Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 31, 2008

Mantera Beradu





Masih belum sempurna...
Bismillahirahmanirahim..

Kuliku tebal,ku bebal,ingat ku kebal,
Banyak berbual,makan angin,kembung perut mual,
Resah dan tidak senang idup tak pernah lenang
Kozkizo paranoya,takut pecah tembelang

Lidahku kaku tak selincir kuku,teman baikku buku,
Biniku pena tak penah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
Ikut gerak hati pena melayang,di lihat dua layang pandang
Tak lah sekarang,takat meradang, tanya abang keda ngapa parang
Badan macam badang main acap blakang parang,
Hunuskan keris musuh ada pistol,
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul,
7 baris keramat,7 garis penamat.
Baik berpada biar jahat asal selamat
( ramai sedaraku yang baik telah dipijak)

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
Dari pengalaman bercakar dan bersalaman,
Konflik motivasi cuba meditasi,
Positif yang benci jadi inspirasi pagi
Peduli interpretasi basi,pekakkan sebelah halang biar keduanya
Muka cantik soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodi yang lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa,
Testoteron, testarosa, cita-sita sosa.
Kl.kl. kosa nostra,
Jalan berliku kuharung rollar kosta,
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pemandangan jauh dah berjalan,
Tak sempurna masih ada kejangalan,
Gagal merancang,merancang kegagalan

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau,
Turun bukit pucat,dengar 3meow,
Kucing bawa tidur,rimau bawa ngigau.
Masuk tempat org bawak otak bukan pisau
Tolak pintu gua,3kerah tenaga
0 tak dijaga sampai datang 3naga
Ingat nak berlaga,tapi takkan boleh menang
Menang dengan otak,tak mesti dengan pedang
Sebelom jadi naga ikan koi renang-renang,
Kura-kura,salah jawapan utk naik berang,
Panggil 5 kawan,atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh, kita takkan maju
Muka sama hijau,hati sapa tahu.
Merah dan berdegup (menyala) ,pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali, bercakap benar saja
Kalau kosong jangan menyamar ada kuasa,(bulan terang ramai yg buat kerja)
Panjat pokok buluh,cari tokong terjun,
Naik sampai nampak,dah terpegun turun,
3 ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati, jika belot(turut) maut.



**kulit xbersalin,walau saling ganti baju.
Pandang sinis, pandang sinis.
Kuberpasrah blaku,
Kata-kata nahu himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama berlagu

**Awan mendung yang berarak,
Bawa tangis,bawa resah.
Rebah rindu yang terkumpul
Smua jerat dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu


Akhirnya sempurna...

BAHASA



semenjak dua tiga menjak ini.. bila melihat laman web yg sering saya layari..
iaitu Virtualfriends [diruangan OTM]..
dan kdg kala melihat org berchating di chanel 15 di astro [skrg chanel 109] .
sy berasa sgt sedih sekali.

Byk ayat² yg tertera di kamus dewan telah diperkotak katikn ejaan nya oleh org² zaman sekarang ini..dipelatkan, dieja dgn slh dan pelbagai lagi..

saya akui saya juga ada memperkotak-katikan ejaan yg sedia ada..
tp saya rasa tak ada la melampau sgt sampai nak pahamkan maksud pon susah..
saya sekadar memendekan ejaan ayat² tersebut sahaja..

Terlintas di pikiran saya..
apa akan jadi agaknya dgn keindahan bahasa melayu kita suatu masa nnt ye..
hurmmm..

Kalau anda bijak bistari dan ber IQ tinggi..
sila betulkan ayat² peribahasa berikut kepada yang penah anda belajar suatu masa dulu di sekolah anda.

Ayat² peribahasa di bawah [bukan ayat² cinta Rossa tu ek ] telah diperkotak katik kan oleh mereka² yang suka menjahanamkan keindahan bahasa melayu kita..ishk ishk ishk..

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Nota bahasa : Bahasa Jiwa Bangsa..Sayangilah Jiwa anda :|

Monday, July 28, 2008

Kuala Selangor


yeahh.. akhirnya berjaya juga aku menjejakkan kaki ke Kuala Selangor!
melawati tmpt² bersejarah di sana dan melihat keindahan mlm di sebuah sungai yang penuh dgn ribuan serangga ciptaan tuhan yg di panggil 'kelip²'..satu kenangan yg sgt indah dan tak mungkin dpt dilupakan..

Lokasi : Bukit Melawati, Pantai Remis, Jeram & Kg Kuantan.
Tarikh : 27hb Julai 2008
Masa : 12.00 pm - 11pm


12.30pm -
Dgn seramai 8 0rg.. kami bergerak dgn 2 buah kereta ke destinasi pertama kami.. iaitu ke rumah tourist guide kami.. AGUS! rumah beliau terletak di sg. buluh dan merupakan laluan utama kami menuju ke Kuala Selangor.

1.00pm -
kami meneruskan perjalanan ke UITM Puncak Alam.. kat sana kami berjanji utk menunggu sebuah lagi kereta..

2.30pm -

menaiki 'trem'


Alhamdullillah.. perjlnan kami ke Kuala Selangor berjln lancar.. akhirnya kami sampai di Bukit Melawati lbh awal dr yg dijangka. Kami bersolat dulu sebelum memulakan perjalanan dgn 'trem' utk melihat keindahan Bukit Melawati. Sampai saja di atas bukit, kami di sambut oleh berpuluh ekor 'lotong'.. iaitu antara spesis binatang yg menyerupai kera dan monyet. Trem berhenti di tmpt pertama iaitu berdktn dgn tmpt melihat anak bulan utk menentukan kehadiran Ramadhan dan juga Syawal.. Anda boleh melihat pemandangan indah mengadap Selat Melaka di atas Bukit Melawati ini..

sesi bermain dgn lotong



Aktiviti bergambar dan berjalan² sekitar bukit melawati kami manfaatkan dengan sebaik mungkin. Antara yg boleh anda lihat ilh, rumah api, beberapa meriam yg ditinggalkan, batu hampar@batu pancung, perigi buta,makan diraja dan tangga seratus. Kami terlepas melihat perigi buta dan tangga seratus.. huhu.. nyesal nieh.. Sbnrnya tempat tu mmg menarik cuma kekurangan signboard penting utk panduan pelancong.. tu la sbbnya kami sampai boleh terlepas beberp tmpt menarik yg sepatutnya kami lawati.. haizzz....

atas bukit melawati

makan diraja selangor yg pertama sehingga ketiga.

batu hampar @ batu pancung

4.30pm -
Selesai di Bukit Melawati, kami meneruskan perjalan ke Pantai Remis. Perjlnan mengambil masa dlm 30minit dr bdr Kuala Selangor. Kat sana kami melepak di tepi pantai.. melihat org bermain layang² dan mengutip kerang. Bestnye dpt hirup udara segar di pantai..

6.00pm -
Dr Pantai Remis kami ke Jeram.. kami singgah mkn mknan laut. Jeram ni sbnrnya kg kpd slh sorg kwn kami yg turut serta dlm aktiviti kali ini. Beria² dia nak kami ke sana. Akhirnya terlaksana gak.. huhu sedap woo mkn ikan bakar, sotong goreng tepung sambil mengadap pemandangan indah di tepi pantai.. nyamannnn dan kenyangggg..




8.00pm -
Masa yg ditunggu².. Selesai mkn kami bergegas ke tmpt terakhir yg HARUS kami lawati. Iaitu Kg. Kuantan. Kat sini la kami akan melihat 'kelip²' disepanjang sungai. Heboh satu dunia mengatakan tmpt ini adlh slh satu dr beberp tmpt menarik di dunia yg anda boleh lihat beribu² kelip² menghiasi pokok² disepjg sungai di mlm hari. Pemandangan yg sgt indah. Dgn byrn rm10 seorg. Kami menaiki sebuah sampan yg hanya blh dimuatkan seramai 4/5 org. Kami dibw oleh empunya sampan menyusuri sepjg sungai utk melihat kelip² ..


Sepjg perjlnan anda akan dpt melihat pokok² seumpama pokok krimas dihiasi lampu kelip². Pdhal .. pokok² tersebut dihinggapi oleh serangga yg sgt kecil dan halus tp mempunyai lampu di blkgnya. Memang menakjubkan! Alhamdulillah cuaca agak baik ketika itu.. mengikut kata pendayung sampan, kelip² tu mmg sentiasa ada tiap² mlm. Tapi pd mlm bulan mengambang [13,14 dan 15 hb islam tiap² bulan ] kelip² akan kurang kelihatan. Kalau cuaca hujan pd belah ptg, insyallah anda akn melihat lebih byk lagi kelip² pd mlm harinya. Perjalan melihat kelip² sepjg sungai mengambil masa dalam 30minit bg sebuah sampan. Seronok sekali mendengar cerita dr pemandu pelancong merangkap pendayung sampan kami itu. Sgt ramah dan baik hati. Kami cuba merakam gmbr kelip² tersebut tp nmpk gaya gmbr yg dirakam tak cantik dan menjadi.. sob..sob..sob..




9.30pm -
Selesai akhirnya aktivit kami di Kuala Selangor. Kami berpecah dan pulang ke rumah masing² dengan membawa satu lagi pengalaman indah.

nota kelip² : pada yg tak pernah pergi tu.. Pastikan anda tak lepaskan peluang berharga ini.. just imagine, ramai pelancong dr negara luar yg jauh beribu batu sanggup ke Kuala Selangor semata² utk melihat keindahan kelip², tp kita yg duduk dalam Malaysia ni buat tak tahu je dgn keindahan alam yg kita miliki.. huhu.. rugi..rugi..

Friday, July 25, 2008

Alhamdullillah

"disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri"


ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)


merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!


jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini


aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...


"sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...."

nota pagi jumaat : renung²kan dan selamat beramal

Thursday, July 24, 2008

Kesah Dusun



Salam..
dah nak masuk ari ke 5 sejak xtviti aku masuk dusun beramai² dgn kengkwn vf ..
aku jenguk ke blog intan, blog weng,idaz,aien sume xberupdate dgn cite xtvt kami tu..
blog MCP pon same..
ape punya pemalas mereka ni.. haizzz... ngeee

so nak tak nak terpaksa la aku bercerita gak kat sini..
aceli aku sbnrnye xpunya byk masa nk menaip..
skg mmg sgt bizi..
adehhh..
tapi demi nak menjeleskan kengkwn yg sudi menjenguk dan membace coretan aku kat dlm blog ni..
so aku pon dgn rajinnye mengagahkan jua jari dan kepala ku beraksi..eceyyyy..




Lokasi : Dusun Durian Pak Long INtan Jazz & Sungai Batang Kali
Tarikh : 19 July 2008
Masa : 9 am - 7.45 pm

9.00 am -
Kami berkumpul di petronas , berdekatan giant batu caves. Dari sana kami bergerak ke tmpt kejadian dgn berkonvoi 7 buah keta.



10.30 am -
Sampai didusun yg dinanti²kan.. kami disambut oleh empunya dusun bersama familynya.. xsangka berbakul² durian sedang menanti kami.. nyum nyum.. arang utk bbq juge sdg di bakar.. so kami mulakan xtvt pertama kami dgn mkn durian dulu.. then baru start bakar membakar.. bakar ayam, ikan dan juge kentang.. Ada juge yg amek kesempatan menolong memanjat pokok rambutan.. sgt best okey..





1.00 pm -
Alhamdullillah.. hasil penat lelah kami utk beberp jam.. siap sume hidangan tghari kami utk disantap .. menunye.. selain bbq yg kami dah buat .. iaitu ikan, ayam,sosej, kerang n kentang.. ade juga hidangan lain spt asam pedas, sayur campo, tempoyak, petai, durian, rambutan, dessert dan xketinggalan kek besday .. kwang kwang kwangg.. owh mak terkojut eden!! tetibe tgh syok memotong kentang bakar utk dihidang.. aku dgr org ramai nyanyi lagu besday.. cam biase aku blur utk seketika .. lahaiiiiiiiii besday aku rupenye.. muahahahah.. in advance 3 ari eh.. tengkiu tengkiu.. adiah xdek plak in advance ek keh keh keh ..:p then sesi menyantap bermula dgn bismillah.. disudahi dgn burppppp!! alhamdullillahhhh..


2.30 pm -
ketibaan tetamu tak terhormat.. incik agus sefamily n pengantin baru kita iaitu incik tawil n amy.. kami solat dlu sementara menanti tetamu tak terhormat tu menyantap serpihan mknan yg ditglkan.. hikhikhik.. then.. dgn terujanya slps itu kami beramai² berangkat dgn kereta ke destinasi seterusnya.. sungaiiiiiiiiiiii.. hurayyyyy.. best wooo.. panas² mandi sungai.. ade la dlm 2 jam kami kat sne berendam.. sampai rase xnak naik.. tp sbb perut da bekeroncong blk.. so kami naik jugak la.. then pth blk ke dusun..





5.30 pm -
sampai didusun kami mulakan semula xtvt menyantap lebihan mknn yg ada.. sambil burak² .. then dah kenyang kemas² utk berangkat pulang..



7.45 pm -
Memasing berangkat pulang ke umah.

Penghargaan -
Ucapan terima kasih tak terhingga kepada INtan jazz sekeluarga, Paklong dan Pak cu sekeluarga atas kesudian mengentertain kami di dusun.. mmg sgt best !!!!.. tahun dpn kalo tak serik and panjang umor leh buat aktivit mcm ni lagik kannnn.. :p kpd kengkwn yg juin.. terima kasih gak sbb sudi juin n bekerjasama :x yg tak juin .. sila la jeleskan diri .. huehuehuehue..




nota durian : tgu xtvt mgu ni pulak .. lalalala..

Tuesday, July 22, 2008

SELAMAT ULANG TAHUN ~!!

" Allah selamatkan aku.. Allah selamatkan aku.. Allah selamat aku yg kuwus ini.. Allah selamatkan aku.."

Hari ini genap usiaku 27 tahun.. cepat masa berlalu..
BERSYUKUR KE HADRAT ILLAHI atas kesempatan yg KAU beri utk aku meneruskan idup ini..

Aku mohon padaMU, semoga KAU pjgkan umurku, pjgkan umur kedua ibu bapaku.. pjgkn umur adik beradikku, sedara maraku.. dan pjgkn umur kwn²ku..
Ya Allah,
ampunkan dosa² yg telah aku lakukan sama ada yg besar mahupon yg sekecil zarah.. selamatkan lah aku dan keluarga ku dari malapetaka dan bencana yg besar.. kurniakan aku kekuatan, petunjuk dan hidayah moga aku berjaya menempuh dugaan dimuka bumi ini .. Semoga perhubungan aku dan keluargaku bertambah erat dan berbahagia hendaknya walaupon kami hidup dalam apa jua keadaan pon.. Semoga perhubungan aku dan rakan² ku baik di pejabat mahupon dimana² berkekalan dan dijauhkan dari sifat dengki dan iri hati..
Ya Allah,
aku mohon semoga dipermudahkandan dipertemukan jodohku.. dengan lelaki yg bertanggungjawab..beriman berilmu dan beramal.. semoga aku dan keluargaku sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.. semoga umat islam di muka bumi ini sentiasa idup aman damai dan berbaik sangka antara satu sama lain.
Sesungguhnya yg buruk itu pasti dr aku yg baik itu adlh dariMu.

AMIN.



Lokasi : Opis
Mood : Seram sejuk

Ribuan terima kasih tak terhingga buat teman² yg membuat ucapan semperna sambutan hari kelahiran aku yg ke 27 ari ini.. yang buat seprise besday masa kat dusun aritu ..Semoga persahabatan kita berkekalan dgn izin dr NYA..

Hari ini masuk ari ke3 aku kurang sihat.. kaki masih rasa seram sejuk.. kepala masih terasa berat.. Semalam aku dah MC sehari.. kepala aku mmg tak boleh nak di angkat pg smlm.. lepas je solat subuh aku terus baring dan tertido.. sepanjang hari aku terlantar di atas katil .. lebih kurang jam 3 aku bangun semula.. bersolat dan bersiap .. kemudian aku ke klinik.. mahu mengambil MC..

aku pikir sakit ini mungkin gara² pulun durian xhenti² setiap hari.. semenjak dua menjak ni.. macam² durian dr pelbagai negeri aku dah rasa.. terengganu, perak, selangor, negeri sembilan.. semuanya aku makan..makan tak sedar diri .. yg aku boleh sakit..

sampai je di klinik.. aku jumpa doktor.. terkejut doktor dan aku sendiri .. bila doktor kata suhu aku dah naik ke 38.5 degree.. humang aiii.. tingginyaa.. aku tak pulak rasa demam yg teramat.. aku tahu aku demam tp demam tu seperti tak mahu keluar.. terus ke kepala dan membuatkan kepala aku tersangat la saket sampai tak boleh bangun..

doktor pesan.. if dlm 3 hari tak baik.. aku kena pegik klinik lagi utk amek darah.. hurmm mebi suspek denggi.. aduuyaiiiii!!!..

harap² bkn denggi.. mungkin ini demam sbb nak membesar kan kan kann.. huhu..


nota birthday gurl : tgu org hadiahkan mini cooper ari ni ..lalalala.. [berangan!!!]

Thursday, July 17, 2008

HADIAH BIRTHDAY~!!

FLASHBACK
Lokasi : Terminal LCCT
Masa : 6.45 pm [lbh kurang la tu.. ]
Tarikh : 22 JULAI 2007

Masa tu aku dok kalut bengangkan seorg kwn aku.. Fadli namanya. Ketika itu kami baru je tiba di bumi Malaysia ..selepas selesai menghabiskan percutian kami di Bangkok. Sedang mata aku melilau mencari Fadli.. sambil hati geram memarahi kehilangannya.. mana tak nya.. ada ke patut dia tinggalkan bagasinya begitu saja!.. mengharapkan kami membawanya.. huh! marah betul aku ketika itu..

tiba² di balai ketibaan.. aku terdengar suara dari satu sudut sedang menyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY' ..aku yang saat itu masih marah.. hanya membiarkan suara² itu berkumandang begitu saja..hanya sekali saje aku menoleh ke sudut nyanyian tersebut.. dan aku fokus kembali ke tujuan asal aku mencari Fadli..sehingga la intan menyuruhku menoleh kembali ke sudut nyanyian tersebut.. uikss!! tergamam aku seketika.. lerrr sahabat² aku rupanyaaa yg 'memekak' di balai ketibaan menyanyikan lagu birthday utk aku.. aduiiyaiiii.. terharu.. kelaka .. semua menjadi satu..


>>>>> sehingga kini aku masih lagi terkenang peristiwa itu.. peristiwa setahun yg lalu.. kenangan terindah di Bangkok dan kenangan terindah menyambut birthday di balai ketibaan pasti tak kan luput dari ingatan.. dan yang paling tetap berkesan dihati ialah, peristiwa 3 org teman aku yang sesat dalam perjalanan dari airport ke rumah intan utk menghadiri majlis sambutan hari lahir ku. Kasihan betul bila memikirkannya..bayangkan kami sama² bergerak ke destinasi.. tapi 3 sahabatku ni tiba lewat hampir 3 jam.. aduiiyaiii.. pasti itu menjadi kenangan 'best' buat mereka bukan.. keh keh keh..<<<<<



Lokasi :
Opisku
Tarikh : 17 Julai 2008 [hari ini la apa lagi :p ]

Beberapa hari je lagi.. 22 julai akan kembali lagik.. ye tarikh keramat buat aku.. 27 tahun yg lalu..pd tarikh itu.. lahirlah seorg bayi ke muka bumi ciptaan tuhan ini..dan bayi itu lah aku.. selama 27 tahun aku melalui kehidupan didunia yang penuh pancaroba ini.. pelbagai peristiwa dan kenangan tercipta menjadi memori dan panduan dalam aku menempuh kesempatan hidup yang masih diberi oleh Allah kepada aku..

"Ku panjatkan syukur ke hadrat illahi.. sebak didada mengenangkan segala pemberian dan kenikmatan yg telah aku perolehi .. Ya ALLAH.. bertuahnya aku lahir sebagai mahkluk ciptaanmu.. telah byk yg dah KAU beri ya ALLAH .. malu sering bertandang tatkala aku meratap memohon pertolongan demi pertolongan dari mu Ya ALLAH..sesungguhnya aku yang hina ini sangat BERTERIMA KASIH atas segalanya.."

Whoppss..

okay stop part sentimentel :p .. sbnrnye apa yg aku nak sampaikan dalam entry kali ini ialah....
berikut disenarai pendekan Hadiah² utk birthday aku yang aku nak, taknak dan idamkan tp tak mungkin jadi kenyataan :p .. muahahahahaha.. 'wat suspen ajerrrrrrkan' ..hikhikhik..



Hadiah yg aku TAKNAK
- bantal
[dah berlambak wehh kat umah :-s]
- mug
[nii pon same.. haizz da leh bkk kedai mug dah ni :p ]
- buku
[maaf aku mmg suka membaca.. tp sekarang aku betul² masih belum dpt semula mood nak membaca :| ]
- tepung
[tak baik taw membazir tepung.. korang kalo gune tepung tu buat kek pon bagus gak.. dari baling² kat org kan kan .. ngee]

Hadiah yg aku NAK
- Jam
[uhuk .. da bape bln ni tak pakai jam :( .. *jeling min* ]
- Laptop
[huhuhu.. da mntk dr seseorg.. cfirmed! tak dapat punya.. huwaaaaaa.. tp aku tgu gak apa dia nk bagi ..hikhikhik]


- Perhiasan ala² mainan
[mende ni aku tak tahu nama apa.. tapi siyes aku nak sgt mende ni.. kalo korang tgk iklan power root yg ada mawi and rosyam noor tu.. ada lah mende ni.. ala material dr besi.. sll org letak atas meja tulis la :p .. hurmm ..erkk.. aku je taw mende ni kot.. so aku kena beli sendiri utk aku la ek.. cumanya ssh nak cari mende ni.. uhukkk]

Hadiah yg aku IDAM kan [cfirm tak dapat punyeee...]
- mini cooper

- penthouse
- tiket percutian jelajah dunia..huehuehue

tettttttttt... poyo tol aku mntk adiah ek...muahahahah lantak ah sne.. suka ati aku la kan kan.. buwerrkkkkk..

nota hadiah : bg je la pape pon sbnrnye aku terima je.. tu pon kalo de niat nk bg.. kalo xdek pon alhamdullillah.. bg aku sebuah kejujuran dlm persahabatan pon da cukup ;)

Wednesday, July 16, 2008

Sahabat


mereka berdua diatas sana adlh SAHABAT saya..
antara yg saya sayangi
lama sudah usia perkenalan..
kenal di Virtualfriends..
sgt seronok berkwn dgn mereka berdua ..

beberapa minggu ini..
aku rasa suram dan sepi kerana seperti kehilangan mereka..
rindu sudah pasti!
tapi aku tahu..
dari dulu lagi aku sudah tahu ini pasti akan terjadi..

tiba satu saat..
kita sudah akan sibuk dengan perihal masing²
tiba satu ketika..
kita sudah tidak bisa seperti dahulu..

tapi..
wahai sahabat..
ingat ini..
walau kita jarang berhubung..
kamu tetap dihati..
blog mu pasti aku kunjungi..
kerna di blog itu la kita semakin erat..
berkongsi cerita suka dan duka..

aku mungkin bukan sahabat yang terbaik..
tapi buat aku kamu adlh yg terbaik..

apapon yang terjadi kini dan akan datang..
aku tetap doakan kalian bahagia sentiasa..
dimana jua kalian berada..
kita tetap SAHABAT ke akhir hayat..
insyaallah~!!




Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir


Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

nota sahabat : SELAMAT MENEMPUH DUNIA BARUMU.. aku akan ttp disini bila kamu perlu ;)

Tuesday, July 15, 2008

Kenapa???

Lokasi : Opisku
Mood : Kusut..

Aku sdg kusut saat ini..
entah berapa kali aku asek mengeluh saja..
sejak mengtahui cerita tersebut..
aku jd marah jadi tak keruan..
persoalan demi persoalan bermain diminda..
KENAPAAAAA???????

manusia...
kamu ini mahu apa lagi?
tak cukup kah dgn apa yg kamu perolehi??
tidak bersyukurkah kamu??!!!..

tidak takut kah kamu..
dengan sifat kamu ini..
suatu masa..
bila kamu sedar..
yg kamu tlh korbankan segala yg ada kerana perangai kamu ini..
kamu ingin berpatah balik kerana menyesal meninggalkan nya..
tapi saat itu semua telah terlambat..
sudah tidak bermakna apa²
melainkan kehancuran sebuah hati..
hati insan² yg menyayangi kamu..
yang kamu permainkan perasaannya..

Hey!!!
aku mungkin seorg yg tak punya pengalaman seperti kamu..
aku mungkin insan yg tak tahu apa² ttg mslh kamu..
tak merasai perasaan yg bergelodak di jiwa kamu..
tak memahami kehendak hati kamu..

tapi..
aku ini insan yg cuba memikirkan hati semua pihak disekeliling mu..
aku ini kasihan melihat insan² yg merana angkara perbuatan kamu ini..

tolonglah..
tolong sedar diri kamu..
hargailah insan disekeliling kamu yg menyayangi kamu..
yang telah berkorban bermacam² demi kegembiraan kamu..

lihat..
air mata mereka..
tiada perasaan kasihankah kamu..
dulu aku pnh bilang..
jgn kamu teruskan kalo kamu tidak rela..
kerana aku bimbang perkara sebegini akan berulang..

sekarang lihat..

haizz...
aku suda hilang kata..
doaku..
semoga kamu lekas sedar..
lekas bangkit dari mimpi itu..
lihat la di sekelilingmu..
wajah² insan yg menyayangimu..
bersyukurlah ..
kerana mereka masih tetap mengharapkan kamu kembali seperti dulu..
bersyukur la sblm kamu terlambat!

sekian.

nota kusut : aku jadi takot utk berkasih syg ..

Friday, July 11, 2008

Kesah 1

Beb 1 : Weh cepat la ..terkedek² cam itik pulang petang je ko nieh.. aku da tak tahan ni siott..

Beb 2 : Saba la .. gelojoh tol ko nie..

Beb 1 : gelojoh pale hot ko.. da tak tahan ko tau.. dan mengigil nieh..

Beb 2 : yelah yelah

di tempat kejadian..

Beb 2 : aku tak dek sen la.. huluq dlu ah..

Beb 1 : ek enen .. patut lah awek tak layan ko.. nak masuk sini pon tak dek sen.. huh!

Beb 2 : ko ni kecoh tol.. pat ah td kata tak tahan..

Beb 1 : yelah yelah .. eh tapi..

Beb 2 : tapi mende lagi nieh.. nanti aku bayaq la .. dekut taik hidung masin tol..

Beb 1 : bukan ah ..ko tolong usha line dulu kat dlm tu.. tapi cepat sikit eh .. aku da tak tahan..

Beb 2 : laaaa.. ni pon nak kena usha dulu ke.. ampes la ko nieh.. masuk je la ..

Beb 1 : ala ko cam tak kenal aku.. ko masuk la dulu.. tapi cepat sikit .. cepat la masukkkk!!

Beb 2 : sengal!! baik baik.. jaga diri mu diluar ye.. kalo org ngurat ckp 'sy gay' .. muahahahahaaaaa.. [sambil masuk ke dlm ]

Beb 1 : dodol tol!! cepat sikit wehhhh

12 minit kemudian..

Beb 1 : Bapak lama ko kat dalam.. kejung aku kat lua ni tau tak.. s*** tol.. cane ok ke tak??

Beb 2 : Legaaaa.... aaaaaaa... aku ok ..dah g masuk.. kecoh tol ko nie.. soh masuk dulu tadi tak nak..

Beb 1 : Aku bkn tanya ko ok ke tak??!!! aku tanya dalam tu ok ke tak .. dol tol ko ni!!

Beb 2 : owh oh.. lupe seyyy.. ok ah.. cantik .. wangi.. tu yang aku lama tu .. cam tak nak keluar je..

Beb 1 : mmg ko ni sewel.. ko nak berumah kat dalam tu ke.. huh ! ..aku masuk dulu.. ko tunggu sini..

Beb 2 : muahahahaha.. yelah aku tunggu sini eh syg.. pat skit eh.. da lambat ni kena blah ..

Beb 1 : huh! dia lelama boleh.. nak soh aku cepat lak.. ^&@$^(&((* [masuk ke dalam sambil membebel]

to be continued ...kot.. :|

*cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa diluar sana baik yang sihat ataupon dalam keadaan koma*

nota : Anda rasa kejadian ni di mana???

Thursday, July 10, 2008

CERIA

Saya hanya mahu ceria!




Nota Ceria : Senyummmmmmmm....

JERITAN BATIN


Hari : Semalam.
Tarikh : Lihat kalendar 2007.
Waktu : GMT- Malaysia@ 7.30pm.
Lokasi : Depan tv, ruang tamu, rumah sentul.


waktu itu aku tengah kusyuk sekali menonton telivisen.. saat tangan leka menukar chanel teleivisenku.. selepas habes tayangan drama EZORA .. aku beralih arah ke saluran 1.. mahu menonton sinetron indon-WULAN. Saat itu dengan tak semena-mena.. hati aku jadi panas.. tidak keruan..tiba-tiba aku jadi sangat tertekan.. aku jadi sedih.. jadi marah..rasa ingin menjerit sekuatnya.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

kenapa?
mengapa?
bagaimana?
apa?
siapa?

haizzz...aku.. aku.. entahlah..

ya allah..bantuin aku.. tolong hilangkan rasa ini .. tolong aku ya allah.. aku rayu.. :(

noktah~!!


nota menjerit : hakikatnya .. aku tidak bisa menolak keinginan hati.. moga aku akan tetap sabar menanti..

Wednesday, July 09, 2008

Lirik SEPI


SEPI
-Yuni Shara-

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati
Aku sepi
Biar senyum hadir dihariku
Namun ini hanya
Ada di bibir.. di bibir saja

Aku ini
Yang biasa mengerti
Walaupun yang lain
Mau mengerti
Namun berat beban dihidupku
Biarkan saja... biar saja
Hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri
Oh... Ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
aku tetap diam oh...

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri

Oh... ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
Aku tetap diam...

--------------------------------------

KEMBANG PERAWAN
-Gita Gutawa-

Ketika surya menampakkan cahayanya
Ku gapai hari terangku
Menanti sebuah cerita
Yang pasti akan terjadi di diriku

Kini ku mulai mengerti artinya cinta
Walau senda tawa
Namun hatiku mulai merasa
Bila dekat lelaki aku pun malu

Akulah kembang perawan
ingin mulai merasa
Perasaan yang pasti
milik semua insan

Aku mulai jatuh cinta
Papa biarlah aku
menikmati semua anugerah
di hidupku

-----------------------------------

KAU ADA DIA
-The Lima-

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

nota : NOKTAH ~!!

Monday, July 07, 2008

Hari minggu ku ..

Sabtu

Bangun pagi aku bersiap dengan pantasnya ..
menunggu ida n nixx pick up then kami ke umah aien amek dia plak sblm ke umah faiz weng..
disana intan weng da tgu kami dgn marahnya..
huehuehue.. sorie ye kami lambat..
ampun....
aceli kami berkumpul seawal pagik di umah faiz weng
sbb nk mulakan xtvt pertama kami di hari cuti ini dgn bermain badminton..
perasaan aku pasti sgt teruja ..
sbbnya day b4 aku da beli raket baru utk diriku..
1st time ni aku beli raket.. hikhikhik
tapi tadek la beli brand yg mahal..
beli 'cap ayam' je .. jadik la kan..
dari main asik pinjam org punya je kan ..

kami main xlame ..
dalam sejam.. sambil main ada yang berjoging..
bagus btol kwsn umah faiz tu complete la kiranye kalo nak buat xtvt bersukan nie..
aku sempat gak bermain bola keranjang kat sana..
1st time gak nieh..
punya la lame aku bercita² nak main bola keranjang..
akhirnya berjaya gak ..
main suka² je la ..
try 2 3 kali shoot tp xberjaya.. keh keh keh..

then pas xtvt di umah faiz..
kami gegas ke kedai mkn utk breakfast ..
sbb pastu kami nak mulakan xtvt bermain futsal pulak..
kali ni main agak ramai yg juin ..
seronok tetap ada..
ada gak muka² baru mencuba main futsal kali ni..
hehehehe..antara nye penulis novel kita .. cik damya hanna..
syabas!! next time juin kami lagi oke..
dah tau dah kompen nk main lagi pasni kan kan.. :p

kami abes main futsal dlm pkol 12 lbh camtu..
lepak² jup sblm aku,aien,intan jazz,ida n nix ke tesco ..
kami nak shopping barang utk xtvt memasak pula ..
plan kali ni nak masak laksa [resipi mak ida] n kek kukus [resipi aku amek dr internet]

xtvt memsk bermula dlm pkol 3..
tgu zana sampai.. dan kami pon mula ..
pkol 6 baru sume siap dimasak..
perasaan teruja skali nk merasa masakan yang kami masak bersama tu..
ermm alhamdullillah kek aku menjadi hasil bantuan zana n intan..
laksa ida juge menjadi cume rasa ada sikit kurang..
tp kira sukses la juga 4 da 1st time..
hehehe..

yang lawaknya..
ada ker kek yg aku buat tu dijadikan sebagai kek besday aku ..
tak patut betol diorg ni..
nak wat gimik pon bia la yg best sikit..
ni da la kek aku yg buat ..
besday aku lak beberp ari lg..
hampesss tol ..save budget ah tu..
papepon tengs eh..
next time kita cube masakan lain pulak ye...


Ahad

Ikutkan smlm nye tido agak lewat ..
aku melayan tv cerita cinta cina..
hurmm best gak cerita tu ..
walau aku da leh agak ending dia cane ...
aku layan gak ..
sesambil tu layan sms sorg kwn yg aku br kenal ..
dalam jam 2 lebih baru aku tido..
paginye da bangun awal juga..
aku da janji dgn seseorg nk g tgok wyg..

dlm pkol 11 dia dtg amek aku kat umah..
aku igtkan dia sorg..
skali tgok dlm keta ade lagi seorg..
ampes tol aku kena bohong smlmnye..
geram xterkata..
tp xpe sonok gak ber3..
walau kekdg aku pening..
nk lyn mereka berdua biler bergado..
yg mampu aku buat hanya la senyum jee..

sampai kat klcc..
kami terus ke tgv..
beratur la nak beli tiket...
punya la lama aku xbuat kerja memberaturkan diri sepanjang itu
bile nak beli tiket wyg nie..
sll aku booking je tiket awal²..
aku mmg tak xsuka buang masa beratur nieh..
tp plan nkk tgok muvi pon urgent je..
xsempat nk booking..
so kena ah beratur gak..
sambil beratur aku mengumpat same yanie..
muahahaha..
xsedar da sampai ek kaunter..
disebabkan yanie lom tgok SEPI..
dia ajak aku tgok lagi..

aduiiyaiii
hah amek ko..
sampai 3 kali sejak muvi ni dikeluarkan aku menontonnye..
huehuehue..
tp kali ini aku kurang menghayatinya..
keadaan masih mengantuk gara² xcukup tido..
so pephm je la kalo da tgok cerita yg da tau jln cerita..
kekdg xsedar aku terlelap ..
hahahaha.. seb bek org banje..
xde la aku ralat sgt termiss jln cerita :p

pas tgok muvi kami g mkn..
then ke umah acap nk g tgok NAJAT..
wah dah makin besar NAJAT..
berisi dr sblm ni..
ikut tarikh smlm tu genap sebulan NAJAT lahir..
sekejup je masa berlalu kan..

td aku dpt sms ..
kwn kolej aku NANI
slmt bersalin anak perempuan..
'Qaisara Batrisyia' 3 Julai lalu..
alhamdullillah..
tahniah buat NANi & ERRi

syiOok nye dpt tau kwn² dpt anak kan..
:|

nota hari mgu : aku tetap SEPI...

Friday, July 04, 2008

Pelik

tet tet tet tet tet.. bunyik keybod ditekan ... ketak ketak ketak ..bunyi lagik .. kekdg aku seperti merasakan bunyi dia bertukar lagi.. pelik eh 'bunyi' ni .. ermm telinga yang salah mendengar atau apa sebenarnya??? hurmmmm...

idea !.. hah .. kadang ia hadir tanpa dipinta .. bila dipinta ia hilang pula .. haizzz... lagi aku pelik ..

rajin? .. iye pasti kamu semua pelik .. melihat aku rajin menghantar posting ..tapi yang ini usah kamu pelik .. kerna aku kini sedang rajin menaip.. ada saja limpahan idea keluar dari kotak pikiran aku ini.. barangkali dalam keadaan perubahan hormon saat ini .. keadaan otak ku sangat aktif menjalankan kerja nya..

whopps.. jgn salah taksiran.. aku bukan rajin seperti yang kamu sangka.. aku mungkin rajin menaip posting di blog ku ini.. tapi hakikat sebenarnya yang sedang terjadi kini .. aku masih tidak mampu menyiapkan kerja² di kantor ku yg due nya semakin hampir kini.. huhuhu pemalas bukan ..

hah ! ini seperkara lagik perkara pelik yang sering aku pikirkan dan masih memikirkan nya.. perkara ini tiada kena mengena dengan isu semasa kini .. harap ambil perhatian ya.. perkara yg aku ingin ceritakan ini adalah tentang kesah si pemandu teksi di kuala lumpur ini.. kenapa ya setiap kali aku menaiki teksi yang pemandunya melayu.. pasti radio yang dia pasang adalah dari siaran lagu² lama.. lagu² yang mendayu² yang bisa membangkitkan rasa mengantuk dikepala ku .. rasa yang bisa mengenangkan aku dengan tilam dan bantal ku dirumah..
sungguh aku sangat pelik... tidak mengantuk kah mereka membawa kereta dlm suasana begitu ..
anda pelik tak???

di desktop ku jam dah menunjukan ke pukul 1.47 pm.. perut aku sedang menyanyikan lagu yang entah apa apa bunyinya.. lapar barangkali .. dari pagi hanya makan 3 biji kueh karipap sardin dgn air kosong .. sambil buat kerja aku mengunyah cokelat stick rocky faveret aku .. dan saat ini aku sedang menantikan lunch yang dah aku pesan dengan opismate aku sebentar tadi.. dia mahu ke kl central .. lantas ku kirim makanan segera jenama mc donald dan buah²an .. :) .. sambil menantikan kepulangan opismate aku itu.. aku menghabeskan masa menaip entry ini..

maaf entry merepek.. sengaja aku post .. kerna melayan karenah jari² yang gian nak menaip :p .. aku mahu berhenti disini.. aku sudah kehilangan idea.. rasanya suda mula ingin merapu.. huhu.. jumpa lagik di entry akan datang..

salam~!!


nota pelik : masih sedang menunggu makan segera ku tiba ..

Thursday, July 03, 2008

AMARAN !!!


To : Kawan² dan stranger,

AMARAN KERAS ini khas buat anda!

Kalau anda tak suka nak berkawan dengan saya.. atau anda ada masalah dengan cara, pikiran dan tindakan saya.. anda hanya diam didepan saya dan mengutuk saya dibelakang.. please dont do that again ! Just shut up ur mouth n LEAVE ME ALONE ! .. Jangan jadi orang yang hipokrit .. jangan jadi si penipu yang apabila rahsia anda pecah.. anda buat seperti anda orang yang tidak bersalah .. anda berlagak seperti anda yang teraniaya.. maaf saya sudah jelek melihat karenah seperti itu.. tolong pergi dan jangan kacau hidup saya lagi!
Kepada yang suka menjaga tepi 'kain' orang .. tolong lihat 'kain' anda dulu .. 'kain' anda juga koyak .. perlu dijahit segera.. jangan sebok dengan 'kain' orang saja.. jangan buat diri anda malu sendiri.

Sekian :D

nota cili padi : amaran ini utk semua pembaca.. kalau anda mkn cili pasti anda rasa pedasnya kannnnn...

luahan dari hati si pemikir




"hey kamu.. masih berpikir??"

"yerpp.. seperti biasa.. setiap apa juga yg aku baca.. pasti otak ku cuba merembeskan maksud yang tersurat dan tersirat.. cuba mengaplikasikan dan membuat perbandingan dgn diri ku sendiri.."

"lantas apa yang kau perolehi kini..?"

"hermm.. masih samar.. masih tidak mengerti.. cuba mencari diri.. cuba menidakan sesuatu .. tp cuba juga menerima sesuatu.. aku cuba mencari jalan penyelesaian.. masih belum kutemui.. mahu rasanya aku biar berlalu pergi.. biar saja masa yg menentukan.. tapi.. "

"tapi .. kenapa???"

"aku rasakan.. kadang kala aku berjaya.. tapi kadang kala aku tewas.. harus bagaimana ya .. aku ingin keluar dari semua ini..melihat mereka yang tidak henti menganggu hidupku.. haizz.. tidak ada pekerjaan lain kah mereka?? tidak ada benda yang lebih pentingkah dlm idup mereka selain memikirkan aku?? .. penting sangat kah aku ini dalam hidup mereka?? .. terharu atau menyampah?? rasa itu sering berbagi dan sulit utk dinyatakan.. "

"biarkan sajalah.. mereka itu orang² yg saket.. usah di layan .. "

"bagaimana?? kamu tahu bukan.. aku ini .. sering saja ingin berpikir.. cuba untuk memuaskan hati semua.. cuba membantu apa terdaya.. berpikir bagaimana utk memuaskan hati mereka.. tp dlm masa yg sama.. aku ingin membahgiakn diri ku.. memuaskan hati ku juga.. aku sudah SERIK.. membiar hati dan diri tersiksa.. wang dan masa dibazir begitu saja .. demi kegembiraan orang lain..tapi balasan nya .. 'penderitaan sebuah hati'.. bukan penghargaan yang aku minta.. cuma janganlah disakiti hati aku ini lagi.. janganlah diperkotak katik kan jiwa ini lagi.. aku juga manusia biasa punya hati.. punya perasaan.. apa dosa aku pada mereka sampai mereka tak sanggup melihat aku gembira??? .. "


"abaikan mereka.. pikir pasal diri sendiri.. bumi ini luas.. masih banyak perkara yang belum dan harus kamu terokai.. jangan buang masa dgn memikirkan benda yang hanya merosakan jiwa.. "

"ya aku tahu itu.. aku sedang cuba.. menghargai tiap kenikmatan hidup yang diberi oleh tuhan ini.. aku sedang ke arah sesuatu.. dan sedang meninggalkan sesuatu dari kisah silam.. hidup aku ini tidak pasti singkat atau panjang.. aku mahu laluinya selagi punya masa.. banyak perkara lagi yang harus aku pikir tentang keluarga dan juga diri aku sendiri.. aku suda hilang 88% kepercayaan dengan insan yang bergelar kawan.. jujurkah?? ikhlaskah?? sering menjadi tanda tanya.. moga tuhan dekatkan aku dengan insan yang baik hatinya.. yang tidak punya rasa iri hati.. yang ikhlas dan jujur dalam perhubungan di dunia ini.. yang berkawan atas dasar mengeratkan siraturahim sesama insan .. bukan untuk kepentingan diri sendiri.. aku masih beruntung dan bersyukur.. aku punya ramai sahabat.. walau jauh beribu batu.. walau kadang kala hilang tanpa berita .. tapi mereka tetap mengingati aku.. menghubungi aku.. aku masih punya sahabat di sekeliling ku biar berbagai perkara buruk ku dijaja sana sini.. mereka tetap saja disisi aku..terima kasih teman kerna kamu aku masih punya lagik 12% rasa kepercayaan dalam sebuah persahabatan..!

"hey.. sudah la tu.. cuba la untuk senyum.. kamu masih tidak sendiri.. syukur lah dgn itu.. nah ambil ini lagu buat kamu hayati .."

Kita adalah insan
Menumpang atas dunia

Aku dengan caraku

Yang sederhana

Kita adalah hamba

Berbakti pada Yang Esa

Aku mencari sinar Keredhaannya

Kita sama sahaja

Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan


Oh cinta yang murni

Sebagai ikatan

Yang kukuh di hati

Demi masa depan

Jangan dihancurkan

Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

"Jangan hancurkan Hidup yang indah Kita adalah hamba Yang Esa"

Tuesday, July 01, 2008

PULAU PINANG



dlm gelap gelita saat ini.. dgn bertemankn cahaya dr monitor .. aku cuba mengagahkan diri menaip entry terkini aku buat tatapan pembaca sekalian... saat ini terasa mengantuk.. sedikit tertekan kerna kegatalan yang amat di kaki dan tgn ku angkara gigitan sang nyamuk sekawan yang sgt teruja ingin menghisap darah manis ku..sambil ini juga aku melayan karenah si teman yg sering mengaco kehidupan ku semenjak aku mengenal dia 6 tahun yg lalu .. si dia yg bernama noor faridah jesmin [tak leh taip nama penuh nnt aku kena zasss ]..

entry kali ini aku nak cerita sikit psl xtvt aku cuti hujung mgu yg lepas.. xtvt yg sgt penat, tp sgt best lg menerujakan.. aku ke penang lagik .. yee buat kali ke 4 dlm idup ku.. dan buat kali ke 2 dlm tahun ini .. untuk aper??? hurmm kali ini dgn tujuan berholiday bersama kwn² perempuan vfku yg ku agak rapat skg ini.. atas ajakan seorg lg kwn vf yg sememangnya weng berasal dr kota yg kini ditakhluki oleh parti DAP itu.. plan yg pada mula hanya menerujakan kami di kl sahaja tetapi akhirnya menerujakn juga hati kengkwn vf di Jb sne.. dgn semangat yg sgt kental mereka seramai 4 org yg dr selatan tnh air itu mengagahkan diri juge ke negeri yg terkenal dgn kefamesan nasi kandaq, pasemboq dan juga char kueh tiow yg pasti nya sgt sedap..

kami kesane slm 2 ari.. dipenuhi dgn xtvt yg sgt padat .. masa selama 48 jam tidak cukup buat kami.. walau bagaimana pon atas desakan kerja di kuala lumpur .. kami pulang juge akhirnya dgn sedikit rase keciwa kerna tak dpt menaiki keretapi utk ke bukit bendera.. haizz.. buat kali kedua aku gagal menjejakn kaki.. mungkin kah akan ada peluang ke 3 buat aku???

kalian mahu tahu xtvt aper yg telah aku lakukan?? pasti mahu bukan.. tp maaf .. aku kesuntukan masa ingin meneruskn cerita ku.. jam sudah ingin memasuki ke pukul 11.22mlm.. serangan sang nyamuk yg tidak mahu berhenti membuat aku semakin mls meneruskn penaipan.. hanya tgl beberapa percent saja lagik akan selesai sesi memuat turun lagu kegemaran yg ku cari.. maka aku rasa ..aku ingin memberhentikan xtvt menaipku ini.. kalo kalian ingin mengetahui lbh lanjut ttg xtvtku di pulau pinang.. sila la layari blog kengkwn ku yg turut sama menjayakn xtvt holiday kali ini.. sila cari link intan spoon, intan weng dan juga bro hcj .. mereka suda pon menyiapkn entry ttg xtvt kami yg lepas.. selamat membaca yee.. jgn jeles.. aku doakan suatu hari kalian dpt kesana juga.. merasaikn apa yg telah kami lalui disana.. pasti semua itu akan menjd kenangan yg terindah dlm idup kalian.. sepertimana terjd nya dlm idup aku kini..

Buat teman² yg sama² bergembira di pulau pinang mgu yg lalu..aku ucapkan jutaan terimakasih seikhlas hati ini.. utk mereka yg di penang.. yana,bro hcj, kak ani, tom weng, penyu, iena,mel n bro bb..jasa kalian melayan kami sgt dihargai..buat mereka yg dr jb..deweng,muz,km dan bedah wisha.. sgt epy holiday sm kalian.. and buat kengkwn dr kl..intan,maya,tinie, zana dan weng.. terima kasih juge..moga kita bergembira di xtvt yg lain pula ..pengorbanan masa dan duit kalian tak terbalas oleh ku.. moga dihalalkan dan ketemu di lain kali ..insyaallah..

Akhir kata ..slmt melayan gmbr.. adiosss~!!


^ di kedai mkn Bro BB ^

^ di ats feri ke Pulau ^

^ di Padang Kota Lama tp da Baru :p ^

^ di Queensbay mengadap Jerejak Island ^

^ berlatar blkgkn Komtar ^

^ di Batu Feringgi ^

^ char kueh tiow permatang pauh^

^ menikmati durian 'dara' di Kulim Kedah ^

^ di kilang jeruk ^

^ di air terjun Junjong ^

lagi gmbr di ♥ Picasa Album Bro Hcj
~koleksi pict adlh dr kamera yana,weng,intan & aku~

nota anak mami :
harus pegik lagi !!

Labels