Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Selamat tinggal


Selamat tinggal 2011.

Tahun yang penuh dengan keseronokan.
Tahun aku mengenal diri.
Tahun aku sedar yang aku ini sebenarnya insan yang sangat lemah.
30 tahun aku diberi nafas untuk hidup.
Terlalu banyak waktu telah aku sia²kan.
Terlalu banyak perkara yang sia² telah aku lakukan.

Allah telah membuka mata dan hati aku.
Sesuatu perlu aku lakukan untuk kembali kepadaNYA.
Cukuplah 30 tahun yang berlalu telah aku sia²kan.

Aku ingin berubah.
Aku mahu jadi hamba yang diredhai ALLAH s.w.t
Umat Nabi Muhammad S.A.W yang patuh pada ISLAM.
Jadi saudara sesama islam yang sering berkongsi ilmu, saling membantu dan mengingati sesama insan.
Jadi wanita dan isteri yang soleha.

Moga aku masih punya waktu di tahun hadapan dan tahun² yang akan mendatang.
Untuk aku perbaiki diri.

Moga ada kesempatan untuk aku mendapat keredhaan illahi.
Meneruskan kehidupan sebagai seorang mukmin yang sejati.

InsyaAllah.

Wednesday, December 28, 2011

Jalan² Pantai Timur




Kuala Lumpur ----> Temerloh ----> Kuala Berang ----> Tasik Kenyir ---->

Kuala Terengganu ----> Temerloh ----> Bentong/Raub ----> Kuala Lumpur




Tuesday, December 20, 2011

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Firstly before aku bercerita, aku nak komen pasal blogspot yang pelik sejak minggu lepas. Since jumaat lepas aku tengok blogspotnya bahagian "posting" dia dah berbeza. Dah tak banyak button. Pelik !! Mula aku ingatkan aku je kena begitu. But, Sunday hari tu juga, Zana telephone sebab nak bagitahu masalah yang sama. Means, bukan aku sorang je lah yang menghadapinya. Serius aku rasa tak best tentang ini. Even nak edit dekat html pon tak boleh. Ape kes??? EH korang begitu jugakah??? Ke aku n Zana je?


Semalam aku menghadiri ceramah di Dewan Serbaguna TM. Ceramah bertajuk "TANYALAH USTAZ" yang disampaikan oleh USTAZ AZHAR IDRUS. Penceramah bebas yang sangat terkenal sekarang ini. Yang membawa satu fenomena baru dalam perkembangan dan penyebaran Agama Islam di Malaysia pada zaman ini. Since topicnya adalah "TANYALAH USTAZ". So Ustaz Azhar tidaklah memberi ceramah. Apa yang terjadi ialah, para hadirin yang hadir yang mengutarakan soalan dan Ustaz Azhar akan menjawab setiap persoalan tersebut. Dalam tempoh hampir 2jam, sebanyak 20 soalan berjaya dijawab dan diuraikan oleh Ustaz Azhar. Aku ada salin setiap soalan dan jawapan tersebut. Sebelum aku share dengan korang apa soalan dan jawapan tu, meh layan gambar dulu.


:: inilah Ustaz Azhar Idrus a.k.a Ustaz You Tube ::


:: Hadirin wanita yang duduk atas tikar di bahagian depan ::



:: Hadirin wanita pula. Seperti biasa sentiasa datang awal untuk dapat tempat duduk atas kerusi. Aku dapat duduk atas tikar belakang diorang ni je ..ngeee ::



:: Hadirin lelaki. Yang tak pernah² seramai ini bila pergi ceramah. Tapi kali ni diorang yang memenuhkan dewan ::


:: Tengok la hadirin sampai duduk dekat stage kalau boleh nak duduk sebelah ustaz. heheheh (serius lagi berkat tau) ::




:: Pemberian cenderahati buat Ustaz yang disayangi ramai ::


:: khusyuk mendengar ::


:: Dapat duduk di air pancut pon jadilah ::



:: Mereka ni yang datang lambat. Terpaksa berdiri diluar dewan. Aku kagum sebab mereka sanggup tunggu sampai habis. ::

Tu je gambar yang aku dapat. Ada kawan pejabat incik Nizam bertanyakan video ceramah haritu. Tapi aku tak ada rakam. Nanti aku akan share tentang soalan & jawapan haritu ye.

Monday, December 19, 2011

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Friday, December 16, 2011

Ini kisahnya..

Disuatu subuh yang hening,ketika itu waktu baru saja masuk ke pukul 6pagi. Alarm handphoneku berbunyi menandakan telah masuk waktu untuk bangun pagi menguruskan diri untuk ke pejabat. Seperti biasa aku bangun dulu, selesai mandi baru aku kejutkan suamiku. Disebabkan aku cuti solat, sesudah selesai mandi aku terus ke ruang tamu untuk mengosok bajuku.Baju suamiku sudah siap aku gosok pada hari sabtu yang lalu sebanyak 20helai.Senang tak perlu gosok bajunya untuk sebulan nanti.

Sesudah suamiku selesai solat, dia ke ruang tamu dan berpesan kepada aku, "cepat sikit ye, hari ini kita gerak awal". Aku terpinga² seketika, lantas kemudian berkata di dalam hati " Oh hari ni nak beli roti canai di Pantai Dalam sebab ada kakak di pejabat aku kirim semalamnya. Sambil mengosok baju aku menonton tv bersama suamiku tanpa ku sedari jam sudah mencecah 7.15pagi.

Terkejut aku seketika tidak menjangka cepat pula waktu berlalu. Lantas aku segera menyiapkan diri. Pakai baju, pakai seluar, pakai tudung, tutup kipas, tutup lampu bilik dan terus ke ruang tamu. Waktu itu aku lihat suamiku sudah berada diluar rumah. Sudah ingin ke bawah untuk menghidupkan enjin motor.

Sewaktu aku sudah keluar rumah dan ingin tutup pintu,aku mengingat kembali sekiranya ada apa² yang tertinggal atau belum aku selesaikan di dalam rumah dan kemudian membaca Ayatul Qursi mohon Allah agar menyuruh malaikat menjaga rumah sewaktu ketiadaan ku. Ketika menuruni tangga, ke tingkat bawah, hati aku merasa seperti ada sesuatu yang aku tidak lakukan sebelum menutup pintu tadi. Tapi aku membiarkan sahaja perasaan itu berlalu.

Sewaktu tiba di parkir motor, suamiku sudah bersedia untuk bergerak, terus aku naik motor dan baca doa. Motor pon bergerak.Ketika sudah melepasi pagar, aku rasakan sesuatu yang tak kena pada diri aku ketika itu. Aku pegang tudung. Seperti terasa longgar sahaja kemasan pin tudungku. Aku cuba betolkan tapi tetap juga rasa sesuatu yang tidak kena. Rasa seperti angin banyak masuk ke tudung ku. Dari tempat duduk belakang aku cuba jenguk ke cermin sisi motor di hadapan. Aku lihat tudung ku cantek saja terletak. Ketika sampai di trafic light yang ke dua, lebih kurang 300meter dari rumah, aku tersedar yang sebenarnya aku tidak memakai topi keledar!!Terkejut sungguh aku ketika itu. Lalu aku menjerit memberitahu suamiku untuk berpatah balik.

Sepanjang perjalanan balik rumah, aku dan suami tak henti² ketawa. Macam mana aku boleh lupa untuk menyarung topi keledar. Dan aku tidak sedar langsung yang aku telah menyalahi undang² jalan raya. Aduhhhhh.. malu sungguh rasanya ketika sepanjang perjalanan untuk sampai di rumah. Aku malu kalau ada yang perasan aku tidak memakai topi keledar. Aku malu sekiranya guard di pondok aparment rumah aku tu perasan yang tentang keterlupaan aku. Dan di saat itu aku tersangat la berusaha untuk menyorokan kepala ku ke dalam leher seperti turtle. Hahahahahahahhah aku takut ketika tu sekiranya polis yang sering berkeliaran dengan motor menahan aku kerana menyalahi undang². Haihhhh nasib la aku sempat tiba dirumah dan mengambil semula topi keledar yang tertinggal dirumah. Dan sepanjang jalan seterusnya kami tak henti² ketawakan perangai aku yang boleh terlupa ni.

Thursday, December 15, 2011

Hijrah

Aku nak cerita pasal aku. Bukan niat untuk riak. Tolong jangan sesekali pikir sedemikian. Aku jujur ingin berkongsi dengan kalian semua. Niat hati hanya mengharap sedikit sebanyak kalian juga akan turut seperti aku, malah biar lebih baik dari yang aku cuba lakukan ini. Ini kisah aku yang tiada niat untuk mengutuk, memperli, atau menguriskan hati orang lain. Mohon kalian baca tanpa prejudis.

Aku dilahirkan dari keluarga yang biasa² sahaja. Yang ilmu agamanya tidak mendalam mana. Sejak kecil aku dikerah untuk mengaji di surau, untuk solat 5 waktu sejak masuk alam sekolah rendah. Aku dulunya seorang yang suka menipu. Bila di suruh solat, aku masuk bilik air, tapi tak ambil wuduk pon. Bila masuk bilik aku bentang sejadah, pakai telekung, melakukan pergerakan solat tapi tak baca apa pon.

Pukul 2 petang ke kelas mengaji, bila waktu mengaji aku dan kawan² buat pertandingan siapa yang cepat khatam dulu. Makanya aku menipu lagi, bila hari ni baca sampai page 400, esoknya bila ustazah suruh sambung bacaan aku terus ke page 405. Bila di sekolah ada program solat beramai² aku ikut serta. Tapi aku solat mata curi pandang orang lain. Aku hanya belajar solat dalam buku "Mari Sembahyang" (karangan Ahmad Sonhadji Mohamad, beliau dah meninggal dunia pada 2010).

Waktu kecil aku suka bermain dan menonton tv. Aku suka beli "tikam" . Kecil² dah belajar main judi bukan. Aku pernah jadi kepala kutu waktu sekolah dulu. Waktu darjah 4. Tapi aku menipu kawan² aku. Aku makan duit diorang. Kesian mak aku terpaksa bayar balik. Aku pernah bukak almari mak aku untuk curi duit yang mak aku sorok. Bulan puasa, aku pernah je minum air waktu masuk bilik air. Kadang kala aku curi² minum air di dapur bila orang tak nampak aku. Bila kenang² perangai aku waktu sekolah rendah dulu memang aku sendiri rasa tak sangka.

Masuk sekolah menengah form 1, Ustazah aku selalu perli² budak sekolah aku yang tak pakai baju kurung dan tak pakai tudung. Ustazah kata nanti rambut kena gantung kat dalam neraka. Memang seram bila dengar ustazah cerita. Suatu hari di sekolah, waktu tu hujung tahun, sekolah dah nak tutup. Masa form 2. Aku lepak la dengan kawan² dalam kelas. Tetiba aku tertinjau kesemua kawan aku waktu tu kami semua pakai baju sukan. Dan aku realize yang aku sorang je dalam kelas tu tak pakai tudung.Tetiba aku rasa malu. Aku niat masuk form 3 aku nk bertudung baik di sekolah atau luar sekolah. Masa tu la permulaan aku bertudung untuk menutup aurat.

Bila masuk kolej di Melaka, aku berubah sikit demi sikit. Di hostel, aku amalkan malam jumaat baca surah yaasin. Tiap hari lepas solat maghrib baca al quran. Tapi aku selalu kena tegur dengan sorang junior aku ni, aku baca salah, aku tak boleh baca sebenarnya kalau salah sebutan dan bacaan. Aku kena belajar mengaji semula. Aku sedar, aku malu masa tu, tapi aku tak marahkan junior aku tu. Malah aku sangat berterima kasih sebab dia berani tegur aku walaupon aku ni pangkat senior dan ketua rumah di hostel aku.

Setahun di kolej, aku dilantik sebagai "Naqibah'. Seminggu sekali aku kena bagi tazkirah dalam program usrah di rumah² kawan² sehostel. Masa tu memang aku pelik sangat. Macam mana aku boleh terpilih jadi Naqibah ni. Aku ni memang tak pernah pon tunjuk contoh sebagai seorang yang punya pengetahuan agama yang tinggi. Bila pikir balik ketika itu, Allah sedang memberi hidayah dan peluang pada aku untuk berubah. Untuk lebih mendalami agama islam yg syumul ni. Tapi biasalahkan Allah tak bagi kesenangan pada umat dia tanpa halangan. Halangan aku ialah kawan² sekeliling aku sendiri. Yang tidur sebantal makan sepinggan. Mereka ini merokok, khalwat, mengamalkan seks dengan pasangan, gugurkan kandungan, masuk kelab malam.. Ya Allah beratnya dugaan aku masa itu. Aku cuba untuk tolong apa yang daya tapi masa tu hati remaja mereka mudah terpengaruh dengan syaitan lebih dari mendengar nasihat orang lain.

Pertama kali bekerja di pejabat, aku dengar rakan² di pejabat aku belajar mengaji pada hari jumaat di kg baru. Masa tu pejabat aku di sime darby sebelah cosmopoint Jln raja Laut. Aku teruja dan terlintas nak ikut serta. Tapi sayangnya tempoh kerja aku di situ tak lama. Baru je pasang niat aku diberitahu kontrak aku dengan company tu akan tamat hujung tahun. Bermula la pencarian kerja aku di tempat lain. Kejap di Setiawangsa, kejap di Wangsa Maju dan akhirnya aku dikurniakn rezeki di pejabat sekarang di TM. Syukur atas rezeki yang Allah beri ini.

AKu suka kerja di TM. Di sini, pada aku saham dunia dan akhirat dapat sama rata. Di TM kerap di adakan ceramah² agama di surau dan di dewan serbaguna. Macam² penceramah yang terkenal datang. Paling kurang setiap bulan pasti ada ceramah perdana. Ada rakan² sepejabat yang ajak turut serta dalam kelas mengaji, kelas bahasa arab dan pengajian hadith. Sepanjang 8 tahun bekerja di TM, banyak ilmu agama yang aku belajar secara tidak langsung.

Dari seorang yang suka mendengar lagu² barat yang melalaikan dan tak memberi makna aku beralih mendengar zikir² dan lagu² ketuhanan yang membuat aku sering ingat kepada pencipta aku dan rasul kesayanganku.

Dari seorang yang dulunya pakai tudung tapi pakaian masih menampakkan bentuk tubuh dan aurat yang lain, aku berusaha sikit demi sikit berubah secara total. Ramai rakan² di pejabat ini yang aku lihat menutup aurat dengan sempurna. Aku amat kagum bila melihat mereka² ini. Aku ingin jadi seperti mereka juga.

Aku sedang cuba untuk menutup aurat dengan sempurna. Aku nak pakai tudung yang tidak menampakkan rambut. Aku nak pakai baju yang labuh dan longgar Aku nak pakai stokin untuk tutup kaki aku yang selama ini aku biar terbuka. Biar la orang kata aku ni macam ustazah, biar la orang perli mengatakan aku dah berubah jadi alim, biarlah orang memandang aku sinis. Aku akan buat tidak peduli.

30 tahun aku diberi kesempatan hidup di bumi yang sangat indah ini. Di kurniakan anggota yang sempurna. Dilahirkan dari keluarga yang sederhana tapi bahagia. Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Aku jadi sangat malu pada Allah bila kenangkan sifat dan perangai aku 30 tahun yang telah berlalu. Sungguh aku ni tidak bersyukur. Membiarkan diri leka dan lalai dengan perintah yang Allah telah tetapkan.

Lately ni aku sering terpikir akan MATI. Seram bila baca lihat cerita "Tanah Kubur" di oasis. Apa pula nasib dan bahagian aku nanti? Cukup ke amal aku sekarang ni untuk cover balik segala dosa² yang aku pernah buat dulu? Moga aku dikurniakan kesempatan lagi untuk teruskan perjuangan dan penghijrahan ke arah menjadi umat islam yang taat dan patuh dengan peraturan Al Quran , Sunnah dan hadith yang di turunkan oleh Allah S.W.T . kepada rasul kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Selagi nafas yang dikurniakan Allah ini tidak berhenti.


KFC oh KFC



Aku memang sakit hati dengan KFC.
Sangat sakit hati.
Aku adalah salah seorang yang sangat frust kerana tak sempat merasa
FREE DOUBLE ZINGER BURGER KFC.
hampehhhh..

Baru je dapat kupon tu semalam.
baru je berangan nak makan esok tengah hari..
baru je tunjuk kat Incik Nizam kupon tu..
tetiba dapat tahu semalam jugak yanggggg.....


memang menyakitkan hati sungguh!!
"Wei KFC ko memainkan perasaan orang ni apesal!!!"

Aku dah pandang KFC ni macam RTM n DIGI dah.
Sebab apa??
Sebab diorang ni cuba untuk jadi yang the best tapi selalu gagal.
Tak caya cuba korang tengok,
RTM kalah dengan TV3
DIGI kalah dengan Maxis
dan yang pasti
KFC kalah dengan MCD.

Diorang berusaha untuk berubah menjadi lebih dinamik lebih maju lebih terkenal.
Tapi selalu gagal!!!

Ni pandangan aku la.
Pandangan korang aku tak tahu ye.



Wednesday, December 14, 2011

Istighfar

Istighfar (meminta ampun) dan taubat



Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:



Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

Astaghfirullah rabbal baraya
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafia
Wawaffiqli amalan maqbula
Wawa habli rizqan wa-sia
Watub alaiya taubatan nasuha.

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Monday, December 12, 2011

Di mana DIA dihatiku

Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”

Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin..

Petikan penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Friday, December 09, 2011

AIRASIA




AIRASIA (AA)sebuah nama besar yang sangat terkenal di MALAYSIA.Sebuah syarikat yang menawarkan tambang murah kepada sesiapa saja yang sangat berminat melancong ke dalam negera dan luar negara menggunakan kapal terbang. Tagline AA"Everyone can FLY" pada aku memang sangat² betol dan tepat.YEP!! everyone can fly now wit AA...janji ada duit la..heheheee

cerita pasal aku dan AA ni;

Aku nak mula dengan 1st perbangan aku with AA...
Kejadian berlaku pada tahun 2007. One fine day, saat aku berada di pejabat,sedang buat kerja,tetiba dapat satu panggilan. Dari one of kawan rapat aku, Incik Fadli. Dia cakap dia teringin nak pi Bangkok. Kebetulan hari tu tengah ada promosi AA. Dia tanya aku nak pergi tak jalan² ke Bangkok. Kalau aku nak, aku ajak la sorang kawan perempuan dan dia akan ajak sorang kawan laki. Cukup je la 4orang. Tak payah ramai² katanya. So aku pon dalam keadaan terpinga² pon bersetuju.

Terpinga sebab aku tak pernah pon selama ini melancong ke luar negara. Tak pernah naik kapal terbang. Masa tu aku macam kena pukau pon ye. Hahahahah terus setuju dalam masa beberapa minit sahaja. Spontan!! Dan masa tu nama pertama yang muncul untuk aku ajak ialah Cik Intan Suhana. So dari situlah 1st time aku booking tiket online @AA. Aku ye kena book tau. Incik Fadli tu tukang bagi idea je. Ceh!!. Mula² tu memang terkapai² juga la nak booking tiket. Manalah pernah seumur hidup aku booking tiket online untuk kapal terbang ni. The rest is history!!

Sejak itu, booking tiket AA ni dah jadi rutin aku setiap tahun. Itu pon sebab aku pikir, aku dah buat pasport for 5 tahun (masa tu tak ada lagi boleh buat pasport setahun) tak kan la aku nak berjalan sekali je kan. Tu yang tiap tahun aku set yang akan kena terbang untuk penuhkan pasport aku tu. hehehe. Dan setiap tahun bermula dari 2007 tu aku berjalan mesti nak booking tiket AA. Sebab tiket dia sangat murah. Gila murah la pada aku. Bukannya aku tak teringin nak naik MAS tapi aku rasa macam tak mampu je. Aku ni hanyalah budget traveller.

Sepanjang terbang dengan AA, aku hanya terbang area Malaysia, Thailand & Indonesia dan tambang yang paling murah aku pernah dapat adalah ke Bandung RM25/sorang untuk perjalanan pergi dan balik dan pernah juga sebab murah sangat aku beli satu return ticket KL-Kota Bahru pergi sorang diri. Berani eh??? berani la sebab kawan aku janji nak jemput kat airport sana. hihihi..Aku memang berterima kasih sangat² dengan AA sebab kerana AA punya tambang murahlah aku berjaya lengkapkan jelajahan aku ke 14 buah negeri di Malaysia ni. Alhamdulillah rezeki.

Sekarang ni aku dalam kategori expert la bab booking tiket AA ni. Bukan aku kata eh, opismate aku yang kata. hehe.. Diorang kalau dapat tahu ada promosi/sales, aku orang pertama diorang alert. Aku jarang dapat tahu dulu. hahaha.. Diorang alert aku sebab diorang akan mintak aku standby untuk bookingkan tiket diorang. Contohnya sekarang ni kan tengah promosi dari RM0.10 kan. Aku berjaya booking untuk 4 penerbangan bagi group yang berlainan. Itu pun aku dah letih sebenarnya nak hadap website AA dari pagi sampai tengahari. Letih mata dan badan. Tepi demi kawan² yang teringin nak melancong aku gagahkan juga.

Actually ada banyak tips yang aku pelajari sepanjang aku berjinak dengan booking tiket AA ni. Meh sini aku share dengan korang ye. Senang nanti korang pon boleh booking sendiri tanpa perlu bantuan orang lain.

1- Make sure desktop/laptop korang tu yang window terkini dan laju ye. Kalau slow mintak maaflah. Berzaman la nak tunggu loading. hehehe

2- Make sure website AA tu dah masuk dalam list link favourite. Macam aku pakai google chrome, so bukak je chrome dah boleh nampak favourite link aku.

3- Make sure yang korang dah register as member AA.

4- Isi maklumat korang dengan lengkap. Maklumat ahli keluarga dengan lengkap. Sebab senang bila dah ada maklumat tu semua korang tak payah dah asyik nak key in je. Buang masa. Isi ketika bukan promosi/sales. Jangan isi masa tengah promosi. Memang lembab ah.

5- Set tarikh dan masa yang korang nak berjalan tu dan cuba pilih beberapa tarikh yang korang rasa available. Jangan pilih satu tarikh je. Kena ada back up plan.

6- Pilih rakan² yang memang sekepala dengan korang. Jangan ajak rakan/ahli keluarga yang banyak cerewet. Nanti korang nak tarikh tu dia nak tarikh lain. Sudahnya tak booking². Yang terbaiknya korang book dulu kalau korang dah nak sangat pergi. Book dengan orang yang memang dah betol² confirm nak pergi dulu. Yang tak pasti tu lantak kan dia. Nanti bila dia dah ada date suruh dia booking sendiri.

7- Pastikan korang punya bank akaun memang dah tersedia duit yang banyak. Kalau tak ada kena lah standby credit card. Kalau ada 10, 10 tu la yang korang stand by. hahahaha.. (macam baru ni aku book, ada bro sorang ni, tak lepas kad yang ni dia keluar kad satu lagi.. tak lepas gak keluar lain lak. banyak giler kadnya !!)

8- Hal penginapan, transport semua tak payah pikir lagi. Yang penting tiket kena booking dulu.

9- Ketika nak mula booking, korang bukak dalam 3 window website AA tu. Jangan bukak satu je. Sebab sekarang ni semua orang nak terbang, memang everytime ada promosi AA je, ramai lah dok ngadap AA 24jam. hahahahaha. Website akan selalu keluar lebah je.. beezzzbezzbezz..

10- Bukak juga website AAmobile. Cuba book dari kedua² website. Cuma yang tak bestnya AAmobile ni, dia tak ada untuk early book makanan atas kapal. Tak ada early book & diskaun untuk Skybus (bus transfer from KL central - LCCT, aku memang selalu ambil ni).

11- Ketika dah start untuk booking, korang tak payah la pilih seat, tak payah ambil insuran (aku tak pernah ambil kalau korang nak, tak apalah) tak payah nak beli luggage awal². Sebab sekarang ada web check in, korang boleh top up luggage masa korang web check in nanti. Kalau book awal² masa tengah beli tiket, khuatir korang yang dalam keadaan nak cepat tu, tak pikir panjang terus set kononnya tak bawak banyak luggage. Sekali bila dah dekat tarikh nak fly, dengar cerita orang lain tempat tu banyak shopping mall mula la korang gelabah nak top up luggage. Sorry eh masa tu nanti memang menyesal pon tak guna. Sebab harga dia sangatlah mahal. Fuhhhh .. Sebab tu aku advise masa nak web check in nanti baru beli untuk luggage. Masa tu mesti korang dah plankan berapa beg nak bawak pergi dan balik.

12- Nak book makanan dan tiket SKYBUS awal aku memang galakkan. Bagi yang memang tak sanggup nak bau makanan dalam kapal terbang better korang book awal. Sebab nanti yang book awal, makanan dia akan dihantar dulu. Yang tak book kena cium bau dulu. hahahahahah... pastukan untuk yang memang jenis naik public transport ke LCCT macam aku, beli tiket awal SKYBUS ketika booking tiket kapal terbang memang sangat² digalakkan sebab dapat diskaun weh!! muraahhh..

14- Now dah ada web check in. Nanti bila dah dekat tarikh korang nak terbang, korang just web check in je cepat dan mudah. masa tu korang boleh la beli untuk luggage. Jangan lupa 7kilo je korang boleh bawak naik kapal. Lebih dari 7kilo kena masuk kargo. If korang tak buat web check in, korang kena byr rm10 nanti bila check in dekat kaunter. If dah buat web check in n korang tak ada luggage masa korang nak pergi holiday, korang tak perlulah sampai awal sangat kat LCCT. Korang boleh sampai at least paling lewat 45minit before terbang. Terus que dekat kastam je. tapi if ada luggage kenalah sampai awal di airport. Paham ye?!

15- Akhir sekali... benda yang sangat penting korang kena ada iaitu SABARRRRRRRRRRR.

heheheeee ok eh harap tip² ni semua dapat membantu korang. Ni ada link yang korang boleh baca untuk lebih info tentang AA "tommyooi.com" .

Selamat terbang...


nota kaki : kalau korang rasa tak sabar sangat n AA ni still mahal korang ajak superman la terbang..

Wednesday, December 07, 2011

Motor


Pakai helmet.
fasten your seat belt!!..
start enjin...
Vroomm.. vroommm.. vrommmmmmmmmm...

Hah jangan cakap aku tipu eh. siapa kata naik motor tak payah fasten seat belt. Ada tau!!! Tapi untuk yang duduk di seat pembonceng je la. Dia peluk kat pinggang yang bawa motor.

Tiap hari aku n incik Nizam pergi kerja dengan motor. Motor incik Nizam tak ada la besar sangat. Biasa je. Belakang motor ada rack untuk letak box. Aku yang suruh letak box sebab senang nak simpan handbag bila naik motor. Risaulah takot kalau pegang nanti kena ragut. Tak pasal je. Buat apa cari penyakitkan. Lagi satu box tu bolehlah dibuat tempat aku bersandar dan menghalang aku dari tercicir di belakang (hehehe macam kurus sesangat je aku sampai boleh melayangkann)

Bukannya kami tak ada kereta. Ada. Tapi kami sangat selesa bergerak dengan motor. Dalam keadaan Kolumpo yang makin hectic dengan kereta diatas jalan raya sekarang ni. Tiap pagi & petang jem tak henti². Lelagi hari Jumaat. perghhh.. memasing dah tak sabar nak bercuti on weekend. Semua dok pakat nak balik on time. Kena pulak hari hujan .. hujan sikit pon dah jem teruk apatah kalau hujan yang sangat lebat. Selagi ada ruang semua nak masuk semua nak potong. Motor pon tak boleh nak nyelit. Rimas betol. Sesak sangat²nya. Time² ni lah kepakaran sebagai seorang penunggang motor sangat² diperlukan.

Bercerita pasal incik Nizam menunggang motor ni. Aku nak puji la sikit. Bukan puji sebab dia suami aku tau. Ni ikhlas ni puji sebab dia ni banyak motor tak ada la cam "pelesit" tak ada la kerja nak merempit tak tentu hala. Berani ah buat gitu kalo aku ada. huh!!!!.. Incik Nizam bawak motor secara berhemah orangnya tapi ada kali berkhemah pon ia. Kekadang dia nak cepat, dok potong & cilok sana sini aku hangen gak dok kat belakang.Tapi tak ada la teruk sangat dia bawak. Kalau teruk memang aku tak berani nak naik dengan dia dah. Aku rela naik LRT je. hehe

Pada aku motor ni adalah kenderaan yang sangat menyenangkan. Nak banding dengan kereta. Entahlah mungkin sebab aku tak ada kereta sendiri. Dan aku bukan jenis peduli sangat nak ada kereta. Aku dah terbiasa naik public transport. So bila dapat naik motor ke pejabat pon dah rasa syukur Alhamdulillah.

Kalau naik motor, confirm²lah tak payah keluar awal macam orang yang naik kereta. Tak perlu juga la menghabiskan minyak dan masa sebab stuck dalam jem tiap pagi dan petang. Bila jalan sesak teruk, motor masih boleh menyelit di celahan ruang yang ada. Tak pon lalu ikut laluan motor yang disediakan. Tak payah bayar duit tol.

Kalau HUJAN?? Apa nak susah baju hujan kan ada. Sarung je la. Segalanya menjadi mudah dengan motor!! Ada sekali tu, kami baru lepas makan dekat Kg Baru, lalu la kot sebelah UKM nak ke arah jalan Monorail Chow Kit tu, masa tu jalan sempit dan kereta pulak banyak. Ada seorang mamat ni bawak kereta, dia nampak incik Nizam cuba nak menyelit, dia tutup side mirror kereta dia untuk bagi ruang kami nak lalu. Sungguh bijak dan baik sekali mamat tu.

Tapi walau macam mana mudah pon, hati aku tetap gak ada kegusaran. Gusar kalau tiba² motor rosak ditengah jalan. Kalau accident lagilah aku risau. Tapi Alhamdulillah, sepanjang aku naik motor dengan suami aku , ada 3 kali je kot hampir² nak dilanggar dan terlanggar. Tapi hampir²lah. Masa tu aku jerit dah tak henggat apa dah. Kaki terangkat sampai kasut cicir kat belakang. hehehe.. (eh gelak lak..seram kot masa tu). Dan aku respek habis kat penunggang² motor yang sangat prihatin bila lihat penunggang lain xcident diorang berhenti dan tolong. Bagus betol.

Seperkara yang aku tak tahan dengan motor ni bila kami bergerak kesatu tempat yang luar dari KL. Seperti Shah Alam dan Gombak dari rumah kami di Cheras. Sakit doh bontot.. Ada la beberapa kali aku terpaksa bangun dari motor ketika motor sedang bergerak. Sebab rasa sakit di bontot. kehkehkehkeh.. kematu bontot i.

Bila dengar cerita orang lain naik motor accident memang sangat seram. Aku n incik Nizam mengamalkan baca doa naik kenderaan setiap kali kami nak berjalan baik menggunakan motor atau kereta. Then tak lupa baca ayat "Bismillahi lazi..." 3kali tiap pagi dan tiap petang. Moga perjalanan kami dilindungi oleh Allah yang Maha Esa.

The best thing naik motor ni ialah sebab dapat peluk incik Nizam dari belakang dengan kuat. Auw.. syoknya!!! Yang bestnya tu dapat peluk rapat² sampai senak perut suami aku tu. Hahahahaha.. tapi bila dalam mood merajuk or marah, sorry la nak peluk.. aku rela letak tangan kat belakang dekat box rack motor suami aku tu.. muahahahaha..dan dapat angkat bontot dan kentut dengan slumbernya tanpa rasa gusar orang lain akan tercium. heheh kalau naik kereta confirm tak dapek de.. bila naik kereta sorang² pon kena bukak tingkap kan. Hahahahahaha..

Korang² mesti ada pengalaman kan naik motor. Dan pasti ada juga yang pandai bawak motor. Aku tak pandai. Tak ada lesen pon. Ada lesen kereta pon dok simpan elok dalan purse n renew je. huahuahuahuahua..

Tuesday, December 06, 2011

Panggilan Palsu



Just want to share tiz story.
cerita tentang kejadian yang mendebarkan.
dan mencemaskan.

Kejadian berlaku tadi pagi.
tengah aku sibuk buat kerja.
susun² fail.
sambil melihat jam.
oh! sudah nak masuk waktu lunch aku.
(waktu lunch aku jam 12. lunch TM jam 1 sebenarnya. PAHAM?!!)

tiba² telephone berbunyi.
telephone berbunyi ring ring ring..
ku angkat ku tanya siapa..
(eh menyanyi pulak)

aku tak tengok pon nombor siapa yang call.
aku terus angkat dan dengar satu mesin suara bercakap.
something macam ni la yang dia cakap ;

I'm calling from POS MALAYSIA.
You need to come and collect HIGH COURT LETTER.
this is urgent!!
if want to ask further pls press '0'
talk to our customer service.

aku terkejut!!
dan terus jadi gabra bila dengar tang "HIGH COURT LETTER" tuu..
suspen betolll!!
aku pon tekan la '0'
dia keluar lagi suara mesin tu.
ayat yang sama .
aku tekan lagi '0'
pon keluar juga yang sama.
pastu talian putus.

aku pon cam terpinga².
terus sms incik Nizam tanya dia ada kelas ke tak.
dia terus call aku n aku explain la aku nk ajak balik.
aku cakap ;

"ingat tak surat dari POS MALAYSIA yang kita dapat 3 kali tu.. yang nama dia NORSHAREZA.. tu agaknya nama N****SH*K*N kot. kan abg gak ckp aritu mebi surat tu syg yang punya. baru kejap td dapat call dari Pos Laju suruh amek HIGH COURT LETTER"

incik Nizam pon cakap mungkin juga la surat tu aku yang punya so dia pon ajak aku balik.
lepas ambil surat dekat rumah,
kami ke alamat PM yang tertera untuk collect.
dalam pada tu, hati aku tertanya² surat HIGH COURT ape pulak ni.
aku ada hutang tak bayar ker???
haihhh !! jenuh nak pikir.

sampai je PM aku pon hulur kertas pos laju tu cakap nak collect surat.
dia mintak ic aku, dia tengok ic aku tak sama dengan nama surat.
so aku pon cam heh!! memang betol la surat tu orang lain punya.
penyewa lain sebelum aku pindah masuk umah sewa aku ni.
sebelum ni pon macam² surat dari macam² nama ada kat dalam peti surat kami.
letih nak baca n buang,
hehehehe..

then aku pon cakaplah kat akak kat kaunter PM
pasal call yang aku dapat.
akak tu kata cuba call balik PM online and check kat mana kena amek HIGH COURT LETTER aku tu.

aku tengok balik dekat HP.
no apa yang terpapar,
aku tengok no HP 0193633171.
tetiba aku macam pelik!
apesal lak no HP yang keluar kan.
rasa tak logik disitu.
then aku call no tu asyik tak ada orang angkat.
kadang kala line tak masuk pon.
sakit hati!!!
aku dah la tengah gabra,
memang kalau ada hal macam ni aku nak setel cepat je.

disebabkan tak pueh hati.
aku pon ajak incik Nizam pi makan.
lepas makan balik opis then terus online website PM untuk cari no CS.

Aku call n explain psl call yang aku dapat pagi tadi.
CS PM cakap panggilan tu panggilan palsu.
sekarang memang ada sindikit yang buat gitu.

fuhhhh..
serius aku geram!!
punya la gabra aku tadi.
tetiba dapat tahu yang sebenarnya aku kena tipu.

kurangggggggg asammmmmmmmmmmm !!!!

penat ok terkejar sana sini!!

anyway,
pengajarannya ialah,
bernafas dengan tenang sebelum bertindak!.

hahahhaa..
korang berhati² tau.
jangan cepat gabra macam aku.
emosi aku tak stabil sekarang ni.
nanti aku cerita lain kenapa.

ngee

Monday, December 05, 2011

PC FAIR 2011


Sabtu lepas aku ke PC Fair 2011
1st time pergi dengan incik Nizam.
seingat aku la kan ni kali ke 3 kot aku ke PC Fair ni.
sekali hari tu aku ingat lagi aku kesana beli laptop...
heee

so kali ni nak usha monitor LCD/LED sebenarnya..
kami ke sana di pagi hari.
nanti kalau lambat² parking tak ada.
incik Nizam ajak naik LRT tapi aku cakap malas..
nanti banyak masa lak ..
sebab mesti la nak singgah KLCC juga kan..
hehehhe
kalau naik kereta kami parking kat area masjid klcc tu then jalan kaki short cut ikut taman,
tak ada la masuk klcc.
bijak kannnnn...

harga monitor paling murah dalam RM200++
kami tak ada duit pon nak beli.
saja je usha² tengok harga berapa.
kalau ada duit terselit² confirm dah beli.
tapi bila pikir banyak lagi keperluan lain,
makanya tidak jadi beli.
tak apa la share² je la dulu pakai laptop kat umah tu.
dok gitu??

selain dari usha monitor,
aku usha jugak camera baru keluaran Sony & Nikon.
yang ada la seorang kawan aku 'Aya' dok update blog dia pasal camera tu.
teringin katanya.
so aku pon cam terpikir la nak tolong ushakan.
apa bestnya camera tu.
which one yang better.
belek punya belek,
tanya punya tanya..
ni hasil yang aku dapat:

:: NIKON J1 & v1 ::
camera ni agak berat.
pada aku lagi berat la kalo nak dibandingkan dengan DSLR D60 aku
sebabnya camera NIKON 1 ni kecik je tapi bila pegang berat je rasa.
harga pon paling murah dalam 2k. kits.
gambar pada aku ok la..





:: SONY NEX ::
yang sony ni ringan la sikit.
harga pon murah sikit dari Nikon.
gambar menarik sebab boleh pakai macam² aplikasi yang sedia ada dalam camera.
tak perlu nak edit² bagai,



maaflah aku tak sempat nak usha Canon punya..
kena usha ketiga-tiga patutnya.
tapi dah penat sangat masa tu.

so pada Aya,
kau pikir la mana rasa yang ko minat sesangat.
tapi aku rasa untuk orang yang dah berkeluarga macam ko..
ambil la SONY NEX tu..
padah aku dah puas hati sesangat dah.
heee
pada akula..
pada orang lain aku tak sure.


Hasil dari PC FAIR haritu,
aku hanya beli skin untuk laptop yang beharga RM10 je.
mp3 baru cap cina mari RM30
(saja gatal beli lagi satu padahal ni mp3 yang ke 4 aku beli.. haihhhh shikin shikin..)
tak apa,
yang lama leh bagi incik Nizam.
hehehe..
dan calculator kecik RM10.
motif beli calculator ??
sebab aku kan jenis suka travel negara orang.
bila nak kira currency waktu tengah shopping leceh nak pakai Henpon.
senang kalau ada calculator.
(macam nak berjalan lagi je kan... kata dah tak nak.. huhuhu)

tu je la hasil belian aku.
bukan banyak pon..
bila aku keluar je dari convention center tu,
aku tengok orang dok pakat jinjing kotak laptoplah, printerlah.
huh!!! jeles i !!

ko ado???

Friday, December 02, 2011

Bila tak ada .. NAK.. bila ada..


korang pernah tak ??

bila ko dapat tau sesuatu barang tu menarik..
harganya agak mahal..
ko pulak teringin sesangat - sangat..
lalu korang berusaha untuk kumpul duit.
usaha untuk berjimat cermat.
usaha untuk korbankan duit yang banyak untuk beli benda yang ko nak sangat tu.
sexicited habissssss!!!!

tapi bila dah dapat !!!

ko tak ada pon hadap benda tu beria sangat pon.
boleh kira la berapa kali sebulan ko pegang benda tu.
ke'excited'an tu dah hilang sikit demi sikit..
ko tak berapa peduli pon benda yang korang dah beli tu.
padahal untuk dapatkannya ko sampai sanggup ikat perut.
tahan nafsu untuk benda lain.

pernah tak korang begitu?

dulu aku nak sangat laptop.
bila dah dapat,
orang lain yang beria pakai.

dulu aku teringin sangat DSLR.
bila dah beli,
jarang aku pakai.

dalam hidup aku,
aku dah belanjakan beribu untuk laptop dan DSLR.
aku dah belanjakan beribu untuk buat spek mata yang cantik².
aku dah habiskan beribu untuk beli HP.

ye memang bila 1st time dapat
satu kepuasan!!!

tapi lama mana pon kepuasan tu bertahan.
benda ni semua berubah bentuk dan design setiap masa.
sangat pantas.
kan kita dalam era dunia yang berteknologi tinggi,
larat ke nak kejar semua benda² ni yang asyik berubah je.
sudahnya duit habis begitu saja.
yang tinggal penyesalan.

ye aku sedang menyesal!!!

Labels