Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Voucher



Aku nak sambung cerita pasal SGDL.
maaflah mood tengah malas nak menaip pulak sehari dua ni.
tapi aku gagahkan juga untuk sambungan entry haritu.

sebulan yang lalu,
aku n incik Nizam ke Mid Valley.
kami pegi pameran hartanah.
dapat tau pasal pameran ni pon ketika dok ilang alik pergi balik kerja lalu kat federal highway nampak lak banner pasal pameran tu.

since kami ini tergolong dalam pasangan² yang sebok mencari rumah untuk dibeli.
maka kami tak mau la lepaskan peluang ni.
walaupon hakikatnya kami tau dah pasti hasil ke pameran tu akan mengecewakan.
tapi kami pergi gak.
kenapa aku cakap pameran tu akan mengecewakan?

sebabnya kitorang tau..
pameran tu selalunya berat sebelah.
pemaju yang join pameran semua jual rumah yang harganya 250k n above.
max cecah sampai 1juta ok.
melampau mahal!!!
kalau ada pon yang murah harga range dalam 160k -200k (murah ke????).
tapi rumah dihujung² kolumpo ni.
adoiyaiii..

gilos betol.
memang tak mampu la kami nak beli itu macam.
kami bukan boleh beli umah ikut suka hati pemaju je.
kena pikir faktor kawasan, kemudahan, jarak dengan opis n harga yang berpatutan.

tengah jalan² kat pameran tu,
kami tertarik dengan satu booth ni.
salesperson kat booth tu cakap diorg jual "RUMAH BERGERAK".
hah!!
terkejut kan..
rumah apa pulak la bergerak² ni.
caravan ker? hehe
tidak sama sekali.

sebab dengar cam pelik je kami pon berhentilah kat booth tu untuk dengar apakah "RUMAH BERGERAK" ni

so bila dah dengar salesperson tu pot pet pot pet panjang lebar,
barulah kami tahu..
rupanya diorg dok promosi jadi member club (MC) syarikat yang terlibat dengan aktiviti pelancongan.
kalau sapa join jd MC dia akan dapat harga murah bagi setiap hotel yang ada dalam list yang diorang provide.
menarik eh?!
keahlian seumur hidup pulak tu.
so tiap tahun MC akan dapat dalam setahun, 14malam boleh tidur kat hotel² tersebut.
14malam ni kira macam ni la..
contoh bulan 2 korang bercuti, so korang amek 5malam..
then bulan 5 bercuti lagi amek 5malam..
sampai hujung tahun habiskan 14malam.
percuma!!
then kalau korang tak nak berjalan sangat tahun depan contohnya,
korang boleh hadiahkan malam² kat hotel tu kat kawan²/family.
menarik bukan!!!

menarik bagi orang yang suka melancong macam aku!!
hehehe..
tu yang aku boleh dengar salesperson tu dok pot pet pot pet sampai abis tu.
sebab dengar pasal benda yang aku suka.
hahahahahaha

TAPI!!

bab yang tak bestnya ialah...
harga MC tu mahal bebenor.
dah la bayar bulanan dalam RM300 tak silap aku (dah lupa berapa exact harga)..
pastu kena bayaran yuran untuk seumur hidup tu pulak yang cecah 30k.
huhhh.. cekik darah.

nasib la aku tak tertipu.
dok explain pasal melancong je..
tak cerita pasal yuran langsung mula².
dah hujung² baru cerita,
nasib aku bijak mendengar.
tak cepat terpengaruh.

so hasil dari mendengar salesperson tu bercerita,
aku dihadiahkan,
voucher 3H2M penginapan dia Swiss Garden.
kami boleh pilih nak kat Kuantan atau Damai Laut.

so lepas aku gugel,
Damai Laut la yang paling cantik.
dan dekat dengan Pangkor n Pekan Lumut.
so boleh berjalan banyak tempat.
rumah maksu aku pon dekat je dengan SGDL tu ..,
kalau Kuantan tu macam bosan je sebab bari balik dari Cherating.

Voucher valid 3bulan dari tarikh,
tak boleh pergi time public holiday n cuti sekolah,
dan hanya boleh stay dari Ahad hingga Khamis.
hampehkan..
jawabnya kena amek annnual leave aku la.

kami plan nak pergi bulan 1 ni.
harap semua berjalan lancar.
InsyaAllah.

pada korang kalau korang pernah dapat call ke atau pergi pameran ada orang nak cerita pasal jadi member club pelancongan ni,
korang jangan la terus kata tak nak..
korang pergi je dengar.
pastu korang cakap
"sorry not interested.. i just interested with the voucher. Just gime the voucher."
hahahahahahaha...
ingat tau..
siapa tau luck korang dapat voucher lagi grand dari aku.

~Salam Maal Hijrah 1433 buat kalian semua~







2 comments:

  1. wawawawa...
    percumaaaa
    best aaahhhh
    cemburu ai..
    3h2m lagi...
    oohh yeaahh...!!!!!!
    byk btol jalan2 thn dpn
    cemburu ai....

    ReplyDelete
  2. yeeee
    percuma penginapann..
    tak sangka rezeki dpt voucher tu.
    sbb masa memula tu xdek la dia ckp dpt voucher.

    hehehe

    xdek la byk weh..
    baru 4 je dlm plan :P
    heheheee

    ReplyDelete

Labels