Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Harta Sepencarian - Alam perkahwinan.

Halu teman² blog sekalian alam,
Moga berada dalam keadaan sihat, gembira dan diberkati yang maha esa.
Semalam aku telah menghadirkan diri ke satu taklimat yang bertajuk
"Harta Sepencarian"

Topic yang dibentangkan sangat menarik sekali.
Terutama bagi orang yang baru kahwin macam aku ni.
Taklimat di anjurkan oleh badan TIARANITA,
(badan khusus untuk kaum² hawa) yang hanya berlangsung selama 1jam itu membuat kan aku merasakan singkatnya masa yang diberi untuk mengupas topic tersebut dengan lebih mendalam lagi.

Tedetik dihati aku semalam nak share dengan rakan² semua tentang info² yang telah aku kutip dalam taklimat tersebut.
Moga info yang akan aku ceritakan nanti sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu kepada kalian di masa hadapan baik yang sudah berkahwin ataupun yang bakal berkahwin hatta yang belum berkahwin juga.

Apabila kita baru melangkah ke alam perkahwinan, isu tentang HARTA ini mungkin tidak kita titikberatkan.
Yelah sedang bermadu kasih asmaradana la katakan.
Apa nak berkira sangat pasal harta dengan pasangan kan...
"Harta abang harta sayang.. yang penting kita bahagia.. sayang lah harta yang paling berharga pada abang sekarang" (vice versa)
tak gitu...???

tu masa baru berkahwin la..
bila dah lama..
yang wangi jadi busuk..
yang cantik jadi huduh..
yang sayang jadi benci..
mulalah..
"ah .. ni harta aku yang punya( bukan ahmad albab yang punya.. hehehe)..
bukan kau yang beli.. kau menumpang je"
kannn...
rebut merebut..
ungkit mengungkit pon terjadi.

Wahai kaum wanita semua,
kita yang di alaf baru ni..
yang turut menyumbang dalam membantu dalam ekonomi keluarga,
jangan sesekali leka..
menyerah duit berhabisan membantu keluarga.
tanpa menyimpan apa² untuk masa depan.
kononnya pasangan kita tu baik sangat.
tak kan tinggalkan kita.
sayang sangat kat kita..
cinta mati la konon..
(ingat cinta yang kekal hanya cinta yang maha esa)
huhuhu..
siapa kita nak mengelakkan ketentuan ALLAH,
bila datangnya musibah.
siapakan menjangka rumah tangga yang dibina bersulam kasih sayang,
tiba² dilanda tsunami setinggi 10 skala ritcher
tatkala terjadinya krisis rumahtangga.
kita ditinggakan tanpa apa².
mulalah sesal datang bertimpa²

Dari sekaranglah kita mesti beringat.
menyediakan 'payung sebelum hujan'.

Apabila berkahwin..
pemilikan harta antara suami dan isteri ada 3 jenis :

:: Harta Persendirian ::

Harta yang dimiliki tanpa usahasama perkongsian dengan pasangan.
Hasil dari duit keringat sendiri.
Contohnya rumah/ kereta yang dimiliki sebelum berkahwin.
contoh lain : gaji, hadiah yang diberi oleh orang lain, harta peninggalan n etc.
Suami/ isteri berhak menguruskan harta persendirian ini mengikut kehendak masing² tanpa terikat dengan kehendak pasangan.

-sekiranya berlaku perceraian, pasangan tidak berhak menuntut apa² atas harta tersebut. kerana bukan dari hasil perkongsian melainkan harta tersebut dah ditukar nama kepada nama yang menuntut.

:: Harta Perkongsian ::

1- Harta Syarikat
Suami dan isteri berkongsi membuka syarikat.
contohnya modal masing² dalam nisbah suami 1/2 dan isteri 1/2

2- Harta sepencarian
Harta yang diperolehi hasil usaha bersama.
contohnya share duit beli rumah, kereta, tanah n so on.

3- Harta yang diwarisi dari pasangan
Salah seorang dari pasangan meninggal dunia.

#If Isteri meninggal dunia, bahagian suami :
* sekiranya tiada anak : 1/2
*sekiranya ada anak : 1/4

# If Suami meninggal dunia, bahagian isteri :
* sekiranya tiada anak : 1/4
*sekiranya ada anak : 1/8

- bagi perkara 1 & 2 (harta syarikat & perkongsian)
sekiranya berlaku perceraian;
pasangan boleh menuntut hasil perkongsian sebanyak harta yang disumbangkan sahaja sepanjang tempoh perkahwinan. contohnya :

kes 1 :
Suami beli rumah, isteri pula keluar duit untuk renovate rumah yg dibeli oleh suami tersebut.
If bercerai di kemudian hari, isteri hanya boleh tuntut hasil yang dikeluarkan untuk pengubahsuaian rumah sahaja.

kes 2 :
Isteri beli tanah, Suami buat rumah atas tanah tersebut.
If bercerai, rumah menjadi hak isteri, kerana rumah dibina atas tanah isteri.
Apa² jua yang dibuat di atas tanah orang lain, akan menjadi hak milik orang yang empunya tanah.


ok.. cukup setakat sini sahaja info yang aku nak share.
rasa² korang boleh paham tak?

kesimpulan yang aku nak nyatakan disini ialah,
1st - Kena mula simpan segala resit or rekod setiap duit yang kita keluar yang melibatkan harta yang besar dan berharga yang dibeli bersama pasangan.
terutama jika beli kereta, rumah dan tanah.
2nd - tulis wasiat awal² sekiranya anda banyak sangat harta.
3rd - simpan duit simpanan sendiri. jgn bergantung harap kepada pasangan.

Ye .. aku tahu ada yang rasa
ah !!..
pasangan aku baik.
tak kan sanggup tinggalkan aku.
dia tak kan buat sesuatu yang menyakiti aku.
dia cakap dia sayang pada aku.
am i rite?

bukan nak suruh berprasangka jahat..
cuma nak suruh bersiap sedia.
zaman sekarang ni anything can happen.
yg kuat agama pon leh goyah.
yang kata cinta sepenuh hati pon boleh beralih arah.
lagi pula sekarang perempuan semakin ramai.
lepas tu pula banyak perempuan yang buat tindakan di luar jangkaan.
tak ada sesiapa yang dapat predict masa depan.

so siapkan je lah kelengkapan.
disamping berdoa pada Allah moga dikurniakan jodoh yang berkekalan.
insyaallah.



Monday, May 09, 2011

Cerita yang lepas²



Hai blogger.
Maaf 2 3 minggu ni blog agak suram.
bukan tiada bahan nak dicerita.
bukan tiada masa untuk menaip cerita..
cumanya aku tiada idea nak mengarang cerita..
how to start???..
huhu..

sangat banyak yang nak dicerita kadang kala buat kita rasa susah nak bercerita kan?
ngee..

just quick recap ..

selepas acara adik aku punya majlis perkahwinan..
minggu berikutnya aku ke sebelah pihak lelaki pula di Jengka then terus balik kampung hubby@ Temerloh.

minggu lagi satu tu pulak kan cuti extra 1 hari disebabkan cuti Labour day.
so aku n hubby keluar ke mall n hypermarket then dok kemas² rumah.
mall baru VIVA HOME (ganti plaza uncang emas kat tepi jln low yew,cheras)
syok la jugak.
mall untuk shopping barang rumah.
ada hypermarket giant n MBO cineplax
kami ambil kesempatan dating tengok wayang.
syok giler layan FF5 (Fast Furious 5)
aha jangan lak terkejut aku dah layan muvi tu awal.
ada pra-tonton sebenarnya.
actually tujuan asal nak cari barang keperluan rumah.

minggu lepas pula abang sulong hubby datang KL.
datang satu family.
diorang datang untuk hantar anak belajar n praktikal di KL ni.
yang praktikal tu duduk dia rumah kitorang selama 2 bulan.

so dekat rumah aku sekarang dah ada orang ketiga la..
hehehehe..
seronok juga ada teman lagi sorang nak berbual.
riuh la sikit rumah aku tu.

oh ye..
hampir terlupa..
ada satu hari tu.
icha ajak layan steamboat @ redwok, bangi.
semperna farewell dia n anaknya aryan.
diorang berpindah sementara ke JB.
atas urusan keluarga.
sob sob sob..
frust tak dapat joint.
anyway semoga kalian sukses di sana.
jgn sedih².
tabah ye !!

then ada satu hari yang lain pula.
aku n family aku lepak layan steamboat di Malaya steamboat, Gombak.
semua ahli keluarga aku hadir kecuali abah aku sorang je.
frust lagi sekali.
niat aku nak belanja kesemua famili aku tak kesampaian.
( kan baru dapat bonus.. huhu)
abah kena keje sampai pkl 9 malam.
tak dapat nak joint kami²
ah frust sungguh!!!,

ok tu je la nak cerita.
recap je kot..
tak perlu ah nak story pepanjang kan.
heee.

gambar???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

check Fb je la..
hehehehehe..




Labels