Countdown

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, April 12, 2013

LANGKAWI - Day 4 ^Pantai Cenang, Underwater World, KILIM Geoforest Park, Pulau Payar^


PANTAI CENANG

Hari terakhir di Langkawi !!.. Hari ni kami tak ada plan ke mana² dah. Dah nak balik dah flight tengahari. Kitorang keluar kejap ke arah Under Water World sana cari breakfast. Ada kedai makan pagi dekat sana.(baru tau hehehe) . Kami bungkus berakfast dan lepak dekat Pantai Cenang. Incik Suami nak mandi laut la pulak. Aku?? malas.. eh salah aku berkorban!!.. Yelah kalau dah mandi nanti baju basah. Kalau dah baju basah nanti muatan jadi berat. Kan dah balik dah .. tak pasal je menambahkan berat bag. So aku bagi peluang suami sorang je mandi. Puas mandi balik bilik siap² untuk pergi makan tengahari dan terus ke airport. Last day tu kami makan dekat JOM IKAN BAKAR buat kali ke-3 nya. hehehe.. Dah dekat sangat dengan airport apa nak susahkan.

UNDERWATER WORLD

Aku nak cerita sikit pasal Underwater World(UWW). Kitorang memang tak masuk pon kali ni walaupon tersangatlah dekatnya dengan chalet kami. Jalan kaki pon boleh.. Di sebabkan dedua dah pernah masuk masa bujang dulu so kami decide taknak masuk dah. Dalam ni korang boleh tengok ikan. Ke ikan tengok korang?? hurmm.. apa² je la. Kemudian sini juga ada jual cokelat². Tapi harga tu mahal sikit la dari Pekan Kuah sana. Kalau korang 1st time sampai Langkawi, make sure korang masuk tau UWW ni. BUAT SYARAT !!! ahahahah

ihsan google



KILIM GEOFOREST PARK & PULAU PAYAR


Ok untuk makluman dedua tempat ni kami tak sempat pergi. Walaupon dah 3kali jejak Langkawi. tetap juga tiada kesempatan masa nak ke sini. Padahal aku rasa tempat ni la yang paling best sekali kot. hurmmm tak apa !! Ada hikmah. Mungkin ada rezeki lagi aku jejak LANGKAWI buat kali ke 4. Boleh la aku usahakan ke sini. Tak sabar ni!!! Nak snorkeling & mangrove tour. Bestnya!!!

KILIM GEOFOREST PARK





PULAU PAYAR







*gambar semua ihsan google*


Hurmm.. tu je la kisah bersiri cuti² Langkawi aku. Harap² info ni semua membantu kalian dalam merencana trip cuti² anda ke Langkawi nanti. Selamat bercuti ye!!! dannnnnnnnnnnn bershopping !!!!

Friday, October 12, 2012

Bumbu Desa & Resepi Bamia


Sepanjang minggu ni, aku dan 3 orang lagi rakan dok la burak dalam conference whatsapp setiap hari. Yang kelakanya, ada je topic nak burak, dan topic utama adalah pasal MAKAN!!

Hehehe memasing kuat makan, walau taste tak sama. Last kitorang berjumpa bulan lepas. Tu pon sehari before seorang rakan kitorang tu nak balik ke rumahnya di Paris sana. Setelah sebulan bercuti² dikampung halamannya Malaysia. ngeh ngeh ngeh..

~ 4 sekawan ~
myn, me, zana & intan
aqil&intan jr

Thanks zana for the pic. Aku dok tunggu si intan & min forward gambar, tapi hampaaa!! Dah la aku tak sempat nak snap gambar pakai hp aku. uhukk.. sempat ambil gambar makanan je. Huhu.

Masa ni kitorang makan dekat BUMBU DESA, Mid Valley. Ok la not bad juga menunya. Kitorang order ala carte, Nasi Putih untuk 4 orang, 1 set Gado², 1 set rendang daging, 1 set kailan ikan masin, 1 set ikan talapia goreng, 1 set begedil, 1 set tempe goreng dan 1 set ayam cili ijo.

~ the Menu ~

Semuanya sangat la sedap, sehingga menjilat jari. Kecuali ayam masak ijo(tadek dalam gambar sebab tak sedap ngee). Style makanan kat Bumbu ni, diorang dah siap masak dah semua menu, then bila ada orang order, mereka akan panaskan. Yang frustnya last minutes aku tambah ayam cili ijo tu, sekali dapat sejuk bedi je rasa. Tak sedap ok!.. Langsung tak abis.

Oh ye lupa nak cakap, Bumbu Desa ni berkonsepkan makanan SUNDA & MINANG. Tapi sayangnya tak ada pon ayam penyet dan daging dendeng. So aku bagi 3suku bintang je la . heee

Semalam aku cerita dengan 3 kawan aku tu yang aku nak buat BAMIA untuk di bawa ke pejabat hari ni. Yelah asyik diorang cerita apa diorang masak je kan (mentang² diorang semua terror masak..hihi) aku apa lagi kan, nak tunjuk bakat juga ni, walaupun tak de la sedap sangat pon ngee. Then diorang request suruh update resipi Bamia dekat blog.

Nah ambil ni resepi. Jangan tak cuba pula ye. Kawan² kat pejabat cakap sedap. Dah nak licin 2 buku roti (size panjang) makan dengan bamia aku ni. Alhamdulillah la sedap. Risau la juga tak sedap. Tak laku pula. uhukuhukk..

Resepinya sangat la simple.(sebab tu aku buat,, huahuahua).. Oh ye lupa nak cerita apa Bamia ni kan? Kalau korang google korang dah tau dah.. so tak yah ah aku bagitahu. Pi google sana ye. Anyway Bamia aku tak seperti yang ada di data pakcik google. Bamia aku ni ikut resepi staff² kat pejabat ni dan dah diolah oleh aku. So it's not purely from IRAN la. Bamia ni actually makanan dari IRAN, Ada sorang abang kat pejabat aku cakap, aku punya memang dimelayukan, sebab kalau IRAN siap letak yogurt so rasanya akan sangat masam. Hehehe ni aku belum melayukan habis lagi resepi ni. Next time nak try bubuh cili kisar pula, bagi rasa masam² pedas. Baru betul melayu kannn.

Resepi BAMIA ( untuk 10 orang makan kot, sebab tadi ramai yang rasa aku punya bamia ni, anggaran 10 orang la kot)

Untuk di dadu :
2 ulas bawang putih
4 biji bawang besar
4 biji tomato
2 biji carrot
1 biji kentang (ni aku tambah..sebab GILER KENTANG !!)

1 kilo daging (di rebus dan di hiris ikut suka hati nak kunyah. kalau tak ada boleh la pakai daging kisar, tapi tak berapa sedap sangat, tak berapa nikmat bila makan. Aku pula ada stock daging tak sampai pon setengah kilo, so aku terpaksa pakai daging kisar ramlee yang memang always ada stok dalam freezer. Air daging rebusan jangan buang ye)

3 sudu besar rempah kari daging (aku pakai sepeket kecil rempah)
1 tin tomato puree
1 tin tomato sup ( kalau pegi pasaraya cari dekat² area tomato puree)
1 tin kacang peas
Sedikit minyak untuk menumis
Garam sesedap lidah

Cara²nya :
Tumis bawang putih & bawang besar sampai layu.
Masukkan tomato yang dah didadu, biar sampai hancus dalam periuk dengan bawang tu.
Masukkan rempah kari, tomato puree & tomato sup.
Biar sampai sebati dan naik bau, then masukkan daging dan kentang masak sampai empuk.
Masukkan air daging sikit untuk banyak kuah. Kalau nak lebih pekat tak payah masukkan air kot.
Masukkan carrot kacang peas dan garam.

Siappppp...!!! simple je kan?? enak dimakan dengan roti putih, roti puri(zana punya idea), french bread(untuk myn) dan roti arab pon boleh. Ikut kelazatan anda. Kalau resepi asal dari IRAN, diorang banyak guna rempah, then diorang letak bendi, nampak cam kari la kan, siap santan semua. So aku tak berapa rajin dengan resepi IRAN tu. so ikiut la korang nak try resipi mana ye. Resepi yang aku olah ni memang ada rasa ala² kuah spagetti tau. So kalau suka kuah spagetti tu mesti suka bamia ni.

Insyaallah tak lama lagi nak raya korban, pasti la kan dapat daging korban, so boleh la buat ni dan jamu family. Nyum nyum nyum..



~ Khas untuk officemate ~

~ Roti + Bamia ~
Selamat memcoba ~!!

Friday, April 22, 2011

Adik ku kawen..

Malas ah nak cerita pepanjang..
korang tengok gambar je la.
hasil tangkapan camerawomen..
sapa lagi kalau bukan aku ..
ngeee

sila komen ye..














dahhh...
tak kan nak upload banyak² kot..
huhuhu..


ok tak???

Thursday, January 27, 2011

Mood baru di tahun baru


First of all, credit to Pn Suzy sebab sudi tukar blogskin aku ni.
cantekkk !!
mucho glasiaz.
baru la semangat sikit kan nak kembali aktif kat blog ni.
AKTIF ke?
wallahualam.

Aku mulakan cerita tahun 2011 dengan...
Aku busy!
huhu
selalunya la kan..
Jan till Apr adalah masa untuk honeymoon.
Masa untuk aku holiday kepulau².
sebelum peak period kat office aku.
Tapi, kali ni dah lain.
Jadual kerja dah berubah.
Bos agak dengki dengan kami² di unit Tax ni.
Dia nak kami busy sepanjang masa.
makanya inilah akibatnya.
workload bertambah setiap masa.
almost half day masa akan aku habiskan di office.
Letih otak weh!


Untuk hari ini,
aku nak cerita satu kesah sedih.
Selasa - 25hb Jan 2011.
Seorang adik perempuan abah aku telah pulang ke rahmatuallah.
100 hari selepas arwah adik lelaki abah aku meninggal dunia tahun lepas.
So selasa lepas aku pulang ke Teluk Intan bersama² family aku untuk turut sama
menguruskan jenazah mak saudara aku tu.
Alhamdulillah, arwah pergi dengan senang sekali.
masa aku tengok jenazah..
muka dia macam dalam keadaan sedang tidur.
Mak long aku cakap itu la yg selalu arwah doakan.
Arwah berumur 66tahun pada tahun ini.
Beliau tak pernah berkahwin.
Ketika hayatnya, arwah selalu mengaji dan mengerjakan solat² sunat.
Arwah bisnes jual kueh muih, kek dan buat part time bawak hantar budak ke sekolah menggunakan motorsikal.
she's superwomen!!
'korang penah??'


.:semoga roh arwah dicucur rahmat dan ditempatkan bersama² org² mukmin:.

Nota jemari : aku dah lama tak bercerita kat blog ni..rasa cam susah nak susun ayat. heee

Labels

Advertising (1) event (9) Family (4) Holiday (16) Info (16) Info Program (7) jalan² cari makan (6) jalan² cari pasal (1) luahan (2) My life (1) my love (1) News (3) ntahpape (12) Petua (1) Ramadhan (1) Renungan (9) Sahabat (1) Wishes (3)