Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 06, 2011

IkhlaskaN hati VS IkhlaskaH hati

Lama tak menaip kat blog ni.
dah bersawang.
nama pon laman sesawang kan.
so memang patut ah jd sawang.
hehehe..

Apa khabar rakan² yang masih sudi menjengah di blog aku ni?
harap kalian dalam keadaan sihat dan hidup sentiasa dilimpahi rahmat dariNYA.

Kali ni aku nak share sikit tentang keikhlasan hati.
perkara yang sering bermain² dipikiran aku lately ni.

Kebiasaannya kat opis aku ni bila tiba musim dapat durian runtuh(bonus)
atau nak dekat ramadhan..
mesti ada sesi makan² @ lebih glamernya orang panggil 'Pot Luck'.

Ada yang niat belanja makan untuk semua.
ada yang pulak nak masak untuk kengkawan lantas ajak kawan² lain pot luck then makan sesama beramai².
Itu biasa kan..
dah jadi tradisi kat opis² sekarang ni tak kira la opis gomen or swasta.

Alkisah,
setiap kali timbulnya isu pot luck ni.
aku mesti ada rasa ketidakpuashatian.
sebab apa...?
sebabnya..
aku dah banyak kali dah bengang bila tengok orang lain beria² masak
dan bawak ke opis untuk join pot luck
TAPI..
ada insan lain pula malas nak bawak makanan...
hatta nak beli sesuatu untuk join pot luck tu pun dia kedekut.
Yang dia tahu standby kan perut bila tiba time nak makan.

Aku memang menyampah betol dengan orang macam ni.
serius!!!

Dah lama aku keje kat TM ni.
dah masak sangat dengan perangai manusia macam ni.
Kalau dulu aku ok je..
ikhlas je bangun pagi goreng keropok' mony' tu untuk dibawak ke opis.
Untuk pot luck tu la.
yelah aku bkn reti nak masak untuk orang ramai makan ni.
tapi at least aku ada inisiatif nak bawak makanan instead off makan free je.
kadang kala aku beli buah.
or kekadang buat puding.

Hati aku ni panas je tengok orang² yang dah dipesan untuk bawak makanan tapi dia bawak perut kosong je.
Dah la tu bukan nak tolong kemas ..
lepas makan biarkan je orang yang bawak makanan tu kemas bekas² yang diorang bawak.
Huh!!!
dasar pemalas betol.

Untuk pengetahuan korang..
yang berperangai gitu selalunya orang² yang banyak duit.
yang bergaji besar.

Kalau korang di tempat aku korang panas hati tak?
Mesti tetiba korang jadi cam tak ikhlas nak share food yang korang bawak kan?
dan akhirnya jadi tanda tanya pada diri sendiri.
eh ikhlas ke aku ni???

Aku ada ngadu kat teman² lain di opis ni.
Diorang pon rasa yang sama.
Then kami cuba untuk belajar mengikhlaskan hati kami.
Tapi seksanya rasa perasaan tu bila mana otak masih mengenangkan apa yang dah terjadi.
bukan mudah nak ikhlaskan hati bila hati kita tengah panas.

Haihhh..
tekanan bukan kalau mengalami situasi begini?

Pada korang² diluar sana.
sekiranya perna korang berperangai sedemikian.
Aku harap korang berubahlah.

Kita ni digalak kan bersedekah dan beramal jariah.
Apa salah hulur sikit bukan jatuh miskin pon kalau korang bersedekah.
Malah lagi banyak hasil yang korang bakal dapat.

Kan Allah dah pesan..
banyak kan sedekah.
walaupon masa tu kita kesempitan,
kalau kita sudi share apa yang kita ada dengan orang yang lebih susah dari kita insyaallah kesempitan kita tu tak kan kita rasai.

Ni aku nak pesan sesangat ni kat korang..
amalkan bersedekah dalam kehidupan seharian korang ye.
Bila korang dah biasa amalkan..
korang akan rasai satu masa nanti korang rasa hidup korang tenang je.
Walau tetiba masa tu nanti korang dilanda musibah.
Insyaallah musibah tu dapat korang atasi dengan pertolongan Allah sekiranya korang rajin bersedekah.

Tak percaya?
cubalah dulu.
tapi make sure bersedekah tu dengan hati yang ikhlas.
dan kepada yang betol² memerlukan.
bukan sedekah kat kedai² gadjet.
bukan sedekah kat shopping mall.
hehehe..

till then..
moga hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah.
insyaallah.

3 comments:

  1. sound direct jek lenkali dorang tu. ampes nyer mentaliti huh.. eh emo :))

    ReplyDelete
  2. saket jiwe jek kot ade org mcm ni
    byk duet pon pelokek
    huh...
    sabo chem..sabo...
    aku tau ko ikhlas.. ;)

    ReplyDelete
  3. myn : kalo min ade mesti kin dah mtnk tlg min soundkan =))

    cha : sbnrnye dlu ok je.. tp skrg mcm makin melampau lak rasa. hahah xpe xpe.. aku masih cool ekekeke

    ReplyDelete

Labels