" Verily, along with every hardship is relief, (5) Verily, along with hardship is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs) (6) So when you have finished (your occupation), devote yourself for Allâh's worship. (7) And to your Lord (Alone) turn (all your) intentions and hopes. (8) " Surah Ash Sharh(94):Ayat 5-8
Tuesday, November 06, 2012
Langkawi - Part 1 : INTRO
:: Intro - Recaps ::
First time aku pergi Langkawi (LGK) dengan rakan kolej tak silap tahun 2002, waktu tu aku lepak rumah kawan aku tu dekat Kuala Perlis, memang dekat sangat la kan kalau naik feri dari jeti K. Perlis tu. Aku pergi sehari je, gerak pagi parking dekat jetty then naik feri, tiba LGK kitorang sewa van. Sempat pergi Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan Pekan Kuah je. Beli ole² cokelat sikit. Petang tu juga ambil feri balik K.Perlis, sebab esoknya nak jalan² Padang Besar pula.
Second time, aku pergi untuk 1st honeymoon dengan incik suami lepas kahwin. Masa nak dekat² kahwin tu aku ada terbaca surat khabar BERITA HARIAN (BH), kalau kumpul keratan kepala surat khabar BH selama seminggu (yang ada cetak header BH tu) boleh dapat tiket free naik kapal terbang FIREFLY (FF). Maka aku dengan gigihnya kumpul selama 2minggu untuk dapatkan tiket 2 orang. Alhamdulillah berjaya juga dan aku memilih untuk penerbangan ke LGK sebagai hadiah honeymoon kitorang.
Merasalah aku naik kapal terbang BERJAYA AIR ( bukannya FF, hampeh jee diberi focker pula) dekat Terminal Subang Airport. Sepanjang di LGK, . Masa tu incik suami pula dapat pakej penginapan free selama 4h 3m di Awana Porto Malai Ali.Beserta trip percuma Island Hopping untuk 2 orang. Dekat sana kami menyewa kereta sepupu kepada abang ipar suami yang memang tinggal di kg LGK. Seronok sekali sebab dapat sewa kereta nissan sentra dengan harga yang sangat murah. RM80/day, yelah sebab ada bau² kentutkan.
Aktiviti kami sepanjang di LGK adalah berjalan² di area Datai, Oriental Village, Pantai Chenang dan shopping di Pekan Kuah.Incik suami teringin sangat nak naik cable car, tapi sayang tak ada rezeki. Kami dah tiba dah dekat Oriental Village tu untuk naik cable car, tapi tunggu punya tunggu kaunter tak buka juga. Bila tanya sekali lagi, kami dimaklumkan cuaca di atas Gunung Mat Chincang tu berkabus, maka amat risiko untuk naik gondala ke atas. Aku sendiri pula keciwa sebab tak dapat nak shopping banyak alatan dapur dekat pekan kuah sebab kami kan baru kahwin, so tak ada la bajet nak shopping sangat. Kami pulang hanya bawa ole² cokelat je. hee
Untuk kali ni yakni kali ke-3 ke LGK, aku book tiket AirAsia (AA) from KL to LGK pada 14 Feb 2012 untuk perjalanan dari 2Nov - 5Nov 2012. Ini merupakan honeymoon aku and incik suami buat kali ke.. (Langkawi,Cherating,Kuching,Bandung,Sabah,Bandung,Langkawi) ok ke 7. ehehehee.. So this is 3rd time buat aku and incik suami personally, then kali ke-2 untuk kami selepas hidup berdua.
Tujuan utama kami kali ini adalah untuk naik cable car dan shoppinggggg !!
Berjaya atau tak??? kita nantikan sambungan seterusnya. ngeh ngeh ngeh.. daaaa..
*Apa kata korang study map ni dulu, lepas ni kalau aku sambung cerita paham la korang sikit² ye. *
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Advertising
(1)
event
(9)
Family
(4)
Holiday
(16)
Info
(16)
Info Program
(7)
jalan² cari makan
(6)
jalan² cari pasal
(1)
luahan
(2)
My life
(1)
my love
(1)
News
(3)
ntahpape
(12)
Petua
(1)
Ramadhan
(1)
Renungan
(9)
Sahabat
(1)
Wishes
(3)


ceh.. baru excited tau..
ReplyDeletenak baca ni..
huahuahua..
Deletekenalah warming up dulu..
Aku nk coklat daim.. hahhaa
Deleteigt best la tu...
ReplyDeletenk wat sambung sambung cite..
ceeeeeeeeeeeeesssssssssssssssssss
hrp bersabar ye..
Deletekang aku cite xde gmbr ko marah plak kan..
gmbr xde ni kat umah.
ReplyDeleteMcm citer bersiri pulak
hamboi hamboi... patutla lama ilang... bz p honeymoon rupanyer...
ReplyDelete