Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 03, 2008

layan je la ..

Assalamualaikum sahabat sekalian..

wah intro yg sgt sopan bukan.. hahahaha.. dan dan je ek bulan puasa terus transform jd sopan.. ishk ishk ishk.. esok pas abes ramadhan hilang ah sopan santun ku ini.. ngeee...

Alhamdulillah.. hari ini dah masuk 3 Ramadhan kalendar Hijrah.. maknanya masuk hari ke 3 umat islam di seluruh Malaysia menjalani ibadah puasa.

Masih ingatkah lagi kawan² sekalian.. berpuasa di bulan Ramadhan ini Rukun Islam yang ke berapa?? Rukun WAJIB yang harus kita laksanakan tiap² tiba nya bulan Ramadhan ini.

Dari ceramah yang aku dengar berkenaan 'ZAKAT' beberapa minggu yang lepas, penceramah ada menyatakan bahawasanya sekurang²nya 8 dari 10 hadis menyenaraikan, 'membayar ZAKAT' sebenarnya berada dlm list Rukun Islam yang ke 3. Makanya 'menjalani ibadah puasa' jatuh ke list ke 4 dalam Rukun Islam.

Waktu sekolah dulu kita belajar Rukun Islam yang WAJIB kita laksanakan ada 5 perkara:

Pertama - Mengucap 2 kalimah syahadah
Kedua - Bersolat 5 waktu
Ketiga - Mengeluarkan Zakat
Keempat- Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
Kelima - Menunaikan Haji di Baitullah

(saja nak flashback daya ingatan kita tentang ilmu agama yang kita belajar masa sekolah dulu :p )

huhu..sebenarnya otak aku agak blur semenjak dua tiga menjak ini.. daya ingatan semakin lemah, otak kurang aktif beroperasi.. aku tak dapat nak berpikir dan merancang dengan betul. Bukan kerana berpuasa..salah sama sekali tekaan anda kalau anda pikir aku jd lemah kerana berpuasa! aku sebenarnya masih belum lagi menjalani ibadah puasa untuk kali ini atas faktor masalah wanita yang masih belum selesai.. keh keh keh .. u noe rite what i mean!.

Sekarang ini mood aku dalam keadaan ingin 'bermalasan'. Terasa nak duduk aja dirumah menghabiskan crostich yang tinggal suku saja lagi. Terasa nak mengadap tv dan tidur sepanjang hari. Terasa seperti nak pergi bercuti sahaja..tapi semua itu hanya angan semata-mata.

Update terkini pasal aktiviti aku .. hurmm ape eh.. 2 mlm berturut² minggu lepas aku ke Shah Alam dengan Faiz dan Zana. Mlm pertama kami menjenguk kedai yang dibuka oleh kawan kitorang iaitu incik ijam@gabres. Beliau dan tunang beliau telah mula menceburkan diri meniaga pada waktu malam di kedai yang dibuka di depan 'Anggerik Mall' di bandar Shah Alam. Kedai tu ala² 'uptown n downtown' la kalau kat KL ni. Si ijam ni berniaga pakaian tshirt. Kami kesana atas urusan nak melihat² barang jualan kerna Faiz juga akan mula berniaga di ruang legar opis aku dalam bulan puasa ini. Cadangnya Faiz nak berniaga Parfume dan juga tshirt.

Malam kedua kami ke USJ dulu sebelum ke Shah Alam. Kali ini ditemani seorang lagi kawan dr Melaka- Abg wan. Kami ke USJ untuk mengambil stock tshirt yang bakal dijual nanti. Then dr USJ kami ke Ole-Ole, Shah Alam untuk bermain bowling. Actually diorang ni nak test lane bowling kat Ole² tu, sebab tak lama lagi mereka akan juin tournament yang bakal berlangsung di tempat tersebut.

Alhamdulillah, semalam hari pertama faiz mula berniaga di ruang legar opis aku ini. Tapi kedai dijaga oleh seorang lagi kawan kami- Krizal. Semalam ada gak la barang yang terjual. huhuhu.. test market je dulukan.. kira ok la ada hasil sikit untuk hari pertama. Diorang akan berniaga selama 9 hari..sampai minggu depan la maknanya.

Seronok aku lihat kawan² aku yang menceburi bidang perniagaan ni. Semua orang nak kaya, nak hidup mewah. Ramainya mencari kekayaan dari berniaga. Nak berniaga ni sebenarnya bukan mudah. Sepanjang beberapa hari ini aku dapat belajar sikit cara nak menguruskan perniagaan bila mengikuti kawan² aku ini. Mana nak cari stok untuk berniaga.. mana nak cari tapak nak berniaga.. nak memenuhi permintaan pelanggan.. dan memacam lagi. Dan satu perkara yang paling penting dalam berniaga ialah.. mana nak cari MODAL untuk mulakan perniagaan. huhu..

Apa pun.. aku sentiasa berdoa moga kawan² aku yang berniaga ni akan mendapat hasilnya. Seperkara yang harus di ingat, meniaga ni satu perkara yang menjadi kerjaya dan tuntutan rasulluallah. Tapi jangan jadikan tuntutan ini satu alasan pula untuk kita meninggalkan ibadat² yang wajib kita laksanakan terhadap ALLAH s.w.t.

Akhir taipan, buat sahabat semua.. selamat menjalani ibadah puasa kali ini. Doa aku moga kalian melaksanakan dengan penuh pengertian dan amal. Dalam kita menjalani ibadah puasa ini.. jangan kita lupa solat 5 waktu yang wajib. Apalah gunanya puasa kita tanpa bersolat. Puasa yang kita dapat hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.. tiada pahala kerana perkara yang lebih wajib kita tinggalkan. Oh ye! jangan lupa.. kawal rasa marah anda..banyak kan istighfar juga berselawat dan kawal nafsu anda. Moga tuhan menerima ibadah kita semua. AMIN~!!

Nota awal Ramadhan : sesuatu yang buruk itu pastinya dari kita.. dan yang baik itu pasti dari ALLAH s.w.t.

6 comments:

  1. meniaga JERUK agak agak leh laku tak...

    ReplyDelete
  2. mcm ustazah lak ko ni..
    huhuhuh

    aniwei
    selamat berpuasa =)

    ReplyDelete
  3. shem ..dah berapa ari ko tido..aku ingatkan:(

    hahah

    crossstich ko dh bape % siap

    ReplyDelete
  4. incik anony ^ kalo incik yg jual kompen xlaku.. psl sume masuk dlm perut incik je b-( .. tp kalo sy yg jual kompen laku ..psl.. sume incik beli \:D/

    mynz ^ :|

    cHa ^ mcm je tp bkn :p :)) slmt slmt :x

    wanie ^ tido gak la lebey kurang :)) .. crosstich aku eh.. ermmm suku je lagik.. tp sejak bkn pose ni lom sentuh lg .. xcukup ms nk ngadap.. kalo ngadap kang mo sampai sahor aku xtido :-s

    ReplyDelete

Labels