Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 25, 2012

P.U.A.S.A

Kalian puasa tak hari ini?
Dah masuk hari yang ke berapa eh??
hahhh dah tak ingat dah.. sabar je la..
ade ke patut???

Hari ni puasa kita masuk hari ke-5 Ramadhan. Tahun 1433Hijrah.
Alhamdulillah tahniah pada yang dah berjaya berpuasa sampai ke hari ni.
Moga hari ini anda dapat jalani dengan JAYAnya. InsyaAllah

Bagaimana yang dikatakan berJAYA tu?
Adakah dengan hanya tidak makan dan minum dari masuknya waktu subuh sampai masuknya waktu maghrib anda dah dikira orang yang berjaya?

Dulu masa kecik².. memang  pemahaman kita puasa tu adalah bermakna tidak makan dan minum dari subuh ke maghrib.
Adakah pemahaman kita di peringkat umur sekarang ni masih sama?

Seiring dengan peningkatan umur kita yang bertambah kian tahun, seharusnya kita telah lebih memahami istilah puasa itu secara khususnya.

Diperhatikan sekarang ni ramai umat islam yang rasanya tak memahami secara tepat apakah yang di maksudkan dengan puasa. Kenapa Allah menyuruh kita berpuasa?

Kalau kita senaraikan balik rukun islam yang 5, yang pertama sekali menandakan kita ini islam ialah kita WAJIB tahu mengucap 2 KALIMAH SYAHADAH. Bukan sekadar tahu mengucap je, kita kena tahu makna dan yang sebenar tentang ucapan kita tu.

"AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAYAKNYA AKU SEMBAH KECUALI ALLAH S.W.T, DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD S.A.W ITU PESURUH ALLAH"

rules no. 1 sembah Allah!
rules no. 2 yakin Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, utusan Allah untuk menyebarkan agama islam.

so macam mana pula kita nak laksanakan rules no. 1 tu? Sembah Allah, Of courselah yang wajibnya ialah dengan melakukan rukun islam yang ke-2 yakni MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM. Dan sebagai seorang islam yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam maka wajib bagi dia juga untuk berpuasa di bulan RAMADHAN.

so macam mana eh kepada mereka² yang berpuasa tapi tidak bersolat? Mereka² yang sanggup menahan diri dari makan dan minum untuk ber'PUASA' tapi tidak sanggup sujud menyembah ALLAH?

PELIK tak??

Just imagine ye..
Boleh ke kita gerakkan perahu di sungai tanpa pendayungnya? Boleh ke rumah yang dibina setinggi 20 tingkat tak ada lif dan tangganya? Boleh ke kau rasa nak beli bateri untuk smart phone android tapi kau tak ada pon android phone tu. Kau rasa 'cool' tak kau beli 4 biji tayar kereta saja² tapi ketanya kau tak ada pon?  Kau beli untuk diri kau pulak tu. Untuk apa? untuk suka²?

Kemungkinan besar puasa yang dilakukan itu hanya sekadar membiarkan perut mereka kosong tapi tiada ganjaran pahala ke atas puasa mereka itu. Wallahualam.

 --------------------------------------------------------------

zasss... tetiba eh bagi tazkirah lak.. hehe.. sebenarnya bukan apa, aku rasa kesian sangat bila tengok ada di kalangan yang aku kenali terlalu bersungguh² menjalani ibadah puasa tapi solat diabaikan. Ada pulak tu, puasa dan bertarawikh setiap hari, tapi solat 5waktu tak ambil berat, Lambat²kan solat 5 waktu, Solat tanpa penghayatan,

Aku pernah dengar seorang ustaz berkata, solat yang kita lakukan tapi kita tak paham maksudnya, tak ada tokmaninah dalam solatnya, ia umpama solat 'orang gila'. Huisss kasarkan bunyinya. Tapi bila pikir balik, betul jugakan.. Aku terasa gak dengan cakap ustaz tu, dulu aku solat laju gila. Nak cepat aje, Baca laju² langgar tajwid semua, Tokmaninah pon tak paham dulu ape benda tu. tak ke macam orang gila dok tertonggeng terduduk berdiri tapi tak paham kenapa kena buat gitu, hadoiii.. malu betol rasa dengan ALLAH.

Sama²lah kita perbaiki solat kita dan puasa kita moga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Moga amalan kita ini mampu untuk masukkan kita ke syurga tertinggi Allah.

InsyaAllah.


Monday, July 02, 2012

Oh Monday!!

Dear Monday..

Plisssss no blues today.. banyak kerja nak settle ni.. rasa dah sesak nafas tiap kali tengok kalender.. arghhhh... nyesal pon tak guna.. gatal sangat booking tiket padahal tahu bulan² gini aku ada banyak deadline.




Tinggal 5 hari je yang aku ada. Terasa sesak sungguh kepala bila pikir boleh ke tak siapkan kerja ni. Duit pon tak tukar lagi.. nak terkejar sana sini.. sempatkah? dah terasa semputnya.

Boleh pulak hari ni rasa malas datang, rasa mengantuk. Rasa busan. arghhhh!! syuh syuh syuh .. go away ..

Oh ye .. recaps cerita last weekend ; (sempat lagi tu)


-----------------------------------------


Sabtu, aku ke Imigresen, nak renew pasport yang dah kojol. Memula pergi dekat area Sri Rampai dekat Wangsa Maju, budget pergi 7.30 dapat la beratur awal. Orang tak ramai lagi. Sekali sampai² dah ada dekat almost 50 orang beratur. Hadehhh!!!.. Sepatutnya opis Imi tu bukak pukul 8. Jam 8.15 tak bukak² lagi. line makin panjang.. Tetiba aku tengok barisan depan dah kucar kacir.. orang dah keluar dari barisan. Check² rupa²nya diorang kata Imi tak dapat dibuka sebab system down. Haiyoh!!.. sakit jiwa dibuatnya. Incik zam dah ajak balik dah.. Aku lak rasa tak pueh hati. Ajak dia ke cwgn Jln Duta. So kami pon pecut ke Jln Duta. Tempat baru. besar n cantik n aku tengok orang tak ramai.. takde beratur panjang.. yeayyyyy!! Dalam 2 jam pasport aku pon direnewkan. Huhu renew untuk 2 tahun je kali ni. Sebabkan dah berazam tak nak kerap travel lagi.. ngeee

:: snap² @ IMI Jalan Duta. ::

Selesai renew pasport aku ke daerah Sg. Long dekat sebelah Bdr Mahkota Cheras sana, ada janji dengan adik n ipar aku nak tengok rumah Town House yang diorang beli kat situ. Adik ipar aku cakap ada kawan dia dah bayar deposit rumah tapi tak lulus loan. So tengah cari buyer. Incik Zam berminat nak beli. Tapi nak tengok dulu then pikir² lah nak beli ke tak.

Otw balik dari Sg. Long, kwn Incik Zam sms cakap nak datang rumah, kesnya sebab sejak wife dia bersalin sampai la habis pantang, kitorg tak sempat² jengah lagi baby dia. Huahuahuahu amek ko... sampai orang datang umah aku nak tunjuk baby diorang. Hehehe..Kebetulan pulak kawan aku Faiz n Ella pon nak datang rumah nak ambil tshirt Fan Run hari tu.. boleh baca balik entry aku yang dulu..

Just imagine aku kat luar lagi waktu tu.. 2 buah family nak datang rumah aku, Kelam kabut di buatnya. Petang tu Incik Zam pulak ada kelas mengaji. Sampai umah jam 4 lebih, aku terus siap² barang kat dapur untuk masak nak jamu tetamu nanti. Masak baling² je buat mee kuah terengganu. Mudah dan Cepat!!..

Elok je Incik Zam keluar pergi kelas lepas solat Asar, Faiz n Ella pon sampai. Bukan ber3 dengan anak diorang je.. Ber5 rupanya. Adik faiz n anak dia pon ada. Huhuhu.. waktu tu aku baru start nak masak. Hamek ko lagi sekali.. kelam kabut aku di dapur.. sambil layan tetamu n masak. fuhh..

Nak dekat waktu maghrib diorang balik.. tiba² Incik Zam call bagitahu dia dah balik dari kelas, ada kat bawah rumah aku sambil tunggu kawan dia yang baru je sampai kat parking keta. Serangan terus menerus nampaknya. Layan jangan tak layan..tetamu kena dihargai. heee

Balik je tetamu yang ke 2.. Incik zam keluar pulak ambil 2 orang anak buah dia kat station LRT. Diorang tidur rumah aku mlm tu sebab esoknya kami plan nak ke Putrajaya.

Malam tu aku tidur dalam keletihan yang amat.



----------------------------------------------


Ahad, pagi² bangun siapkan breakfast. sandwich n buah²an untuk di bawa sebagai bekalan. Kami nak ke WETLAND PUTRAJAYA, nak berbasikal. Sampai je WETLAND, kaunter tak bukak lagi masa tu, tengok² papan kenyataan, kaunter untuk sewa basikal bukak pukul 9. So kami pon tunggu la about 30minit gitu.. tak bukak² juga kaunter walau waktu tu jam dah lepas pukul 9. Weird huh. Tiba² sorang staff datang bagitahu yang diorang tak dapat nak bukak kaunter sebab semua staff kena kerja dekat Pesta Floria@ Presint 2. Huahuahuahuaa.. hancus plan nak berbasikal. Tak dapat la nak menikmati view dia Tamaan Wetland tu. Terpaksa la kitorang tukar plan. Aku suggest ke Taman lain pulak. Putrajaya tu kan banyak taman.

Satu benda la yang aku tak suka dengan PUTRAJAYA ni ialah, jalan dia & signboard dia yang sangat...sangat ..sangat memeningkan aku. 10 kali dah pergi pon tetap juga aku tak hafal jalan. Marah betol aku pada diri sebab selalunya aku ni seorang yang hafal jalan. Tapi tidak di PUTRAJAYA. uhuk!., masa nak cari jalan ke taman² lain tu, asyik salah masuk simpang je.. padahal dah guna gps .. pun tak jumpa sebab gps aku macam dah pening² juga asyik blink blink je. Ape kes ntah tak boleh locate aku kat mana masa tu. Jadahnya!!

Cari² punya cari tengok² dah sampai kat Presint 2. Nampak orang dah penuh kat situ nak pergi FLORIA. hahahaha sudahnya kami cari parking n turun jejalan kat situ je lah. Hadoiii kelakar betol. Almost 2jam lebih la lepak kat situ. Best jugalah untuk kami yang 1st time ni. Ramai orang, banyak pameran bunga dan hiasan yang menarik. Gerai² makan pon banyak.

:: snap² @ Floria Putrajaya ::

Pukul 12 kami pon gerak. Nak balik tu pon boleh sesat lagi!! Benci betol aku dengan jalan n signboard PUTRAJAYA ni.. serius benci!!.. Kami nak cari jalan ke UKM bangi, nak hantar anak buah Incik Zam, Entah macam mana tiba² dah masuk MEX (highway putrajaya nak ke KL tu). Haiiiihhhh.. Tak pasal masuk KL jap then keluar balik ke arah Selatan ke UKM.

Memang jejalan sungguh haritu.Serik dah aku nak ke PUTRAJAYA!!

Ok la weh.. dah stop dah nak bercerita. Aku kena sambung kerja. hehehe sempat lagi kan curi tulang menaip blog. Ni gegara mood tadek la tadi ni nak buat kerja.


---------------------------------------------

"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kerja ku. Moga dapatlah aku settlekan semua kerja di pejabat sebelum aku bercuti. Moga aku dapat bercuti dengan tenang dan aman. Amin. "


-----------------------------------------------

Labels