Lepas dapat call untuk review 2nd test darah aku, aku ke klinik as usual, jumpa doktor yang sama. Dari aku bukak pintu lagi doktor dah senyum pada aku. Haihhh harap² result kali ini mengembirakan. Aku memang berharap sangat yang result pertama haritu salah. Kan doktor kata kadang kala makmal darah pun ada buat silap kan. ngeee
Doktor : Ok memang confirm, awak hyperthyroid. Saya kena setkan appoinment lain untuk awak. Untuk buat ultrasound, untuk confirmkan lebih lanjut. Sementara tu saya akan bagi awak ubat untuk awak makan. Sekali pagi sekali malam. After breakfast n dinner. Ubat ni nama dia carbimazole, bertujuan untuk kurangkan kadar pemprosesan hormon awak. Apabila hormon thyroid dikeluarkan dengan banyak, bahagian di kepala kita yang ada satu lagi tempat untuk proses hormon akan diam. Maknanya dia tidur je. Yang buat kerja hanya di thyroid je. Paham? Lama ke lamaan semakin aktif kelenjer thyroid mengeluarkan hormon akan mengakibatkan macam² penyakit. Selain akan menjadi pelupa, ianya boleh attack jantung dan pernafasan.Selain itu ianya agak bahaya untuk ibu² yang mengandung Kalau sekiranya didapati ada bengkak pada leher awak selepas melakukan ultrasound, awak kena bergantung pada ubat carbimazole ini sampai tahap pengeluaran hormon awak stabil. Dan awak kena menjalani satu operation bagi membuang kelenjar bengkak tersebut.
Aku : Ok saya paham doktor. Bagaimana dengan appointment saya dengan gynea untuk cek kesuburan ? Tidak perlu diteruskan ker?
Doktor : Oh appointment tu masih boleh diteruskan. Thyroid ni bukan punca utama tidak boleh hamil. Cuba cek dulu hormon kesuburan awak. Cuma awak kena cakap dengan doktor gynea tu yang awak sedang menjalani rawatan untuk thyroid. Harap awak tak risau sangat ok. Sebab saya tengok simptom² tu tak ada lagi. So mungkin masalah thyroid awak masih baru lagi. Kita buat utlra sound nanti and make sure awak makan ubat ikut peraturan. Habis je stok ubat yang saya bagi nanti, awak datang untuk ambil darah lagi nak tengok hasil lepas makan ubat. Boleh ye? Sekiranya masih hyper, awak kena bergantung pada ubat dan ambil darah selalu. Tu je yang awak tak tahan nanti asyik kena ambil darah je.
Aku : Baiklah doktor saya faham. InsyaAllah saya tak kisah kalau ambil darah banyak kali pun asalkan saya sihat.
Sesungguhnya berita yang aku dapat kali ini memang agak menyesakan nafasku. Macam mana aku nak bagitahu suami aku yang confirm aku ni Hyperthyroid. Boleh ke dia terima keadaan aku ni? Allahu Akhbar. Hanya pada Allah tempat aku mengadu.
- to be continue..... -


