapur. Waktu tu jam baru pkol 12 tengahari. Aku memang pelik dengan perangai akak² ipar aku ni. Suka memasak awal waktu bulan puasa. Masak kueh onde² dan goreng cekodok pisang pukul 12 lebih tu. Sojuk kueh² tu bila tiba petang.

Aku join kejap je kat dapur tu, aku siapkan bahan² nak masak lemak pucuk paku dengan pucuk ubi. Lepas tu aku keluar dari dapur pi umah abang ipar aku kat sebelah. Tengok umah baru renovate. Cantek bukan main. Masuk² nampak Tv besar 42inci. mak' ai raya sakan betol. Kabinet tv bukan main cantik lak tu..burak punya burak sambil tanya cost renovation semua. Perghh cecah 30k. Dasyhat!!.. Biras aku (isteri abg ipar aku) cakap dia memang dah simpan duit lama dah nak renovate rumah. Dia cakap dengan aku n incik zam nanti ada duit renovate la pulak rumah arwah mak incik zam tu. Dah pencen nanti boleh duduk. wakakakakaka.. insyaAllah. Lambat lagi nak pencennya. huhu..

Masa berlalu dengan pantas, sedar² jam dah masuk waktu asar. Lepas solat asar aku ikut incik zam dengan akak² dan abang²nya ke kubur. Bersihkan kubur arwah mak dan ayah mereka. Then baca yassin dan tahlil. Selesai je tu aku n incik zam gerak pula ke bazar ramadhan kat bandar Temerloh sana. Bazar tu kalo dari kampung incik zam dah boleh nampak dah. Seberang sungai je. Waktu pagi ahad bazar tu adalah tapak pekan sari (pasar pagi). Pernah la aku n incik zam naik bot kat penambang pergi pekan sari tu. Bayar rm0.50 je. hehe best!!

Balik dari bazar aku tengok semua family dah berkumpul dekat rumah abg ipar aku. Berbuka puasa di situ. Berangkutlah makanan yang dah dimasak dari umah incik zam (umah arwah mak mertua aku) ke umah sebelah kanan (umah abang ipar aku). Family incik memang besar. Sebabnya semua abang² and kakak² dia punya anak ramai (tapi tak boleh lawan family icha kot heheh).

Selesai iftar dan solat maghrib, kami siap sedia untuk solat isyak dan tarawikh. Solat berjemaah dengan family di rumah akak zam pulak. Umah baru buat sebelah kiri rumah incik Zam. haaaa... sampai 3 buah umah program kami hari tu. Masak umah lain, iftar umah lain, solat jemaah umah lain. Solat isyak di imamkan oleh anak buah incik zam yang berumur 13 tahun. Baru je masuk sekolah agama dekat kampung incik zam tu. Dah banyak surah dia hafal. Kemudian 4rakaat pertama, imam bertukar kepada abang ipar incik Zam iaitu ayah kepada anak buah incik zam yang jadi imam mula² tadi. 4rakaat terakhir dan witir pula di imamkan oleh anak buah incik zam yang baru habis belajar dekat Jepun. Dia ni dulu bekas pelajar Maahad Tahfiz Kajang. Kemudian selesai solat berjemaah, sorang abang zam menyampaikan sedikit tazkirah yang sangat berkesan dihati aku. Pesanan darinya moga kami sekeluarga dijauhkan dari hasad dengki, semoga kami sekeluarga bersatu hingga ke akhir hayat. Sebak aku rasa. Arwah mak dan pak mertua aku mesti berbangga punya anak² dan cucu² yang tak lupa ajaran agama. Yang mampu menjadi imam dan khalifah yang baik.

Aku memang sangat sangat bersyukur ditakdirkan Allah s.w.t menjadi salah sorang dari ahli keluarga incik Zam. Aku suka mereka yang mementingkan agama, yang sering solat berjemaah bersama. Yang mendidik dan menyuruh anak² untuk belajar di sekolah² agama. Menjadi hafiz dan hafizah. Aku doa moga suatu hari nanti aku mampu lahirkan ramai anak, setahun satu pon tak apa. Dan aku harap anak² aku tu semua dapat aku hantar ke sekolah² tahfiz yang ada di Malaysia ni. Moga Allah makbulkan doa aku. Amin.

Keesokkan pagi nya, incik Zam ajak aku ke sungai, untuk pengetahuan kalian semua. Sekarang ni macam musim kemarau di kampung incik zam. Air sungai surut sampai nampak pasir² sungai. Siap boleh jalan² lagi kat pasir tu. Kalau musim air naik, nak ke bandar di seberang kena naik bot. Tapi aku rasa kali ni berenang sekejap je dah sampai. hehehe. Incik Zam cite, kes² begini jarang berlaku. Dan dah lama tak berlaku. Teruja betol dia bila tengok keadaan sungai jadi macam tu. Sempat la dia mengimbau kenangan bercerita dengan aku kisah² di bina pondok atas pokok tepi sungai tu dan kisah² dia mandi sungai.

Tak lama lepas kitorang lepak kat pasir tu, abang ipar dan anak² buah incik zam datang nak mandi sungai. So apa lagi incik zam pon join la sekali. Aku? dok tepi je la. Tak kuasa. hahahah dulu kecil² aku biasa je mandi sungai kat kampung aku. Tapi dah besar ni dah rasa geli pulak. ngeee.. yelah bila kenang aku pernah nampak orang buang air kecil dan besar kat sungai kampung aku tu, aku mula tak minat nak mandi sungai kampung lagi. heee

Lepas zohor kami pon balik KL. Suppose nak ke rumah faiz dan ella. Diorang ajak berbuka disana. Tapi sebabkan masa suntuk nak ke rumah diorang yang jauh tu, plus anak buah ada lagi dengan kitorang, so kami decide ke bazar ramadhan di Tasik Permaisuri untuk beli juadah dan balik berbuka di rumah je. Aku ada ambil beberapa gambar ketika di sungai, dalam gambar more kat umah abang zam, tapi malas nak upload boleh? ngee tengok dekat insta je la yek!.

Oh ye, aku tak bawak pape juadah tambahan pon, sebab incik zam cakap daging dendeng tu pon dah cukup. Then dia nak ke bazar kat bandar tu, so buat ape nak bawak lagi. Kan?? huhuhu nasib la juadah banyak. So tak ada la ralat sangat. ngeh ngeh ngeh..

Tinggal 2 minggu lagi nak habis ramadhan. To be honest, ibadah tarawikh dan mengaji al quran aku ramadhan kali ni memang agak mengeciwakan. What ever it's masih ada lagi 12hari, aku harap aku sempat la habiskan beberapa surah dan terjemahannya serta harap² aku tak ponteng² tarawikh lagi lepas ni.

InsyaAllah.

Thursday, August 02, 2012

Help !!!

Saya nak mintak tolong ni..
buntut dah pikir.
ni la akibatnya kalau tak rajin masuk dapur!
tak rajin masak!
tak rajin cuba resepi baru!
uhuk!!!

Minggu ni aku n incik zam akan blk kg at Temerloh.
Akak zam cadang berbuka ramai²
Yelah diorg ni mak n ayah dah tak ada.
So diorg adk beradik je la yang tinggal yang kena cari inisiatif untuk berkumpul satu keluarga.
Tahun ni kesemua adik beradik zam masing² akan beraya disebelah pasangan masing². (yeayyy raya Perak !!!)
Diorang amek peluang ni berkumpul adik beradik sebab raya nanti barangkali tak dapat nak kumpul ramai².
Akak zam dah contact all da siblings.
The result is semuanya bersetuju!
Complete 7 beradik akan bawa family masing² balik kg dan berbuka bersama².

Seronoknya kan..
Aku n adik beradik aku sendiri dah berkumpul sebenarnya sepanjang 2minggu berpuasa ni.
Tapi tak dpt nk complete lagi 7beradik. Abg n adik laki aku ada urusan memasing. Padahal mereka ber2 tu bujangan je.. Busy mengalahkan kami  5 gegurl yang dah kahwin ni. huhuhu

Semalam senyap² seperti biasa aku akan ambil hp incik zam n baca sms² dalam inbox n outbox dia.
Opsss... hehehe.. tak salah kannnnnn??
Aku terbacalah sms dari akak dia bagitahu suruh incik zam bawak satu juadah nanti waktu nak berbuka tiz Saturday. So akak dia dah listkan adik beradik lain akan bawak juadah apa. As per below :

Abg Sulong : Beli je dkt bazar (alasannya sebab diorg satu family ni datang dari Kuala Berang Terengganu sana nun)

Kakak (2nd) : Dari Kajang bawak Ayam masak merah & bubur kacang

Abg (3rd) : Masak nasi, air n kueh (diorang ni memang duduk kg sebelah rumah arwah mak incik zam)

Kakak (4rd) : Dari Setapak bawak sambal & ulam²

Abg (5th) :  Dari Senawang bawak buah, kueh karipap & caramel (Abg ipar aku ni memang tokei buah. Dia buka kedai dobi & berniaga buah, Wife dia lak memang suka buat desert untuk jual dekat kedai buah dia tu)

Kakak (6th) : Dari Serendah bawak ikan talapia untuk dibakar and sayur. (Akak zam cikgu kawen dengan cikgu. Rumah diorang ni dkt dengan bukit. Syok betol, dapat la air bukit free, siap bela talapia lagi. Banyak pula tu. Then dekat² lereng bukit tu abg ipar zam bercucuk tanam. So diorg bawa hasil sendiri la  ni)


Last sekali of coz la Incik Zam (7th) : Disuruhnya oleh akak zam beli dkt bazar je macam abg sulong dia. Huahuahuahuaua...

Tapi as wife, actually before akak dia sms suruh bawak juadah tu lagi aku memang dah terpikir nak bawak juadah dari rumah. Memang dalam kepala hotak dah teringat daging dendeng sedap giler mak aku tu.. Dan i was thinking nak bawak satu lagi juadah dari hasil air tangan aku.


Hurmmmm but until now aku still buntut  


Korang² meh la share idea² yang simple² untuk aku bawak nanti. Ulang lagi sekali ye yang SIMPLE-SIMPLE. keh keh keh .. plisss...

* blog dah weng.. aku post entry ni tengok dkt list ada 6 entry baru yg sama. arghhhhh !! pastu delete ah kan.. sampai terdelete post BERNIAGA tu . lagi sekali arghhhhhhhhhhhhhh !! dugaannnn

Labels