Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 06, 2012

Iftar dengan family sebelah incik Zam.

Terasa skema pulak tajuk aku ni. hahahah lantak la.
Seperti yang kalian sedia maklum last week aku pulang ke kampung incik Zam @ Kg. Padang Tenggala, Seberang Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Kami bertolak dari rumah Cheras around 9am.
Then singgah Sentul umah mak aku jap ambil Daging Dendeng.
Masa aku sampai tu tak ada orang dirumah mak. Mak n Abah ke Masjid ada program Tadarus. Terpaksa mak aku tinggalkan kunci tepi tingkap dan biarkan tingkap tertutup tanpa kunci. ngeee  Bahayakan!!
Moga tiada apa²lah yang berlaku.

Lepas dah ambil dendeng tu kami menuju ke station terakhir Putra Lrt, Terminal Gombak untuk ambil anak buah Incik Zam. Kemudian terus kami menuju ke highway LPT.

On the way, aku rasa tak berapa sihat. Rasa nak muntah, rasa pening². rasa loya². Adakah?
Oh tidak! baru je lepas suci kot. hahahaha.. Sebenarnya aku diserang angin. Memang masa tu rasa nak muntah je. Tapi mengenangkan aku puasa, dan baru je berpuasa lepas cuti puasa selama 9 hari (gasak aku nak kena bayar nanti ..uhuk) maka aku tahankan aja. Cana aku buat? Aku tidurlah apa lagi. Nasib la incik Zam ada geng borak² dengan anak buah dia. Sedar² dah sampai kat Tol exit Lanchang. 30minit kemudian kami pon sampailah kat kampung incik Zam.

Masa tu ingat kami yang terakhir sampai, rupa²nya ada 2 family lagi tak sampai. OK la tu kan. Tak ada la lewat sangat. Then aku tengok kat dapur, 2orang akak ipar aku dah start dah dengan aktiviti memasak di dapur. Waktu tu jam baru pkol 12 tengahari. Aku memang pelik dengan perangai akak² ipar aku ni. Suka memasak awal waktu bulan puasa. Masak kueh onde² dan goreng cekodok pisang pukul 12 lebih tu. Sojuk kueh² tu bila tiba petang.

Aku join kejap je kat dapur tu, aku siapkan bahan² nak masak lemak pucuk paku dengan pucuk ubi. Lepas tu aku keluar dari dapur pi umah abang ipar aku kat sebelah. Tengok umah baru renovate. Cantek bukan main. Masuk² nampak Tv besar 42inci. mak' ai raya sakan betol. Kabinet tv bukan main cantik lak tu..burak punya burak sambil tanya cost renovation semua. Perghh cecah 30k. Dasyhat!!.. Biras aku (isteri abg ipar aku) cakap dia memang dah simpan duit lama dah nak renovate rumah. Dia cakap dengan aku n incik zam nanti ada duit renovate la pulak rumah arwah mak incik zam tu. Dah pencen nanti boleh duduk. wakakakakaka.. insyaAllah. Lambat lagi nak pencennya. huhu..

Masa berlalu dengan pantas, sedar² jam dah masuk waktu asar. Lepas solat asar aku ikut incik zam dengan akak² dan abang²nya ke kubur. Bersihkan kubur arwah mak dan ayah mereka. Then baca yassin dan tahlil. Selesai je tu aku n incik zam gerak pula ke bazar ramadhan kat bandar Temerloh sana. Bazar tu kalo dari kampung incik zam dah boleh nampak dah. Seberang sungai je. Waktu pagi ahad bazar tu adalah tapak pekan sari (pasar pagi). Pernah la aku n incik zam naik bot kat penambang pergi pekan sari tu. Bayar rm0.50 je. hehe best!!

Balik dari bazar aku tengok semua family dah berkumpul dekat rumah abg ipar aku. Berbuka puasa di situ. Berangkutlah makanan yang dah dimasak dari umah incik zam (umah arwah mak mertua aku) ke umah sebelah kanan (umah abang ipar aku). Family incik memang besar. Sebabnya semua abang² and kakak² dia punya anak ramai (tapi tak boleh lawan family icha kot heheh).

Selesai iftar dan solat maghrib, kami siap sedia untuk solat isyak dan tarawikh. Solat berjemaah dengan family di rumah akak zam pulak. Umah baru buat sebelah kiri rumah incik Zam. haaaa... sampai 3 buah umah program kami hari tu. Masak umah lain, iftar umah lain, solat jemaah umah lain. Solat isyak di imamkan oleh anak buah incik zam yang berumur 13 tahun. Baru je masuk sekolah agama dekat kampung incik zam tu. Dah banyak surah dia hafal. Kemudian 4rakaat pertama, imam bertukar kepada abang ipar incik Zam iaitu ayah kepada anak buah incik zam yang jadi imam mula² tadi. 4rakaat terakhir dan witir pula di imamkan oleh anak buah incik zam yang baru habis belajar dekat Jepun. Dia ni dulu bekas pelajar Maahad Tahfiz Kajang. Kemudian selesai solat berjemaah, sorang abang zam menyampaikan sedikit tazkirah yang sangat berkesan dihati aku. Pesanan darinya moga kami sekeluarga dijauhkan dari hasad dengki, semoga kami sekeluarga bersatu hingga ke akhir hayat. Sebak aku rasa. Arwah mak dan pak mertua aku mesti berbangga punya anak² dan cucu² yang tak lupa ajaran agama. Yang mampu menjadi imam dan khalifah yang baik.

Aku memang sangat sangat bersyukur ditakdirkan Allah s.w.t menjadi salah sorang dari ahli keluarga incik Zam. Aku suka mereka yang mementingkan agama, yang sering solat berjemaah bersama. Yang mendidik dan menyuruh anak² untuk belajar di sekolah² agama. Menjadi hafiz dan hafizah. Aku doa moga suatu hari nanti aku mampu lahirkan ramai anak, setahun satu pon tak apa. Dan aku harap anak² aku tu semua dapat aku hantar ke sekolah² tahfiz yang ada di Malaysia ni. Moga Allah makbulkan doa aku. Amin.

Keesokkan pagi nya, incik Zam ajak aku ke sungai, untuk pengetahuan kalian semua. Sekarang ni macam musim kemarau di kampung incik zam. Air sungai surut sampai nampak pasir² sungai. Siap boleh jalan² lagi kat pasir tu. Kalau musim air naik, nak ke bandar di seberang kena naik bot. Tapi aku rasa kali ni berenang sekejap je dah sampai. hehehe. Incik Zam cite, kes² begini jarang berlaku. Dan dah lama tak berlaku. Teruja betol dia bila tengok keadaan sungai jadi macam tu. Sempat la dia mengimbau kenangan bercerita dengan aku kisah² di bina pondok atas pokok tepi sungai tu dan kisah² dia mandi sungai.

Tak lama lepas kitorang lepak kat pasir tu, abang ipar dan anak² buah incik zam datang nak mandi sungai. So apa lagi incik zam pon join la sekali. Aku? dok tepi je la. Tak kuasa. hahahah dulu kecil² aku biasa je mandi sungai kat kampung aku. Tapi dah besar ni dah rasa geli pulak. ngeee.. yelah bila kenang aku pernah nampak orang buang air kecil dan besar kat sungai kampung aku tu, aku mula tak minat nak mandi sungai kampung lagi. heee

Lepas zohor kami pon balik KL. Suppose nak ke rumah faiz dan ella. Diorang ajak berbuka disana. Tapi sebabkan masa suntuk nak ke rumah diorang yang jauh tu, plus anak buah ada lagi dengan kitorang, so kami decide ke bazar ramadhan di Tasik Permaisuri untuk beli juadah dan balik berbuka di rumah je. Aku ada ambil beberapa gambar ketika di sungai, dalam gambar more kat umah abang zam, tapi malas nak upload boleh? ngee tengok dekat insta je la yek!.

Oh ye, aku tak bawak pape juadah tambahan pon, sebab incik zam cakap daging dendeng tu pon dah cukup. Then dia nak ke bazar kat bandar tu, so buat ape nak bawak lagi. Kan?? huhuhu nasib la juadah banyak. So tak ada la ralat sangat. ngeh ngeh ngeh..

Tinggal 2 minggu lagi nak habis ramadhan. To be honest, ibadah tarawikh dan mengaji al quran aku ramadhan kali ni memang agak mengeciwakan. What ever it's masih ada lagi 12hari, aku harap aku sempat la habiskan beberapa surah dan terjemahannya serta harap² aku tak ponteng² tarawikh lagi lepas ni.

InsyaAllah.

8 comments:

  1. penat la bace xde pic ..
    benciii ..
    :p

    seronok eh
    penuh xtvt seharian tu
    alhamdulillah..

    tu la kan..
    dengdeng tu pon da cukup pon
    kau je yg kelam kabut
    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhik..
      aku bkn amek pic sgt pon.
      kan aku xsehat. so xdek mood nk amek.

      amek pic pg tu je.

      Alhamdulillah mmg xtvt sgt padat.
      makin letih sbb berkumpul ramai² burak tu burak ni..
      kering tekak.. hee

      ngeee.. nsb la dendeng tu cukupp..

      Delete
  2. waahhh...seronoknya adik-beradik dia still rapat and boleh balik kumpul ramai2 macam tu lagi even mak ayah takde...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Memang aku respect la dgn diorg adik beradik ni.
      Mungkin slh satu sebabnya akak dia sorg tu suka berhubung dgn semua adik beradik lain. So mcm akak dia sorg tu la yg byk membantu mengukuhkan hubungan sesama kami.

      aku hrp nanti adik beradik aku pon blh berkumpul bersama suatu hari nanti. yg penting tiada bermasam muka dan berbalah sesama sendiri.

      Delete
  3. tulah kan cha, cesh. apesal tak letak gamba sungai surut tu. :))

    ReplyDelete
  4. kagumnye melihat family dia !

    harapkan family aku, belah mak bapak aku sume, mmg xde mcm ni,

    lg2 zaman skrg, belah malam sume berjemaah tengok hp masing2

    no words, only silence

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanie aku pon mula² kawen dgn dia memang terkejut.
      hehehe sebab kalo nak tau abg² dia biasa² je bkn ustaz atau ada ciri² ustaz pon. sgt biasa.

      tp tu la yg aku terkejut.. mereka mmg amalkan solat berjemaah ni. even luar bln ramadhan. Alhamdulillah.

      family aku pon xpnh mcm tu.. yelah kat umah flat mmg la xmuat, tp kat kg bila blk time raya memasing solat waktu yg sama tp bersepah².. hehe

      sbnrnye sblm kawen waktu tu berbuka puasa dirumah mak aku, aku pernah la terdetik dihati 'alangkan bestnya kalo dpt berjemaah dgn family aku" rupanya Allah makbulkan.. cuma bkn family sedarah aku la kan.. :D

      Delete

Labels