Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 22, 2011

Adik ku kawen..

Malas ah nak cerita pepanjang..
korang tengok gambar je la.
hasil tangkapan camerawomen..
sapa lagi kalau bukan aku ..
ngeee

sila komen ye..














dahhh...
tak kan nak upload banyak² kot..
huhuhu..


ok tak???

Wednesday, April 20, 2011

Membebel - Part 1

Aku nak bebel pasal kesesakan.
Ni bukan kisah kesesakan lalu lintas..
ini juga bukan pasal kesesakan membayar saman.
ini adalah pasal kesesakan beratur di LHDNM akan bermula hujung bulan ni..
korang tau tak apa tu LHDNM??
hah tatau???

huh!!!
kalau tak tahu baik jangan jadi rakyat Malaysia..
huhuhu (sesuka aku je kan)
LHDNM tu Lembaga Hasil Dalam Negeri
30 April ni adalah tarikh akhir untuk anda menfailkan cukai pendapatan anda pada yang dah layak berbuat demikianlah.

As for me, actually aku tak layak lagi sebenarnya.
Tapi entah macam mana aku baru je notice lepas dapat EA form 2010 baru ni
(EA = Penyata gaji tahunan)
aku kena tolak PCB sebanyak RM50.15.
heh!!! rupanya dia tolak dari bonus yang aku dapat tahun lepas.
serius aku tak perasan langsung dalam statement bonus tahun lepas ada deduction PCB.
(PCB = potongan cukai bulanan)

So nak tak nak kena la aku register sebagai pembayar cukai.
yelah duit aku dah kena cekau.
kalau bernasib baik and sah aku tak perlu bayar cukai lepas buat kiraan cukai,
dapat lah balik refund RM50 tu.

So dengan gigihnya,
aku ajak laki aku ke LHDN cawangan Jln Duta untuk register.
Sekarang dah mudah dan cepat.
So lepas register dan dapat pin kat kaunter, aku kena isi borang cukai secara e-filing.
Pada hari yang sama juga aku isi borang online.
Alhamdulillah selesai sudah.
Sangat pantas bukan??!!
memang rakyat Malaysia yang bagus la kiranya kan.
tak tunggu last minit baru nak buat.
betol tak???
ekekekekekeke..

aku tahu sesangat la rakyat Malaysia ni..
suka bebenor tunggu last minit.
rela beratur pepanjang kat kaunter.
pastu bila nak online network slow.
server down.

the best part is..
mengamok² kenapa lembab sangat sistem ni,
kenapa beratur panjang ni.

hakikatnya tak sedar diri..
kalau setel awal kan tak ada la kena semua tu.
buktinya..
aku lah..
huahuahuahuhua..
banyak untung nya buat cepat² ni.
jimat masa.
dan yang syoknya...
pagi tadi aku dapat email dari eKL,
bagitahu LHDNM dah depositkan RM50.15 duit aku yang tolak PCB sebelum ni.
sebab lepas submit kira² cukai e filing haritu aku tak perlu bayar apa²
infact ada refund lagi on RM50.15 tu.
wahhhhhh..

syok giler!!!
serius bulan ni aku memang sesak kewangan sangat.
adik aku kahwin.
tak kan la tak hulur pape kan.
sabtu ni nak ke Jengka,
rombongan sebelah pengantin perempuan (family aku)
ke rumah pengantin laki.
dapat la top up belanja duit minyak n tol aku.

Alhamdulillah..
lega rasanya.
ada saja Allah bagi rezeki.
syukur.

oh ye..
minggu lepas adik aku kahwin.
dah selamat dah jadi isteri orang.
aku jadi photographernya.
ekekekeke..
bijak kan adik² aku.
diorang pandai jimat duit.
tak bayar mahal² untuk hire photographer.
suruh aku je.
FOC.
huhuhu..
padahal aku bukan terer pon.
ada je camera mahal.
tapi jarang guna ngeee..

korang nak tengok hasilnya???
hurmm..
tunggu leh tak?
aku tengah nak touch up sikit²
boleh kan?
hikhikhikhik.


Monday, April 11, 2011

Macaroon + apam dot dot

Tajuk entry kali ini adalah pasal makan.
makanan yang sangat menganggu fikiran aku sekarang ni.
mata aku asyik nampak rupa dan warna
macaroon + apam dot dot je..
hahahaha..

pada korang² semua
mungkin ada yang tak tahu kan
macaroon tu makanan apa?
apam dot dot tu pulak cane bentuk nye?

sebelum aku cerita panjang..
korang tengok gambar² ni dulu.
ikhsan encik gugel



ini lah macaroon..

dan...





ini pula..
apam dot dot


menarik tak??
comeii kan???
yang pasti rasanye pon sedap..

thank you so much to my bff
yang baru balik dari kg. hubby dia.
kat france sana..
dia bawak ole² macaroon dari sana..
original dari france.
kalau korang nak tau macaroon ni asalnya dari france la.
sedappppppp...

dekat malaysia sekarang memang dah fames dah macaroon ni..
aku ada la gugel² blog orang..
diorang cerita nak buat macaroon ni agak leceh sikit.
kalau korang nak cari dekat kedai² luar pon harganya
tersangatlah mahal dan hanya terdapat di kedai² tertentu..
kedai² tu pulak dekat area yang high class la gitu.

alhamdulillah la..
rezeki aku 1st try macaroon tak yah beli mahal²
hehehehe..
mucho² glazias ye zuba.

(aku nak makan pon sayang sebenarnya.. yelah dah lah mahal cantik lak tu)
ekekekeke

so pada korang yang teringin untuk mendapatkan macaroon ni..
jangan risau..
aku dah jumpa satu website
korang boleh order sebanyak mana yang korang nak.
harga pon berpatutan.
korang boleh deal la sendiri dengan owner blog tu..

pasal apam dot dot tu pulak..
actually tu hasil tangan bff aku lagi sorang..
sangat la comeii n sedap.
dan yang pasti sangat murah !!!
dah banyak kali aku order dengan dia..
ada je event pape aku mesti teringatkan apam dot dot dia tu..
kalau korang berminat boleh masuk blog kawan aku ni..

selamat mencuba !!!


Tuesday, April 05, 2011

Berjaya tapi...


Continuous dari entry yang sebelum ni..
aku nak nyatakan yang..
aku n hubby dah berjaya menurunkan berat badan kami !!!
penurunan sebanyak
2kg..

Alhamdulillah.
yippieeee....... !!!!
(sebenarnya check penimbang kat Ikea turun 4kg tapi check balik kat office kat penimbang yang biasa aku guna turun 2kg)
huhuhu


TAPI..

ye ada tapinya..
masalah utama yang lagi nyata adalah..
perut kitorang berdua masih dikategori kan..
boooorooooiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... !!!!

arghhh..
i hate it
i hate it

terseksa jiwa raga apabila tengok perutku sekarang ni.
mengalahkan orang mengandung.
kalau mengandung confirm aku sangat lah SUKA.

tapi ni
B.O.R.O.I.


kalau kau..
kau suka???
kau dah la teringin nak pregnant..
pastu bila boroi kau tu menyerlah..
orang ingat kau pregnant.
padahal tak pon.
tersiksa ok nak jawab!!!
" Saya tak pregnant ok.. err..saya BOROI! "
huwaaaaaaaaaaa...
(agus ko jangan gelak ye.. jangan nak kutuk² menambahkan perit di hatiku)


yelah kan..
mungkin masih awal untuk menampakkan progress akunya diet tu.
tak pe..
ni akan membakar kan lagi semangat aku
aku akan teruskan perjuangan kami.
untuk mengembalikan kembali perutku ke bentuk yang asal.

sekarang ni aku kena cari n pikir..
apa lagi tips² yang elok untuk aku amalkan
bagi mengurangkan boroi ku itu.

salah satunya ..
lepas makan aku kena jarak kan masa untuk minum.
at least 10minit lepas makan br aku minum.
hurmm..

kena kurangkan minuman ais or sejuk
(icha yang bagi tips)

aku harap aku akan terus bersemangat waja untuk teruskan niat murni ku ini.
(muahahahaha poyo la pulak kan)

pada mereka² yang senasib dengan aku.
mari kita berusaha lebih keras lagi.
jangan berputus asa.
chaiyorkkkk!!!


Labels