Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 12, 2012

Raya sakan!!

Halu..
Kabare?
Waras?
Wes mangan?
Hahaha pandai kan aku speaking JAWA.

Kabare tu APA KHABAR?, Waras tu SIHAT? dan Wes mangan tu DAH MAKAN? haaa... ntah betol ke idok. Aku belajar cakap jawa ni dari abah aku. Terror eh abah aku cakap jawa. Cakap Perak pon aku tak pernah dengar sangat dari mulut dia. Oh ye baru ni opah aku ada bagitahu yang sebenarnya aku ni ada gak berdarah dari keturunan JAWA. Sebelah opah aku la. Sebelah atuk aku kan aku dah cerita dulu² atuk aku bawak diri dari siam ke Kedah before duduk dengan keluarga angkat dia. So aku ada la mix juga siam+jawa.

Eh tetiba cite bab susur galur la pulak kan. Padahal tajuknya RAYA SAKAN.
Tahun ni bolehlah di istilahkan raya sakan bagi kami berdua.
Kalau korang tengok previous entry pon kan.. Cerita pasal duit raya, pasal biskut raya, pasal baju raya. Bukan main lagi eh kitorang. Sebenarnya semua tu tak dirancang pon. Alhamdulillah banyak rezeki terpijak Allah beri untuk aku and suami. Walau tak banyak tapi tetap bermakna.

Tahun ni aku tak plan pon untuk buat open house besar-besaran. Aku cuma plan kalau ada satu hari dalam cuti mingguan kami tak kemana² (tak dapat jemputan raya/kenduri) kami duduk dirumah dan masak² then ajak kengkawan datang mana yang berkesempatan. That's all. So far 2 hari kami berjaya buat begitu. Sekali tu aku masak nasi himpit + kuah kacang dan goreng la apa² yang boleh di goreng. Kebetulan pula ada yang sudi datang walaupon aku ajak mengejut. Terima kasih la pada kawan² VF aku, keluarga yol+ita, keluarga Mamat+Intan, keluarga nixx+ida dan keluarga Edos+Molly. Memasing bawak anak² comei memasing. Riuh rumah jadinya.

Minggu berikutnya kitorang buat lagi makan² kali ini untuk kawan² opis incik suami dan jiran². Menunya aku import dari sentul nasi jagung+ayam masak merah+dalca sayur, yang aku masak sendiri hanyalah mee bandung je. Alhamdulillah licin juga makanan.

Aku rasa 2 kali tu je kot kesempatan aku nak masak² untuk kawan². Sebab selebihnya aku n incik zam busy beraya ke rumah rakan taulan dan saudara mara. Memang meratalah kami pergi. Beraya di Perak, Pahang, Beranang, Kajang, Serendah, Rawang, sempat lagi ke KLIA hantar anak buah zam sambung belajar di Edinburgh. Minggu ni insyaAllah aku nak ke Salak Tinggi dekat² airport tu la juga, then ke Bukit Tinggi, Klang, kalau sempat ke Puchong.

Bayangkan ye duit raya yang aku cakap sebelum ni bukan plan nak pakai semua, boleh habis licin. Touch & Go kitorang load sebanyak RM150 pon dah tinggal nyawa² ikan. Baju raya yang aku cerita sebelum ni tu pon dah hampir semua aku pakai. Duit minyak jalan² raya kali ni ada la dekat RM300.

Memang raya sakan betol. Tapi tadek la sakan mana sangat pon kan. Sakan bagi golongan bawahan macam aku ni je la. hahahah.. Ada lebih sakan dari aku, contoh nya 3 orang yang aku kenal rapat gak la, yang sorang raya ke London, sorang tu raya dengan husband dia ke Beijing, sorang lagi raya dengan family kat Australia. So apalah sangat sakan aku kan kalau raya kat Malaysia je(tu pon nak kecoh kann). hehehe..

Yang penting aku sangat happy raya tahun ni, dapat raya dengan opah, dengan semua ahli kelurga aku dan incik suami serta rakan². Syukur tak terhingganya atas peluang dan kesempatan ini. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

ni beberapa gambar sepanjang beraya. 












Thursday, September 06, 2012

APA DAH JADI??

Raya ke-4 hari tu aku balik kampung Temerloh, kampung incik suami. (raya pertama pun tak story mory lagi tetiba dah raya ke 4 eh..ngee) Adik beradik incik suami yang pulang beraya kali ni tak ramai. Campur abang incik suami yang memang already duduk kat kampung tu, ada la 3 family lagi yang balik so total 4 family semuanya. Aktiviti selain beraya kami ialah BBQ. Memang sangat seronok. Sangat kenyang. Aku ada upload gambar dekat FB. 3 family lagi yang tak balik semua komen cakap jeles. Ada yang siap call request nanti BBQ lagi semua adik beradik balik reramai. hehehe.. sian diorang yang tak balik tu.

Alkisah pagi esoknya selepas malam BBQ tu, kami breakfast sesama di rumah arwah mak incik suami a.k.a rumah incik suami la sekarang ni. Sambil makan sambil bergossip. Tup tup keluar satu cerita pasal keadaan kampung incik suami sekarang ni. Memang beristighfar panjang. Biras aku (akak ipar incik suami) yang dok kat kampung tu cerita, almost setiap anak remaja kat kampung tu berkelakuan tak senonoh, slumber je dating dengan boipren n girlpren kat depan rumah, bercumbu-cumbuan, yang mengandung dan ada anak luar nikah toksah cite la berapa ramai. ALMOST ok.. ALMOST!! kalau ada pon budak remaja yang baik seorang dua je. Bayangkan dalam sebuah kampung, anak² remaja yang masih sekolah lagi dah bercumbu-cumbuan dengan slumbernya depan umah sendiri. Berpeluk-pelukan di tepi sungai. Memang abis dibuang agaknya rasa malu dalam diri kat sungai Pahang tu. Nauzubillah.

Pernah banyak kali abang ipar aku terserempak dengan mereka² ni, Tau apa abang ipar aku buat? Di marahnya di halaunya budak lelaki yang bukan dari kampung tu, Ada tu sampai dijerkahnya. Tapi 2 3 hari kemudian datang kembali. Hadoiii memang tak malu betol. Isunya bukan malu dengan orang kampung. Malulah dengan ALLAH. Ada sekali tu, abang ipar aku dah tak tahan, dia pergi rumah ketua bahagian/penghulu kat kampung tu. Abang ipar aku marahlah pada orang tu sebab tak ambil kisah hal semasa di kampung tu, masa nak dapatkan jawatan bukan main lagi sebok² masuk kampung kunun² amek kisahlah hal kampung. Yang lawaknya, lepas abang ipar aku marah² tu, dia boleh tanya balik abng ipar aku tu siapa? Dari mana? Ek enen.. sama² duduk kampung tu punya lama, orang kampung pon dah tak kenal. Nampak sangatkan tak bergaul dengan orang kampung kat situ. Macam mana boleh jadi pemimpin ni? Kampung tu kecik je bukan besar. Kalau kampung sekecil tu pon tak boleh nak jaga, jangan berangan la jaga negara. Kannn??

Bulan puasa hari tu aku ada dengar satu ceramah perdana merdeka di TM bertajuk "MERDEKA - NIKMAT ALLAH YANG MANA SATUKAH YANG KAMU DUSTAKAN". Ustaz yang bagi ceramah tu cerita pasal keadaan anak remaja masa kini. Sekarang ni korang tahu tak berapa ramai anak tak sah taraf di lahirkan dalam negara yang dah merdeka 55tahun ni? Keseluruhannya sudah mencencah lebih dari 100,000. Hah!.. sila la istighfar.. sila la kalian renungkan.. apa akan jadi pada anak² kalian di masa depan nanti.

Keadaan kampung incik suami sekarang sangat berbeza sekali dengan keadaan kampung aku kat Perak sana. Waktu aku balik raya tu, pakcik aku tunjuk satu video. video tu tentang kisah kampung aku. Kalau tengok video tu memang terasa seronoknya hidup di kampung aku tu. Macam² aktiviti ada. Aktiviti yang merapatkan hubungan sesama penduduk kampung. Anak² remaja sibuk menghadiri macam² program. Bayangkanlah sibuknya mereka tolong menolong antara satu sama lain. Inilah yang sepatutnya setiap kampung buat,

Aku bukan nak banggakan kampung aku dan nak rendahkan kampung orang lain. Korang anggaplah aku tadek kena mengena dengan kampung aku tu. Anggap aku orang luar yang cuba nak tunjukkan realiti keadaan kita sekarang ni selepas 55 tahun merdeka.


Risau pada anak bangsa akan datang ni. Moga kalian yang jadi ibu dan bapa dididiklah anak dengan ilmu agama yang sepenuhnya. Jangan menyesal dikemudian hari.


statistik ni dari 2005-2009. Sekarang dah 2012, keadaan buang bayi semakin tidak dapat dbendung. 
APA DAH JADI?
Apa tindakan anda?

Mulakan dengan diri sendiri dulu, solat jangan tinggal, jangan lambatkan solat, rajinlah bangun malam, solat tahajud, solat hajat, doakan moga² ahli keluarga kita dan umat islam seluruh alam ini, sentiasa hidup berlandaskan AL Quran Sunnah & Hadis, Sentiasalah tegur menegur kepada kemungkaran. Jangan biarkan even anak buah kita sekali pon bersosial sana sini. 

Aku khuathir kita semua ni akan jadi semakin kaum Samud, kaum nabi Lut, kaum nabi Musa, kaum nabi Nuh, janganlah kita kaum nabi Muhammad ini ingkar dan kufur sehingga Allah sudah bosan dengan kita lalu di turunkan bala hilang Malaysia ni dalam peta dunia nanti. Takot tak? 





Wednesday, September 05, 2012

Update Raya Merdeka

Salam Syawal 1433 dan Selamat Hari Merdeka
Dah masuk pertengahan Syawal dah.
Tak lama je lagi kita nak habis raya.
Amacam raya anda tahun ni?
Gembira? Sedih? Keciwa?
What ever it's, moga kalian tetap meraikannya dengan penuh rasa kesyukuran.

Selesai berjuang  menahan nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan.
Maka Syawal ni adalah satu ujian untuk kita, sama ada masih maintainkah kawalan nafsu kita?
Adalah segala perjuangan kita sebelum ini habis hilang begitu saja.

Apa yang perlu kita buat untuk mempertahankan segala perjuangan kita yang sebelum ni?
Kebetulan pula kita baru lepas sambut hari merdeka yang ke 55tahun.
Satu tempoh yang agak lama juga tu.
Merasai hidup yang aman damai, cukup segala keperluan malah berlebihan sampai membazir.
Tidakkah kita rasa bersyukur dengan semua nikmat yang Allah dah beri ini?

Dilahirkan oleh seorang ibu, dibelai dengan kasih sayang oleh seorang bapa, dikurniakan sempurna anggota, akal dan pikiran, diberikan kasih sayang seorang abang, kakak dan juga adik. Diberi kesempatan untuk menikmati makanan yang sedap², tempat tinggal yang selesa, udara yang bersih. Dah the best thing is dilahirkan sebagai seorang ISLAM.

Indahnya nikmat hidup kita selama ini.

Moga sambutan lebaran kita kali ini, dipenuhi dengan penuh rasa rendah diri bukan memandang tinggi, rasa sentiasa ingin memberi bukan menerima, rasa ingin mengeratkan tali perhubungan sesama insan bukan ingin memutuskan, rasa menghormati yang tua walau kadang kala fikiran kita berlainan.

Segala yang kita ada kini tak pasti kekalnya. Mungkin suatu hari akan ditarik Allah jua. Andai saat ini kita punya keluarga bahagia, suatu hari nanti barangkali kita hilang seluruhnya. Andai saat ini kita rasa berduka, terasa sendirian di dunia, barangkali suatu hari nanti, Allah kurniakan kita kasih sayang yang tak ternilai harganya.

Teruskan menyambut Syawal dengan penuh kesyukuran, bila makan ingatlah pesanan rasul kita makan jangan mengikut nafsu. Bila berjumpa saudara mara, rakan taulan ingatlah batas aurat dan pergaulan kita. Bila bersedekah duit raya, sedekah ikut ikhlas hati dan sedekahlah pada yang lebih memerlukan. Saat kita sedang enak berpesta makanan ketika syawal ni, ingatlah mereka² yang tak ada langsung makanan untuk disuap ke dalam mulut.







Rasulullah s.w.w bersabda, yang bermaksud: “Tidak patut dinamakan beriman, orang yang tidur malam dalam keadaan kenyang sedang jiran yang berada berhampirannya dalam keadaan lapar, sedangkan ia mengetahuinya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Labels