Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 01, 2011

Belajar


Syukur Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam buat nabi junjungan yang tercinta.

Kadang kala terbit rasa malu pada diri ini.
Umur dah melangkau 30 tahun.
tapi lebih banyak aku pelajari tentang agama aku sendiri,
lebih banyak aku discover yang BANYAK sungguh aku tak tahu dan kena belajar.
Penat?
Bosan?

Oh tidak sama sekali!!..
selagi masih dikurniakan umur yang panjang,
selagi roh masih belum ditarik oleh Izrail,

insyaallah..
aku akan teruskan perjuangan ini.

kalau kita boleh berusaha untuk pelajari sesuatu yang baru tentang pekerjaan kita,
kalau kita boleh berusahan untuk pelajari adat dan resam kita,
kalau kita boleh berusaha untuk belajar memahami tentang pasangan kita,
kalau kita boleh berusaha untuk belajar tentang perkara² baru yang ada di sekeliling kita..

kenapa kita tak boleh berusaha untuk mempelajari lebih lagi tetang kitab suci kita?
Al Quran Nur Karim.
kenapa kita tak berusaha untuk mempelajari As Sunnah yang di tinggalkan oleh rasul kesayangan kita?

kalau kita boleh berusaha cari maklumat di ruangan maya tentang tempat² pelancongan, makanan yang best, pakaian yang murah, permainan online yang baru, kawan baru,
KENAPA kita tak boleh berusaha untuk cari dan pelajari ilmu² agama kita?

Kenapa kita biar kan diri kita terus²an tak tahu mengaji sedangkan kita punya duit untuk ambil kelas mengaji instead off kita sambung belajar diploma, degree n so on.
Kan banyak duit kena pakai tu.

Kenapa kita biarkan diri kita terus²an tak tahu solat sedangkan banyak panduan solat dijual dia kedai² buku.
Beli majalah wanita, remaja, boleh pulak kita.

Sekarang macam² kemudahan ada, kenapa kita tak gunakan kemudahan internet kita untuk mendengar bacaan al quran dan sekaligus mempelajari al quran daripada kita asyik menghadap facebook, twitter, baca surat khabar online dan sebagainya.

Umur bukan penghalang kita.
Masa juga bukan penghalang kita.
Kita sendiri yang menghalang diri kita.

Belajar la,
belajarlah selagi punya waktu,
selagi punya kesempatan,
laburkanlah duit kita untuk mendekatkan diri kita dengan yang maha esa.
kita tak kan rugi sesen pon jikalau kita buat sedemikian.
malah kita akan rugi lebih banyak jika kita bazirkan ke jalan yang tidak berpaksikan Allah.

Bila sudah belajar,
sharekan ilmu tu,
jangan rasa takot untuk mengeluarkan pendapat dan ilmu,
kalau salah mungkin kita boleh perbaiki.
jangan malu dengan usia kita,
jangan malu dengan ketidakkemampuan kita.
dan jangan memandang rendah dengan kemampuan dan ilmu orang lain.
kerana pasti ada yang lebih bijak dan bagus dari kita.

Allah itu maha kaya,
Allah itu maha mendengar,
Allah itu maha melihat,
andai hati ikhlas ke jalan Allah.
andai hati inginkan keredhoan Allah.
InsyaAllah, Allah owes be there.


4 comments:

  1. luasnya ilmu ni kalau nak dicari. sejarah Nabi,sahabat-sahabat Nabi. Ilmu tajwid, bahasa Arab...

    ReplyDelete
  2. tholabalilmu minal mahdi ila lahdi
    (Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

    dah tua2 ni pun rasa banyak gi xtau..huhuhu

    ReplyDelete
  3. chiku~ aha skrg aku tgk bc buku 25 rasul.. tgh part nabi yusuf. syok btl buku tu.. byk btol dpt belajar.. dr rasul kecil sampi meninggal.

    dibah ~ teringin nk bljr bhs arab.. tu lah dah makin tua makin rasa kerdil.

    ReplyDelete

Labels