Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 24, 2013

Tarikh Penting (Masehi VS Hijrah)

Salam all,

Hari ini aku nak story pasal tarikh² penting dalam hidup aku. Biasanya kalau kita cerita pasal tarikh ni kita selalu ingat tarikh dalam tahun Masehi. As muslim, kita tak menitik beratkan langsung tentang tarikh dalam Hijrah. Kalau ada yang bertanya kita berapa haribulan birthday kita? Automatik kita akan jawab dalam Masehi. Teruk betul kita ni kan.

Boleh di kiralah waktu bila kita dok ingat tarikh² dalam Hijrah ni:

1 Muharram - Tahun baru kita dalam bulan Islam tahun Hijrah. 
12 Rabiul Awal - Tahun kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W
27 Rejab - Peristiwa Israk & Mikraj
1 Ramadan - Hari pertama umat islam diseluruh dunia berpuasa.
17 Ramadan - Nuzul Al Quran
1 Syawal - Confirm lah semua ingat ni, Hari Raya Aidilfitri
10 Zulhijjah - Hari Raya Aidil Adha atau pun Raya Korban. 

See.. itu je kot yang kita dok ingat saban tahun.

Kalau di tanya pula tentang bulan² islam. Lagi la Failed!! .. Kalau orang cakap dekat kita "cuti sekolah bulan 6" automatik kita ingat oh bulan JUN. "Hari Merdeka bulan 8" automatik teringat OGOS. Tapi kalau ada yang cakap dekat kita "puasa bulan Ramadan", kita ada tak automatik nak terpikir bulan Ramadan tu bulan ke berapa eh? Tak kan? Yang kita dok ingat selalu bulan Muharram tu bulan pertama dalam kalender Hijrah. Kalau di tanya ingat tak bulan² islam. Pasti akan jawab INGAT !!.. lalu kita pon nyanyi lagu nasyid kumpulan raihan..Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah. waaa... terrorkan.. sekali nyanyi je. Tapi kalau tanya dalam bulan islam bulan ke 4 bulan apa.. mula la kena mennyanyi dulu baru dapat jawab. Tak de nya dapat jawab terus Bulan Rabiul Akhir!. Betol tak? hehehe.. ni aku tak cite pasal orang lain. Aku cite pasal aku. ngeeeee..

Now, aku nak listkan tarikh² penting dalam hidup aku dalam bulan Masehi dan Hijrah. Nanti incase aku terlupa boleh la aku tengok balik blog aku ni.. hee..

Tarikh lahir aku - 20 Ramadan 1401 ( 22 Julai 1981)
Tarikh lahir incik zam - 02 Ramadan 1401 (04 Julai 1981)
Tarikh Nikah - 29 Jamadil Akhir 1431 ( 12 Jun 2010)
Tarikh lahir mak - 06 Rejab 1369 ( 24 April 1950)
Tarikh lahir abah - 04 Jamadil Awal 1361 ( 20 May 1942) 

Ustaz tempat aku belajar ada pesan. kalau boleh raikanlah hari kelahiran dan anniversary pada tarikh hijrah dan juga masehi. Sambut 2 kali pon tak apa. So apa lagi kan.. korang nak check korang punya special date? Boleh klik link ni ye : ISLAMIC CALENDAR




1 comment:

Labels