"Hujan oh hujan kenapa engkau turun..
bagaimana aku tak turun..
katak panggil aku..
katak panggil aku.."

Start dari hari sabtu kat KL ..
sampai la isnin.. kat Temerloh, Pahang..
bumi tak henti dibasahi hujan..
aku sekarang kat kg husband aku..
betol-betol sebelah sungai pahang..
risau juga aku tengok sungai tu dah semakin tinggi airnya.
husband aku cakap kalau hujan berterusan boleh banjir nanti.
Temerloh-Bandar Ikan Patin..
kat sini la husband aku dilahirkan.
sejak kahwin..
tiap-tiap bulan balik ke Temerloh dah jadi aktiviti wajib bagi kami.
Walaupon kat kg ni dah tak ada ayah dan mak mertua aku.
husband aku tetap akan balik menjenguk umah pusaka yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa dia.
Umah ni dah diwasiatkan ke atas husband aku.
so jadi kewajipan bagi kami untuk menjenguk umah ni.
umah kayu weh..
kalau dibiarkan boleh reput.
kan sayang..
aku dan suami bercuti selama seminggu bermula sabtu lepas.
cuti panjannnnnnnnnnnnnnnnnnnnng tu..
syok giler kan!!
selalunya cuti raya cina tahun2 sebelum,
family aku akan buat trip family day.
tapi tahun ni tak dapat la pulak.
sebabnya adik perempuan aku yg bongsu bakal bertunang pada 5hb Feb nanti.
so tak dapat la kami nak plan kemana2.
kena tolong untuk persiapan majlis bertunang tu nanti.
insyaallah bulan 4 ni seorang lagi adik perempuan aku akan menamatkan zaman bujangnya.
lepas sorang sorang adik beradik aku bertemu jodoh.
hehehe..
penat mak n abah aku asyik nak handle kenduri je.
ok bebalik pasal hujan di temerloh..
alhamdulillah dari tengahari tadi cuaca kembali sirna.
ayam dah kembali berkokok..
kucing kembali berlari-lari..
burung riuh berkicauan.
nyaman je rasa bila kat kg ni.
insyaallah esok aku akan kembali ke KL.
terpaksa balik awal sebab nak uruskan hal adik aku pulak.
dengarnya hantaran dia tak buat pape lagi.
mengharapkan akak2 dia tolong siapkan.
sebentar lagi kami bercadang nak ke esplanade Temerloh..
korang mesti tatau kan apa tu..
hehehe..
dia cam tempat reaksi la kat sini..
sebelah sungai pahang je..
kira kalau org luar datang nak jalan2..
leh la jejalan kat esplanade ni..
leh naik bot kat jeti penambang.
menyusuri sungai pahang ni.
ada sekali aku balik sini aku try naik bot dari jeti kg husband aku ke seberang.
nak ke pekan sari kat bdr temerloh.
dekat je sebenarnya kalo naik bot.
dulu masa tak ada jambatan besar untuk kereta lalu..
laluan utama untuk kebandar ialah dengan menaiki bot.
tambang dulu 50sen je..
murahkan.
sekarang dah rm1.
seronok gak la.
selain terkenal dengan sg pahangnya..
temerloh ni juga terkenal dgn masakan ikan patin masak tempoyaknya.
nyumiiii..
kalau balik sini tak sah la kalau tak pekena ikan patin masak tempoyak tu.
sedap giler..
korang penah???
kalau tak pernah meh la datang jejalan ke temerloh ni.
dah kena sekali pasti nak lagi.
heee..
ok la .. nak siap2..
nak ke bandar nak naik titi gantung..
baru je diorang buat.
titi gantung ni bawahnya sungai pahang.
mesti best kan.
till then ciao sim~!!!
Nota jemari : sejukkkkk.. air kat sini cam baru kua dr peti ais je.. gigil seh nak mandi.