Actually aku sendiri sejak dengar pasal kerajaan nak naikkan umur pencen bagi pekerja kerajaan pada awal tahun lalu ( ye ke lupe dah), sangatlah menyokong penuh tindakan tersebut. Malah bila Incik Zam mintak pendapat aku ketika nak isi borang untuk memilih pencen pada umur 55 atau 60, aku suggest pada dia supaya tick pada box umur 60. Mula² dia tak setuju juga. Alasan dia, ada staff office dia yang nak pencen tahun ni (umur 55) cerita yang dia dah tak larat nak bekerja. Dah bosan, dah tak sabar nak duduk rumah nak beribadah.
So aku pun keluarkan pendapat aku pula...
Aku tanya Incik Zam, kalau nak pencen 55, nak buat apa nanti? Dah ada plan masa depan? (tu pon kalau panjang umur dapat hidup sampai pencen lah). Cukup ke nanti duit belanja. Dari boleh dapat gaji penuh, tak nak. Ok ke nanti bila dapat separuh dari gaji je untuk survive dengan anak bini?
Aku tanya tu pada dia, sebab sekarang ni umur kami 31 tahun. Kami belum punya zuriat. Assuming, ada rezeki nanti dalam setahun dua ni. Alhamdulillah by the time Incik Zam plan nak pencen 55 tahun, anak masa tu umur dalam lingkungan 20-25 tahun. Tapi kita tak tahu masa depankan. Kalau waktu tu anak masih nak sambung belajar, mana nak cekau duit? kannn?? Kalau masa tu anak tak sempat kerja lagi tapi sebok nak kawen.. mana nak cekau duit? kannn?? memang la kita boleh menabung dari sekarang. Tapi simpanan kita tu belum tentu tak terusik sampai umur nak pencen nanti. Nak beli rumah la.. kalau ada anak.. nak belanja tu ni la.. lelagi waktu anak dah start sekolah .. macam² nak dibeli. kannn?? Sekarang kan semua barang mahalll..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku ambil contoh abah aku sendiri. Tahun ni umur dia 70tahun. Dia baru je berhenti kerja penghujung tahun lepas. Kerja dia dari muda sampai tua.. hanyalah DRIVER. Angkut bos sana sini. Abah aku tak belajar tinggi. Sekolah pon tak habis. Start dari remaja dia dah jadi driver. Akhirnya pencen pada umur 69tahun. Mata dia dah rabun².. badan dah letih².. accident motor je sepanjang hidup sepanjang pergi n balik dari rumah ke tempat kerja je dah 20kali. Dia tetap semangat nak bekerja!
Dulu aku selalu tertanya² kenapa abah aku ni degil sangat tak nak berhenti kerja, sedangkan kami adik beradik semua dah ada income sendiri. Reason dia, sebab kami belum kawen. Nanti nak belanja kawen tak cukup duit sapa nak tolong. Walaupun dia hanya keluarkan duit RM3000 setiap sorang anak dia waktu kenduri kawen, tetap juga dia rasa puas hati sebab dia dapat lunaskan tanggungjawab dia.
So! kenapa agaknya ramai orang tak bersetuju untuk pencen pada umur 60 tahun sedangkan dia patut bersyukur boleh dapat lagi rezeki tambahan 5tahun lagi. Ada yang kerjanya senang je duduk depan pc je. Kerja kadang ada kadang tak ada. Kalau ada pon sekejap je siap sebab dah expert sangat dah buat kerja dari muda lagi. kannn?? Lainlah kalau kerjanya yang berat², kerjanya kena outstation sana sini, kerjanya berisiko tinggi. Itu memang acceptable lah kan. Memang aku setujulah kalau mereka yang berkerja begitu nak pencen awal. Lagipun kalau kerjanya begitu selalunya gajinya pon banyak. So tak perlu gusar kalau nak pencen awal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku teringat cerita dari seorang ustaz, dia cerita dia ke negara China ke daerah yang penduduknya beragama islam atas urusan mengikut persatuan apa ntah untuk belajar teknik² berniaga disana dan mengenali tempat² di China tu yang menjual barang² murah yang boleh dijadikan tempat untuk mengambil stok untuk dijual di Malaysia. Dia perhatikan ramai yang berniaga disana adalah orang² tua... yang umur² mereka tu dah 60 tahun ke atas. So ustaz tu tertarik untuk bertanya pada mereka, kenapa mereka tak duduk rumah je, kenapa perlu bersusah payah berniaga, Mereka jawab, mereka berniaga bukan untuk duit, mereka bekerja kerana hasil duit yang mereka dapat tu nanti mereka dapat laburkan pada badan² kebajikan dan sedekah pada masjid & surau². See..
Masing² punya pendapat masing²kan. Ada yang setuju pencen umur 60 ada yang tak setuju. Tapi pada aku la.. ni pendapat aku ok.. Kalau dari sekarang kita jaga kesihatan dengan baik, tak de isu kita sakit dan tak larat nak kerja nanti. Aku rasa kalau nak kisahkan sangat pasal bosan dengan kerja yang dibuat berpuluh tahun pula.. syarikat dan kerajaan kena bertindak untuk adakan rotation tugasan pekerja. Jangan biarkan pekerja tak produktif asyik buat kerja yang sama je dari muda sampai nak pencen. Kalau sebab nak beribadah, dari sekarang kita boleh mula berusaha nak beribadah. Tak perlu tunggu sampai dah pencen. Sebab belum tentu kita panjang umur sampai ke pencen.
Papepon aku harap kerajaan dapat bagi pilihan pada rakyat untuk memilih peringkat umur pencen mereka. Yelah keupayaan masing² hanya dapat dinilai oleh diri masing². Tak guna paksa² orang kerja sampai umur 60 tahun sedangkan pekerja tersebut dah tak minat nak kerja lama². Nanti hasil kerja pon tak produktif. Bayar gaji buta je pada pekerja nanti menanggung kerugian pula. huhuhu..
Sekian.

mcm lama sgt kene kerja
ReplyDeletehuhuhuhuhuhuh
tp...aku mcm suke if 55 thn...
sbb ms tu dah bole rest2 layan cucu
ewaaaaahh
perasan...
hahahaha
tp yg sebenar-benar nya...
aku nak lagi awal berenti kerja
itu pon kalau ade rezeki lebih...
best wooo dok umah jage anak..
hahahahahha
kerjanya senang je duduk depan pc je. Kerja kadang ada kadang tak ada
ReplyDeletehahahahahaha.... mcm aku jew tuww~~~
anyhow, kalau boleh aku nk pencen sekarang. nak dok umah menjaet. tempahan mencurah2 i cannot handle it. tapi kalau benti sayang pule gaji bulan2. lain lah kalau ada suami tanggung boleh bayar kereta, rumah, insurans,online shopping, offline shopping, jalan2, diving. hahahahahhaa
cha : hahahahah.. tu la org ada anak mesti ada plan mcm².. mcm aku ni hah anak xde lagi.. rasa kerja tu la yg terbaekk ada duit dpt jln2.. huahuahuahua
ReplyDeletechiku : kwang kwang kwangg.. kantoiii!!.. hahahah ko mmg dah boleh berhenti dah sbb ko ada kerjaya lain dah.. aku sokong !!! hehehe jd bisneswomen pasni.. suka aku tgk org pandai n suka menjahet ni..
aku rasa ok je lanjutkan ke 60, tapi biar pekerja tu sendiri buat pilihan. tapi above than 60years old mcm xbrp nak setuju lah.
ReplyDeleteSelain daripada mungkin dia dah xlarat, productivity menurun, kene jugak naikkan org yg kat bawah supaya sentiasa ada produktiviti.. org kalau lama pegang satu jawatan yg sama at a very long time mesti motivasi tu kurang :p maybe.