Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 08, 2012

SAYA ADA PENYAKIT- Part 1 : Check up

Assalamualaikum.
Bila baca topik apa anda rasa? Suspen? Kalau anda caring akan saya mesti anda suspenkan. Hehe. Ok take a breath (betol ke eja ni, lama dah tak eja?)...

Bulan lepas atas nasihat seorang kakak di pejabat aku, aku ikut dia ke Klinik untuk berbual² dengan doktor dan menceritakan permasalahan aku yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-2 tahun but still belum mendapat zuriat. Cara tradisional iaitu berurut telah aku lakukan. Menurut makcik urut aku, rahim aku terletak cantik je. Alhamdulillah. Selepas beberapa kali berurut dengan dia dan masih belum nampak hasil,makcik urut menasihatkan aku berjumpa dengan doktor pula, berusaha secara moden.

Akhirnya berangkatlah aku berjumpa dengan doktor di Klinik panel aku.

Doktor : Sakit apa cik?

Aku : Erk.. saya ni sebenarnya nak buat check up, saya dah kahwin almost 2years tapi belum dapat zuriat. Saya ingat nak buat pap smear dululah.

Doktor : Oh dah kahwin. Memang sebelum kahwin awak kurus macam ni ke? Anyway, pap smear bukan rawatan untuk mendapat zuriat. Awak tahu kan?

Aku : Aah memang kurus dari sebelum kahwin lagi Doc. Aha saya tahu tentang itu. Saya nak check dulu bahagian dalaman saya kot² ada ketumbuhan or ada masalah lain.

Doktor : Orite. Before saya buat pap smear,saya nak amek darah untuk check dulu 'thyroid function test' awak. Actually Thyroid ini mungkin juga one of the reason kenapa wanita susah mengandung. But ada juga yang ada mslh thyroid boleh mengandung. Depends. Awak kencing dulu nanti kita akan buat ujian air kencing juga. Sepatutnya awak kena suruh suami awak buat ujian juga. Sebab tak semestinya tak boleh mengandung tu punca masalah dari kaum wanita. Saya akan arangekan appoinment dengan doktor gynea untuk awak check kesuburan awak ok?

Aku : Terpinga seketika, dalam hati berdetik, (aduh thyroid!).

Yerp! aku tau pasal masalah thyroid yang boleh juga menjadi salah satu sebab sukar nak pregnant. Jiran aku kena thyroid sampai buat operation. Hampir 6 ke 7 tahun kahwin dah tak dapat anak, dia ambil anak angkat. Yelah benda ni semua rezeki Allahkan. So, aku pun buatlah apa yang doktor suruh. Lepas kencing aku jumpa doktor balik.

Doktor : Ok ready untuk ambil darah dulu ye. Jangan takut. Relax je.

Erk! takutlah juga lama rasanya tak kena cucuk ni.. last masa pemeriksaan kesihatan dekat lobby pejabat rasanya 3 tahun dah kot berlalu,sambil doktor cucuk tu aku dok pandang tempat lain, tak berani nak pandang tangan aku. heheh penakut juga aku ni. Then sambil tu aku baca "Bismillahhi tawakkaltu alallah" kepada Allah aku bertawakal. Tup tup..

Doktor : Ok dah siap.

Aik kejap betol, tak rasa pun ada cucukan jarum tu. Musykil betol aku. serius pelik sampai rasa nak suruh doktor cucuk sekali lagi biar bagi aku rasa. ngeee..

Doktor : Ok lepas ni pergi bilik sebelah ready untuk 'pap smear'

So aku pun masuk bilik sebelah dan bukak siap²kan diri tunggu doktor datang untuk pap smear.
Doktor yang ambil darah aku juga yang buat. Nasiblah dapat doktor perempuan. Alhamdulillah.

Doktor : 1st time kan buat? Tak pe relax je ok. Tak sakit pun. Awak kangkang dan tarik nafas ye.

Macam tadi juga sambil buat kerja doktor tu borak² dengan aku. Yang kali ni of course la aku rasa apa yang doktor buat. Merepek la kan tak rasa. hehe. Tapi yang penting tak sakit ok! dan yang pasti aku dapat tangani perasan malu yang dibersarang pada hati akak² pejabat aku yang dah berpuluh tahun kahwin tapi malu nak buat pap smear. hihihi. Pada aku kita buat atas tujuan perubatan, kena la buang rasa malu jauh² kan?

Doktor : Ok dah selesai. awak boleh siapkan diri semula. Result untuk darah, air kencing dan pap smear ni akan keluar dalam 3 ke 4 hari. Nanti dah siap, kami akan hubungi puan untuk datang semula, Saya akan review result pada puan nanti. OK?

Aku : Baiklah. Terima Kasih doktor.

-to be continue...-

Tunggu next entry untuk ketahui result ujian perubatan aku tau ! okbai

2 comments:

Labels