Countdown

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Kisah aku dan AGus


Aku ada seorang teman.
Kenal sejak tahun 2004.
Di laman cyber - Virtualfriends [VF].
Masa tu kitorg rajin melepak dkt satu laman "On the move" kat VF tu.
Masa tu la aku kenal Agus ni yang menggunakan ID VF - panthers_boyzz.
[betol ke aku eja tu.. hehehe dah tak igt nak eja id ko agus]


kat OTM tu, Agus ni punya la kecoh orangnya.
garang pon ye.
so masa tu aku dok ingat dia ni cam 'pai lang' ..ala² gangster gitu.
satu hari tu aku adalah buat plan main bolwing kat Ampang Point
ajak la si agus ni joint.
sekali dia datang bawak geng daaa..
otai² bolton katanya.
aku tengok pon cam cuak sikit.
siap hulur tangan nak salam aku.
memang la berbudi bahasa.
tapi agak² la bukan muhrim tu.

selepas perjumpaan pertama tu.
kami decide buat aktiviti kedua.
ke Sg. Gabai.
bermandi manda.
aku, agus dan 2 orang lg teman Vf merangkap teman sekolah aku -she & rahma pi satu kereta.
naik kereta si rahma tu.
masa tu la aku mula mengenali si Agus ni dengan lebih rapat.
tak aku duga,
bila dah duduk satu keta dengan dia.
dia pulak dikelilingi perempuan belaka.
baru lah terserlah sifat sensitip, dan prihatin si Agus ni.
"tak da la gangster sangat sebenarnya... luaran je gangster, dalaman dia lain abis"
then sejak itu hubungan aku dan agus semakin rapat dari hari ke hari bawak ke bulan bawak ke tahun.


diam tak diam dah hampir 7 tahun dah kami kenal.
pantas sekali masa berlalu..
banyak sebenarnya kenangan aku dan agus..
yelah 6 tahun kenal ke utara ke selatan ke pantai timur bersama.
main bowling, futsal, snorkeling, karaoke dan tengok wayang bersama.
so far aku tak pernah lagi ada kawan yang berjantina lelaki yang betol² rapat dengan aku sebelum aku kenal VF.
Agus ni lah salah seorang yang paling rapat dengan aku sejak aku join VF.
hatta dengan husband aku sendiri pon aku tak pernah ada kenangan yang banyak macam aku dengan agus.
[yelah kenal husband pon tak lama dah kahwin.. baru kahwin lak tu.. ngeee]

Bayangkan ..
dulu aku kenal dia masa tu dia kurus je
sekarang dah berisi betol.
[aku simpan lagi gambar kita masa mandi manda kat Gabai 1st time dulu]
bayangkan gak ..
dulu dia single tak ada girlfriend,
sekarang dah kahwin dah ada anak dua dah.

"AGUS...
aku tersentuh betul dengan lagu yang kau letak kat blog kau tu
"sesuatu tentang kita"
tu kan lagu kenangan kita..
lagu yang sangat indah sekali
kalau ko sedih,
aku pon sedih.
yelah..
keadaan kita dah tak macam dulu
nak berkumpul ramai²
nak buat aktiviti ramai²
nak bergembira ramai²
dah susah sangat.
kalau kita dah cuba untuk kumpul kan kawan² rapat Vf kita
tapi tak berjaya
tak bermakna kita gagal terus.
tak bermakna tak kan ada hari lain untuk kita kan.
keadaan memang dah tak sama macam dulu.
semua ada urusan lain.
sebab dulu kita single.
senang nak buat keputusan.
senang nak spend time bersama.
sekarang kita dah double, triple.
ini yang kita kena telan bila kita decide nak bina kehidupan baru bersama orang yang kita cinta.

aku harap,
kau tak kan putus asa.
insyaallah lain masa kita plan lagi untuk temukan kawan² kita.
dengan usaha dan doa berterusan pasti allah akan makbulkan.
jangan sedih ye agus!

--------------------------------------

Sesuatu tentang kita ~!!

"Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita "



"Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati "


"Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita "



"Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa"


Nota jari : aku ada plan baik punya ni.. nanti aku update ko ye agus.


Labels

Advertising (1) event (9) Family (4) Holiday (16) Info (16) Info Program (7) jalan² cari makan (6) jalan² cari pasal (1) luahan (2) My life (1) my love (1) News (3) ntahpape (12) Petua (1) Ramadhan (1) Renungan (9) Sahabat (1) Wishes (3)