Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 25, 2011

Moga hari ini akan cerah.


Ni sambung post semalam ye..
tujuan aku nak ke Kelana Jaya petang ini adalah kerana aku nak menjenguk mak n abah aku.
Mereka dikehendaki untuk check in di Tabung Haji Kelana Jaya pada jam 9.30 malam ini.

Alhamdullilah mak n abah dapat rezeki lagi untuk jejak kaki ke kota yg sungguh suci itu.
Kota Makkah.
Baru je balik dari mengerjakan umrah pada bulan 6 yang lalu.
Sebenarnya aku dah beli tiket ke bandung untuk mak aku.
Ikut rombongan aku dgn kawan² opis berjalan² 2 minggu lepas.

Beberapa hari² sebelum keberangkatan kami ke bandung,
mak aku dapat call mengatakan dia terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Syukur Alhamdulillah.
Yang nak tergelak tu mak aku dah siap pack barang dah ni nak ke Bandung.
hee excited betol aku pon tak pack lagi masa tu.
So kena la pulak unpack baju ke Bandung then pack baju untuk pergi haji pula.

Aku pulak kelam kabut cari replacement untuk mak aku.
Nasib baik lah tiket yg aku booke 2 minggu before ke Bandung tu tiket ekonomi kelas yang bukan promo.
So, dapat la aku tukar nama. Tapi seksanya kena bayar la Rm150 untuk admin fee.
Mahalkan charge dia. Pada hal tukar nama tu kejap je.
Huh !!

Ketika aku terbang ke Bandung, mak n abah tak dapat lagi tarikh penerbangan haji meraka.
Makanya aku ke Bandung dalam kegusaran.
Sebabnya mak n abah dalam mood 'standby'
kalau kata tetiba dapat call esoknya kena pergi. kena la mereka pergi.

Dalam pada aku risau tak tahu tarikh bila mak n abah fly,
Alhamdullillah hadir seorang hamba Allah ni.
Kakak seorang ni rakan masa aku belajar dulu di Kolej.

Dia nampak status FB lalu tinggalkan no. henpon di ruang message FB.
Dia pesan suruh call dia kalau ada apa² nak tanya pasal penerbangan mak n abah aku.
Kakak tu kerja di tabung haji.

Lega sungguh aku.
Bertambah lega bila akak tu sentiasa update perkembangan setiap hari.
Saat aku berada di Bandung, akak tu call untuk bagi tahu yang tarikh penerbangan mak n abah telah disahkan pada 26hb jam 1am.

Malam ini aku akan berpisah dengan mak n abah untuk tempoh waktu yang agak lama.
Aku harap semua berjalan lancar.
Moga mak n abah selamat pergi.
Sihat dalam mengerjakan ibadah disana.
Semoga mendapat haji yang mabrur.
insyaallah.


LABAI KALLAH HUMALA BAIQ,
LABAI KALLAH SHARI KALA KALA BAIQ,
INNAL HAMZA,WA NIQ MATA,
LAKAWAL MULK,LA SHARI KALLAH. ...


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Moga KAU kurniakan hari ini cuaca yang baik.
Moga KAU kurniakan kesihatan yang baik untuk kedua ibu bapaku.
Moga KAU permudahkan urusan perjalanan buat kedua ibu bapaku.


Ya Allah, Ya Quddus, Ya Salam,
Syukur atas anugerah dan rezeki yang KAU telah kurniakan kepada kedua ibu bapaku Ya Allah.
KAU lindungilah mereka dimana jua mereka berada, Ya Allah.
Semoga kedua ibu bapaku dan jemaah haji yang lain dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati ketika menjalani ibadah di kota suci Makkah.
Moga mereka mendapat haji yang mabrur.





6 comments:

  1. Waaaa.. Sian kt mak aku..
    Beriya nk pegi thn ni..
    Da wat rayuan.. Xdpt gak..

    ReplyDelete
  2. mak n abah aku mulanya tak berharap..
    dah bertahun merayu..

    kali ni abah aku guna org bsr dgrnya..
    guna kuota pak menteri.

    tp papepon blk pd rezekikan..

    ReplyDelete
  3. Min aritu anta awal pagi, kul 4 pagi dah terpacak kat tabung aji, nanti time kien lambai mase dorang masuk tu sayu jekkk tisk tisk

    Moga abah ngan mak mendpt haji yg mabrur, nnti kiem slm kat dorangg,

    ReplyDelete
  4. part tu yg tak tahan tu min.. uhuk..
    xnak lambai ah.. hehehe

    ameen. insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah♥
    akhirnye dpt jugak mak n ayah ko pegi kesana menunaikan haji =)

    smuga mereka beroleh kesehatan yang baik n mendapat haji yang makrur nnt..amin =)

    ReplyDelete
  6. tu la mel. Alhamdulillah.
    insyaallah.

    ReplyDelete

Labels