Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 20, 2012

FAN RUN... bukan FUN RUN..

Dalam banyak² jenis sukan dalam dunia ni..
Sukan apa yang korang minat? Ke tak minat bersukan?


Kalau tanya aku lah kan.. Aku suka sangat sukan Bowling, Ping Pong, Futsal, Berbasikal, Badminton dan Olahraga.


Dulu masa zaman sekolah aku bukanlah atlet sekolah pon. Tak pernah pon mewakili mana² sukan untuk peringkat sekolah.Kalau ada pon just wakil olahraga untuk rumah sukan je. Aku suka berlari, so aku pernah la wakil 4x100, 4x200, lontar peluru dan lompat galah. Habis je sekolah aku masuk Kolej. Kat kolej, aku start join kelab sukan Ping pong. Rasa best pula main ping pong ni. Pernah la aku wakil kolej lawan kolej² lain. Tu pon sekali je la.. hehehe sebab aku join kelab Ping Pong tu pon waktu dah masuk semester ke 4 kalau tak silap. Habis je belajar kolej, aku start pulak aktif berfutsal dan badminton. Pon aku rasa seronok sangat. Terutama sekali main futsal tu. Walau aku tak la terror pon. Tapi aku enjoy tendang bola sana sini. Best!!


Al kisah baru² ni, office aku menganjurkan larian yang diberi nama FAN RUN. Larian ni bersemperna untuk menyokong atlet² kebangsaan kita berjuang di sukan Olimpik pada bulan July ni di London. Kerap la juga aku dapat email di office iklan pasal FAN RUN ni. Sebab promosinya berlangsung 2 bulan sebelum tarikh lariannya. Tapi sedikit pon hati aku tak berdetik nak join larian tersebut 


Sampailah waktu 3 hari sebelum berlangsungnya larian FAN RUN iaitu pada minggu lepas. Seorang teman aku, Pn Ella whatsapp aku tanya mana nak dapatkan Tshirt Pantherra yang dok iklan dekat Tv tu. Abah dia minat sungguh dengan tshirt tu.Memang larian FAN RUN ni kalau korang perasan ada gak promosinya di TV. So aku cakap kalau nak tshirt tu boleh je beli without joint larian tu, tapi harganya mahal la. RM60 kalau tak silap. Tapi kalau nak murah register je lah larian tu bayar RM40 dapat tshirt sehelai. TAPI.. tshirt tu kena ambil di Dataran Merdeka sehari before larian. 


Mengenangkan yang abah Ella ni minat sangat dengan tshirt tu, so aku pon suggest sama Ella, biar aku discuss dengan Incik Zam dulu kot² dia sudi bawak aku ke Dataran untuk ambil tshirt tu. Alhamdulillah incik Zam setuju, malah bagi idea, untuk join sekali larian tu. Dengan menggunakan tiket larian yang Ella beli tu. Pasal bab tshirt yang kami kena pakai waktu larian tu nanti kami tak khuatir sebab kami memang dah ada tshirt panthera tu masa mula² tshirt tu dipasaran semperna sukan SEA tahun lepas kalau tak silap.


Seumur hidup sekali je aku pernah join larian macam ni. Tu pon lama dulu waktu sekolah aku join larian yang di anjurkan oleh suratkhabar TheStar ke NSTP. Tak ingat dah aku. pusing² Dataran Merdeka gak..heheheee Larian FAN RUN ni berlangsung pada hari Ahad lepas, 17 June 2012. Larian bermula dari Dataran Merdeka dan berakhir juga di Dataran Merdeka. Terbahagi kepada 2 bahagian larian. 7KM dan 3KM. Korang rasa aku lari yang mana satu? huhuhuhu Mestilah 3KM. huahuahuahua.. giler ko.. aku dah la lama tak exercise.. tak pasal je nak lari sampai 7KM. Pengsan aku.. Yang 3KM tu pon belum tentu lepas. ngeee 


Aku pon sebenarnya tak tahu mana datang semangat nak join lari² ni. Mungkin sebab nak support incik Zam punya keinginan kot. Lagipon lari FAN RUN ni bukannya untuk cari pemenang. Ni larian suka². Tiada yang kalah semuanya pemenang. hihi.. Larian ni untuk support atlet. So, apa salahnya kan aku joint sebagai salah seorang penyokong yang minat sukan. 


Pada hari berlangsungnya larian, ramai sungguh manusia yang join. Ada tua ada yang muda, ada yang pakai kain pelekat dan macam² pakaian pelik lagi. Gempak jugalah. Artis pon join.. Ada Fizo Omar, Remy Ishak, si dak kenit Mia Sara tu pon ada. Vanidah Imran siap lari untuk 7KM lagi. Cayalah!! Ok ke aku lari? Sebenarnya dah banyak kali aku pesan dengan Incik Zam, yang aku ni stamina makin kurang, aku tak boleh lari laju² dan lama. Incik Zam cakap, tak pe, dia akan sentiasa bersama aku. Kalau aku lari.. dia lari.. kalau aku jalan.. dia pon jalan. "I jump U jump jugak la kannn " Wahh terharu mak nok... dapat laki camtu. And sungguh² dia teman aku to make sure yang aku sampai ke garisan penamat. Touching i! Separuh perjalanan, hujan turun dengan lebat sangat. 


Alhamdulillah waktu tu kami berada dekat dengan terowong perjalan kaki. So kami lepak dulu disitu sementara tunggu hujan reda. Tapi ada yang degil nak lari gak dalam hujan lebat tu. Deme lari juga la aku tengok. Cuma yang aku tak suka sangat² tu. Memang la memula aku respek ibu bapa yang bawak anak² join larian ni. Siap ada yang bawak anak kecil berdukung. Yang tolak stroller pon ada. Tapi kalau dalam hujan yang maha lebat tu pon kau tak nak berhenti berteduh sedangkan ada tempat berteduh.. kau nak juga lari tolak stroller anak kau yang kecil lagi tu.. dalam hujan lebat menuruni bukit. KAU INGAT ORANG NAK RESPEK KO KE????? Memang bengkek je aku tengokkk.. Bengong kan? 



Agak² hujan dah tak berapa lebat kami sambung larian ke garisan penamat. Alhamdulillah cecah juga aku dkt finish line tu. Bangga nyahhhh... Kira tak de la aku ni lembik sangat kan.. Ok ah boleh gak setelkan 3km. walau kejap lari kejap jalan. Janji dapat tamatkan larian. Semangat!!! Yang bestnya selesai je larian dapat sijil, medal ( mantop ah medal dia.. emas tu.. ) and goodies bag. Macam² ada dalam goodies bag tu. huhuhu.. 


Terasa nak joint larian lagi lak.. Jom bersukan!!... Pasni incik Zam nak ajak panjat Broga Hill lak..erk!!.. ok kena giat exercise ni!




tengok aku kat belakang tu dengan incik Zam..


haaa... ni dia bakat atlet negara. huahuahuahua


snap²



We support TEAM MALAYSIA.




nak tengok lagi gambar ? layan kat SINI

7 comments:

  1. OK ape , kira cam exercise haahaha

    ReplyDelete
  2. cayalaaa shem..
    beb.. masuk paper x ek..
    ekekeke..
    fuhh.. aku bab lari ni..
    konpom xboleh.. hahaha

    ReplyDelete
  3. myn : yeahhhh tu ah niat cam exercise di pagi hari ah konon... kalo tak jgn hrp ah.. asyik exercise atas katil je huahuahuhua

    chi : adeeeeee.. tp bkn gmbr aku la :p hahahaha ko tau tak.. aku nmpk je ada org pegang kamera dr jauh .. aku terus smgt berlari.. lps je kamera tu aku jln blk.. huahuahuahuahuaaaa

    ReplyDelete
  4. ewah ewah.... berlari dah kamu sekarang ye...
    aku masa tak ketahuan semua benda nak buat dulu, running marathon adalah salah satu agenda yang aku nak buat. tapi hajat belum tertunai. takde geng. T__T

    ReplyDelete
  5. tadek geng eh.. la apesal xckp..

    eheheh.. tgk nanti next time kalo aku joint lagi aku roger² ko ..

    actually this week larian standard chartered.. tp dah penuh.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. bessstt nyeee
    seronok tgk TM
    mcm2 aktiviti ade...
    cemburu aiiiii ....

    aku tgk instagram...
    elfira, lyana jasmay, adek miasara
    tu pon ade kaann ..
    huh..!!!

    ReplyDelete
  7. aah artis mmg ramai..

    yg 3 org tu ada anak buah zam bergmbr dengan.. (eh ape ntah ayat aku .. hahahahah)

    ReplyDelete

Labels