mesti semua dah sexcited kan?
mood raya dah mari la tu..
tolak hari ni, kita ada dalam 5 or 6 hari lagi untuk meninggalkan Ramadhan.
Dan meraikan Syawal.
Sebenarnya sejak dua tiga tahun ni,
aku mula sedar diri sikit tentang apa itu yang dimaksudkan dengan RAYA.
Kalau dulu bila dengar je raya, mesti terpikir baju raya, duit raya, lagu raya, kueh raya.
Kannn..
Seiring dengan peningkatan umur yang semakin hari dimamah usia ni,
Dengan peredaran masa yang berlalu begitu pantas,
Aku mula sedar yang RAYA tu adalah sangat² berkait rapat dengan apa yang telah kita lakukan ketika Ramadhan.
"Tahun ni tak ada la nak beraya sangat, mak aku dah tak ada, ayah aku dah tak ada. Dah tak bermakna dah raya aku."
"Tahun ni aku tak raya la jawabnya sebab tiket bus nak balik kampung tak ada."
"Tahun ni aku tak cukup budget nak beraya, haihhh tak raya la nampak gayanya."
"Tahun ni raya lebih ke anak² je, mak bapak dah tak kesah dah ada baju raya ke tak."
Setelah sebulan kita berjuang menahan nafsu mulut daru makan dan minum, nafsu lidah dari mengumpat dan mengutuk orang, nafsu hati dan iman agar lebih rendah diri dan rajin bersedekah, memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat dan mengaji al quran. Tak ke kita rasa semua tu sesuatu KEJAYAAN?
Kenapa kita boleh cakap yang raya kita tak bermakna?
RAYA itu adalah satu keRAIan.
Satu keMERDEKAan.
Satu keMENANGan.
Kalau pun kita berasa sedih di pagi raya tak dapat pulang ke kampung halaman, ayah dan ibu dah tiada, tak dapat nak beli baju baru untuk raya, sekurang²nya bergembiralah kerana kita nak menyambut 1 Syawal di atas segala perjuangan kita menentang nafsu kita di bulan yang mulia Ramadhan Kareem. Wujudkanlah rasa seronok nak beraya kerana nak meraikan segala yang kita cuba lakukan untuk mantapkan iman kita.
Untuk Ramadhan kali ni aku lihat satu kejayaan besar yang telah berlaku dalam kehidupan aku dan suami. Syukur ke hadrat illahi atas segala perubahan yang berlaku keatas kami atas semangat dan keazaman untuk manfaatkan masa yang Allah beri untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini. Bersolat sunat bersama, sama² bangun malam untuk bertahajud. Menghadiri ceramah² keagamaan. Sangat indah. Cuma kami tak sempat nak mengaji bersama², walaupun dah banyak kali incik suami luahkan hasrat nak bertadarus bersama. Maaf, ruang waktu tak mengizinkan. Tapi alhamdulillah, incik suami juga punya kawan² yang baik di pejabat seperti aku. Salah sorang teman mengajak dia joint tadarus bersama² setiap pagi sebelum mula bekerja.
Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana memakbulkan doa kami. Moga KAU makbulkan doa kami yang satu lagi ni, dapat bersama² bertemu dengan malam lailatulqadar. Memang tahun ni aku berharap sangat dapat bertemu dengan malam lailatulqadar bersama² incik suami.
Korang ingat tak apa yang telah kita belajar waktu kecil dulu?
Perkara² sunat yang kita dituntut untuk buat ketika syawal. Terutamanya di pagi syawal
Mandi sunat hari raya, bersugi, memakai pakaian yang paling indah yang kita miliki,bersolat sunat aidilfitri, menziarahi sanak saudara, bermaaf-maafan di hari raya, berkata dan mengucapkan doa² yang baik kepada saudara dan rakan².
Aku doakan kalian semua menyambut kedatangan syawal kali ini dengan penuh rasa rendah diri dan penuh kesyukuran atas segala nikmat kurniaan yang telah kita miliki selama ini. Tinggal beberapa hari ni je lagi kita nak meninggalkan Ramadhan, hargailah saat² akhir kita dengan perbanyakkan lagi amal. Rebutlah malam² terakhir ini dengan penuh semangat.
Elakkan dengar lagu raya, kerana itu akan buat kita leka, banyakkan la berzikir dan mengingati Allah.
Elakkan pergi shopping lama², sampai terlepas dan kesuntukkan masa nak solat dan mengaji.
Perbanyakkan menderma di hari² terakhir ni.
Kutiplah sebanyak pahala yang mungkin.
Kerana tak lama lagi Syawal akan menjelma,
Jangan kita tinggalkan Ramdhan kita dengan perkara yang sia².
Semoga SYAWAL kita akan lebih bermakna kali ini dengan segala amal yang kita usahakan.


cepat sangat rasa
ReplyDeletetetiba je dah nak raya dah??
moga masih sempat untuk bertemu ramadhan seterusnya.
oh yes mood nak raya dah mari..sebab penat, rasa nak cutiii je hahaha
tak tahu nape aku rasa macam ni Ramadhan yang terakhir :|
ReplyDeletememang cepat sgt masa kali ni.
tak terkejar..
dulu..
ReplyDeletemase aku dok kl..
excited dgr lagu raya
sbb rase seronok nk blk kg...
tp skrg,
sejak peristiwa sedey dlm fam aku
aku dah x kuasa nk dgr lagu raye...
x seronok da....
aku pon xtau la apesal rasa xminat sgt nk psg mp3 koleksi lagu raya aku.
Deleteorg keliling psg radio dok kumandang lagu raya, aku rasa cam rimas .
tp nk suruh diorg tutup radio cam xadil je kan hahahahah
bila dah besar a.k.a tua ni, raya utk diri sendiri dah kurang difikirkan. just nak cuti n balik berkumpul dgn famili n nak makan-makan. beza byk ramadhan kali ni coz aku dah terasa mcm tailor yg berkejar2 nak siapkan tempahan bj org. :P
ReplyDeletetu la sbnrnya kita dah semakin jauh dari makna sbnrnya hari raya ni.
Deletekita sebok dgn urusan duniawi.
cuba kalo kita pi raya kat luar negara,
mesti tak rasa sgt kehangatannya.
kalau nk betol² rasa nikmat raya ni, aku rasa pegi buat umrah kat makkah. mesti kita akan tinggalkan semua perkara² duniawi ni kan.
harap² ada peluang berasa berpuasa dan beraya di makkah.
hee.. ko dah abis jahit ke blm tempahan semua?
tgh struggle lagi sepasang bj kurung. and adala beberapa benda kecik kena buat. rumah tak kemas lg. barang tak pack lg. aku dah raya nih...
Deleteteringin jugak nak rasa puasa kat Mekah. insya-Allah 1 hari nanti...
wahh awal ko raya..
Deleteblh la fokus menjaet.
ingat sambil tu berzikir dpt pahala..
ehehehe
ko blk kg bila? drive la yek
ReplyDeletetaun lepas tak terasa langsung raya sebab stress focus tunggu intan datang, taun ni cam best sket ah sbb bangun sahur + bukak pose ade penolong kecik buat suara nyum nyum nyum time nak makan . macam kan dia puasa
kat luar negara tak terasa sangat tapi kalo kin g area muslim dorang pasang lagu raya versi arab pastu ade orang nari nari lagi, kelaka jek
hahah comei je..
Deletemcm dia lak nk berbuka..
wahh lagu arab padang pasir la pula..
memang pelik la kalo org malaysia yg dgr..
selalunya kita dgr lagu raya je
hehe
Tula,meriah la jugak,Ade bazzar jual jual cam kat jln tar tu , rase cam kat arab sbb muslim kat sini org tunisia, morroco ngn south africa , tapi kalo nk dgr lagu raya pegi embassy lol
Deleteowh sana pon ada bazar gitu juga,
Deleteok la min blh la shopping²
pastu jd minah arab .. hahaha
pg raya min g embassy la eh?
Ade, kecik je pun, heh b-( min kalo beli baju kat situ Alamat jadi penyapu lantai, sbb labuh :)) b-( gelak :-w , ahah mebbe pegi embassy kot pagi raya
Delete