Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 15, 2011

Hijrah

Aku nak cerita pasal aku. Bukan niat untuk riak. Tolong jangan sesekali pikir sedemikian. Aku jujur ingin berkongsi dengan kalian semua. Niat hati hanya mengharap sedikit sebanyak kalian juga akan turut seperti aku, malah biar lebih baik dari yang aku cuba lakukan ini. Ini kisah aku yang tiada niat untuk mengutuk, memperli, atau menguriskan hati orang lain. Mohon kalian baca tanpa prejudis.

Aku dilahirkan dari keluarga yang biasa² sahaja. Yang ilmu agamanya tidak mendalam mana. Sejak kecil aku dikerah untuk mengaji di surau, untuk solat 5 waktu sejak masuk alam sekolah rendah. Aku dulunya seorang yang suka menipu. Bila di suruh solat, aku masuk bilik air, tapi tak ambil wuduk pon. Bila masuk bilik aku bentang sejadah, pakai telekung, melakukan pergerakan solat tapi tak baca apa pon.

Pukul 2 petang ke kelas mengaji, bila waktu mengaji aku dan kawan² buat pertandingan siapa yang cepat khatam dulu. Makanya aku menipu lagi, bila hari ni baca sampai page 400, esoknya bila ustazah suruh sambung bacaan aku terus ke page 405. Bila di sekolah ada program solat beramai² aku ikut serta. Tapi aku solat mata curi pandang orang lain. Aku hanya belajar solat dalam buku "Mari Sembahyang" (karangan Ahmad Sonhadji Mohamad, beliau dah meninggal dunia pada 2010).

Waktu kecil aku suka bermain dan menonton tv. Aku suka beli "tikam" . Kecil² dah belajar main judi bukan. Aku pernah jadi kepala kutu waktu sekolah dulu. Waktu darjah 4. Tapi aku menipu kawan² aku. Aku makan duit diorang. Kesian mak aku terpaksa bayar balik. Aku pernah bukak almari mak aku untuk curi duit yang mak aku sorok. Bulan puasa, aku pernah je minum air waktu masuk bilik air. Kadang kala aku curi² minum air di dapur bila orang tak nampak aku. Bila kenang² perangai aku waktu sekolah rendah dulu memang aku sendiri rasa tak sangka.

Masuk sekolah menengah form 1, Ustazah aku selalu perli² budak sekolah aku yang tak pakai baju kurung dan tak pakai tudung. Ustazah kata nanti rambut kena gantung kat dalam neraka. Memang seram bila dengar ustazah cerita. Suatu hari di sekolah, waktu tu hujung tahun, sekolah dah nak tutup. Masa form 2. Aku lepak la dengan kawan² dalam kelas. Tetiba aku tertinjau kesemua kawan aku waktu tu kami semua pakai baju sukan. Dan aku realize yang aku sorang je dalam kelas tu tak pakai tudung.Tetiba aku rasa malu. Aku niat masuk form 3 aku nk bertudung baik di sekolah atau luar sekolah. Masa tu la permulaan aku bertudung untuk menutup aurat.

Bila masuk kolej di Melaka, aku berubah sikit demi sikit. Di hostel, aku amalkan malam jumaat baca surah yaasin. Tiap hari lepas solat maghrib baca al quran. Tapi aku selalu kena tegur dengan sorang junior aku ni, aku baca salah, aku tak boleh baca sebenarnya kalau salah sebutan dan bacaan. Aku kena belajar mengaji semula. Aku sedar, aku malu masa tu, tapi aku tak marahkan junior aku tu. Malah aku sangat berterima kasih sebab dia berani tegur aku walaupon aku ni pangkat senior dan ketua rumah di hostel aku.

Setahun di kolej, aku dilantik sebagai "Naqibah'. Seminggu sekali aku kena bagi tazkirah dalam program usrah di rumah² kawan² sehostel. Masa tu memang aku pelik sangat. Macam mana aku boleh terpilih jadi Naqibah ni. Aku ni memang tak pernah pon tunjuk contoh sebagai seorang yang punya pengetahuan agama yang tinggi. Bila pikir balik ketika itu, Allah sedang memberi hidayah dan peluang pada aku untuk berubah. Untuk lebih mendalami agama islam yg syumul ni. Tapi biasalahkan Allah tak bagi kesenangan pada umat dia tanpa halangan. Halangan aku ialah kawan² sekeliling aku sendiri. Yang tidur sebantal makan sepinggan. Mereka ini merokok, khalwat, mengamalkan seks dengan pasangan, gugurkan kandungan, masuk kelab malam.. Ya Allah beratnya dugaan aku masa itu. Aku cuba untuk tolong apa yang daya tapi masa tu hati remaja mereka mudah terpengaruh dengan syaitan lebih dari mendengar nasihat orang lain.

Pertama kali bekerja di pejabat, aku dengar rakan² di pejabat aku belajar mengaji pada hari jumaat di kg baru. Masa tu pejabat aku di sime darby sebelah cosmopoint Jln raja Laut. Aku teruja dan terlintas nak ikut serta. Tapi sayangnya tempoh kerja aku di situ tak lama. Baru je pasang niat aku diberitahu kontrak aku dengan company tu akan tamat hujung tahun. Bermula la pencarian kerja aku di tempat lain. Kejap di Setiawangsa, kejap di Wangsa Maju dan akhirnya aku dikurniakn rezeki di pejabat sekarang di TM. Syukur atas rezeki yang Allah beri ini.

AKu suka kerja di TM. Di sini, pada aku saham dunia dan akhirat dapat sama rata. Di TM kerap di adakan ceramah² agama di surau dan di dewan serbaguna. Macam² penceramah yang terkenal datang. Paling kurang setiap bulan pasti ada ceramah perdana. Ada rakan² sepejabat yang ajak turut serta dalam kelas mengaji, kelas bahasa arab dan pengajian hadith. Sepanjang 8 tahun bekerja di TM, banyak ilmu agama yang aku belajar secara tidak langsung.

Dari seorang yang suka mendengar lagu² barat yang melalaikan dan tak memberi makna aku beralih mendengar zikir² dan lagu² ketuhanan yang membuat aku sering ingat kepada pencipta aku dan rasul kesayanganku.

Dari seorang yang dulunya pakai tudung tapi pakaian masih menampakkan bentuk tubuh dan aurat yang lain, aku berusaha sikit demi sikit berubah secara total. Ramai rakan² di pejabat ini yang aku lihat menutup aurat dengan sempurna. Aku amat kagum bila melihat mereka² ini. Aku ingin jadi seperti mereka juga.

Aku sedang cuba untuk menutup aurat dengan sempurna. Aku nak pakai tudung yang tidak menampakkan rambut. Aku nak pakai baju yang labuh dan longgar Aku nak pakai stokin untuk tutup kaki aku yang selama ini aku biar terbuka. Biar la orang kata aku ni macam ustazah, biar la orang perli mengatakan aku dah berubah jadi alim, biarlah orang memandang aku sinis. Aku akan buat tidak peduli.

30 tahun aku diberi kesempatan hidup di bumi yang sangat indah ini. Di kurniakan anggota yang sempurna. Dilahirkan dari keluarga yang sederhana tapi bahagia. Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Aku jadi sangat malu pada Allah bila kenangkan sifat dan perangai aku 30 tahun yang telah berlalu. Sungguh aku ni tidak bersyukur. Membiarkan diri leka dan lalai dengan perintah yang Allah telah tetapkan.

Lately ni aku sering terpikir akan MATI. Seram bila baca lihat cerita "Tanah Kubur" di oasis. Apa pula nasib dan bahagian aku nanti? Cukup ke amal aku sekarang ni untuk cover balik segala dosa² yang aku pernah buat dulu? Moga aku dikurniakan kesempatan lagi untuk teruskan perjuangan dan penghijrahan ke arah menjadi umat islam yang taat dan patuh dengan peraturan Al Quran , Sunnah dan hadith yang di turunkan oleh Allah S.W.T . kepada rasul kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Selagi nafas yang dikurniakan Allah ini tidak berhenti.


6 comments:

  1. kita kena berubah kalo rasa tak sempurna.
    berubah kerana Allah.

    kita kena usaha. kau aku dan yang lain².

    ReplyDelete
  2. insyaallah.. :)
    tq chemmmm...
    hehehehe...
    aku dulu pon jahat gakkk

    ReplyDelete
  3. akuuu ...
    entah la bile..
    huk huk huk ...

    tapi,
    waaahh
    nakal ekk mase sekolah rendah
    siot aahhh
    tapi biase laa..
    zaman kanak2...
    normal la kot
    hahahah

    ReplyDelete
  4. tu la nakal sungguh kan aku.
    tak sangka langsung.
    kalo banding sekarang aku masih jd ibu kutu yang handle kutu sebanyak 9000 sebulan.

    Alhamdulillah aku dah insaf. Aku mahu lbh amanah lepas ni.

    Aku akan tetap doakan kalian. Moga rakan² aku juga akan berusaha keras dan diberikan hidayah untuk berubah menjadi yg lebih baik.

    ReplyDelete
  5. aku jugak bukan insan yang sempurna..insyaallah akan berusaha menjadik isteri dan ibu yang terbaik..

    ReplyDelete

Labels