Rindu saya?
Eceyyy..
Sebenarnya serius aku malas dan tak bermood nak menaip lately ni.
Suka blogwalking je. Malas benor nak pikir apa nak taip.
I'm sorry!! pada yg tertunggu² (bajet retis) or yang rajin menjengah blog daku ini.
Tq ye (o_0)
Luv u lah~!!
Banyak je benda nak story mory tapi serius tatau mana nak mula.
So aku update apa yg berlegar di minda je la eh.
Haritu aku pergi PAYLESS.
Sebuah kedai kasut yang di rekomen oleh sorang teman aku ICHA.
Katanya kedai kasut ni ada jual kasut yang bersize besar².
Aku ni untuk makluman memang seorang yang berkaki panjang dan lebar.
Dari kecil lagi dok pakai kasut ala² kasut ronald mcDonald tu.
Malu i masa sekolah² dulu. Hehehe bukan malu sebab kaki panjang.Malu sebab kasut i bosar godang. hahahahha..
Dek kerana kaki yang panjang dan lebar ni, Aku menghadapi masalah apabila nak beli kasut. Memang sangat²lah bermasalah. Asal masuk je kedai kasut, kasut yang aku berkenan mesti tak ada size aku. Bebalik size 5 dan 6 je. Kecik hati i!. heee..Korang pasti nak tahu kan kaki aku size apa?
Oleh kerana si icha tu beria la juga support aku untuk pergi kedai PAYLESS tu., dimana kalau di KL ada dekat Sunway Piramid & Paradigm Mall. So baru ni icha tu buat pulak entry pasal PAYLESS tengah ada sale. Wowwww terbuntang biji mata eh nampak sale. Kalau nak tau lebih lanjut pasal PAYLESS boleh baca blog icha tu. Malas aku nak cite dua tiga kali. Buat penat taip je. hehe
Akhirnya aku pon terpengaruh dan mempengaruh incik suami aku untuk pergi Sunway sabtu lepas. Pusing punya pusing, jumpa jugalah kedai tu. Terletak di LG1 opposite AEON. Dari luar aku nampak dah 50% punya banner. Apalagi tanpa menoleh lagi aku pecut masuk dalam kedai tu.
Terus pergi area kasut wanita. 1st sekali aku cari area size 9. Oh ye untuk makluman, kedai ni yang tersangat bestnya ialah, diorg susun kasut ikut size!. Best giler kan? Sangat memudahkan. Korang just pergi je kat area size korang. Then kat situ ada macam² design size korang yang ada. Memang menjimatkan masa!.I like!!!
Aku ni sebenarnya tak boleh nak beritahu korang size kasut aku secara specific. Sebab, banyak kedai aku pergi, size kasut aku tak sama. Normally aku akan terus tanya sale person kat kedai kasut yang aku pergi tu, aku nak size paling besar. So far yang paling besar tu around size 8,9, dan 10.
Serius aku cakap korang eh, memang aku jd give up la nak pi kedai kasut. Kasut yang kita suka tak ada size je.. keciwa betol. Apa aku buat ialah, bila dapat satu kasut yang ada size aku, aku belek betol² sampai dapat puaskan hati. Walau kdg kala kasut tu tak cantek dan tak berkenan pon. Tapi sebab ada size aku , maka aku beli dan akan pakai sampailah kasut tu rusak baru la beli lain.
So bila pi PAYLESS tu tengok area size 9 dulu, nampak banyak sangat kasut, aku rasa sangatlah teruja. Yelah mana pernah aku g kedai yang macam tu. Selalu pi asyik ada display size 4, 5, 6. Sakit hati betol. Aku try size 9 dulu, tapi ketat sikit, so pergi size 10, test² rasa selesa.
Berjaya aku membeli 2 pasang kasut kat PAYLESS hasil maklumat dari icha. Kebetulan bila kita beli 1 kasut, then dapat 50% atas pembelian kasut kedua. Tu yang beli 2 gak tu.
Sebelum pergi, kawan aku min ada kirim untuk belikan kasut anak dia, so lepas dah pilih kasut aku, aku pi bahagian budak². Mak ai.. cantek² kasut² diorang. Geram betol aku tengok. Punya leka membelek kasut untuk Intan anak min, aku terlupa yang incik suami dok tunggu aku kat luar. hehehe dari keluar pastu masuk balik cari aku sebab aku tak keluar² dari kedai tu. kahkahkahkah..
Overall aku rasa ok la PAYLESS tu. Walaupon sebenarnya kasut size 10 tu banyak pilihan tapi hanya ada lebih kurang 3 design je yang berkenan di mata aku. Kira ok la pricenya. InsyaAllah nanti kalo kasut aku dah rusak, boleh la aku ke PAYLESS lagi.
TQ ICHA!!! Now aku n min dah terjebak PAYLESS dah. huahuahuaaa..
:: Brunch dulu before serang PAYLESS ::
:: cuba try test kasut ular.. eeeee::
:: princess ::
:: sesame street ::
:: Airwalk ::
:: we @ PAYLESS ::
:: beli dua kasut infant ni untuk Intan ::
:: untuk aku ..ni je yang berkenan di hati ::
Pasni korang pula boleh serbu PAYLESS ok!!..










ReplyDeleteMemang berejam boleh duduk dlm ni
hahahah min ada beli utk diri sendiri tak?
Deleteweyh... lama tak updateee!!!! aku kekeringan blog utk dibaca.
ReplyDeletekaki i pun saiz godang jugak. nasib baik aku tak tau pasal payless ni. kalau tak, rabak duit aku. hahaha
hahahah.. busy la ada submission.
Deletenow bulan untuk berjimba seketika b4 busy blk Nov. uhukkk..
skrg ko dah tau kannnnnnnnn..
hehehe.. xpe nanti dah rasa² nk beli kasut boleh la usha sini..
ada sampai size 11 tau.
kasut putih anda sangat comel!!!
ReplyDeletenak pegi jugakkkkkk
ko punya size kaki confirm lg banyak size ..
Deletearghh jelous nyaaaa...