Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 16, 2011

1000 Bayangan


Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi


korang tau tak ni apa?
ni adalah sebuah lagu.
tajuknya SERIBU BAYANGAN.
lagu yang di nyanyikan oleh kumpulan rock 90an DAMASUTRA ni,
hingga kini lagu ni masih popular.
dan yang pasti selalu dalam ingatan aku.
kadang kala aku secara tiba² teringat dan menyanyi.
cam berhantu la pulak kan lagu ni...
muahahahahahahaha..
tapi dalam lagu ni tak de ye jeritan hantu.. hee

tapi seriuslah weh.
lagu ni best.
walaupon aku kekadang pening nak pikir lagu ni ditujukan untuk siapa sebenarnya??

papepon,
lagu ni pada aku punya maksud yang sangat mendalam dan BERMAKNA.
dannnnnn
melodinya indah sekali.
tak caya cubalah hayati lagu tu.

layannn..



banyak tanya :: apa eh dlm terang ia sembunyi??

4 comments:

  1. Bukan mudah mencari kasih abadi
    Dalam terang ia sembunyi

    maknanya, entah2 cinta yg selama ni dicari memang ada depan mata, cuma kita tak tau n tak nampak...

    itu intrepetasi aku... tapi lagu lama2 jugak yang best. lagu2 sekarang rasa mcm dah byk mengarut dah. casual sgt. takde lirik dan penghayatan yg boleh layan macam lagu2 zaman ziana zain, zamani, damasutra, exist segala nih... bagi pendapat aku la...

    cuma lagu abang nuar zain je yg still leh layan jiwang n menusuk kalbu. bagi pendapat aku la...

    ReplyDelete
  2. owhhh..
    logik juga ye interpretasi ko.
    logik logik..
    selalunya kita xnmpk yg dpn mata sbb kita asyik cr benda yg kita tak nmpk je. hehehe
    so kalo cr sesuatu kena cr dgn mata hati gak.
    hurm..

    btl la kata ko..
    mmg skrg ni xbyk lagu berkualiti.
    lbh kpd hiburan ..
    tak ada selit sgt nasihat or makna yg bgs.

    ahah mmg lagu anuar tu lirik mantop

    ReplyDelete
  3. berjiwang di hujung petang naaammpaakkkk ??
    bukan maeeeennnnn

    *walau aku dah follow kau
    tapi aku msh tak dapat update kau
    kenape? kenape? kenape?
    tak up-to-date la aku..
    huwaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. hahaha..
    sekali sekala..
    tp selalunya bila dgr lagu aku relatekan dgn Allah.

    *cuba ko unfollow n follow blk.. aku pon musykil..

    ReplyDelete

Labels