Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 09, 2012

Layak tak??

Entry ini hanya untuk mereka yang dah bekerja.
yang makan gaji buta
yang dah lama bekerja,
yang baru kerja dengan kelayakan ijazah ke atas,
yang sering rasa kadang kala tertanya² kepada diri sendiri
ataupun tak ambil kisah tapi sering dengar dan disuruh² dan ditanya²

dah bayar cukai pendapatan tak?
layak tak bayar cukai?
berapa bayar cukai?

kalau anda nak tau anda layak atau tidak..
silalah baca entry yang saya jumpa ini.
yang sangat membantu.
yang moga² mampu jawab soalan anda itu..

Bagaimana nak tahu yang kita ini layak ke tidak layak untuk membayar cukai pendapatan? Hayati senario di bawah;

PAR A: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
PAR A: RM 800 aje Encik...cukup-cukup makan
Hamba Allah: Alhamdulillah, kalau awak cakap cukup untuk tanggung keluarga. Awak kena kerja keras sedikit..cari "side income" atau buat kerja "part-time" tambahkan pendapatan awak. Tapi jangan risau, awak tak dikenakan cukai.

Kerani B: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
Kerani B: Takda la banyak sangat, dalam RM 1500 jer.
Hamba Allah: OK, untuk tahun ini awak tidak dikenakan cukai. Kalau awak gigih bekerja dan dinaikkan pangkat nanti baru awak kena cukai.

Juruteknik C: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
Juruteknik: RM 2000 jer bang, itupon kalau saya tak "rempit" buat overtime
Hamba Allah: Rajin-rajin la buat OT...baru masyuk tiap tiap bulan. Tapi kalau gaji yang awak cakap tadi...tak kena bayar cukai pendapatan...

Jurutera D: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan?
Jurutera D: ermm...satu hari saya dapat RM 110 ..campur kalau buat OT dalam RM 30...bahagi dengan 4 untuk prestasi harian...bila di plotkan dalam graf dan di ambil kecurunan graf tersebut..gaji saya dalam....ermm
Hamba Allah: aduh, tahu la awak engineer...tak perlu la nak dimasukkan pengiraan statistik atau "engineering math"...saya tanya simple..dalam slip gaji awak...berapa gaji bersih awak dapat?
Jurutera D: RM 2500
Hamba Allah: haaa kan senang...ok pi LHDN daftar sebagai pembayar cukai.
Jurutera D: terima kasih encik...tapi encik, gaji saya kalau di purata dan di ambil MOD..
Hamba Allah: sudah, sudah, sudah...banyak cakap la..takyah kira-kira lagi..awak memang layak..

Prof. A: Saya kena cukai ke tidak?
Hamba Allah: Prof sekarang duduk dekat mana? Anak-anak dekat rumah sihat?
Prof. A: Eh, saya tanya, saya ni kena cukai ke tidak? Kenapa awak nak keluar dari tajuk pulak?
Hamba Allah: minta maaf dulu prof...Prof sememangnya layak..takkan prof tak ingat berapa banyak nombor angka dalam slip gaji prof...da professor pon nak tanya lagi??????
Prof A terus pusing kebelakang tanpa menoleh ke belakang...
Hamba Allah: puas hati aku...da tua bangka pon nak tanya lagi..

Begitula beberapa senario yang menceritakan kelayakan anda untuk dikenakan cukai. Mungkin anda pernah di tanya soalan yang sama sebelum ini. Untuk senario di atas, berapakah sebenarnya gaji bersih bulanan untuk melayakkan anda sebagai pembayar cukai?. Jawapannya, jika gaji anda melebihi RM 2209 setiap bulan, anda LAYAK dikenakan cukai pendapatan. Untuk lebih tepat, kita rujuk pada kenyataan LHDN;

"Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan."

sumber http://ceido.blogspot.com

Tunggu entry seterusnya pasal "cukai pendapatan individu"

p/s: tetiba eh cerita pasal cukai.. hehehe saya nak tolong Puan Icha yang baru je kena tolak cukai untuk bonus yang baru je dia terima. Hope info saya nanti dapat membantu sedikit sebanyak. tungguuuuuu



7 comments:

  1. ala.. sikitnye entrynyee..
    aku nak sampai..
    yg zakat skali yeee...
    yg tolak zakat tuu

    ReplyDelete
  2. ermm...citer bandung ade x dlm ni??? :p
    pastu sy nak info hotel bandung itu... :)

    ReplyDelete
  3. citer bandung tu dah bertuka jadi sirap bandung :)) tah bile hentah nk update, huh b-(

    i hate pcb, tetibe ... ade bonus ke tau ni ghin ghin? , ngeh dah lame tak dgr gossip liar kampeni :))

    ReplyDelete
  4. HAHAHAHAH
    melampau
    siap bersambung
    hahahaha

    oke oke
    aku tunggu sambungan seterusnyeee
    hik hik hik
    aniwei tengs...
    :)

    ReplyDelete
  5. saya layak tapi x kena..hihi..mase bujang kena, walau dah tolak zakat..sekarang tak kena..hehe..ade tangungan 2 org tuhh..

    tetibe gaji taun ni tolak PCB..ish...rase2 xkena lagi thn ni cukai..nak claim balik pcb tulah malasnye...huhuhu

    ReplyDelete
  6. chi : ko pun kena ker??? hehehe wait yeee

    zana : tunggu wehh aku masih mencari nama hotel kat area pasar baru tu..serius xigt wehhh adehhh

    min : hahahahah byk sgt lak cerita pending...tahun ni byk unplannednye jalan.. kuching pon tergendala, treganu dpt route je.. hahahaha cherating, cameron, bandung semua dah xigt boleh???

    dah xyah dah pcb b-(


    cha : hehehe busy la pulak..

    dibah : aha sng la ada tanggungan.. eh padli xkena eh??? dia xame la tanggung 2 org tu .. nsb baik...ekekeke

    ReplyDelete
  7. memang sedih tengok kat slip kena tolak masuk tax. tahun lepas ada try mintak claim balik duit tax, tapi senyap aje mcm tak dpt pun. sekarang dah opening eh untuk tax online?

    ReplyDelete

Labels