Masuk hari ini..
hari yang ke- 5
aku sakit tekak+batuk+selsema+demam
yang tak tahannya BATUKKKK
isnin hari tu aku MC
pi la klinik..
klinik yang aku pi ni macam 'sesuatu'
2 bulan lepas aku ada pergi klinik ni
masa tu aku migrain.
biasanya tiap kali nak 'datang bulan a.k.a period'
aku mesti tak sihat.
perubahan hormon orang kata.
so 2bulan lepas tu aku migrain.
doctor kat klinik tu dengan serius tanya macam²
sudahnya dia bagi aku 'Guarantee letter (GL)' suh pi buat further check up kat hospital
dia takot aku ada tumor a.k.a barah otak.
giler tak cuak masa tu.
husband aku dah beria dah suruh check
aku leh relax lagi.
ni kali ni aku pi klinik tu just nak check demam+batuk+selsema je
doctor tu cakap nak ambil darah aku nak buat 'TFT'
'Tiriod Function Test'
sesuatu betolkan doctor kat klinik ni..
asal pergi je cam beria
koh koh koh koh..
dah abis ubat satu botol aku telan
tak baik juga
so tadi aku pi lagi klinik..
kali ni klinik lain pula..
Doctor kata batuk ni memang susah nak baik.
lelagi kalau tak pantang makan.
huh!
masalah aku ni pulak pantang jumpa makanan.
macam mana la batuk nak baik.
makanan berminyak .. aku bedal
makanan sejuk .. aku bedal
kan cari penyakit namanya kan.
ok dah puas membebel..
actually aku sebenarnya nak bagitau korang pasal
PETUA untuk SAKIT TEKAK + BATUK
petua ni aku baru dapat dari kakak kat opis aku ni.
lepas dia dengar batuk aku tak henti²
plus tekak gatal macam ape jek.
so sini ada 2 petua aku nak share..
balik karang aku try la salah satu..
mungkin korang pon nak try gak nanti bila korang kena sakit tekak kan.
PETUA 1 :-
ambil satu limau nipis/kasturi
titikkan dengan 2 titik kicap
perahkan dan minummmmm
nyum nyum ..
(sanggup ke nak cuba???)
PETUA 2 :-
amek oren sunkist tu pulak
belah tengah.
kat tengah tu letak lak garam sesudu
tutup balik dgn yg sebelah lagi bahagian
pastu cucuk tengah² oren tu dengan lidi
supaya tak terpisah belahan tadi.
then kukus dalam 10 minit.
kemudian makan oren tu.
kalau ada titisan air yang keluar sila la minum.
insyaallah dengan selawat boleh pulih.
nak pulih kenalah doa pastu usaha pastu iktiar pastu baru lah tawakal.
Nota kaki :- kalau ada petua lain boleh la share sini.

