Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2011

Istighfar

Istighfar (meminta ampun) dan taubat



Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:



Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

Astaghfirullah rabbal baraya
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafia
Wawaffiqli amalan maqbula
Wawa habli rizqan wa-sia
Watub alaiya taubatan nasuha.

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

7 comments:

  1. istighfar...
    istighfar...
    aku klu istighfar, rase sayuu jee...
    huk huk huk

    ReplyDelete
  2. cuba masuk sini..
    http://lihubbillah.blogspot.com/2011/12/di-mana-dia-di-hatiku.html
    xsempat bc xpe dgr lagu je..

    ReplyDelete
  3. Amalan yang dituntut..sentiasa istighfar insyaallah segala urusan kita dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. download zikir2 yang ada...
    sometimes time buat keje, dengar zikir dari lagu sekarang yang dah la tak best, tahpehapa...
    tiga kata? cinta muka buku? haih...ntalaa

    ReplyDelete
  5. Aya : betol betol betol

    chiku : Aku tgh layan selawat siti. suara dia buat nak nanges. uhukk..

    ReplyDelete
  6. er...aku lagi suka layan selawat ustaz2 yang betul ustaz. sebab bila dgr selawat siti ni, aku rasa mcm dia ni hipokrit pula.. sebab kalau masih mahu menjadi penghibur dan belum boleh cover diri [contoh wardina], better jangan nak 'begitu' sgt... cmana tah nk xplen. harap ko paham. itu pada aku lah kan...huhu

    ReplyDelete
  7. hahah paham paham..
    aku mmg xminat siti.

    aku dengar sebab selawat tu je.
    suara dia mengalunkan selawat tu yang buat aku tersentuh bkn sbb dia. tp sebab aku kenangankan andai Rasuluallah masih ada sekarang ni.

    ReplyDelete

Labels