3 hari berlalu, akhirnya aku terima panggil dari pihak klinik suruh aku datang ambil result. Perasaan aku? Hurmm ada kala berdebar² adakala aku relax je. hihi. Masuk je bilik doktor;
Doktor : Apa khabar?
Aku : Alhamdulillah sehat.
Doktor : (sambil tersenyum) Result puan dah keluar, semua ok tip top!. Jantung ok. Darah ok. Kolestrol pon ok. Tapi satu je tak ok. Awak memang ada masalah thyroid. Hyperthyroid!
Aku : (sambil tersenyum gak) Alhamdullillah semua ok. TAPI! hyper thyroid? HYPERTHYROID? Apa tu? (masih dalam keadaan senyum tapi ke'blur'an)
Doktor : Awak ada rasa menggigil tak? Ada rasa bengkak di tekak? Atau rasa berdebar²? Flow period awak ok?
Aku : Menggigil tak ada, bengkak pun rasanya tak ada. Debar² tu kadang kala je ada. Flow period saya pon ok.
Doktor : Ok mari sini saya nak check tekak awak. (sambil merasa tekak aku). Hurm tak ada bengkak. Awak angkat tangan lurus ke aras saya.
Aku buat seperti yang disuruh.
Doktor : tak gigil pun... Hyperthyroid ni agak bahaya sebenarnya. Kalau makin hyper, akan effect jantung awak. Dan boleh bawak maut. Setiap manusia ada kelenjar thyroid di leher kita. Ia berfungi untuk mengeluarkan hormon TSH, T4 dan T3. Masalah thyroid ni ada 2 yang hyper ada yang hypo. Hyper ni bermakna awak terlebih hormon T4 dan T3. Lihat result awak ni. Range yang sepatutnya untuk hormon TSH ialah 0.550-4.780, tapi awak punya <0.010 which is rendah. Untuk hormon T4 pula result awak 35.55 sedangkan suppose berada dalam range 11.50-22.70. Ni yang hyper.
Aku : (senyum je dengan relax tapi masih dalam ke'blur'an)
Doktor : Ok tak apa, kadang kala ada kes result lab yang tak betul. Kita buat ujian darah sekali lagi ye. Awak pergi bilik sebelah nanti saya akan suruh staff saya ambil darah awak. Kalau ujian darah ni nanti keluar result yang sama, kita akan cuba alternatif untuk masalah awak ni.
Aku : Ok doktor.
beberapa minit berlalu.
Aku : Dah doktor (selesai amik darah)
Doktor : Ok, awak jangan risau ye. Nanti jumpa saya lepas ujian darah keluar.
Aku : Terima Kasih Doc.
Aku balik ke pejabat dalam keadaaan yang masih blur, actually aku terkejut tak jangka langsung ada penyakit. Allahu Akbar. Allah sedang menguji aku nampak gayanya.
- to be continue... -

ujian Allah... harap takde apa2 yang serius sangat. Doa banyak2 pada Dia... Nasib digerakkan hati untuk check awal2.
ReplyDeleteHyperthyroid??Ermm..aku xtau sgt..hope everthin gonna be ok Shem...Amin
ReplyDeletechiku :: tu la ujian Allah buat aku. sungguh aku syukur tergerak nak buat check up. sgt bersyukur dpt detect awal.
ReplyDeletezana :: aku pon tatau sampai blk je dr check up aku gugel mcm² website nak tau how critical it's . :)
chem.. hope sehat semuanye k..
ReplyDeletehaihh.. aku pon..
fobia gak dgn penyakit2 ni..
lelagi dgn kekurusan aku..
bikin stresss..
haih..
hope ko sehat k
tq chi. insyaAllah harap² kita semua sihat.
ReplyDeleteneway salah satu lg sebab knp kita kurus adlh kerana mslh thyroid tu jugak. kita kuat mkn tp kita kurus. so better ko check thyroid juga