Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 07, 2011

Motor


Pakai helmet.
fasten your seat belt!!..
start enjin...
Vroomm.. vroommm.. vrommmmmmmmmm...

Hah jangan cakap aku tipu eh. siapa kata naik motor tak payah fasten seat belt. Ada tau!!! Tapi untuk yang duduk di seat pembonceng je la. Dia peluk kat pinggang yang bawa motor.

Tiap hari aku n incik Nizam pergi kerja dengan motor. Motor incik Nizam tak ada la besar sangat. Biasa je. Belakang motor ada rack untuk letak box. Aku yang suruh letak box sebab senang nak simpan handbag bila naik motor. Risaulah takot kalau pegang nanti kena ragut. Tak pasal je. Buat apa cari penyakitkan. Lagi satu box tu bolehlah dibuat tempat aku bersandar dan menghalang aku dari tercicir di belakang (hehehe macam kurus sesangat je aku sampai boleh melayangkann)

Bukannya kami tak ada kereta. Ada. Tapi kami sangat selesa bergerak dengan motor. Dalam keadaan Kolumpo yang makin hectic dengan kereta diatas jalan raya sekarang ni. Tiap pagi & petang jem tak henti². Lelagi hari Jumaat. perghhh.. memasing dah tak sabar nak bercuti on weekend. Semua dok pakat nak balik on time. Kena pulak hari hujan .. hujan sikit pon dah jem teruk apatah kalau hujan yang sangat lebat. Selagi ada ruang semua nak masuk semua nak potong. Motor pon tak boleh nak nyelit. Rimas betol. Sesak sangat²nya. Time² ni lah kepakaran sebagai seorang penunggang motor sangat² diperlukan.

Bercerita pasal incik Nizam menunggang motor ni. Aku nak puji la sikit. Bukan puji sebab dia suami aku tau. Ni ikhlas ni puji sebab dia ni banyak motor tak ada la cam "pelesit" tak ada la kerja nak merempit tak tentu hala. Berani ah buat gitu kalo aku ada. huh!!!!.. Incik Nizam bawak motor secara berhemah orangnya tapi ada kali berkhemah pon ia. Kekadang dia nak cepat, dok potong & cilok sana sini aku hangen gak dok kat belakang.Tapi tak ada la teruk sangat dia bawak. Kalau teruk memang aku tak berani nak naik dengan dia dah. Aku rela naik LRT je. hehe

Pada aku motor ni adalah kenderaan yang sangat menyenangkan. Nak banding dengan kereta. Entahlah mungkin sebab aku tak ada kereta sendiri. Dan aku bukan jenis peduli sangat nak ada kereta. Aku dah terbiasa naik public transport. So bila dapat naik motor ke pejabat pon dah rasa syukur Alhamdulillah.

Kalau naik motor, confirm²lah tak payah keluar awal macam orang yang naik kereta. Tak perlu juga la menghabiskan minyak dan masa sebab stuck dalam jem tiap pagi dan petang. Bila jalan sesak teruk, motor masih boleh menyelit di celahan ruang yang ada. Tak pon lalu ikut laluan motor yang disediakan. Tak payah bayar duit tol.

Kalau HUJAN?? Apa nak susah baju hujan kan ada. Sarung je la. Segalanya menjadi mudah dengan motor!! Ada sekali tu, kami baru lepas makan dekat Kg Baru, lalu la kot sebelah UKM nak ke arah jalan Monorail Chow Kit tu, masa tu jalan sempit dan kereta pulak banyak. Ada seorang mamat ni bawak kereta, dia nampak incik Nizam cuba nak menyelit, dia tutup side mirror kereta dia untuk bagi ruang kami nak lalu. Sungguh bijak dan baik sekali mamat tu.

Tapi walau macam mana mudah pon, hati aku tetap gak ada kegusaran. Gusar kalau tiba² motor rosak ditengah jalan. Kalau accident lagilah aku risau. Tapi Alhamdulillah, sepanjang aku naik motor dengan suami aku , ada 3 kali je kot hampir² nak dilanggar dan terlanggar. Tapi hampir²lah. Masa tu aku jerit dah tak henggat apa dah. Kaki terangkat sampai kasut cicir kat belakang. hehehe.. (eh gelak lak..seram kot masa tu). Dan aku respek habis kat penunggang² motor yang sangat prihatin bila lihat penunggang lain xcident diorang berhenti dan tolong. Bagus betol.

Seperkara yang aku tak tahan dengan motor ni bila kami bergerak kesatu tempat yang luar dari KL. Seperti Shah Alam dan Gombak dari rumah kami di Cheras. Sakit doh bontot.. Ada la beberapa kali aku terpaksa bangun dari motor ketika motor sedang bergerak. Sebab rasa sakit di bontot. kehkehkehkeh.. kematu bontot i.

Bila dengar cerita orang lain naik motor accident memang sangat seram. Aku n incik Nizam mengamalkan baca doa naik kenderaan setiap kali kami nak berjalan baik menggunakan motor atau kereta. Then tak lupa baca ayat "Bismillahi lazi..." 3kali tiap pagi dan tiap petang. Moga perjalanan kami dilindungi oleh Allah yang Maha Esa.

The best thing naik motor ni ialah sebab dapat peluk incik Nizam dari belakang dengan kuat. Auw.. syoknya!!! Yang bestnya tu dapat peluk rapat² sampai senak perut suami aku tu. Hahahahaha.. tapi bila dalam mood merajuk or marah, sorry la nak peluk.. aku rela letak tangan kat belakang dekat box rack motor suami aku tu.. muahahahaha..dan dapat angkat bontot dan kentut dengan slumbernya tanpa rasa gusar orang lain akan tercium. heheh kalau naik kereta confirm tak dapek de.. bila naik kereta sorang² pon kena bukak tingkap kan. Hahahahahaha..

Korang² mesti ada pengalaman kan naik motor. Dan pasti ada juga yang pandai bawak motor. Aku tak pandai. Tak ada lesen pon. Ada lesen kereta pon dok simpan elok dalan purse n renew je. huahuahuahuahua..

13 comments:

  1. haaa aku sokong mmg SENANG klu g keja ulang alik naik moto nieh..mmg aku sekarang pegi keja, balik keja naik moto dgn laki aku...melainkan dia keja petang balik tpkase naik putra..klu ko nak tau time aku pgnent pon redah jugak naik moto w'pon org kata bahaya..tp semua atas kita sendiri beringat!!..alhamdulilah syukur time pgnent sehingga bersalin dipermudahkan.. klu ko aku ada lesen moto..zaman bujang aku nieh mmg minah rempit hahahaha...minat rempit sopan gituz cewahh..dan aku jgk penah xcident..MC 2bln dok umh..tp xserik naik lg krn itula transport aku mmg pegi balik keja..bila dah khwin laki aku xkasik tbh2 kat k.l bhya ppuan naik moto..

    ReplyDelete
  2. sejak aku eksiden dulu dengan cik biras, rasa dah seriau nak naek moto
    hisshh..aku selalu terbayang kan keadaan tu.
    macam2 pikir. kalau lah masa tu, masa aku dah tertiarap atas motor tu, kereta langgar aku.
    macam mana aryan? macam mana laki aku? macam mana mak bapak aku? famiy aku kt jb? tak sempat jumpa
    :( seriau beb
    tapi aku doakan semua orang yang menunggang motosikal selamat sampai ke destinasi nye
    doa banyak2. insyallah tuhan lindung
    aku ari tu x sempat doa kot.. hik hik hik

    ReplyDelete
  3. aya..

    ko ade lesen eh cam icha.. wahh jeles nya aku.. best kan.. sng pon sng. cpt je sampai rumahh. hehe.. aku suka tgk pompuan bwk motor.. heheh

    cha ..

    tu la ko br je kan bonceng motor kat kl ni.. dah kena xcident. sian. iskk seram btl bila igt benda gitu.. aku pon kalo pikir masa kaki aku terangkat ut.. tetiba la keta laju kiri kanan.. mesti skrg dah xdek kaki dah aku.. iskkk ..

    xnk igt dah.

    insyaallah hrp kita semua slmt.

    ReplyDelete
  4. wahahaha... mmg.. merempit mmg menjimatkan minyak! har har har... and part yg buang angin tu yang paling aku setuju. angkat bontot skit je, bg laluan pada angin. nk bunyik ke, nak berbau ke, tak perlu risau. HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  5. hahahha.. kan kannn..
    best giler dpt mereleasekan gas.
    tp kekdg aku segan gak nk angkat bontot..
    bila byk motor kat blkg.. takot dia nmpk perbuatan aku.. kahkahkahkah

    ko masih bwk motor?

    ReplyDelete
  6. aku masih pembawa motor tegar....
    orang suruh aku beli kete. aku nak je tanya orang tu balik, kamu mahu bayarkan bulan2, annual road tax + insurance,maintenance and duit minyak?? kalau mahu, i dont mind...

    ReplyDelete
  7. time single dulu rajin ah merempit ngan adik min, hahahah!

    ReplyDelete
  8. sy penah jadik minah rempit ms study kt skudai dulu...pakai motor honda EX5 class 1,osmate sumer minah skuter!tp sy krg gemar skuter.. :p

    ReplyDelete
  9. chiku : setujuuuuuuuuuuuu.. aku tidak sanggup bila kenang yg itu. xpelah selagi aku dok kl selagi di kl ada public transport aku bertahan!!

    myn : yg xdek lesen tu kan :| .. hahahahhaha.

    zana : wahhh ko terer bwk motor rupanya..apesal aku tatau ni.. motor tu pi mana pulak..

    ReplyDelete
  10. Chemmm...
    Aku gi keje nek keta..
    Laki aku xmo antar aku kt opis.
    Nnti dia masuk keje lewattt

    ReplyDelete
  11. hahhah sbb lain arah ..
    cian..
    aku sbb satu arah. sng banget !!

    ReplyDelete
  12. ade lg motor tue...adik aku pakai gi kj!xsia2 beli ng duit P..P..N..hua3

    tp aku xbrani aa bwk motor kt kl..smlm aku gi TTDI, 2 eksiden dpn mata aku,dua2 moto!:/

    ReplyDelete
  13. skrg ramai dah aku tgk pompuan bwk motor kt kl ni.. mmg diorg sungguh berani kan..

    tu la minggu nimmg aku rasa dah 3 kali dah aku tgk xcident melibatkn motor. ngeri

    ReplyDelete

Labels