Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 18, 2011

Musim Deghoyan.



"oh kome deghoyan dah berbunge"
"moh kite minang anak dara"..


hehehe pernah dengor lagu tu?
nipu ler kalo kome idok pernah dengor.
mesti kome pakat nyanyi ramai² bila tiba musim deghoyan kan?
ngeh ngeh ngeh..

kome tau tak?
teman ni lahir kat Perak.
membesar je di Kolumpo (KL).
kg teman kat Kuale..
tau ke mike Kuale mana?
hah idok tahu eh.
xpe ler teman kasitau.
Kuale Kangsor nun.
Bandar Diraja Perak.
(kat tgh bandar Kuale ni ada tertanam pokok getah yg 1st sekali masuk malaya yg di bwk dr Brazil kalau tak silap )

huhu ni nak citer sikit
(ci citer ci citer < ---- mesti kome kate gitu kan..hahahaha)

Flashback time!

Syok weh balik kg.
lelagi time musim deghoyan.
Dulu masa kecik²
kat kg aku tu ada ler sebatang pokok deghoyan.
depan umah opah.
belah kiri.

Bila tiba je musim deghoyan.
masa tu kitorg semua pakat balik kg (time cuti sekolah ler).
naik ketapi.. tau ketapi?
tak tau eh..

ni la ketapi (kereta api)
*abaikan gmbr brother ketapi tu ye*
(syok giler naik ketapi ms kecik² dulu² .. korang pernah?)
hahaha..

ok smbg citer..
so bila sampai je kg.
of coz la kan nak mkn deghoyan.
masuk umah je terus nuju "lepo" (tmpt rehat dibuat dr buluh kat blkg umah)
kalau ada rezeki time sampai je umah tu ada la buah deghoyan nye.
kalau tak.. kena ler nunggu buah gugur.

part nunggu buah gugur ni syok giler.
orang yang ada dusun dia kena la pi dusun tu..
bermalam disana.
ngutip buah gugur.
tp kitorang adik beradik tak yah buat gitu.
sebabnya buat pe nak gi dusun.. pokok durian dah terpacak depan umah kan.
(bkn depan umah bebetol.. ada ler dalam 500 meter gitu)
kitorang just standby je kat tingkap..
usha kot ada buah gugur.
kalau tak de gak,
sambil nengok tv telinga kena standby untuk any sound yang berbunyi kat luar umah.
dengar je bunyik
"gedebukkk!!"
maka berlari² la kitorang ke luar umah nak ngutip deghoyannye.
syok betol pengalaman masa tu.

rindu weh!!
sekarang kalo balik Kuale tak leh dah gitu.
bukan sebab dah besar dah tak leh lari gitu.
sebabnya pokok durian kat umah opah tu dah tak berbuah lagi dah.
frust weh.
sob..sob.. sob..


ok dah abis dah flashback nye.
ni cite weekend lepas pulak..

jumaat malam sabtu aku n hubby blk kg.
bawak sekali 3 orang anak buah (3 beradik).
deme pakat dok kolumpo sekarang ni.
keje ada, praktikal ada , belajar pon ada.
kitorang gerak dalam 10.30 malam gitu.
sampai kg jam 1 pagi lebih.
reason balik sebab anak buah hubby kahwin.

pagi sabtu tu lepas je subuh,
aku n hubby keluar umah.
kononnya nak pi beli kuih muih top up breakfast pagi tu.
masa turun je dari tangga umah,
anak buah hubby yang ikut turun sama bersuara;
"ada bau durian la.. sedapnya"
aku masa tu terus menghidu.
mencari bau durian tu.
"perghhhh sedapnya.."
fresh bau durian di pagi hari.
anak buah hubby ni punyalah teruja depa pon dok la melilau cari dari mana datang bau tersebut.
tup tup..
"ayahcu makcu tengok tu..ada durian kat pokok tu"
kitorang pon usha la.
perghhh !!
"banyaknyeeeeeeeee.."
pastu aku cam terkejut n pandang hubby then tanya dia.
"abg kata pokok tu dah lama tak berbuah.. tu ada banyak je buah?"
dulu masa mula² aku jd isteri, hubby ada cite yg pokok durian tu dah lama sangat tak berbuah, so aku pon tak ada la menaruh harapan nak rasa durian kat pokok tu.
so kira macam unbelieveable la pokok tu berbuah semula.


kalau korang yang hantu deghoyan mesti teruja kan????
anak buah hubby aku sampai tahap disuruhnya gegor pokok tu
nak sesangat buah tu luruh.
aku cakap berani buat ah.. kang tak pasal je buah timpa kepala.
hahaha..
kesudahannya sampai waktu kitorang nak gerak balik Kolumpo semalam masih gak tak kedengaran bunyi buah deghoyan tu luruh.
uhukkk!!
frust yang teramat.
tapi aku masih berdoa moga sempat la rasa buah deghoyan pokok tu bila balik kg next time.
hhikkssssss!!

sekian.
meh layan lagu.

Oh kome, deghoyan dah berbunge
Moh kite minang anok dare
Anok dare, anok dare kote
Teman jumpe di Padang Tenggale
(padang Tenggale Bota ye bukan Temerloh huhu kg hubby (Temerloh) padang tenggala gak namanya)

Kate deme, sakit jatuh cinte
Sakit lagi bile jatuh tangge
Kate deme, cinte itu bute
Nasib baik teman tak merabe-rabe

Bile musim deghoyan
Deme mule eksen
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking

Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor

Oh kome, deghoyan udah luroh
Lebih baik cepat pegi suloh
Lambat sikit kome dapat habuk.
Kalau tidor jawabnye tinggey pokok

Duit deghoyan, yang tue nak ke Mekoh
Yang mude gatey nak menikoh
Musim deghoyan banyok sedare mare
Bila nebas , seko tak nampak muke


(sesambil belajar loghta perok. hehehe citer pasal kuching belum draft lagi. harap bersabo.. tengah mood deghoyan ni. ngeee..)

Monday, July 11, 2011

Intro - Kuching, Sarawak.


Kuala Lumpur - Kuching,Sarawak
(1 July - 4 July 2011)

Honeymoon kali ke-3 aku adalah @ Kuching (Kchg), Sarawak.
Yg pertama ke Langkawi, Kedah.
ke dua pula ke Cherating, Pahang.
tiket ke Kchg ni aku book setahun sebelum penerbangan.
masa tu AirAsia ada 'Free seat Promo'
aku book 2 tempat during promo tu.
satu lagi trip insyaallah bulan 10 nanti.
Harga yang aku dapat untuk promo ke Kchg adalah
RM 146.00 untuk 2 orang pergi dan balik.
murah bukan. seorang RM73
dah campur tax RM15/pax.

Why KUCHING?
Aku yang pilih decide untuk ke Kuching ni.
Kalau ikut Hubby dia nak pi Kota Kinabalu(KK), Sabah.
Kenapa Kchg dan bukan KK?

sebabnya :
1- Aku dah pergi KK tahun lepas. So masih baru lagi pulak rasanya.
2- Aku tak pernah jejak kaki ke Sarawak apatah lagi Kchg.
3- Alhamdulillah aku dah berjaya melancong ke semua bandar² penting di setiap negeri di Malaysia ni kecuali di Sarawak. And aku lak dah berniat nak abiskan penjelajahan aku ke seluruh Malaysia. Makanya aku memilih Kchg Sarawak.
4- Aku ada kawan disana. Kawan masa Kolej yang dah lama aku tak jumpa.Nama dia Fadle. Masa dia kahwin aku tak dapat datang kebetulan masa aku kahwin pulak dia tak dapat datang n dia beria² ajak aku jalan² Kchg dgn hubby lepas kahwin.

So..
that's why la aku ke KUCHING!!

and trip ke Kchg ni aku pilih pada bulan July sebab pada 4 July adalah ulangtahun kelahiran hubby aku.
aku tak tahu nak bagi hadiah apa , so belanja dia jenjalan Kchg je la.
lagipun kami punya anniversary jatuh pada 12 June.
so sekali harung je la sambut.
hehehe.. kan jimatttt

ok nak tau citer pasal trip kami ke Kchg?
tunggu entry seterusnya ye.

~ to be continued~




Wednesday, July 06, 2011

IkhlaskaN hati VS IkhlaskaH hati

Lama tak menaip kat blog ni.
dah bersawang.
nama pon laman sesawang kan.
so memang patut ah jd sawang.
hehehe..

Apa khabar rakan² yang masih sudi menjengah di blog aku ni?
harap kalian dalam keadaan sihat dan hidup sentiasa dilimpahi rahmat dariNYA.

Kali ni aku nak share sikit tentang keikhlasan hati.
perkara yang sering bermain² dipikiran aku lately ni.

Kebiasaannya kat opis aku ni bila tiba musim dapat durian runtuh(bonus)
atau nak dekat ramadhan..
mesti ada sesi makan² @ lebih glamernya orang panggil 'Pot Luck'.

Ada yang niat belanja makan untuk semua.
ada yang pulak nak masak untuk kengkawan lantas ajak kawan² lain pot luck then makan sesama beramai².
Itu biasa kan..
dah jadi tradisi kat opis² sekarang ni tak kira la opis gomen or swasta.

Alkisah,
setiap kali timbulnya isu pot luck ni.
aku mesti ada rasa ketidakpuashatian.
sebab apa...?
sebabnya..
aku dah banyak kali dah bengang bila tengok orang lain beria² masak
dan bawak ke opis untuk join pot luck
TAPI..
ada insan lain pula malas nak bawak makanan...
hatta nak beli sesuatu untuk join pot luck tu pun dia kedekut.
Yang dia tahu standby kan perut bila tiba time nak makan.

Aku memang menyampah betol dengan orang macam ni.
serius!!!

Dah lama aku keje kat TM ni.
dah masak sangat dengan perangai manusia macam ni.
Kalau dulu aku ok je..
ikhlas je bangun pagi goreng keropok' mony' tu untuk dibawak ke opis.
Untuk pot luck tu la.
yelah aku bkn reti nak masak untuk orang ramai makan ni.
tapi at least aku ada inisiatif nak bawak makanan instead off makan free je.
kadang kala aku beli buah.
or kekadang buat puding.

Hati aku ni panas je tengok orang² yang dah dipesan untuk bawak makanan tapi dia bawak perut kosong je.
Dah la tu bukan nak tolong kemas ..
lepas makan biarkan je orang yang bawak makanan tu kemas bekas² yang diorang bawak.
Huh!!!
dasar pemalas betol.

Untuk pengetahuan korang..
yang berperangai gitu selalunya orang² yang banyak duit.
yang bergaji besar.

Kalau korang di tempat aku korang panas hati tak?
Mesti tetiba korang jadi cam tak ikhlas nak share food yang korang bawak kan?
dan akhirnya jadi tanda tanya pada diri sendiri.
eh ikhlas ke aku ni???

Aku ada ngadu kat teman² lain di opis ni.
Diorang pon rasa yang sama.
Then kami cuba untuk belajar mengikhlaskan hati kami.
Tapi seksanya rasa perasaan tu bila mana otak masih mengenangkan apa yang dah terjadi.
bukan mudah nak ikhlaskan hati bila hati kita tengah panas.

Haihhh..
tekanan bukan kalau mengalami situasi begini?

Pada korang² diluar sana.
sekiranya perna korang berperangai sedemikian.
Aku harap korang berubahlah.

Kita ni digalak kan bersedekah dan beramal jariah.
Apa salah hulur sikit bukan jatuh miskin pon kalau korang bersedekah.
Malah lagi banyak hasil yang korang bakal dapat.

Kan Allah dah pesan..
banyak kan sedekah.
walaupon masa tu kita kesempitan,
kalau kita sudi share apa yang kita ada dengan orang yang lebih susah dari kita insyaallah kesempitan kita tu tak kan kita rasai.

Ni aku nak pesan sesangat ni kat korang..
amalkan bersedekah dalam kehidupan seharian korang ye.
Bila korang dah biasa amalkan..
korang akan rasai satu masa nanti korang rasa hidup korang tenang je.
Walau tetiba masa tu nanti korang dilanda musibah.
Insyaallah musibah tu dapat korang atasi dengan pertolongan Allah sekiranya korang rajin bersedekah.

Tak percaya?
cubalah dulu.
tapi make sure bersedekah tu dengan hati yang ikhlas.
dan kepada yang betol² memerlukan.
bukan sedekah kat kedai² gadjet.
bukan sedekah kat shopping mall.
hehehe..

till then..
moga hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah.
insyaallah.

Labels