Countdown

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Rezeki


Rezeki.
Rezeki tu apa?
Kau orang tau ke apa makna rezeki.
Pada dalam kotak pemikiran kau orang,
apa yang kau orang maksudkan dengan rezeki.

Pada aku...

Hari ini aku bangun pagi dan masih bernafas dengan baik Aku bangun dah berjalan ke arah bilik air. syukur aku masih mampu berjalan dan menggunakan tangan untuk hari ini.
ITU REZEKI!

Kemudian aku masuk bilik air dan mandi. Air yang mengalir, sabun yang aku pakai, ubat gigi yang aku guna, baju yang aku pakai,
ITU REZEKI!

Siap mandi aku kejut suami aku dan dia bangun. Alhmdulillah suami aku juga masih bernafas dan aku boleh tatap dia lagi untuk hari ini.
ITU REZEKI!

Kemudian aku solat subuh dan mengaji. Sekurang²nya mata dan suara aku masih ada untuk mengalunkan ayat² indah dari kitab suci Al Quran Nur Karim.
ITU REZEKI!

Kemudian aku tengok tv program Tanyalah Ustaz, dapat dengar ceramah, dapat pahala.
ITU REZEKI!

Sambil tengok tv aku memasak, untuk bekal breakfast di pejabat.
ITU REZEKI!

7.45 aku turun bawah nak ke parkir motor. Suami aku startkan enjin motor. Alhamdulillah motor dapat dihidupkan.Tengok minyak motor penuh. Aku naik dan kami bergerak ke pejabat.
ITU REZEKI!

Sepanjang perjalanan, aku berzikir. Alhamdulillah ada masa untuk aku basahkan bibir aku dengan kalimah Allah dan rasul sambil menikmati suasana jem di sepanjang perjalanan.
ITU REZEKI!

Sampai pejabat aku jumpa kawan² aku cepat² bagi salam dulu. Sebab pahala bagi salam lagi banyak dari menjawab salam.
ITU REZEKI!

Kemudian aku on pc Alhmdulillah pc aku berjaya di On kan.
ITU REZEKI!

Then aku bukak laman FB usha rakan² punya perkembangan untuk hari ini. Yelah nak sms n call diorang rasa cam menganggu pepagi je. At Least bila tengok mereka di FB ada update status maknanya mereka masih bernafas lagi walau kadang kala status mereka sedang gembira sedang berduka sedang marah. Syukur kawan² aku masih hidup.
ITU REZEKI!

Kemudian aku makan bekal yang aku bawa share dengan rakan² pejabat. Walau kadang kala aku hanya bawak cucur ikan bilis sahaja. Tetap mereka kata sedap.
ITU REZEKI!

Selesai makan aku tinjau kerja yang aku perlu buat untuk hari ini. Kalau banyak aku kenalah susun jadual nak mula yang mana satu dulu. Kalau sikit boleh la aku update blog aku ni sekejap.
ITU REZEKI!

OK cukup sampai sini.
Bila kau orang baca apa yang kau orang pikir?
Opss jangan sikit pon terdetik di hati kau orang kata aku nak riak.
Yang aku lakukan sepanjang pagi tadi hanyalah sedikit saja cara aku nak bersyukur dan bergembira dengan rezeki yang Allah dah bagi.
Dalam masa tak sampai masuk pon tengahari dah banyak rezeki dah Allah beri pada kita bukan?

cuba korang klik link ni dan cari surah ke 55 , Al - Rahman.

Dulu sebelum kahwin aku rajin juga baca dan tiap kali baca aku akan menangis.
bila tiba di ayat

"FA BI' AI YI ALA I'RABBIKUMA TUKAZZHIBAN"
yang membawa makna

"MAKA YANG MANA SATU NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU YANG KAMU DUSTAKAN?"

ALLAH AKHBAR!
Lihat wahai teman,
macam² Allah beri kepada kita kenapa kita masih tak bersyukur?

"Aku bersyukur sapa kata aku tak bersyukur? Cuma aku bengang lah asyik dia je dapat memacam. Aku tak pon." rabak

Aku tahu ramai yang sering mengeluarkan ayat sebegini.
Kita syukur tapi kita tak redha.
Kita berdengki khianat dengan rezeki orang lain.
Lalu kita tanpa sedar dan kufur nikmat lain yang ALLAH dah beri pada kita.
Sesunggunya syaitan memang tak akan pernah berhenti mengasut kita untuk menjadi orang yang tidak tahu bersyukur even dengan sedikit sahaja pemberian ALLAH pada kita.
tidak

Aku ini manusia biasa sahaja.
Insan yang tengah berusaha untuk perbaiki diri.
At the same time sering teringat pada kawan² aku yang aku sayang yang aku lihat juga seperti aku yang masih lemah dengan tipu daya syaitan.

Ayuh teman².
Mari kita berubah untuk belajar menjadi hamba yang lebih bersyukur dan tidak kufur dengan pemberian dariNYA.
Moga apabila tiba saat rezeki kita ditarik balik olehNYA kita mampu menerima ujian ALLAH dengan penuh rasa khilaf dan rendah diri.

sedih

" Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). (35) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (36) "

AL- RAHMAN (55) ; 35-36

okbai

Thursday, December 15, 2011

Hijrah

Aku nak cerita pasal aku. Bukan niat untuk riak. Tolong jangan sesekali pikir sedemikian. Aku jujur ingin berkongsi dengan kalian semua. Niat hati hanya mengharap sedikit sebanyak kalian juga akan turut seperti aku, malah biar lebih baik dari yang aku cuba lakukan ini. Ini kisah aku yang tiada niat untuk mengutuk, memperli, atau menguriskan hati orang lain. Mohon kalian baca tanpa prejudis.

Aku dilahirkan dari keluarga yang biasa² sahaja. Yang ilmu agamanya tidak mendalam mana. Sejak kecil aku dikerah untuk mengaji di surau, untuk solat 5 waktu sejak masuk alam sekolah rendah. Aku dulunya seorang yang suka menipu. Bila di suruh solat, aku masuk bilik air, tapi tak ambil wuduk pon. Bila masuk bilik aku bentang sejadah, pakai telekung, melakukan pergerakan solat tapi tak baca apa pon.

Pukul 2 petang ke kelas mengaji, bila waktu mengaji aku dan kawan² buat pertandingan siapa yang cepat khatam dulu. Makanya aku menipu lagi, bila hari ni baca sampai page 400, esoknya bila ustazah suruh sambung bacaan aku terus ke page 405. Bila di sekolah ada program solat beramai² aku ikut serta. Tapi aku solat mata curi pandang orang lain. Aku hanya belajar solat dalam buku "Mari Sembahyang" (karangan Ahmad Sonhadji Mohamad, beliau dah meninggal dunia pada 2010).

Waktu kecil aku suka bermain dan menonton tv. Aku suka beli "tikam" . Kecil² dah belajar main judi bukan. Aku pernah jadi kepala kutu waktu sekolah dulu. Waktu darjah 4. Tapi aku menipu kawan² aku. Aku makan duit diorang. Kesian mak aku terpaksa bayar balik. Aku pernah bukak almari mak aku untuk curi duit yang mak aku sorok. Bulan puasa, aku pernah je minum air waktu masuk bilik air. Kadang kala aku curi² minum air di dapur bila orang tak nampak aku. Bila kenang² perangai aku waktu sekolah rendah dulu memang aku sendiri rasa tak sangka.

Masuk sekolah menengah form 1, Ustazah aku selalu perli² budak sekolah aku yang tak pakai baju kurung dan tak pakai tudung. Ustazah kata nanti rambut kena gantung kat dalam neraka. Memang seram bila dengar ustazah cerita. Suatu hari di sekolah, waktu tu hujung tahun, sekolah dah nak tutup. Masa form 2. Aku lepak la dengan kawan² dalam kelas. Tetiba aku tertinjau kesemua kawan aku waktu tu kami semua pakai baju sukan. Dan aku realize yang aku sorang je dalam kelas tu tak pakai tudung.Tetiba aku rasa malu. Aku niat masuk form 3 aku nk bertudung baik di sekolah atau luar sekolah. Masa tu la permulaan aku bertudung untuk menutup aurat.

Bila masuk kolej di Melaka, aku berubah sikit demi sikit. Di hostel, aku amalkan malam jumaat baca surah yaasin. Tiap hari lepas solat maghrib baca al quran. Tapi aku selalu kena tegur dengan sorang junior aku ni, aku baca salah, aku tak boleh baca sebenarnya kalau salah sebutan dan bacaan. Aku kena belajar mengaji semula. Aku sedar, aku malu masa tu, tapi aku tak marahkan junior aku tu. Malah aku sangat berterima kasih sebab dia berani tegur aku walaupon aku ni pangkat senior dan ketua rumah di hostel aku.

Setahun di kolej, aku dilantik sebagai "Naqibah'. Seminggu sekali aku kena bagi tazkirah dalam program usrah di rumah² kawan² sehostel. Masa tu memang aku pelik sangat. Macam mana aku boleh terpilih jadi Naqibah ni. Aku ni memang tak pernah pon tunjuk contoh sebagai seorang yang punya pengetahuan agama yang tinggi. Bila pikir balik ketika itu, Allah sedang memberi hidayah dan peluang pada aku untuk berubah. Untuk lebih mendalami agama islam yg syumul ni. Tapi biasalahkan Allah tak bagi kesenangan pada umat dia tanpa halangan. Halangan aku ialah kawan² sekeliling aku sendiri. Yang tidur sebantal makan sepinggan. Mereka ini merokok, khalwat, mengamalkan seks dengan pasangan, gugurkan kandungan, masuk kelab malam.. Ya Allah beratnya dugaan aku masa itu. Aku cuba untuk tolong apa yang daya tapi masa tu hati remaja mereka mudah terpengaruh dengan syaitan lebih dari mendengar nasihat orang lain.

Pertama kali bekerja di pejabat, aku dengar rakan² di pejabat aku belajar mengaji pada hari jumaat di kg baru. Masa tu pejabat aku di sime darby sebelah cosmopoint Jln raja Laut. Aku teruja dan terlintas nak ikut serta. Tapi sayangnya tempoh kerja aku di situ tak lama. Baru je pasang niat aku diberitahu kontrak aku dengan company tu akan tamat hujung tahun. Bermula la pencarian kerja aku di tempat lain. Kejap di Setiawangsa, kejap di Wangsa Maju dan akhirnya aku dikurniakn rezeki di pejabat sekarang di TM. Syukur atas rezeki yang Allah beri ini.

AKu suka kerja di TM. Di sini, pada aku saham dunia dan akhirat dapat sama rata. Di TM kerap di adakan ceramah² agama di surau dan di dewan serbaguna. Macam² penceramah yang terkenal datang. Paling kurang setiap bulan pasti ada ceramah perdana. Ada rakan² sepejabat yang ajak turut serta dalam kelas mengaji, kelas bahasa arab dan pengajian hadith. Sepanjang 8 tahun bekerja di TM, banyak ilmu agama yang aku belajar secara tidak langsung.

Dari seorang yang suka mendengar lagu² barat yang melalaikan dan tak memberi makna aku beralih mendengar zikir² dan lagu² ketuhanan yang membuat aku sering ingat kepada pencipta aku dan rasul kesayanganku.

Dari seorang yang dulunya pakai tudung tapi pakaian masih menampakkan bentuk tubuh dan aurat yang lain, aku berusaha sikit demi sikit berubah secara total. Ramai rakan² di pejabat ini yang aku lihat menutup aurat dengan sempurna. Aku amat kagum bila melihat mereka² ini. Aku ingin jadi seperti mereka juga.

Aku sedang cuba untuk menutup aurat dengan sempurna. Aku nak pakai tudung yang tidak menampakkan rambut. Aku nak pakai baju yang labuh dan longgar Aku nak pakai stokin untuk tutup kaki aku yang selama ini aku biar terbuka. Biar la orang kata aku ni macam ustazah, biar la orang perli mengatakan aku dah berubah jadi alim, biarlah orang memandang aku sinis. Aku akan buat tidak peduli.

30 tahun aku diberi kesempatan hidup di bumi yang sangat indah ini. Di kurniakan anggota yang sempurna. Dilahirkan dari keluarga yang sederhana tapi bahagia. Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Aku jadi sangat malu pada Allah bila kenangkan sifat dan perangai aku 30 tahun yang telah berlalu. Sungguh aku ni tidak bersyukur. Membiarkan diri leka dan lalai dengan perintah yang Allah telah tetapkan.

Lately ni aku sering terpikir akan MATI. Seram bila baca lihat cerita "Tanah Kubur" di oasis. Apa pula nasib dan bahagian aku nanti? Cukup ke amal aku sekarang ni untuk cover balik segala dosa² yang aku pernah buat dulu? Moga aku dikurniakan kesempatan lagi untuk teruskan perjuangan dan penghijrahan ke arah menjadi umat islam yang taat dan patuh dengan peraturan Al Quran , Sunnah dan hadith yang di turunkan oleh Allah S.W.T . kepada rasul kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Selagi nafas yang dikurniakan Allah ini tidak berhenti.


Wednesday, December 14, 2011

Istighfar

Istighfar (meminta ampun) dan taubat



Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:



Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

Astaghfirullah rabbal baraya
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafia
Wawaffiqli amalan maqbula
Wawa habli rizqan wa-sia
Watub alaiya taubatan nasuha.

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Monday, December 12, 2011

Di mana DIA dihatiku

Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”

Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin..

Petikan penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Monday, November 14, 2011

Minggu sakit


Maaf lambat pulak entry baru nak keluar.
2minggu sudah sampai la ke hari ini.
aku tak henti² dilanda SAKIT.
ye SAKIT.

Mula dengan sakit ulser di tepi mulut kiri.
kemudian di susuli bengkak gusi di gigi bongsu sebelah kanan.
Just imagine macam mana aku nak makan?
Serba tak kena.
seminggu makan bubur, mihun sup, bubur, mihun sup ada kala maggi.
ok la tu kan..
dapat makan yang boleh telan terus.
nak kunyah memang sakit sangat.

tapi aku syukur.
aku masih boleh makan.

selesai hilang ulser,
datang pula sakit luka di lidah.
nak mengulum pulak susah.
jerawat pulak penuh dibelakang badan dan muka.
besar² dan merah.
kalau jerawat yang ada nanah tu dah lama aku picit.
sebab tak tahan sakit dan besarnya tu.

kemudian demam,
dan period pain,
migrain n angin kerana tak cukup zat dalam badan.
yelah asyik bubur maggi sup.
malam² biskut cicah air panas.

dalam pada tu,
nafus makan aku tak pulak berhenti.
nak makan pizza, nak makan western.
bila dah sakit mulut macam² teringin eh?
dugaann..

sekarang ni datang lagi satu penyakit pula,
kencing tak lawas.
seksanya rasa.

bila datangnya sakit atau musibah,
itu tanda Allah sayang pada kita,
Allah nak mengingatkan kita yang mungkin kita leka,
mungkin kita tidak bersyukur,
mungkin kita banyak dosa.



Ya Allah!
aku tahu aku banyak dosa.
aku khilaf,
aku redha jika sakit ini mampu menghapuskan dosa² aku itu.
kurniakan lah kembali kesihatan yang baik buat aku.
moga selepas baik nanti aku akan sentiasa jadi orang yang bersyukur
dengan nikmat mu Ya Allah.



Tuesday, November 01, 2011

Belajar


Syukur Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam buat nabi junjungan yang tercinta.

Kadang kala terbit rasa malu pada diri ini.
Umur dah melangkau 30 tahun.
tapi lebih banyak aku pelajari tentang agama aku sendiri,
lebih banyak aku discover yang BANYAK sungguh aku tak tahu dan kena belajar.
Penat?
Bosan?

Oh tidak sama sekali!!..
selagi masih dikurniakan umur yang panjang,
selagi roh masih belum ditarik oleh Izrail,

insyaallah..
aku akan teruskan perjuangan ini.

kalau kita boleh berusaha untuk pelajari sesuatu yang baru tentang pekerjaan kita,
kalau kita boleh berusahan untuk pelajari adat dan resam kita,
kalau kita boleh berusaha untuk belajar memahami tentang pasangan kita,
kalau kita boleh berusaha untuk belajar tentang perkara² baru yang ada di sekeliling kita..

kenapa kita tak boleh berusaha untuk mempelajari lebih lagi tetang kitab suci kita?
Al Quran Nur Karim.
kenapa kita tak berusaha untuk mempelajari As Sunnah yang di tinggalkan oleh rasul kesayangan kita?

kalau kita boleh berusaha cari maklumat di ruangan maya tentang tempat² pelancongan, makanan yang best, pakaian yang murah, permainan online yang baru, kawan baru,
KENAPA kita tak boleh berusaha untuk cari dan pelajari ilmu² agama kita?

Kenapa kita biar kan diri kita terus²an tak tahu mengaji sedangkan kita punya duit untuk ambil kelas mengaji instead off kita sambung belajar diploma, degree n so on.
Kan banyak duit kena pakai tu.

Kenapa kita biarkan diri kita terus²an tak tahu solat sedangkan banyak panduan solat dijual dia kedai² buku.
Beli majalah wanita, remaja, boleh pulak kita.

Sekarang macam² kemudahan ada, kenapa kita tak gunakan kemudahan internet kita untuk mendengar bacaan al quran dan sekaligus mempelajari al quran daripada kita asyik menghadap facebook, twitter, baca surat khabar online dan sebagainya.

Umur bukan penghalang kita.
Masa juga bukan penghalang kita.
Kita sendiri yang menghalang diri kita.

Belajar la,
belajarlah selagi punya waktu,
selagi punya kesempatan,
laburkanlah duit kita untuk mendekatkan diri kita dengan yang maha esa.
kita tak kan rugi sesen pon jikalau kita buat sedemikian.
malah kita akan rugi lebih banyak jika kita bazirkan ke jalan yang tidak berpaksikan Allah.

Bila sudah belajar,
sharekan ilmu tu,
jangan rasa takot untuk mengeluarkan pendapat dan ilmu,
kalau salah mungkin kita boleh perbaiki.
jangan malu dengan usia kita,
jangan malu dengan ketidakkemampuan kita.
dan jangan memandang rendah dengan kemampuan dan ilmu orang lain.
kerana pasti ada yang lebih bijak dan bagus dari kita.

Allah itu maha kaya,
Allah itu maha mendengar,
Allah itu maha melihat,
andai hati ikhlas ke jalan Allah.
andai hati inginkan keredhoan Allah.
InsyaAllah, Allah owes be there.


Wednesday, August 03, 2011

Kembali


Kehidupan yang kau lalui tiada berarti
Namun kau masih tak menyadari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau 'kan berakhir

Tidakkah kau tahu Dia yang Maha Kuasa
( Allahu Akbar )
Masihkah tak mengerti tiada hidup tanpaNya
( Subhanallah )

Lalu kau pun tunduk membisu sejuta ketakutan
Bayangkan dosamu bagai lautan
Haraplah diberi peluang umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

( Allah )
Allah Maha Pengasih
( Allah )
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

( Allah )
Allah Maha Pengasih
( Allah )
Allah Maha Pengampun
Sadarlah kau dari kesilapanmu

Lalu kau pun sujud mengaku hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah diberi peluang beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati

Engkau pun menyadari jangka waktu yang diberi
( Allahu Akbar )
Kau telah pun sadari cintaNya yang abadi

( Allah )
Allah Maha Pengasih
( Allah )
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

( Allah )
Allah Maha Pengasih
( Allah )
Allah Maha Pengampun
Cintai Ilahi cinta yang hakiki

Subhanallah...
( Subhanallah )

song by ;

::Raihan::

Thursday, March 31, 2011

Beratkah?




Kali ni aku nak story pasal berat badan aku.

Sebelum kahwin = 45 Kg.

tak pernah la aku dapat cecah sampai 50kg
kurus je..
orang tengok pon jeles.
bila aku pakai kebaya kat office,
officemate akan cakap
"kuuuuuuruuuuuuuuuuuusnya awak"
waktu tu ada kala aku makan dalam kuantiti yang banyak.
tapi malam aku jarang makan.
sebab balik kerja naik LRT penat.
samai rumah rest n tidur je.
dari office jalan ke station.
naik tren Putra LRT.
transit lak Star LRT.
sampai Sentul jalan kaki pulak ke rumah about 10minit.
kalau nak keluar ke mana² pon aku prefer naik tren.
so jalan tu dah umpama exercise la buat aku.
orang cakap metabolisme aku tinggi.
sebab makan banyak mana pon kurus gak.
masa tu aku kekadang teringin nak berisi sikit.
tengok orang badan montok²
jeles la pulak.

Masa bertunang = 49kg

wahhhh!!! terkujat aku.
dalam sejarah tak pernah aku naik sampai 49kg
serius tak sedar.
aku tak sedar yang berat aku dah naik.
penangan bercinta agaknya.
yelah 1st time bercinta.
makan makin berselera.
then aku keluar dating tak naik tren dah.
naik keta.
so exercise jalan dah kurang.
exercise sikit bila pergi kerja je.

Selepas kahwin = 52 Kg

dah semakin kurang exercise.
sebabnya aku pergi kerja dengan suami.
naik motor.
pergi balik duduk je atas motor.
weekend konon plan nak ke tasik.
untuk joging..
tapi biasalah plan je.
perlaksanaan FAILED !!
baju yg comeii zaman aku bujang semua dah sendat²
kebaya memang confirm tak muat.
tiap malam masak.
makan.
lagi pula dekat office aku rapat dengan seorang tea lady.
bila ada meeting ada makanan lebih mesti akak tu panggil aku.
suruh habiskan.
aku pon sumbat dan sumbat dan sumbat perut aku.
haihhhhhh !!!

6 bulan selepas kahwin = 56kg

keadaan makin tak terkawal.
aku tak control makan.
kadang² balik office lambat
sampai umah dah senja.
aku masak.
pukul 9 baru makan.
pergi kerja masih naik motor.
exercise kadang ingat. .
aku skipping..
kadang tersedar diri ..
aku sit up.
tapi memang jarang sangat la.

9 bulan selepas kahwin (sekarang ni) = 58 kg

aku dah mula takot.
aku baru timbang minggu lepas.
OMG!!!
macam mana boleh jadi macam ni.
dah 2 minggu aku kurang makan malam.
kadang² makan roti je.
tapi kenapa makin naik juga?!
adehhh..
baju banyak dah makin sendat.
kadang kala bila sujud solat aku susah nak bangun.
sesak nafas.
semput!.
tensionnyeeeeee...

TAPI kan..
aku dah check BMI aku

Height = 164 cm
Weight = 58kg



BMI Categories:

Underweight = <18.5

Normal weight = 18.5–24.9

Overweight = 25–29.9

Obesity = BMI of 30 or greater


So BMI aku adalah 21.6 which is bawah kategori:

NORMAL WEIGHT!!!!

Sepatutnya aku tak perlu la risau sangat kan.
sebab berat badan aku dah kira ideal.
kan kannnn???

What ever it is..
aku dah berazam.
Sejak awal minggu ni.
aku dah start kurang makan malam.
hubby aku pon turut terjebak dalam program makanan sihat aku ni..
ekekekeke..
aku ambil nasi pada malam hari hanya dalam
3times /week.
ok la kan??

the kitorang dah start buat sit up setiap pagi n sebelum tidur.
if ada extra time aku continue dengan skipping.
pon ok juga la kan???

harap² aku boleh maintain balik berat badan aku ke 52 kg
atleast!.

bukannya apa.
walaupon berat badan ideal.
aku kena gak kurus kan sikit.
takot nanti semua baju aku sendat mendat.
oh tidak !!
aku bukan ada duit yang banyak untuk bershopping selalu.

DAN satu perkara lagi yang aku risau sebenarnya..
takot tanpa sedar banyak penyakit lak datang bila badan makin berat ni.
yelah korang pon tahu kan.
kolestrol tinggi
darah tinggi
jantung
and so on..

so kita kena lah sentiasa beringat.
makan kena jaga.
amalkan makan buah sebelum makan makanan utama.
exercise kena kerap.

sebab apa??
sebab kita nak sehat.
kita tak nak susahkan family kita bila kita dapat sakit nanti.
lagi pula kos rawatan tinggi sekarang ni.
so kawan² ingat ye..
beringat ketika makan!!


wish me luck ~!!!!



Labels

Advertising (1) event (9) Family (4) Holiday (16) Info (16) Info Program (7) jalan² cari makan (6) jalan² cari pasal (1) luahan (2) My life (1) my love (1) News (3) ntahpape (12) Petua (1) Ramadhan (1) Renungan (9) Sahabat (1) Wishes (3)