Alkisah pagi esoknya selepas malam BBQ tu, kami breakfast sesama di rumah arwah mak incik suami a.k.a rumah incik suami la sekarang ni. Sambil makan sambil bergossip. Tup tup keluar satu cerita pasal keadaan kampung incik suami sekarang ni. Memang beristighfar panjang. Biras aku (akak ipar incik suami) yang dok kat kampung tu cerita, almost setiap anak remaja kat kampung tu berkelakuan tak senonoh, slumber je dating dengan boipren n girlpren kat depan rumah, bercumbu-cumbuan, yang mengandung dan ada anak luar nikah toksah cite la berapa ramai. ALMOST ok.. ALMOST!! kalau ada pon budak remaja yang baik seorang dua je. Bayangkan dalam sebuah kampung, anak² remaja yang masih sekolah lagi dah bercumbu-cumbuan dengan slumbernya depan umah sendiri. Berpeluk-pelukan di tepi sungai. Memang abis dibuang agaknya rasa malu dalam diri kat sungai Pahang tu. Nauzubillah.
Pernah banyak kali abang ipar aku terserempak dengan mereka² ni, Tau apa abang ipar aku buat? Di marahnya di halaunya budak lelaki yang bukan dari kampung tu, Ada tu sampai dijerkahnya. Tapi 2 3 hari kemudian datang kembali. Hadoiii memang tak malu betol. Isunya bukan malu dengan orang kampung. Malulah dengan ALLAH. Ada sekali tu, abang ipar aku dah tak tahan, dia pergi rumah ketua bahagian/penghulu kat kampung tu. Abang ipar aku marahlah pada orang tu sebab tak ambil kisah hal semasa di kampung tu, masa nak dapatkan jawatan bukan main lagi sebok² masuk kampung kunun² amek kisahlah hal kampung. Yang lawaknya, lepas abang ipar aku marah² tu, dia boleh tanya balik abng ipar aku tu siapa? Dari mana? Ek enen.. sama² duduk kampung tu punya lama, orang kampung pon dah tak kenal. Nampak sangatkan tak bergaul dengan orang kampung kat situ. Macam mana boleh jadi pemimpin ni? Kampung tu kecik je bukan besar. Kalau kampung sekecil tu pon tak boleh nak jaga, jangan berangan la jaga negara. Kannn??
Bulan puasa hari tu aku ada dengar satu ceramah perdana merdeka di TM bertajuk "MERDEKA - NIKMAT ALLAH YANG MANA SATUKAH YANG KAMU DUSTAKAN". Ustaz yang bagi ceramah tu cerita pasal keadaan anak remaja masa kini. Sekarang ni korang tahu tak berapa ramai anak tak sah taraf di lahirkan dalam negara yang dah merdeka 55tahun ni? Keseluruhannya sudah mencencah lebih dari 100,000. Hah!.. sila la istighfar.. sila la kalian renungkan.. apa akan jadi pada anak² kalian di masa depan nanti.
Keadaan kampung incik suami sekarang sangat berbeza sekali dengan keadaan kampung aku kat Perak sana. Waktu aku balik raya tu, pakcik aku tunjuk satu video. video tu tentang kisah kampung aku. Kalau tengok video tu memang terasa seronoknya hidup di kampung aku tu. Macam² aktiviti ada. Aktiviti yang merapatkan hubungan sesama penduduk kampung. Anak² remaja sibuk menghadiri macam² program. Bayangkanlah sibuknya mereka tolong menolong antara satu sama lain. Inilah yang sepatutnya setiap kampung buat,
Aku bukan nak banggakan kampung aku dan nak rendahkan kampung orang lain. Korang anggaplah aku tadek kena mengena dengan kampung aku tu. Anggap aku orang luar yang cuba nak tunjukkan realiti keadaan kita sekarang ni selepas 55 tahun merdeka.
statistik ni dari 2005-2009. Sekarang dah 2012, keadaan buang bayi semakin tidak dapat dbendung.
APA DAH JADI?
Apa tindakan anda?
Mulakan dengan diri sendiri dulu, solat jangan tinggal, jangan lambatkan solat, rajinlah bangun malam, solat tahajud, solat hajat, doakan moga² ahli keluarga kita dan umat islam seluruh alam ini, sentiasa hidup berlandaskan AL Quran Sunnah & Hadis, Sentiasalah tegur menegur kepada kemungkaran. Jangan biarkan even anak buah kita sekali pon bersosial sana sini.
Aku khuathir kita semua ni akan jadi semakin kaum Samud, kaum nabi Lut, kaum nabi Musa, kaum nabi Nuh, janganlah kita kaum nabi Muhammad ini ingkar dan kufur sehingga Allah sudah bosan dengan kita lalu di turunkan bala hilang Malaysia ni dalam peta dunia nanti. Takot tak?


ReplyDeletetugas parent makin mencabar ..
Kelakanye jek ketua kg tu . tapi orang kite memang mcm tu an, kenal dkt jiran jiran dekat jek, block sebelah memang mampus tak kenal
mase memula min sampai sini cam terpinga pinga, sebab orang kat sini kalo kin jalan selisih, walaupun diorang tak kenal kin sape, tetap ckp hi apa khabar? padahal haram tak kenal....yang kelaka tu dulu kat pantai, daud dah biasa ckp hi kat orang tak kenal pastu dlm lif kat tm tu , daud ckp la morning kat sorang brader nie , pastu brader tu macam tercengang tatau nak balas.. hadeh la ..min ckp sini dorang ckp hi kat orang yg dia kenal jek =)) melingkup...
hahahha mmg berbeza la kita..
Deletesepatutny kita ni yg kena amalkan macam diorg.
sebab nabi pon tuntut beri salam. walau xkenal.
tp takot nk buat. tu yg xkenal org tu.. memang melingkup ah!!
myn
ReplyDeletelawak
hahahahaah
chem
ahh ...
maken takot nak hadap masa depan
(sbb masa depan tu, anak2 kite)
moge dilindungi selalu la
insyallah
tu la risaukan anak² kita..
Deleteso kita kena la beri didikan mcm mak bapak kita dulu.
xbg kebebasan sgt dgn anak²
sbb mak bpk skrg ni semua berkarier.
xdek masa nk kawal anak².
eh suruh la pakcik tu citer lagi byk2 pengalaman dia menegur budak2 remaja skrg.
ReplyDeletesbb biasanya skrg ni kalau kite tegur, kite yg disalahkan.
seriously, kalau aku tegur adik2 aku pun, aku diburukkan balik. katanya sibuk jaga hal org lain...aku sendiri pun dulu tak baik mana etc.
susah wey nak tegur org skrg... bila tegur kata bajet bagus.
bila tak tegur... org plak ckp tak peduli
sebenarnyakan wanie aku rasa memang bdk² skrg ni xsuka kalo takat beza beberapa tahun je pastu nk tegur² diorg .. plus kita ni pulak dia kenal mcm mana perangainya. memang susah!!
ReplyDeleteaku dulu selalu marah² adik² aku.. memang aku la kena blk. sampai hilang sabar dah. pastu aku buat xpeduli je. serius tension.
so memang kena suruh org yg betol² berusia utk tegur mereka.
tp xtentu gak kalo dah jenis xmakan saman tu kan.. memang blh buat gado!