Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Selamat tinggal


Selamat tinggal 2011.

Tahun yang penuh dengan keseronokan.
Tahun aku mengenal diri.
Tahun aku sedar yang aku ini sebenarnya insan yang sangat lemah.
30 tahun aku diberi nafas untuk hidup.
Terlalu banyak waktu telah aku sia²kan.
Terlalu banyak perkara yang sia² telah aku lakukan.

Allah telah membuka mata dan hati aku.
Sesuatu perlu aku lakukan untuk kembali kepadaNYA.
Cukuplah 30 tahun yang berlalu telah aku sia²kan.

Aku ingin berubah.
Aku mahu jadi hamba yang diredhai ALLAH s.w.t
Umat Nabi Muhammad S.A.W yang patuh pada ISLAM.
Jadi saudara sesama islam yang sering berkongsi ilmu, saling membantu dan mengingati sesama insan.
Jadi wanita dan isteri yang soleha.

Moga aku masih punya waktu di tahun hadapan dan tahun² yang akan mendatang.
Untuk aku perbaiki diri.

Moga ada kesempatan untuk aku mendapat keredhaan illahi.
Meneruskan kehidupan sebagai seorang mukmin yang sejati.

InsyaAllah.

7 comments:

  1. Amin.... moga kita semua diberi kesempatan itu... Amin ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
  2. harap². dan kesempatan yg diberi kita xkan sia²kan lg seperti dulu. tu je hrpn aku. takot la juga kan Allah dah bg peluang tp ms begitu. haihhh

    ReplyDelete
  3. Amin..semoga dipanjangkan umur, serta kita sama2 mendekatkan diri pada yang esa..

    ReplyDelete
  4. insyallah
    amin

    moge diberi kesempatan
    moge diberi umur yang panjang
    moge diberi kesihatan yang berterusan

    :)

    ReplyDelete
  5. mafia yang solehah eh . aminnnnn

    ReplyDelete

Labels