Lepas check in dan masukkan bag dalam bilik hotel, kitorang pon terus keluar semula. Masa masih awal lagi tika itu. Baru masuk jam 4petang. Perut pula dah berkeroncong. Sebabnya kan kami makan awal masa di LCCT tu. Then dalam kapal terbang berbau makanan yang di order oleh penumpang lain. Semestinya kami berdua cepat terasa lapar.
Oh ye another tips utk yang menaiki pesawat Air Asia (AA). Make sure pada korang² yang perjalanan menaiki pesawatnya melebihi 1jam. eloklah korang order makanan untuk dalam pesawat siap² masa korang booking tiket. PENTING! sebab nanti korang tak akan tahan punyalah bila dah duduk dalam pesawat lepas tu berbau makanan. Arghhhh tekanan jiwa ok.
Bukannya korang tak boleh order dalam pesawat tu, BOLEH! tapi korang tak dapat la diskaun harga. Makanan dalam pesawat tu semuanya mahal². Air mineral pon sampai RM4(kalau tak silap). Then kalau baru nak order dalam pesawat, belum tentu makanan yang korang nak tu ada (as per dalam menu). Sebab diorang punya stock diorang utamakan yang dah pre-book online.
Oh ye, sejak tahun lepas aku perasan sesuatu yang luar biasa sedikit. Sebelum ni aku travel, kita tak dibenarkan bawak apa² yang berbentuk cecair masa melepasi pihak kastam di terminal untuk berlepas. Hatta air mineral sebotol kecil tu pon tak lepas. Tapi sejak tahun lepas aku perhatikan dah boleh la pula bawak sebotol air mineral melalui pemeriksaan kastam tu. Dah yerp! aku pernah buat beberapa kali sepanjang tahun ni. Syok kan!. Jimat duit nak beli air mineral dengan harga yang mahal di kedai² terminal berlepas dan di dalam pesawat. Legaaaaa... (tapi kena hati² juga tau, sebab ada juga pegawai kastam yang tak beri pelepasan untuk bawak sebotol mineral water kecil tu.. huhu)
LAKSA POWER
OK sambung balik. Tempat pertama yang kami tuju selepas chalet kami ialah, lokasi berdekatan dengan kawasan aiport. Patah balik airport? AAH ye.. bukan jauh pon chalet dengan area airport tu. 10minit je. Kami ke situ sebab nak pekena laksa. Laksa bukan sebarang laksa. Laksa ni LAKSA POWER. Hehehe..
Kalau dah ke utara, terutama Kedah, memang tak sah kalau tak rasa makanan yang menjadi identiti rakyat kedah ni. iaitu LAKSA. Di LGK korang boleh jumpa banyak van yang menjual laksa ni. Terutama sekali di sekitar tepi² laut.
Power ke tak aku tak boleh nak komen sebab waktu aku ternampak papan tanda LAKSA POWER tu, aku terlalu excited bila teringat review² dari blogger pasal kesedapan laksa power tu. Tapi alangkah sedihnya apabila aku sampai dan aku tengok van yang ada bukan van LAKSA POWER. Yang ada tu van ZAM ROJAK MADU ( sejak bila la pulak kan laki aku berniaga kat LGK ni hurm..) So, dah lapar sangatkan, kami pon duduk je la kat kerusi² yang kosong dan order je kat van incik suami tu. Eh!.
Kami order laksa, rojak dan air. Bertemankan angin laut yang berhembus sepoi-sepoi bahasa, tanpa sedar, licin semua makanan dan minuman yang kami order tu. Sedap juga. Orang agak ramai ketika itu. Tapi jangan risau banyak je kerusi dan meja. Make sure ye kalau datang ke LGK wajib try laksa utara. Masa kami honeymoon dulu kami makan laksa van ni dekat area Pantai Kok sana. Yang tu pon sedap juga. Kena try tau nanti kalau pergi LGK.
![]() |
| Total semua ni dengan air RM 13. Murahkan !! |
![]() |
| slurppp!! |
| Dari arah tempat kami duduk |
| ngeh ngeh ngeh |
| Ramai kan orang |
| ZAM ROJAK MADU |
Selesai menjamu selera, kami ke Pekan Kuah. Walau masa tu aku tengok awan gelap je, gaya macam nak ujan lebat lagi ni. Tapi aku ajak juga incik suami ke Pekan Kuah. Aku bukan nak shopping pon, Just nak survey² harga barang. Aku banyak dapat kiriman, so kenalah survey dulukan sebelum membeli.
Kami singgah isi minyak dekat area Tok Senik, ada Petronas disitu. Incik suami isi RM20. Ingat banyak dah tu. Sekali bila start enjin tengok naik 2 takuk je. Tak puas hati la pula. Kami decide nanti nak balik dari Pekan Kuah kami nak cari Shell pula.
Waktu kami sampai di Pekan Kuah, cuaca ok je. Tak hujan. Kedai² dipenuhi oleh pelancong² macam kami ni. Kami tawaf dari satu kedai ke satu kedai. Mana yang larat la. Semata² nak survey kedai mana cokelat paling murah, kedai mana perkakas dapurnya murah. Letih juga sebenarnya. Tengok² jam dah nak cecah jam 8mlm. Tangki perut minta di isi.
EE BURGER
Di sebabkan petang tadi dah makan laksa dan rojak, so malam tu aku tak nak makan nasi. Teringat kedai makan yang ada dalam list aku. Yang memang aku nak cuba sangat. Kedai ni jual makanan western. Nama kedainya EE BURGER. Hint : belakang Hotel Bella Vista. Berpandukan gps smartphone yang kekadang line ada kekadang menyakitkan hati, kami gagal dipermulaan mencari kedai tersebut. Tension betol di buatnya. Tapi disebabkan keazaman yang membara, kitorang cari juga tempat tu sampai dapat. But still tak jumpa. End up kitorang berhenti kat satu kawasan ni. Tak ingat nama, tapi di seberangnya ada deretan kedai makan, yang aku nampak banyak signboard kedai makan cina. berhadapan kedai² tu pulak ada sungai dan seberang sungai tu Hotel Bella Vista.
Kitorang dah lapa sangat so kitorang nekad je la kalau jumpa kedai melayu kami duduk makan situ je. Tup tup ternampak signboard 'EE BURGER" . Lerrr tersorok betol signboardnya. Yang buat tak nampak lagi tu sebab kedai tu TUTUP. cehh!!.. frust seketika.
![]() |
| RM36 kalau tak silap. ok la kan |
Kami lalu je kedai tu then ke kedai sebelahnya. Ada satu kedai melayu dihujung deretan tu. Kedai KAK YAH SEAFOOD. Nampak gaya makan nasi juga la malam tu. Sebab dah nampak ikan² bergelimpangan di dalam bekasnya. Tak tahan beb tengok siakap kat situ. Terus order 3 rasa. Sambil tunggu makanan aku usha sekeliling, nampak ramai orang dan kat meja orang² tersebut ada air je, makanan tak ada. Huhuhu tu tandanya service lembab di kedai ni. Lama juga la kitorang tunggu makanan tiba. Sampai dah rasa nak blah dah dari situ. Tapi baru je bercita² nak blah, makanan pon sampai. Heheh ada la dalam 30minit menunggu.
Ada geng cina belakang meja aku, tak sabar, habis air diorang minum then diorang cancel order. Kesiankan. Nasib la makanan yang dimasak sedap. Kalau tak aku pula kesian kat diri aku dan keluarga aku. Eh! tetiba.
Selesai makan kitorang teruskan perjalanan untuk pulang. Singgah sebentar di shell tak jauh dari Pekan Kuah tu then terus balik chalet.







































