Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 12, 2012

Bumbu Desa & Resepi Bamia


Sepanjang minggu ni, aku dan 3 orang lagi rakan dok la burak dalam conference whatsapp setiap hari. Yang kelakanya, ada je topic nak burak, dan topic utama adalah pasal MAKAN!!

Hehehe memasing kuat makan, walau taste tak sama. Last kitorang berjumpa bulan lepas. Tu pon sehari before seorang rakan kitorang tu nak balik ke rumahnya di Paris sana. Setelah sebulan bercuti² dikampung halamannya Malaysia. ngeh ngeh ngeh..

~ 4 sekawan ~
myn, me, zana & intan
aqil&intan jr

Thanks zana for the pic. Aku dok tunggu si intan & min forward gambar, tapi hampaaa!! Dah la aku tak sempat nak snap gambar pakai hp aku. uhukk.. sempat ambil gambar makanan je. Huhu.

Masa ni kitorang makan dekat BUMBU DESA, Mid Valley. Ok la not bad juga menunya. Kitorang order ala carte, Nasi Putih untuk 4 orang, 1 set Gado², 1 set rendang daging, 1 set kailan ikan masin, 1 set ikan talapia goreng, 1 set begedil, 1 set tempe goreng dan 1 set ayam cili ijo.

~ the Menu ~

Semuanya sangat la sedap, sehingga menjilat jari. Kecuali ayam masak ijo(tadek dalam gambar sebab tak sedap ngee). Style makanan kat Bumbu ni, diorang dah siap masak dah semua menu, then bila ada orang order, mereka akan panaskan. Yang frustnya last minutes aku tambah ayam cili ijo tu, sekali dapat sejuk bedi je rasa. Tak sedap ok!.. Langsung tak abis.

Oh ye lupa nak cakap, Bumbu Desa ni berkonsepkan makanan SUNDA & MINANG. Tapi sayangnya tak ada pon ayam penyet dan daging dendeng. So aku bagi 3suku bintang je la . heee

Semalam aku cerita dengan 3 kawan aku tu yang aku nak buat BAMIA untuk di bawa ke pejabat hari ni. Yelah asyik diorang cerita apa diorang masak je kan (mentang² diorang semua terror masak..hihi) aku apa lagi kan, nak tunjuk bakat juga ni, walaupun tak de la sedap sangat pon ngee. Then diorang request suruh update resipi Bamia dekat blog.

Nah ambil ni resepi. Jangan tak cuba pula ye. Kawan² kat pejabat cakap sedap. Dah nak licin 2 buku roti (size panjang) makan dengan bamia aku ni. Alhamdulillah la sedap. Risau la juga tak sedap. Tak laku pula. uhukuhukk..

Resepinya sangat la simple.(sebab tu aku buat,, huahuahua).. Oh ye lupa nak cerita apa Bamia ni kan? Kalau korang google korang dah tau dah.. so tak yah ah aku bagitahu. Pi google sana ye. Anyway Bamia aku tak seperti yang ada di data pakcik google. Bamia aku ni ikut resepi staff² kat pejabat ni dan dah diolah oleh aku. So it's not purely from IRAN la. Bamia ni actually makanan dari IRAN, Ada sorang abang kat pejabat aku cakap, aku punya memang dimelayukan, sebab kalau IRAN siap letak yogurt so rasanya akan sangat masam. Hehehe ni aku belum melayukan habis lagi resepi ni. Next time nak try bubuh cili kisar pula, bagi rasa masam² pedas. Baru betul melayu kannn.

Resepi BAMIA ( untuk 10 orang makan kot, sebab tadi ramai yang rasa aku punya bamia ni, anggaran 10 orang la kot)

Untuk di dadu :
2 ulas bawang putih
4 biji bawang besar
4 biji tomato
2 biji carrot
1 biji kentang (ni aku tambah..sebab GILER KENTANG !!)

1 kilo daging (di rebus dan di hiris ikut suka hati nak kunyah. kalau tak ada boleh la pakai daging kisar, tapi tak berapa sedap sangat, tak berapa nikmat bila makan. Aku pula ada stock daging tak sampai pon setengah kilo, so aku terpaksa pakai daging kisar ramlee yang memang always ada stok dalam freezer. Air daging rebusan jangan buang ye)

3 sudu besar rempah kari daging (aku pakai sepeket kecil rempah)
1 tin tomato puree
1 tin tomato sup ( kalau pegi pasaraya cari dekat² area tomato puree)
1 tin kacang peas
Sedikit minyak untuk menumis
Garam sesedap lidah

Cara²nya :
Tumis bawang putih & bawang besar sampai layu.
Masukkan tomato yang dah didadu, biar sampai hancus dalam periuk dengan bawang tu.
Masukkan rempah kari, tomato puree & tomato sup.
Biar sampai sebati dan naik bau, then masukkan daging dan kentang masak sampai empuk.
Masukkan air daging sikit untuk banyak kuah. Kalau nak lebih pekat tak payah masukkan air kot.
Masukkan carrot kacang peas dan garam.

Siappppp...!!! simple je kan?? enak dimakan dengan roti putih, roti puri(zana punya idea), french bread(untuk myn) dan roti arab pon boleh. Ikut kelazatan anda. Kalau resepi asal dari IRAN, diorang banyak guna rempah, then diorang letak bendi, nampak cam kari la kan, siap santan semua. So aku tak berapa rajin dengan resepi IRAN tu. so ikiut la korang nak try resipi mana ye. Resepi yang aku olah ni memang ada rasa ala² kuah spagetti tau. So kalau suka kuah spagetti tu mesti suka bamia ni.

Insyaallah tak lama lagi nak raya korban, pasti la kan dapat daging korban, so boleh la buat ni dan jamu family. Nyum nyum nyum..



~ Khas untuk officemate ~

~ Roti + Bamia ~
Selamat memcoba ~!!

Tuesday, October 09, 2012

Diet for Hyperthyroidism


Halu.. Mengantuk yang amat je rasa sekarang ni. Asyik tidur je kerjanya. Hahaha.. Dah makin malas aku ni. Patut ah  lemak bermaharaja lela dekat bontot, peha n perut. 

Jumaat lepas aku ke Klinik, actually aku dah lewat sebenarnya, suppose aku kena pergi klinik awal bulan 7 hari tu, untuk ambil ujian darah terkini, tapi dek kerana masa tu sibuk nak ke Bandung, then balik dari bandung, dah start nak puasa, then raya, then sebok kerja, sudahnya bari minggu lepaslah teringat nak perginya. 

Aku dah agak dah, memang akan kena marah, tapi serius aku tak jangka yang aku akan kena marah teruk dengan doktor. Doktor yang check aku sebelum ni, sangatlah aku suka sebab dia seorang yang friendly telah  transform jadi gorila. Hahahahaha padan muka aku la kan. Dah la lambat check up, pastu ubat pulak tak makan. 

Dia marah sebab aku tak makan ubat thyroid, dia marah sebab aku termissed check up yang sepatutnya, suppose sekarang ni aku dah kena buat 2nd ultrasound. Dia marah sebab dia kata aku tak paham agaknya apa sebenarnya sakit aku ni. Dia marah sebab aku tak ikut cakap dia. Arghhh... tensi.. tensi.. Tak pasal² jadi burung belatuk, diam angguk diam angguk. Yelah dah salahkan. nak cakap apa lagi kan. Angguk² je la. 

Sempat pula tu aku bohong bila dia tanya, kenapa aku tak makan ubat. Aku cakap sebab dah abis. Padahal ada je lagi. Pastu kena bebel lagi apesal tak datang ambil ubat kalau dah abis. Ya Allah, bertalu² soalan sampai aku rasa stress yang amat. Aku ni tak suka kena marah beria². Aku tahu salah aku then aku cuma nak orang yang marah aku tu diam dan bagitahu aku apa next step yang aku kena buat untuk betulkan keadaan. That's it!! 

So, tadi pagi aku ke klinik lagi. Kali ini untuk ambil result ujian darah aku tu. dan hasilnya memang sangat mengecewakan. Allah pon tak nak tolong aku, uhuk uhuk uhuk, walaupon lepas ujian darah hari tu aku tak putus doa moga² ada mircales happen. Biarlah hasil ujian tu menunjukkan yang keadaan thyroid aku normal. 
Tapi tidakkk, nehi.. aku keciwa. Sini aku sharekan result aku dari mula aku di diagnosiskan Hyperthyroid. 


Start 27/02/2012 aku di diagnosi kan seorang hyperthyroid, lepas ujian darah result menunjukkan, Horm0n T4 aku lebih dari range yang sepatutnya (11.50-22.70) iaitu 32.57. Then doktor suruh aku makan ubat carbimazole, mula² sehari 2biji, lepas sebulan aku datang untuk ambil ujian lagi, then hasilnya hormon aku turun ke 16.02. Then aku buat ultrasound, alhamdulillah tak ada bengkak besar di leher, cuma ada bengkak² kecik yang banyak je dileher aku. Doktor suruh makan ubat lagi. Up sikit kali ni 3biji sehari. 4bulan kemudian aku kena jumpa doktor balik.

Tapi tu la, belum sempat 4bulan aku dah buat perangai malas dah, Mula la lupa makan ubat kemudian lelama terus tak makan. ngee. Now, hormon T4 aku naik dari 16.02 ke 24.28. huhuhu.. makanya aku dikehendaki makan 4biji carbimazole sehari selama sebulan, then nanti ambil darah sekali lagi before buat ultrasound. huh!

Overactive Thyroid Recommendations:


Only a doctor can diagnose an overactive thyroid (hyperthyroidism). The quiz indicates only the possibility that you have a thyroid imbalance, which you should discuss with your doctor. You might want to try the underarm temperature test for thyroid health (in the box below). Symptoms such as: hyperactivity, sweating, irritability, nervousness, difficulty gaining weight and (for women) menstrual irregularities could also reflect other problems.

An overactive thyroid (if symptoms are not pronounced) often responds very well to diet improvements and supplements. It is essential to correct any nutritional deficiencies. Eat a diet very high in green and yellow vegetables (at least five to six half cup servings daily), brown rice and other whole grains, sprouts, fruits and seafood. Zinc deficiencies are often associated with an overactive thyroid. Some good sources of zinc, besides seafoods, are eggs; mushrooms; wheat germ; brewer's yeast and pumpkin, sunflower, poppy and caraway seeds. In addition to their high nutrient content, raw vegetables such as broccoli, cauliflower, cabbage and Brussels sprouts contain goitrogens, substances which can help balance an overactive thyroid. Cut back on stimulants such as smokingcoffee, tea and chocolate as well as red meat and other fatty foods, refined foods (such as white bread, white pasta and other foods made with white flour) and junk foods. Many over-the-counter diet pills can cause thyroid imbalance as well.
Nutritional supplements to support your thyroid include B complex (50mg daily with a meal), vitamin E (200mg daily with a meal), vitamin C with bioflavonoids (500mg 2-3 x daily) and zinc picolinate (25mg daily with a meal, for two to three months only). Also consider a strong anti-oxidant such as co-enzyme Q10 (60mg daily for two to three months) to boost your immune system.
There are a number of herbal supplements which work extremely well to balance an overactive thyroid (when used in conjunction with diet improvements), but they should be prescribed by a holistic doctor such as a naturopath or homeopath.
Regular exercise such as a daily, brisk walk will also help balance your thyroid. Early morning sunlight is also very therapeutic. 



Dekat office aku, ada seorang kakak ni cerita pasal 2 orang adik dia yang mengalami hyperthyroid juga. Dia advise aku apa yang ada dia pernah buat. Antaranya mengamalkan diet. So, aku pon google la untuk cari info diet macam mana seorang hyperthyroid macam aku ni boleh amalkan. Then aku jumpalah satu website ni. Infonya seperti di bawah : huhuhu,, yang aku boldkan tu adalah semua yang aku sangat suka makan. Almost everyday. Tak tahu la mampu ke tak aku ni berdiet ikut seperti info tu. Harap² sikit demi sikit aku boleh cuba ubah corak permakanan. Yang penting ubat dah tak boleh nak tinggal. huhu. ok.bai.

Wednesday, October 03, 2012

Fly.....


Here we go, come with me



There's a world out there that we should see

Take my hand, close your eyes

With you right here, I'm a rocketeer 
Let's fly (fly,fly,fly,fly)

Up, up here we go, go

Up, up here we go, go

Let's fly (fly,fly,fly,fly)
Up, up here we go, go

Jom fly....


hehehe.. aku suka dengar lagu iklan AirAsia (AA) ni..
rasa macam nak terus g LCCT je naik kapal torbang ..
hahahah gilos btl. 

kemaruk betol nak berjalan ni..
sebulan lagi aku nak terbang. 
Yeah.. HOLIDAY again!!

this trip will be trip yang ke 3 n merupakan  last trp with AA..
ye ye je.. eh last trip with AA
.
.
.
.
.
.
.
for year of 2012 je sebenarnya. kehkehkehkeh..

Untuk 2012 aku hanya book tiket untuk 3 destinasi perlancongan je.
Bulan 4 haritu ke Kota Kinabalu, Sabah, bulan 7 pula ke Bandung, Indonesia, and last sekali,  2-5hb Nov ni ke Langkawi, Kedah. 

Hari tu tengok blog  wani, dia borong cokelat kat Langkawi . Buat rasa tak sabar dah nak jejak Langkawi dulu.hikhikhik macam tak pernah pergi je eh.InsyaAllah this is will be the 3 time aku ke Langkawi. Sebenarnya ada mission penting untuk percutian kali ni...!!

Me n hubby nak lunaskan impian yang tak terlaksana waktu kitorang 1st honeymoon kat Langkawi. Incik suami aku tu, teringin nak naik cable car. Masa kitorang pergi dulu, beria la tunggu kaunter bukak, dekat 2 jam dok situ tapi akhirnya tak dibenarkan naik sebab cuaca berkabus tebal. Hari berikutnya sebelum flight balik tenghari tu aku plan nak pergi usha cable car tu, tengok² cuaca hujan je..  Makanya tak merasa la nak nengok keseluruhan pulau Langkawi tu dari pemandangan atas.

Yang aku pula, teringin nak beli set mangkuk Vision dekat kedai Hj. Ismail Group, masa tu kewangan tak mengijinkan aku. Plus.. incik suami bising tak bagi aku beli. sebab dia rasa tadek keperluan pon. Kecik hati i tau. Orang laki apa tau pasal orang pompuan kan. Bukan dia yang dok dapur masak. huh!! So kali ni memang incik suami cakap kalau nak beli, beli la. Then dia pon tak sabar nak borong cokelat...(yang dalam peti ais pon tak makan².. cisss) ...

Yang buat aku bertambah seronok adalah sebab, baru ni Allah beri rezeki pada incik suami, dia dapat elaun menanggung kerja seorang ex opismate dia yang dah berhijrah ke tempat kerja lain. Dapat la 1k lebih. 

Memang terbuntang la bijik mata aku kan. Rezeki tak semena². Padahal sebelum tu aku cakap sama incik suami, nampak gaya pi langkawi kali ni pon tak dapat kot nak beli vision sebab seminggu sebelum pi Langkawi tu, raya haji. Nak balik kampung mesti nak pakai banyak duit. After all raya tahun ni memang banyak giler duit mengalir. Memang dah rasa macam kali ni pergi nak jalan² tengok permandangan je la. Syukur Alhamdulillah ada rezeki nak bershopping sikit. 

Bulan 3 hari tu aku ke Matta fair. Tersinggah satu booth ni dok promosi budget package ke Langkawi. Aku sangat tertarik kerana rasa memang murah betol. Aku n incik suami decide amek couple budget package yang berharga RM390 untuk 3hari 2malam. Kalau aku nak extend sehari lagi aku kena bayar RM150. So total RM540 untuk dua orang penginapan di Malibest@ Pantai Cenang, sekali dengan transport keta ViVa untuk 3hari plusss 1 boat trip island hopping.. Murah tak??? Murah kan!!! Yea aku dah tengok link Malibest tu, memang la tadek la segah dok hotel berbintang². Tapi apa ada hal.. bukan nak dok dalam bilik je kan. Nak jenjalan. Apa je yang boleh jimatkan duit..mak ok ajeee.!! hihihi. 

Kalau ikutkan aku tengok rate dekat website Malibest tu the cheapest bilik berharga RM130/night. 3night will be 390. Then sewa viva RM100/day. 3days RM 300. Island hopping sorang mau dalam RM40/pax, 2pax RM80.  Total RM770. So now aku dah jimat sebanyak RM230. hah! boleh borong cokelat banyak² tu. kannn??

Selain dari nak naik cable car dan ke Pekan Kuah untuk shopping(wajib ni).. aku ada usha² package snorkeling ke Pulau Payar. Harga not bad la juga , kalau dari Langkawi ke Payar tu boleh dapat RM200++ sorang lengkap dengan boat transfer, makan dan snorkeling. tapi rasanya macam tadek budget la pulok. Perhaps, next trip nanti punya xtvt la. (gaya macam nak pergi Langkawi lagi je ek. hehe). 



:: teringin nak ke Pulau Payar ::


1st time ke Langkawi dulu aku cover Pantai Cenang & area kampung Mahsuri je sebab masa tu pergi balik hari . Dari umah kawan aku kat Perlis, kitorang amek boat dari Kuala Perlis ke Langkawi. Then 2nd time pergi dengan incik suami, kami pergi area Datai, Pulau Dayang Bunting n Pekan Kuah sebab masa tu kami dok Awana dekat dengan Cenang. So kali ni terasa nak pergi area Tanjung Rhu pula teringin nak tengok Pantai yang berpasir hitam. Macam menarik je kan. 





:: Pantai Pasir Hitam ::

Tak sabarnyaa.. 
So apa pula plan hujung tahun korang? 



Tuesday, October 02, 2012

Nyum nyum..


Aku nak promote new flavour kek Secret Resepi ni kat korang.
Nyum nyummmm sangat.

Beria² akak kat secret resepi tu promote kat aku.
Dia siap cakap Aku TAK KAN MENYESAL.

it's SO TRUE.

memang aku tak menyesal lah!
sedap sangat.

ada pistachio, chocolate, marshamallow,  dark chocolate, cheese.
giler kenyang ah rasa dia.

aku ni bukan peminat cheese. 
tapi bila makan kek ni, memang aku dah abaikanlah rasa cheese tu.

haiihhh.. baru je makan dah rasa nak makan lagi.

tapi tak mampu la nak beli selalu.
kek ni lebih mahal dari kek lain ok!

RM10/slice. aiyohhhh..
kalo beli 1 whole RM120. 
huhuhu



selamat mencoba ye!!!


Terjebak!!

Hai all,
Rindu saya?
Eceyyy..

Sebenarnya serius aku malas dan tak bermood nak menaip lately ni.
Suka blogwalking je. Malas benor nak pikir apa nak taip.

I'm sorry!! pada yg tertunggu² (bajet retis) or yang rajin menjengah blog daku ini.
Tq ye (o_0)
Luv u lah~!!

Banyak je benda nak story mory tapi serius tatau mana nak mula.
So aku update apa yg berlegar di minda je la eh.

Haritu aku pergi PAYLESS.
Sebuah kedai kasut yang di rekomen oleh sorang teman aku ICHA.
Katanya kedai kasut ni ada jual kasut yang bersize besar².
Aku ni untuk makluman memang seorang yang berkaki panjang dan lebar.
Dari kecil lagi dok pakai kasut ala² kasut ronald mcDonald tu.
Malu i masa sekolah² dulu. Hehehe bukan malu sebab kaki panjang.Malu sebab kasut i bosar godang. hahahahha..

Dek kerana kaki yang panjang dan lebar ni, Aku menghadapi masalah apabila nak beli kasut. Memang sangat²lah bermasalah. Asal masuk je kedai kasut, kasut yang aku berkenan mesti tak ada size aku. Bebalik size 5 dan 6 je. Kecik hati i!. heee..Korang pasti nak tahu kan kaki aku size apa?

Oleh kerana si icha tu beria la juga support aku untuk pergi kedai PAYLESS tu., dimana kalau di KL ada dekat Sunway Piramid & Paradigm Mall. So baru ni icha tu buat pulak entry pasal PAYLESS tengah ada sale. Wowwww terbuntang biji mata eh nampak sale. Kalau nak tau lebih lanjut pasal PAYLESS boleh baca blog icha tu. Malas aku nak cite dua tiga kali. Buat penat taip je. hehe

Akhirnya aku pon terpengaruh dan mempengaruh incik suami aku untuk pergi Sunway sabtu lepas. Pusing punya pusing, jumpa jugalah kedai tu. Terletak di LG1 opposite AEON. Dari luar aku nampak dah 50% punya banner. Apalagi tanpa menoleh lagi aku pecut masuk dalam kedai tu.

Terus pergi area kasut wanita. 1st sekali aku cari area size 9. Oh ye untuk makluman, kedai ni yang tersangat bestnya ialah, diorg susun kasut ikut size!. Best giler kan? Sangat memudahkan. Korang just pergi je kat area size korang. Then kat situ ada macam² design size korang yang ada. Memang menjimatkan masa!.I like!!!

Aku ni sebenarnya tak boleh nak beritahu korang size kasut aku secara specific. Sebab, banyak kedai aku pergi, size kasut aku tak sama. Normally aku akan terus tanya sale person kat kedai kasut yang aku pergi tu, aku nak size paling besar. So far yang paling besar tu around size 8,9, dan 10.

Serius aku cakap korang eh, memang aku jd give up la nak pi kedai kasut. Kasut yang kita suka tak ada size je.. keciwa betol. Apa aku buat ialah, bila dapat satu kasut yang ada size aku, aku belek betol² sampai dapat puaskan hati. Walau kdg kala kasut tu tak cantek dan tak berkenan pon. Tapi sebab ada size aku , maka aku  beli dan akan pakai sampailah kasut tu rusak baru la beli lain.

So bila pi PAYLESS tu tengok area size 9 dulu, nampak banyak sangat kasut, aku rasa sangatlah teruja. Yelah mana pernah aku g kedai yang macam tu. Selalu pi asyik ada display size 4, 5, 6. Sakit hati betol. Aku try size 9 dulu, tapi ketat sikit, so pergi size 10, test² rasa selesa.

Berjaya aku membeli 2 pasang kasut kat PAYLESS hasil maklumat dari icha. Kebetulan bila kita beli 1 kasut, then dapat 50% atas pembelian kasut kedua. Tu yang beli 2 gak tu.

Sebelum pergi, kawan aku min ada kirim untuk belikan kasut anak dia, so lepas dah pilih kasut aku, aku pi bahagian budak². Mak ai.. cantek² kasut² diorang. Geram betol aku tengok. Punya leka membelek kasut untuk Intan anak min, aku terlupa yang incik suami dok tunggu aku kat luar. hehehe dari keluar pastu masuk balik cari aku sebab aku tak keluar² dari kedai tu. kahkahkahkah..

Overall aku rasa ok la PAYLESS tu. Walaupon sebenarnya kasut size 10 tu banyak pilihan tapi hanya ada lebih kurang 3 design je yang berkenan di mata aku. Kira ok la pricenya. InsyaAllah nanti kalo kasut aku dah rusak, boleh la aku ke PAYLESS lagi.

TQ ICHA!!! Now aku n min dah terjebak PAYLESS dah. huahuahuaaa..


:: Brunch dulu before serang PAYLESS ::


:: cuba try test kasut ular.. eeeee:: 


:: princess ::


:: sesame street ::


:: Airwalk ::





:: we @ PAYLESS ::


:: beli dua kasut infant ni untuk Intan ::


:: untuk aku ..ni je yang berkenan di hati ::



Pasni korang pula boleh serbu PAYLESS ok!!..

Labels