Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 30, 2008

TAG PENYU - part 3

tetiba rasa nak update blog
tp story tak muncul tiba.
so aku nekad sambung je la menjwb tag dr penyu pupus ni.
baca lah kalo nak tau lg psl diri aku yg korg rase korg tau tp hakikatnya korg slh memahami siapa aku.
eceyy ayat berbaur sensitif dan emotional.
muahahaaahahahahihiahhuhu < --- sila gelak dgn bacaan yg betul.


7 Fakta Tentang DiriKu...


^ degil a.k.a keras kepala ^
^ independent ^
^ rajin bila buat kerja yg tak disuruh ^
^ akan gembira bila semua yg disekeliling aku gembira ^
^ understanding ^
^ suka tlg org tak mntk blsn. tp tlg jgn bls aku dgn benda yg menyakitkan ^
^ AKU SGT SUKA GILER MELANCONG ^


7 Ciri2 Lelaki/Wanita Idaman

^ solat 5 waktu tak tinggal ^
^ tak perlu ensem sgt tp kalo boleh, cute la ^
^ rajin cari duit walaupon tak pandai ^
^ pemurah ^
^ bertanggung jwb ^
^ kelakar - AHMAD NABIL BIN HAMAD ^
^ syg dan terima aku apa ada nya ^



7 Mangsa Seterusnya

^ INTAN JAZZ ^
^ MCP ^
^ ICHA ^
^ CHI ^
^ WANIE ^
^ AHMAD NABIL BIN AHMAD ^
^ AHMAD NABIL BIN AHMAD ^

sebab kenapa MANGSA dipilih:-
kerna walau sy dah kenal lama dgn mereka. sy masih ingin mengetahui ttg mereka yg mungkin sy sendiri tak perasaan atau tak ambil perhatian. sebagai seorg kwn, sy tak boleh nak srh org phm ttg saya je. sy seorg kwn yg ingin tahu ape yg kwn lain suka dan tak suka. so hrpn sy, mangsa² di atas sudi la jwb TAG sy. sekian.


Monday, October 27, 2008

PANAS + POT LUCK

panas..panas..
pening ..pening.. pening..
cuaca agak panas 3 4 hari ni.
series tak tahan.
ni aku br lepas mandi buat kali kedua.
mgu lepas bkn main lagi hujan je.
hah ni la akibatnya utk mereka yg tak tahu bersyukur.
bila ALLAH turukan hujan mereka bising.
sekarang dah panas. bising juga kan kan??
huehuehuehue..

saat ini aku sebok melayari internet.
mencari laman web ttg resipi masakan.
aku kan tak tahu masak.
padan muka aku kan !
esk (selasa) ada jamuan raya kat opis.
menu mkn style 'POTLUCK'

tau ape itu POT LUCK?
xtau meh sini aku kasitau.
maknanya stp org kena la menyediakan/menyumbang mknn.
phm ker? xphm gak?
cani.. mknn yg akan dimkn nnt adlh dibawa oleh mereka-mereka yg juin jamuan.
tak kesah la nak order ke nak masak ke nak upah org masak ke [ni lbh kurang cam order gak la ni..huhu]
yang penting yg menyertai jamuan kena bwk mknan.
so itu la lbh kurang serba sedikit maksud POT LUCK.
dah phm ker belum?
aku nak cita psl mslh aku pulak ni..
hehehe..

since kat opis ade jamuan POT LUCK esk.
aku da mntk tlg mak aku masakn 'daging dendeng'.
cam biasa la kan.
ni faveret menu dak opis aku.
mslh utk jamuan opis dah setel.
huehuehue seb baik mak aku xkesah nak masakn.
yg tak setel lg ni.
mslh sabtu ni...
adehhh...

flashback balik..
jumaat mlm lps aku ke umah rahma..
seronok dpt jumpe 2 org sahabat aku dr sekolah menengah rahma n huda..
disertai dgn 3 org kwn vf aku intan jazz, zana n faiz.
lepak, burak makan n bahagikan sourvenir dr phuket yg aku n intan belikan utk mereka.
then kami balik.

sabtu pula.
asalnya pukul 6.30 janji dgn kak yan [hsemate mase kat hostel kolej]
dia dtg KL dr penang then ajak aku beraya kat umah kak wa [hsemate gak]
wah teruja tak terkata.
dah lama tak jumpa kengkwn kolej aku.
so aku pon ON jelah
since plan nk blk kg tak jd sbb ujan dan banjir di kg.
aku tadek la plan pape utk cuti yg pjg mgu ni.
plan yg asalnya pukul 6.30 dah dianjakkan ke pukul 2.
kak yan mntk aku dtg ke umah abg dia di Ukay Perdana Ampg
aku pon kelam kabut la bersiap.
sampai umah abg kak yan dlm pukul 3.
dr jd tetamu aku bertukar jd org dapur.
tetiba plak tetamu dtg sgt ramai.
kak yan n keluarga xcukup tgn
so aku pon volunterkan la diri lepak dapur tlg pape yg ptt.
seronok tgk 'anjang' abg kak yan jd chef.
terer betul masak.
'bujang terlajak'
muahahahahaha..
sape nak ngurat ..
meh aku tlg.. keh keh keh..

dlm pukul 6.30 kami gerak ke umah kak wa kat seremban sana.
nsb baik jln tak jem
sampai umah kak wa around 8.30pm
dinner then tgu lg sorg kwn kolej kitorg.
kak nano.
hah ni pon still single, pelik tapi kelakar.
kaya lak tu..
ekekekeke.. sape nak kenalan gak?
meh ctct aku.
huhuhu..

sembang punya sembang tak sedar da lewat mlm.
nak kena blk KL.
heh
xsempat aku nak ajak kak nano soh bwk aku ke Mambau g umah bkl mertua ..
ngee..
tak pe tadek rezeki kan.
sblm blk kami dah wat appoinment.
sabtu (1nov) nak berkumpul di umah kak jue kat putrajaya plak.
kali ni ajak lg ramai.
cdgnye nak mkn tengahari sesame.
menunye?
POT LUCK lg!

adehhh
ni la yg buat aku rungsing.
aku de bgtau nk buat puding jagung as dessert.
tp awal awal kak wa da sound.
soh bwk lauk pauk.
huwaaaa..
derang ni tau ah sudah jd istri.
mesti la dh terer masak.
aku ni..
aku ni mane reti.
uhuk..
ape eh nak masak?
kali ni aku tanak mntk tlg mak aku.
aku nk gak tunjuk bakat masak aku walaupon tak reti.
hurmm.. ermm.. erk..
tolong aku weh bg idea.
bg la resipi sekali kalo ada.
tp makesure yg simple je eh..
hikhikhik.
:-s

Friday, October 24, 2008

Urgent

huehuehue
utk pengetahuan anda sume.
td tepat jam 10.03 minit pagi.
aku baru slmt tiba di opis.
muahahahaha..
lewat eh?
suka ati ah.
aku kan de share dlm ini company.

so sbb aku ni seorg yg rajin.
sampai je dah bkk pc nk wat keje aku.
aku mula dgn bkk internet.
pastu visit blog aku then jelajah blog org mna yg smpt.
then tetibe terigt.
alamak ! de kerja urgent la..
demmit!
so gegas ah aku taip url www.blogger.com
masuk ruang create posting.
then mula wat keje pertama aku kat opis utk pg ini.
menaip TAG ke 2 dr incik penyu yg xensem itu.



--> Spell your name without vowels:

N R S H K N H M D K M L < -- ape motif eja ni???

--> What color do you wear most?:
WHITE & BROWN (huhuhu i like ! )

--> Least favorite color?:
YELLOW... ( sekali sekala pakai cam anak raja lak aku rasa.. hikhikhik)

--> What's for dinner tonite?:
ermm xtau lagi. mlm ni nk g beraya umah Rahma (kwn sekolah) tp g dgn dak VF :p

--> Are you happy with your life right now?:
alhamdulillah. owes epy.

--> Who did you last call on your cell phone?:
call in ke call out ni?? tlg jwb blk soklan aku ni kalo nak aku jwb ye .. muahahaha

--> Do you own a..
- DIGITAL CAMERA?:
YES ! Y? nak pjm ker?? huhu .. xleh xleh.. g beli sendirik ..buwerkk !

--> Last thing you bought over 50 Ringgit?:
banyak ni :| .. pephm je la br blk dr phuket. ngee..

--> Are you missing someone right now?:
uh. of coz la.. ade la sorg staff laki yg keje kat hotel poppa palace tu. syif pagik ye.. bkn syif mlm.. adehh wendu banget ni sme dia :x .. his so cute !

--> Finish this sentence. I wish:
I wish.. AHMAD NABIL BIN AHMAD masuk minang I .. muahahahaha.. ape hal xpuas ati?? huh JELES la tu.

--> One word to describe you:
WENG ! [hah anguk anguk.. lempang br tau b-( ]

--> What would you rather be doing right now?:
dok dlm kenu tgh bersiar² di James Bon island dgn mamat cute Phuket tu :x

--> Last IM you recieved?:
erm.. dr org langkawi tu. huhu.. [ade ke igt aku g kawen larik.. iyakss! ]

--> Who did you hug today?:
hug? diri sendiri :|

--> What are you going to do now?:
buat keje. [poyosssssss]


--> Da next 7 victim is?
Harry Potter
Kapten Jack Sparrow
HE - MAN
Spongebob
Bumblee Bee
ABu KAMI [ kan best kalo betol betol dia jwb :x ]
CEO TM[ muahahahhaha giler merepek ! ]

huh.. lega.
setel dah keje aku yg urgent ni.
oke la kengkwn.
aku nak smbg wat keje lain pula.
daaa..

Thursday, October 23, 2008

TAG - PENYU

alkisah.. seekor org telah mengeTAG aku..
dgn excitednya dia ym aku soh masuk blog dia yg tak best tu..
'ko kena TAG kat blog aku' kata seekor org itu.
aku pon dalam rase mengantuk yg amat.
ku gagahkan jua jari menekan link blog beliau itu.
sekali.. bukan 1..bukan juga 2.. tapi 4 TAG.

ishk ishk ishk..
sgt tak de keje punya penyu.
so disebabkan aku ni baik.
walau kepada musuh sendiri.
terutama dgn musuh cam seorg penyu ni.
aku layan kan gak la TAG dia tu.

tapi aku jwb sesatu TAG la ek.
aku bukan tak de keje cam seorg penyu tu.
so buat masa ini.
korg yg tak de keje cam penyu tu leh ah baca ape yg dah aku jwb ni.
relax.. just baca. aku tak soh buat pon.
sbb aku pon tak de masa nak baca apa yg korg nk jwb nnt.
muahahahahaha..[jujur dalam kekejaman aku ni eh].

3 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH-

-masa sekolah darjah 3, aku sll tak buat keje sekolah. huahuahua.. MALAS. padan muka aku cikgu aku report sama mak aku, huwaaaa... tp pape pon aku tetap syg cikgu yg report tu.. hehehe..kan dah ckp aku ni baik. :)

-aku xgemar sgt nk kwn dgn dak kelas bwh. heh! cam pandai sgt je aku ek.. hahahaha.. lantak sana. kwn kelas sblh pon ada yg aku tak kenal ini kan kelas kelas lg sebelah punya sebelah punya sebelah.tu belum kira kelas tgkt bwh , tgkt lg bwh.. huahuahua.

-aku suka tido time kelas AGAMA ISLAM. erk!.jgn nk slhkan aku ek. ustaz tu [dah meninggal pon . alfatihah. ] yg tak marah aku bila aku tertido utk kali pertama. so.. pastu tiap kali kelas dia aku tegakkan buku dan turunkan pale la ape lagik..zzzZZZZzzzz.

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??

- matematik. sgt sgt sgt suke. hehe aku suke mengira. sgt suke oke. bila UPSR aku xdpt A utk math aku nanges xterkata.. huwaaa.. tp aku nekad PMR n SPM mesti score. alhamdulillah. A je pastu.. keh keh keh.

- English. aceli siyes shit aku xpandai english. uhuk.. tp aku suke. sbb aku tau subjek ni sgt penting. hikhikhik.

- sejarah. best woo belajar sejarah. tanpa sejarah korg tak tau la cne sesuatu peristiwa itu terjadi kan kan? and sejarah tu la yg memberi kita panduan utk hidup di masa depan. ecey.tetibe siyes la pulak. ngee.

3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??

- Pendidikan Seni. aku dilahirkan tanpa bakat melukis. nak lukis org lidi pon lom tentu cantek. benchikkkk.tp aku suke lukisan. n aceli aku sll berangan aku pandai melukis. muahahaha..

- Fizik. aku suke narnye. kalo masuk lab sll dok dpn je. tp yg buat aku xsuke sbb cikgu tu xsuke aku. huh! pilih kasih tol.

-Subjektif. hah! tak pnh dgr eh subjek SUBJEKTIF?. ler.. korg ni sekolah mana eh. tadek eh subjek ni kat sekolah korg? tadek?? siyes tadek ker?? sama ah sekolah aku pon tadek gak subjek nie. tp yg aku nk gtau ilh. aku benci yg amat kalo ade subjek bila exam kuar soalan SUBJEKTIF. ya adoiii .. tekanan otak dibuatnya . yelah tadek lgsg 'hint' nk jwb. sume kena perah dr urat otak ni. ishk ishk ishk.. cian otak kita kan. kan. cth soalan subjektif ilh ni la .. ni ha TAG ni.. huh!

MENARIK PADA KAMU...?

- ermm.. seseorg sedang memegang tali sambil berjalan . tali tesebut di ikat pada sesuatu. tak kirala .. penyu ke. kekura ke. then anda tgok penyu tu bergerak sedikit demi sedikit mengikut arah tali yg diikat pada beliau. so tu la MENARIK PADA SAYA. :D

KAMU PALING SUKA

- AHMAD NABIL BIN AHMAD :x... lalalalala..[ape hal? jeles?? heh!]
- MELANCONG. ni bukan suka dah ni.. GILA terus dah aku ni
- ermm.. eh pesal aku jwb sampai nk 3 jwpn ni. dia xmntk pon 3 kan kan?? .. rajin ! hahaha.

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA

OKSIGEN !. dey yenada.. soklan IQ rendah betol.

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI

uiks. hurm.. DIA ni mmg tetiap mlm aku hubungi. tp kdg kala kala pnt aku termiss gak nk hubungi DIA. huhu.. mau tau saper? tu tu.. tu.. ats sane tu :)

So the next 5 victims are:

- Ahmad Nabil Bin Ahmad
- Fahrin Ahmad
- Piere ANdre
- NAs - T (KAMI)
- Shazli (KAMI)

Tuesday, October 21, 2008

Saya sudah pulang !!

Sawadee ka
kap kung medai..
tuk tuk medai na krap koon ..
muahahahah faham ke korg???
APA??? tak paham???
huh!!
sama la ..aku pon tak paham..
main taip je...
hentam kromo namanya dalam bahasa pasar..
keh keh keh..
dengan sukacitanya disini ingin aku bagitau kamurang,
aku dan kengkwn aku sudah selamat tanpa sebarang ancaman penganas, isu dadah, bombing dan seangkatan dgn nya pulang ke MALAYSIA.
alhamdulillah.
dah tu je la update utk masa ini.
lain lain sila hayati gambar dibwh ini
------------------------------------------------------
Hari Pertama



-----------------------------------------------------------
Hari ke 2




-----------------------------------------------------------
Hari ke 3







----------------------------------------------------------------
Hari ke 4




dah puas?
oh tak puas ker?
tak pe leh klik link gmbr aku yg 1st abum tu eh..
ngee..
nak tahu psl cerita pulak ker?
huhu..
g klik link member aku sne..
cik intan spoon ..
sana ada story..
aku mls la nak taip sbb cerita sama je.
kang taip korg kata aku meniru lak :
muahahahahahha..
-selesai-

Wednesday, October 15, 2008

Holiday !!

Lokasi : atas tilam, dalam bilik kat rumah.
Masa : 12.39 am.

Aku cube melelap kan mata. tp tak berjaya. seminit dua minit aku berjaya tido.kemudian terjaga semula. argh! walaupon aku tlh berusaha utk meneutralkan kandungan kafein dlm bdn yg telah aku ambil pada siang arinya dgn meminum 5 gelas air kosong, tp si kafein itu tlh lbh dulu berjaya menyelinap ke organ² dlm badan aku ni dgn pantasnya.akibatnya, mata aku tidak berjaya utk melelapkan diri. huh! padan muka! [tlg jgn bebel!]

Dalam ketika aku masih mencuba utk melelapkan mataku, fikiran menerawang berpikir dan sesuatu. hurmm tgl sehari je lagi. aku dan 5 lg kwn akan terbang ke destinasi percutian kami. yeahh menaiki besi terbang yang bercap kan 'AIR ASIA' dgn harga tiket promo rm9 utk penerbangan sehala ke destinasi kami PHUKET, THAILAND. kos utk pergi dan balik adlh sbyk rm336 [harga airport tax dah naik la pulak]. thn lps ke Bangkok RM270 je pergi dan balik. huhu. kos utk hotel di phuket pula sebyk rm300 telah juga disetelkan sblm keberangkatan kami. kali ni tido di hotel.

Thn lps di Bangkok kami tido di Guest House. murah dan selesa. di Phuket juga byk Guest House. Di sbbkan trip kali ni ade dua group. group pertama berlepas pd awal pg. manakala kami seramai 6 org, group kedua akan berlepas pd jam 8.20 mlm. So kami kena follow group pertama utk menginap dihotel di kawasan Patong, Phuket bagi mengelakkan perpisahan terasing dikalangan kami.huehuehue.merasa gak la nanti menginap di hotel phuket kan kan kan.

Alhamdullilah, beberapa persiapan telah kami buat. Dah bermacam² laman web kami search utk mencari maklumat yg berkaitan dgn phuket. ini amat penting ye kengkwn. kita nak pergi tmpt asing. so kena la tahu perkara² berkaitan cuaca, nilai mata wang, kemudahan pengangkutan dan bermacam² lagi. lagi pula kami pergi bkn bwh mana² agency. style backpacker sume urusan penginapan, pengangkutan, makan, berjalan² harus di cari sendiri. Syukur, aku punyai pengalaman travel ke luar negara secara backpacker ni. aku byk juga bertnya kpd kwn² yg pernah pergi. yeahh mereka sgt membantu. terima kasih kalian. moga segala maklumat yg kami cari dpt membantu melancarkan percutian kami di sana nnt.

Tak sabar rasanya. AKu belum habes packing lagi. Duit mata wang thailand-'baht' telah pon aku tukar sebyk rm700++. huehuehue rasa mcm byk pula. tp takot nnt tak cukup. aktiviti utama atau tujuan asal kami ke phuket adlh utk bersnorkeling di pulau tersebut. selain dari itu kami ingin menjelajah tmpt² menarik yg terdpt disitu. Jgn risau buat sahabat² yg rapat dgn ku. Ole² buat kalian akan aku cuba belikan. Tapi phm² la ye. Aku punya ramai teman. List yg dah aku buat utk bg ole² dah mencecah 40 org termasuk ahli keluarga. Aku akan cuba beli apa yg aku termampu.

Doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang. Semoga tujuan kami tercapai dan semoga kami bergembira disana. Insyaallah.

Phuketttttt tgu akuuuuuuuu!!!




Tuesday, October 14, 2008

Entry #270




semalam aku puasa diorg kat opis dok cite psl nie..
pastu time lunch memsg dok ngadap minum mende ni..

aku teringin bangat..
tercekik tekak aku menelan air liur.

tapi..

aku bukan tadek duit nak beli..
cuma..
haizz..
aku tak boleh minum ni..
too much caffein.

kalo aku minum..
aku saket perut tak boleh tido malam..
aku saket kepala mingrain.

so mcm mana?
aku teringin bangat...
:(

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Nota kopi : kalo aku beli then aku minum then aku sakit then aku ngadu sama korg korg .. korg korg jgn bebel eh.. plisss !!!

Friday, October 10, 2008

Mari belajar bahasa ~!!

Sawadee ka.
Hari ini saya nak share dgn anda beberapa perkataan penting yang harus dipelajari dan sering digunakan oleh pelancong² yg melancong ke kampung saya yg jauh ini iaitu negara Thailand.

---------------------------

Thai people will always greet you by saying - Sawadee Krap/kap ( this is from a guy)
Sawadee Ka ( this is from a girl)

thank you - Kap Khoon krap/Ka

How are you? - Sabai dee mai Krap/Ka?

eat - gin

toilet - hong nam

fish balls- luke chin plah

fish - plah

pork - moo

satay - moo ping

water- nam

rice - khao

go - pai

sugar - nam tan

orange juice - nam som

lemon /lime juice - nam manao

do not have - mai mi

do not understand - mai kaw jai

beautiful - suai

one - neng
two - song
three - sam
four - si
five - ha
six - hok
seven - jiet
eight - pet ( low tone)
nine- kou ( high tone)
ten- sip ( low tone)
eleven- sip it
twelve- sip song
( just add a sip in front of the single digit)

Twenty - yi sip
twenty one - yi sip it
twenty two - yi sip song

One Hundred - Neng Roi
One hundred twenty three - neng roi yi sip sam

--------------------------

khap khoon ka

Nota bz : preparation tu kan penting ..huhuhu

Wednesday, October 08, 2008

yelah yelah.. update la ni..


Ramadhan dah berlalu
kini syawal pula

nak tau cerita pasal hari raya aku?
hurmm.. biasa² aje

macam anda² semua juga
bangun pagi
solat aidilfitri
pergi kubur
[1st time pegi kubur time hari raya. ziarah kubur arwah atuk tercinta]
balik umah
salam² mntk ampun
start makan kueh raya
yang penting layan lemang, rendang and nasi impit dulu
layan tetamu
pegi beraya
tengok rancangan menarik raya di tv
[walau tak de astro di kg..layan aje chanel yg ada..]
layan sms ucapan hari raya yang lambat tiba
[network kat kg mmg sgt teruk]

hari raya pertama, kedua, ketiga sama aja..
hari keempat bizi sikit
ada kenduri dirumah
actually utk majlis khatam kazen je
tp style mcm nak wat kenduri kawen pula
huhu
yang penting meriah dan penat tak terkata

raya kelima
dikuala lumpur
baru je excited nak layan astro
rumah dah dikunjung tetamu
aduiiyaii..
apa boleh buat ..
nama pon hari raya..
layan kan aja.

::coret-coret aidilfitri di kg::

1- mase ziarah kubur tu.. melilau gak ah nak cari kubur.. yelah kira ni kali kedua kami dtg ziarah pas kali pertama dulu menyemadikan arwah. Yang aku cari ilh Mohamed B Jais.. tp tak jumpa. Yang kami jumpa ilh Mohamed B Abdullah. erk. ada la dlm 5minit aku cam terdiam kat situ sambil berpikir betul ke tak betul ni kubur atuk aku ni. Risau tetibe kang jadi cam filem 'Ibu Mertuaku' ..
"cik kenapa cik menangis dikubur org tua saya"
..ngee..

2-balik umah aku try to get the clarification dgn kazen aku kenapa Bin Abdullah. mmg aku tau atuk aku berketurunan siam. tp siyes aku tak tau sbnrnye atuk aku tu la org siam. dia berhijrah dr siam sorg diri. dok kat kedah dan dpt keluarga angkat. Jais tu aceli bpk angkat atuk aku la. merangkap moyang angkat aku la kan. So moyang betul aku org siam la. huhu mana nak caik ni.. sedara mara lain atuk aku kat siam sne ..
"try cari kat phuket je la nnt kot jumpe". :|

3-disebabkan kat kg xdek astro. aceli kat umah aku opah aku je la tadek. tadek yg nk pasang. huehue.. so tadek la astro. cam agak boring gak la. naseb baik la chanel tv yg tak berbayar tu siaran nya agak clear. layan je lah. yg frust nya tak dapat aku nak tengok bakal pak mertua dan family buat open house. uhuk. tgh tgu siaran ulangan ni.
"abg bil soh la astro buat siaran ulangan ye.."

4-cam biasa la kan. soalan cepuk emas cfirm keluar punya time² jumpa sanak saudara ni. so apa yg aku buat ilh membizikan diri kat dapur. kalo dah tadek keje. aku masuk bilik tidoooo..
"huhuhu sorie no komen"

5-line telephone sgt teruk!. baek fixedline mahupun talian henpon. sume saks! maxis, celcom sume ssh nak dpt network. memasing kat umah tu sebok dok tepi² ceruk nak cari network nye pasal. muahahahaa.. batery henpon aku kong gak tapi. gegara main games. heh!

6- g town malam raya pertama. mak aik! kat KFC giler penuh org. pelik betol aku dgn diorg nie. tak kenyang lagi ke melantak lemang+ketupat+rendang pagi raya. belum kira kueh raya sampai ke petang. mlm ari leh lak melepak kat kfc. kesian weh aku tengok pekerja kat KFC tu.. tak menang tangan. ishk ishk ishk.. nak tau tak pesal aku cakap kesian. aku menyaksikan mereka berkerja kat KFC tu tatkala aku menunggu pesanan bucket KFC aku siap.. sangat kesian weh. pesanan utk sume len kali mlm raya g la beraya kat umah sedara. jgn raya kat KFC ok.

-abes dah-


Attention!!



kenal sape ni?
'dia' ni la yg dah terlepas ikatan.
saya nak beri amaran pd anda sume.
BERHATI-HATI.
jangan biarkan hidup anda dipenuhi dosa kembali.
MUAHAHAHAHAHAHAHA < -- gelak setan :|

Update gak kan..

Eh eh ..
aku ade blog rupanya :|
muahahahaha..

sebelum mula,
mau nyanyi sikit..

"Hari raya hari yg mulia
penuh bererti kepada kita
tua muda miskin dan kaya
menyambutnya dengan gembira..

*skip lirik*

(cont) ucapan SELAMAT HARI RAYA
dari saya untuk semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

sekian!!

nota kaki : nyanyi ikut lagu iklan PROTON

Labels