Berkumpulan:
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)
Solo:
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid
" Verily, along with every hardship is relief, (5) Verily, along with hardship is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs) (6) So when you have finished (your occupation), devote yourself for Allâh's worship. (7) And to your Lord (Alone) turn (all your) intentions and hopes. (8) " Surah Ash Sharh(94):Ayat 5-8
Friday, October 28, 2011
Maharaja Lawak Mega (MLM)
Satu lagi program yang bakal mengegarkan tv anda akan muncul pada malam ini.
"MAHARAJA LAWAK MEGA" (MLM)
yang bakal di tayangankan secara langsung di Astro Warna
pada jam 10mlm ini.
Teruja tak??
Siapa yang pernah layan Maharaja Lawak sebelum ni,
confirm la tak sabar nak tunggu MLM pulak.
Bezanya kali ini,
MLM disertai oleh Otai² lawak dari Malaysia, Indonesia & Singapura.
hah!! semakin terujakan???
3 buah negara akan berentap untuk mempersembahkan lawak yang bakal membuatkan anda gelak sampai gegar satu rumah.
huhuhuh
Pengacara dari ML masih dikekalkan.
tu yang aku rasa tak best sikit.
sebab aku tak gemar la si "Fiona" tu jadi pengacara.
kenapa tak ambil je Nabil ke Jozan ke.. kan???
bolehlah si "Fiona" tu join masuk MLM partner dengan biras dia kan.
huahuahuahua
so korang² jgn lupa tau tengok malam ni.
rasa² korang dah boleh predict ke sapa bakal dinobatkan juara MLM ni?
kita tunggu dan lihatt nantii..
Thursday, October 27, 2011
Nasi Arab
Pagi tadi cite pasal MCM ..
petang² ni teringat lak nak buat entry pasal " NASI ARAB".
Korang pernah makan nasi arab?
suka ke nasi arab ni?
Semalam aku & incik Nizam lepak kedai dobi abg ipar aku kat Senawang.
Dalam kebuntuan memikir nak buat plan apa cuti deepavali semalam tetiba akak incik Nizam bagitahu diorg sefamily nak ke Senawang, umah abg ipar aku tu.
Aku pon jeling² incik Nizam cakap nak ikut.
Sebab kami ni tiap kali weekend tak duduk kat umah.
so bila ada public holiday ni, buntut panas je rasa nak duduk kat umah.
Kaki asyik nak berjalan je.
Kepala otak mula la merawang pikir tempat nak pergi.
ngeh ngeh ngeh.
Siap solat zohor kami pon bergerak.
Sampai Senawang dalam pukul 3lbh.
kami duk lepak kedai dobi abg incik Nizam je.
Sebab abg incik Nizam ni berniaga sendiri.
public holiday pon dia bantainya bukak kedai.
yelah kais pagi makan pagi kan.
Tengah dok syok tengok gelagat customer abg ipar aku tu,
tetiba abg ipar aku cakap nak belanja kami "Nasi Arab"
perghh !!
apa lagikan tak kan nak tolak.
kami pon lepak la sampai ke isyak kat kedai tu.
Tutup je kedai kami terus gerak ke retoren Nasi Arab tu.
kat mana tu??
tarraa...
Inilah dia.. "Nasi Arab Damsyik"
No 1, Jalan Bourgainvilla 1,
(Dekat Jalan Paroi – Senawang),
Taman Bourgainvilla,
70400 Senawang, Seremban,
Negeri Sembilan.
(Dekat Jalan Paroi – Senawang),
Taman Bourgainvilla,
70400 Senawang, Seremban,
Negeri Sembilan.
So far aku dah pernah try ;
SABA Nasi Arab @ Setiawangsa
&
2 nasi arab dari kedai di Shah Alam
(tak ingat pulak nama kedai tu)
Kalau nak compare dengan kesemua kedai² ni,
aku rasa yg kat Senawang ni not bad jugaklah
Dari segi harga memang murah.
dia ada set menu yang memang berbaloi.
bayangkan makan untuk set 5pax , RM45 je.
kalau dia Saba sorang makan dalam RM 12.
cuba korang kira & compare sendiri mana lagi murah?
(malas aku nk buatkan kira² untuk korg)
~menu & harga = berbaloi²~
Dari segi rasa makanan tu pulak,
mengikutkan rasa tekak aku ni,
sedap lah juga kat Senawang tu.
memang puas hati la kalau nak ajak repeat sekali lagi pon mmg OK aje.
hehehe..
~macam ni lah dia serve, dalam dulang besar untuk 5orang~
Ruang makan terbahagi kepada 2.
bersila & duduk atas kerusi kayu.
ayam yang besar serta size nasi yang panjang buat aku cepat kenyang.
(tangki perut aku kecik je..sebab tu aku kurus.. ahakkks!!)
tapi dek kerana sos dia tu sangat sedap,
so aku ratah je ayam dia sampai licin.
huhuhu.
Officemate aku yang duduk di senawang cakap,
next time kena try "Lazeez Nasi Arab pulak.
Restoren berdekatan balai polis Senawang.
lagi sedap katanya.
hurmm..
tunggu lain kali bila ke Senawang lagi ye!!
Masterchef Malaysia

weh korang!!
korang layan tak program terbaru ni.
'MASTERCHEF MALAYSIA' (MCM)
Yang start di tayangkan hari sabtu lepas.
Buat pertama kalinya aku tengok prog. ni selasa hari tu.
Sebenarnya hari sabtu lepas lagi nak me'layan' tapi asyik terlupa & tak berkesempatan je.
seramai 40 peserta yang terpilih untuk memasuki MCM ni.
dari 40 tu tak silap aku 24 akan terpilih untuk ke peringkat yang lebih mencabar.
yang akan memakai apron 'MCM"
peserta adalah dari kalangan orang² biasa dan datang dari bidang kerja yang berbeza.
ada pekebun, penoreh getah, peguam n tentera pon ada.
perghhhh !!
memang minat giler dengan memasak la diorang ni.
1st time aku tengok MCM,
memang teruja la.
tapi aku tak leh nak lawan ah keterujaan incik Nizam.
tak berkelip² aku tengok dia tengok MCM tu.
seronok sangat kot tengok makanan yang chef² tu masak.
hahahahahah... opsss
Incik Nizam siap keluar soalan cepu emas lagi :
"Bila kita nak jadi MasterChef ni???"
Hadoiiiii
Mampukah?
Kalau nak bukak cerita pasal aku dan dunia masakan ni..
adehh malu je nak citer.
tapi aku citer gak la.
Aku ni dari kecik duduk dengan mak.
Bila sambung diploma je aku pi dok kat Melaka.
Lepas habis diploma aku kerja but still duduk dengan mak.
Mak aku tak bekerja.
Suri rumah sepenuh masa.
Makanya kerja mak aku salah satunya ialah memasak.
Mak aku pandai masak.
Tapi yang sadisnya..
anak² dia semua tak berapa reti masak.
DAN jarang masak.
dah kalau balik kerja makanan dah terhidang atas meja.
apa nak masaknya.
bila weekend bangun lambat.
mak aku dah siap masak tengahari dah.
isk isk isk..
aku ni pulak dari kecik memang jarang masuk dapur,
kecenderungan aku lebih kepada mengemas rumah.
hehee.
so korang boleh imaginekan kehidupan kitorang adik beradik macam mana???
Selepas berkahwin,
bermulalah alam baru aku,
duduk dah jauh sikit dari mak.
dapat pulak seorang suami yang suka dan kuat makan.
Bagi je la apa pon insyaallah dia makan janji halal.
pastu incik Nizam ni minat makan masakan kampung.
so mula la aku start beli buku masakan,
rajin tengok blog/web resepi,
nak masak je study dulu.
huahuhauhauhua
(malunya saya)
Tapi yang best dan beruntungnya aku,
incik Nizam tak cerewet dan sangat understanding.
Dia very supportive bila aku berusaha belajar untuk masak.
Kalau masakan aku ada yang 'kureng rasa'
dia akan cakap lebih kurang cani la;
"sedap,gud try, boleh cuba lagi, tapi.. ada kurang garam sikit/gula sikit/rempah"
hah.. camtu ah dia komen.
tak ada la dia kondem aku terus.
tu yang aku suka dan syukur.
risau weh dapat suami kaki kondem lelama ko leh jadi 'down' kan???
So sepanjang dah setahun beberapa bulan kahwin ni.
Alhamdulillahlah perkembangan skill memasak aku bertambah baik.
Dan aku lebih bangga bila aku bagus sikit dari ada akak kat opis aku ni dah 12 tahun kahwin, dia cakap dia masih tak masak kat rumah sebab tak reti.
Kiranya aku tak ada ah teruk sangat kan??
At least aku mencuba.
Dari aku tahu aku tak reti tapi tak nak berusaha.
rite?
Akak yang tak reti masak tu sekarang pon aku dengar dia cerita,
yang dia tengah berusaha dah untuk belajar masak.
Dia cakap aku rajin.
hahahaha..
mungkin bila asyik dengar aku rajin tanya akak sorang lagi ni cane nak masak ni cane nak masak tu..
so dia pon dapatlah hidayah dan semangat untuk masak pula.
But still aku ni masih banyak lagi kena belajar.
serius weh aku ni masih dalam peringkat setahun jagung je dalam bab memasak ni.
so memang confirm²lah aku tak layak masuk MCM tu kannn..
huahuahuahua..
korang²?
aku tahu korang² ni pandai masak.
tahniah ye.
kalau korang rasa korang minat sangat memasak,
korang berusahalah improve skill memasak korang.
pastu korang register untuk MCM next session.
aku support korang dari jauh.
kalau nak tukang rasa boleh jemput aku n incik Nizam datang makan kat rumah korang?
OK? kehkehkehkeh
Selamat memasak & selamat bertanding buat peserta MCM.
chaiyorrrkkkk !!!
Program title – MasterChef Malaysia
MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
Official Site URL - http://www.astro.com.my/portal/master-chef
Facebook Page - http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
Twitter Link – www.twitter.com/MasterChefMY
Tuesday, October 25, 2011
Moga hari ini akan cerah.
Ni sambung post semalam ye..
tujuan aku nak ke Kelana Jaya petang ini adalah kerana aku nak menjenguk mak n abah aku.
Mereka dikehendaki untuk check in di Tabung Haji Kelana Jaya pada jam 9.30 malam ini.
Alhamdullilah mak n abah dapat rezeki lagi untuk jejak kaki ke kota yg sungguh suci itu.
Kota Makkah.
Baru je balik dari mengerjakan umrah pada bulan 6 yang lalu.
Sebenarnya aku dah beli tiket ke bandung untuk mak aku.
Ikut rombongan aku dgn kawan² opis berjalan² 2 minggu lepas.
Beberapa hari² sebelum keberangkatan kami ke bandung,
mak aku dapat call mengatakan dia terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Syukur Alhamdulillah.
Yang nak tergelak tu mak aku dah siap pack barang dah ni nak ke Bandung.
hee excited betol aku pon tak pack lagi masa tu.
So kena la pulak unpack baju ke Bandung then pack baju untuk pergi haji pula.
Aku pulak kelam kabut cari replacement untuk mak aku.
Nasib baik lah tiket yg aku booke 2 minggu before ke Bandung tu tiket ekonomi kelas yang bukan promo.
So, dapat la aku tukar nama. Tapi seksanya kena bayar la Rm150 untuk admin fee.
Mahalkan charge dia. Pada hal tukar nama tu kejap je.
Huh !!
Ketika aku terbang ke Bandung, mak n abah tak dapat lagi tarikh penerbangan haji meraka.
Makanya aku ke Bandung dalam kegusaran.
Sebabnya mak n abah dalam mood 'standby'
kalau kata tetiba dapat call esoknya kena pergi. kena la mereka pergi.
Dalam pada aku risau tak tahu tarikh bila mak n abah fly,
Alhamdullillah hadir seorang hamba Allah ni.
Kakak seorang ni rakan masa aku belajar dulu di Kolej.
Dia nampak status FB lalu tinggalkan no. henpon di ruang message FB.
Dia pesan suruh call dia kalau ada apa² nak tanya pasal penerbangan mak n abah aku.
Kakak tu kerja di tabung haji.
Lega sungguh aku.
Bertambah lega bila akak tu sentiasa update perkembangan setiap hari.
Saat aku berada di Bandung, akak tu call untuk bagi tahu yang tarikh penerbangan mak n abah telah disahkan pada 26hb jam 1am.
Malam ini aku akan berpisah dengan mak n abah untuk tempoh waktu yang agak lama.
Aku harap semua berjalan lancar.
Moga mak n abah selamat pergi.
Sihat dalam mengerjakan ibadah disana.
Semoga mendapat haji yang mabrur.
insyaallah.
LABAI KALLAH HUMALA BAIQ,
LABAI KALLAH SHARI KALA KALA BAIQ,
INNAL HAMZA,WA NIQ MATA,
LAKAWAL MULK,LA SHARI KALLAH. ...
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Moga KAU kurniakan hari ini cuaca yang baik.
Moga KAU kurniakan kesihatan yang baik untuk kedua ibu bapaku.
Moga KAU permudahkan urusan perjalanan buat kedua ibu bapaku.
Ya Allah, Ya Quddus, Ya Salam,
Syukur atas anugerah dan rezeki yang KAU telah kurniakan kepada kedua ibu bapaku Ya Allah.
KAU lindungilah mereka dimana jua mereka berada, Ya Allah.
Semoga kedua ibu bapaku dan jemaah haji yang lain dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati ketika menjalani ibadah di kota suci Makkah.
Moga mereka mendapat haji yang mabrur.

Monday, October 24, 2011
Moga esok cerah.
Cantik je cuaca hari ini.
Walau ada juga aku nampak tompok awan hitam.
Tapi hujan masih belum membasahi kawasan office aku ni.
Sepanjang minggu lepas kecuali Ahad, masuk je petang awan hitam bertandang.
Masuk je lewat petang hujan membasahi bumi.
Setiap hari jugalah aku balik dibasahi hujan sepanjang jalan.
Aku dan incik Nizam menaiki motor pergi dan balik kerja.
Nasib la ada baju hujan.
bila dengar cerita² rakan sekerja yang menaiki kereta ke office,
"jln jem la, hujan lebat, sampai rumah kadang² dah masuk isyak, maghrib atas jalan je"
kesian bukan.
seeloknya tunggu sahaja sampai maghrib,
lepas solat barulah balik.
sekurang²nya waktu itu jem mungkin dah berkurangan.
Aku harap esok petang hari cerahlah hendaknya.
Esok lepas waktu pejabat aku n incik Nizam nak ke Kelana Jaya.
Dengan motor.
Nak balik rumah dulu rasa macam tak sempat je.
Nak patah balik dengan kereta.
takot buang masa atas jalan.
Nak buat apa ke sana?
tunggu esok aku cerita ye.
heee
mari kita doa moga esok petang cuaca cerah dan tidak hujan sampai ke malam.
ameen.
Kuching - Day 2 Part 1 (2 july 2011)
Geng pengembaraan memulakan perjalanan ke tempat pertama untuk hari ke dua.
Di kedai makan 'Cafe Laila Inn'
hehe..
ok la kan.
mulakan hari dengan sarapan.
nanti nak jalan jauh.
kena alas perut dulu.
Cafe Laila Inn ni kat bawah hotel je.
Keluar je dr pintu masuk hotel pi la sebelah kiri anda.
Breakfast adalah di tanggung sendiri.
Nama pon budget hotel kan.
&
Mee kolok tu incik Nizam yg order.
Tapi tak habis makan.
Dia kata tak berapa kena dengan selera dia.
So aku yg sentiasa beralah demi suami ni. eceyyy
hulurkan la Laksa Sarawak aku untuk dihabiskan.
ekekekeke..
Laksa Sarawak@Laila Inn memang memuaskan tekak dan perut.
Macam² makanan lain ada dijual.
so, kalau korang nak duduk di Laila Inn pon tak ada hal la.
Bilik memuaskan, senang nak cari kedai untuk makan dan bayaran juga sangat berpatutan.
Yang penting JIMAT.
Selesai makan incik Nizam test drive kereta yang kami sewa dgn incik Dale.
(kami cakap nak sewa, sudahnya bila nak balik KL, kat airport kami hulur duit kat Dale dia tak nak pulak.. rezeki betol. dapat sewa kereta foc. minyak je tanggung. Ko ADO??)
Tak lama kemudian incik Dale sefamily pon sampai untuk bawak kami ke destinasi seterusnya.
Kami bergerak dengan 2 biji kereta.
(incik Nizam nk privasi katanya, walaupon incik Dale ajak tumpang sekali)
Destinasi seterusnya adalah ke SERIKIN.
~kamek nak ke BAU/SERIKIN~
~sudah sampai~
Perjalanan dari Bandar Kuching ke Serikin mengambil masa lebih kurang 45min ke 1jam.
Sepanjang perjalanan kami disaji dengan pemandangan kampung² di sarawak, bukit².
Cantikk sekali.
Sampai je Serikin, jam dah melewati ke 10am.
Cuaca dah mula terik.
Suka di ingatkan, kalau nak ke Serikin ni kena awal pagi,
sebab nanti kalau sampai dalam jam 11 ke atas, cuaca dah mula panas membahang,
boleh menyebabkan korang tak ada mood untuk shopping.
Mostly kedai menjual pakaian, telekung, barangan dapur dan macam² lagi.
ala² Padang Besar di Perlis, Rantau Panjang/Pengkalan Kubur di Kelantan.
Cuma yang bezanya penjual di hujung semenanjung tu berasal dari Selatan Thai,
tapi di Serikin, penjual berasal dari Kalimantan, Indonesia.
Pasar bukak dari pagi dari jam 7am.
~Pasar Serikin ; macam² ada ~
~cuaca dah panas, terpaksa beli topi.. hee~
Kami di pasar Serikin tak lama, sebab cuaca dah panas sangat.
Rasa haus dan letih bila jalan dalam panas ni.
Since dah nak masuk tengah hari, incik Dale bawak kami ke tempat makan.
Tengok gambar bawah tu ada alamat restoren yg kami pi makan.
~Sabri Cuisine~
Kami order nasi putih, sup sayur, telur dadar, paprik dan yang pasti dan harus dicuba apabila sampai ke Kuching ialah sayur dibawah ni.
~Midin goreng belacan~
Sedapp.. midin ni adalah kategori paku pakis.
Dale kata kira macam anak paku pakis la.
So jangan lupa ye kalau ke sana mesti cuba rasa Midin ni tau.
Kuching - Day 1 (1 July 2011)
Fuh fuh fuh.. banyak seh habuk..
dah bersawang dah blog.
(nama pon laman seSAWANG kan..hehe)
ok tak kalau aku nak cerita pasal trip kuching ni?
ok relax semua jgn marah..
standard ah tu kalau cite dah basi kan?.ADA AKU KESAH??!!
ok ni sambungan Intro Kuching berbulan lepas..
Day 1 ~!!
Flight aku ke KCH adalah pada waktu petang.
Alhamdulillah flight tak delay dan selamat sampai lebih kurang 6.20pm.
Terbang dgn AirAsia(AA) ni memang kena alert selalu pasal schedule perjalanan.
Ada kala flight delay, ada kala tu cancel. huhu
Sampai airport aku tunggu kawan aku ambil.
Kawan kolej yg aku cerita masa post Intro Kuching tu.
Dah lupa eh? pi baca balik..
Dalam jam 7pm camtu kawan aku pon sampai.
Namanya Fadhil (Dale). Dia datang dengan isteri (Dayang) n anak dia yg sangat comeii (Chinta)
~inilah Chinta ~
First sekali diorang sefamily bawak kami check in hotel @ Laila Inn.
Before pergi makan dekat Food Court, Petra Jaya then jalan².
Hotel Laila Inn tu aku yang book sendiri.
Puas dah hadap cik gugel sampai berpinar mata. (tipu ah tu kan)
Sudahnya aku decide untuk stay dekat Laila Inn tu.
Sebab apa? Sebab MURAHHH..
hahaha..
aku punya style tak kira la jalan dengan family ke dengan kawan ke honeymoon ke..
mesti cari hotel budget.
~budget hotel :: Laila Inn~
Kena sedar diri, bukan kaya sangat nak duduk hotel mahal².
Dapat tidur, mandi dengan selesa dah cukup.
Sebab masa banyak habis dengan berjalan.
So ape kes kan nak dok hotel mahal tapi balik malam then tidur before esoknya lepas subuh keluar balik. Kan membazir.
Lepas dah puas makan then jalan² sekejap menikmati pemandangan malam hari di WaterFront, Kuching,
kami pon di hantar balik ke hotel. letih dah.
Yelah sampai² je dah berjalan kan. Tak nak rugi masa.
Datang bkn nak tidur semata. So manfaatkan masa yang ada.
Letih kita tolak tepi. hehe
@ replika Kuching yg jadi simbolik bagi ibu negeri Sarawak.
incik Nizam @ Sarawak River Cruise
(tak naik pon.. mahal!! huhuhu)
Dewan Undangan Negeri (DUN)
(suka tengok reflect dalam air tu)
Balik je hotel terus zzzz.
sambung jejalan esoknya pulak.
tunggu ye!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Advertising
(1)
event
(9)
Family
(4)
Holiday
(16)
Info
(16)
Info Program
(7)
jalan² cari makan
(6)
jalan² cari pasal
(1)
luahan
(2)
My life
(1)
my love
(1)
News
(3)
ntahpape
(12)
Petua
(1)
Ramadhan
(1)
Renungan
(9)
Sahabat
(1)
Wishes
(3)























