Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 27, 2011

Nasi Arab


Pagi tadi cite pasal MCM ..
petang² ni teringat lak nak buat entry pasal " NASI ARAB".
Korang pernah makan nasi arab?
suka ke nasi arab ni?

Semalam aku & incik Nizam lepak kedai dobi abg ipar aku kat Senawang.
Dalam kebuntuan memikir nak buat plan apa cuti deepavali semalam tetiba akak incik Nizam bagitahu diorg sefamily nak ke Senawang, umah abg ipar aku tu.
Aku pon jeling² incik Nizam cakap nak ikut.
Sebab kami ni tiap kali weekend tak duduk kat umah.
so bila ada public holiday ni, buntut panas je rasa nak duduk kat umah.
Kaki asyik nak berjalan je.
Kepala otak mula la merawang pikir tempat nak pergi.
ngeh ngeh ngeh.

Siap solat zohor kami pon bergerak.
Sampai Senawang dalam pukul 3lbh.
kami duk lepak kedai dobi abg incik Nizam je.
Sebab abg incik Nizam ni berniaga sendiri.
public holiday pon dia bantainya bukak kedai.
yelah kais pagi makan pagi kan.

Tengah dok syok tengok gelagat customer abg ipar aku tu,
tetiba abg ipar aku cakap nak belanja kami "Nasi Arab"
perghh !!
apa lagikan tak kan nak tolak.
kami pon lepak la sampai ke isyak kat kedai tu.
Tutup je kedai kami terus gerak ke retoren Nasi Arab tu.
kat mana tu??

tarraa...


Inilah dia.. "Nasi Arab Damsyik"
No 1, Jalan Bourgainvilla 1,
(Dekat Jalan Paroi – Senawang),
Taman Bourgainvilla,
70400 Senawang, Seremban,

Negeri Sembilan.

So far aku dah pernah try ;
SABA Nasi Arab @ Setiawangsa
&
2 nasi arab dari kedai di Shah Alam
(tak ingat pulak nama kedai tu)

Kalau nak compare dengan kesemua kedai² ni,
aku rasa yg kat Senawang ni not bad jugaklah
Dari segi harga memang murah.
dia ada set menu yang memang berbaloi.
bayangkan makan untuk set 5pax , RM45 je.
kalau dia Saba sorang makan dalam RM 12.
cuba korang kira & compare sendiri mana lagi murah?
(malas aku nk buatkan kira² untuk korg)

~menu & harga = berbaloi²~

Dari segi rasa makanan tu pulak,
mengikutkan rasa tekak aku ni,
sedap lah juga kat Senawang tu.
memang puas hati la kalau nak ajak repeat sekali lagi pon mmg OK aje.
hehehe..

~macam ni lah dia serve, dalam dulang besar untuk 5orang~

Ruang makan terbahagi kepada 2.
bersila & duduk atas kerusi kayu.
ayam yang besar serta size nasi yang panjang buat aku cepat kenyang.
(tangki perut aku kecik je..sebab tu aku kurus.. ahakkks!!)
tapi dek kerana sos dia tu sangat sedap,
so aku ratah je ayam dia sampai licin.
huhuhu.

Officemate aku yang duduk di senawang cakap,
next time kena try "Lazeez Nasi Arab pulak.
Restoren berdekatan balai polis Senawang.
lagi sedap katanya.
hurmm..
tunggu lain kali bila ke Senawang lagi ye!!




6 comments:

  1. mak aihh die serve lam dulang gitu untuk sorang ek..kompem la kena kongsi 3 org klu aku mkn neh..hehehe

    dapp ek..aku tk menah lagik terai

    ReplyDelete
  2. 1 dulang tu utk set ramai. satu dulang aritu utk 5 orang

    ReplyDelete
  3. owhh tkejut aku..ingt 1dulang sorang..hahahaha

    ReplyDelete
  4. hahahha tp kan mel aritu kitorg order 1 dulang utk 5 org pon aku rasa boleh mkn utk 7 org.. serius.

    ReplyDelete
  5. ritue mase farewell dorang order nasi arab , min tak berapo gemor ngeh

    ReplyDelete
  6. Myn nasi putih pon xbrp nk gemar inikan nasi arab b-(

    ReplyDelete

Labels