Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 03, 2012

Anak buah.


Happy new year all.
Permulaan entry di tahun 2012.
Aku nak cerita pasal anak buah aku.
Aku ada 2 je anak buah kalau dari sebelah aku la tak campur dengan sebelah suami aku.

Seorang lelaki seorang perempuan.
Kedua-duanya anak akak aku.
Merupakan cucu pertama mak aku.
Cicit pertama opah aku (sebelah mak aku)
Mereka ini bila waktu mak dan abah mereka kerja,
Mereka di jaga oleh mak aku.

Walaupon anak buah aku ini hanya 2 orang sahaja.
Perangai mereka ini kadang kala macam 20 orang punya perangai.
Riuh, nakal, bijak, petah dan kadang kala meletihkan.

Baik yang abang atau yang adik,
masing² suka bertanya.
suka bermain.
suka melawan.
suka bergadoh.
suka dengki sesama mereka.
suka mengamok.

Sebab tu aku kata perangai 2 orang ni mengalahkan 20 orang kanak² je.
Tak larat dah kami² nak marah, nak tegur, nak mengamok dengan diorang.
diorang ni memang jenis tak makan saman (memang la kan sebab diorang makan nasi je) .

Tapi kadang kala,
mereka ini memang sangat menghiburkan.
Bijak berkata².
Bijak membuat permintaan.
Bijak untuk memahami.
Sukar untuk di kelentong.
huhuhuhu..

Dulu masa mereka kecil dan aku ketika itu belum berkahwin.
Aku kerap memarahi mereka.
Apa je aku tak pernah buat.
Hentak hanger di pintu (nak pukul direct takot pula)
Tarik si abang bawak masuk bilik air untuk dimandikan sebab menangis tak henti.
Cubit mereka.
Masukan cili ke mulut mereka.
Semua aku pernah buat.

Sampai dapat gelaran 'MAK LANG SINGA'
hahahahaha..

Tapi itu dulu.
sekarang ni yang abang dah nak masuk darjah tiga.
adik pula darjah satu.
kedua²nya bijak.
sejak aku dah kahwin ni,
bila aku jenguk rumah mak aku,
mereka mesti tak bagi aku balik sampai la mereka dulu yang balik.
ada je yang mereka minta dari aku.
ajak main congkak la.
main gameboy la.
main monapoli la.
main gasing la.
ajak bercerita la.
soal itu soal ini la.
hehehe..
letihhhh nak layan.
tak henti².

Kadang kala bila dah sampai Sentul.
Memang aku tak sempat nak layan suami aku.
Pandai² la bawa diri di rumah mak aku tu.
Aku pulak asyik bermain² dengan anak buah aku tu.
Siap dia panggil kawan dia yang tak reti main gasing untuk belajar dengan aku.
Lepas tu mintak aku cerita pasal kisah hantu.
diorang bagi aku pinjam gameboy diorang suruh aku main game MARIO sampai berjaya.
adoiiii..
siap suruh bawak balik rumah pulak tu.

Semalam,
aku tegur anak buah aku yang lelaki tu.
dia sekarang ni dah start solat.
Abah dia yang suruh..
baguslah anak ni kena suruh solat start dari umur 7 tahunkan.
tak suruh puasa tak apa.
tapi kena belajar solat dulu.
tu lagi penting.

So aku peratikan la anak buah aku ni solat.
Tak sampai 2minit pon.
Dah selesai.

Aku pon cakap lah ;
iki, solat apa laju sangat ni, tau tak maghrib berapa rakaat?

iki solat 3 rakaat. betol lah kan mak lang? Doa Iftitah tak baca pon tak apa kan tu sunat kan?

Ahah betol la tu. tapi kenapa laju sangat. Mana ada orang solat sekejap mcam tu.
Bacaan kena betol tajwidnya. Kalau salah berdosa tau.

Ye ke Mak Lang. Tapi iki tengok acik muni (adik aku) tu cepat juga solat.

Tak boleh la cepat². Solat kena tertib.

Tak lama lepas tu,
adik aku yang bongsu pulak masuk bilik dan solat.
Sesudah adik aku solat, aku yang ketika itu sedang mengaji terdengar suara anak buah aku tu bercakap dengan adik aku tu;

Acu, kenapa acu solat cepat sangat. Nanti tajwid acu tak betol tau tak? Nanti solat tak sah.

Hah hamek kau.
Aku baru je kejap tu ajar dia,
Dia dah ajar acu dia pulak.
ekekekeke..

Ni la perangai budak² zaman sekarang.
Cepat tangkap, cepat paham, cepat belajar.

Pada aku,
ibu bapa zaman sekarang ni memang elok sangat la nak ajar budak² tentang islam dari kecil.
Perangai ibu bapa pulak kena elok dan tunjuk tauladan yang baik depan anak².
Sebab ibu bapa tu akan mempengaruhi sifat anak² itu bila besar nanti.
Betol tak?

Aku belum ada anak.
Tak boleh nak imagine nanti macam mana aku bila ada anak.
Walaupon aku dan suami bukan dari golongan yang sempurna islamnya.
Aku berharap dapat didik anak jadi insan yang soleh/soleha.

InsyaAllah.

14 comments:

  1. NGeeee maklang garangnyer..
    sampai masukkan cili kat mulut..
    hehehe budak2 weii mcm2 kerenah..
    yang petah bcakap lagi penat nak melayan..
    anak aku yg 1st skrg byk bertanya kdg letih mau
    jawap, tapi bila pikirkan anak nk mbesar layan jugak!! bab agama mmg aku setuju!! mmg dr skrg kena beri asuhan didikan agama, budak2 skrg cepat belajar, itu sebab laki aku lebih suka
    htr anak taska islam, biarla didikan agama yang diterapkan dlu..

    ReplyDelete
  2. haha garangkan.
    eh masa aku kecil aku pernah gak kena.
    so ni turun temurun, tp aku xdek la masuk terus dlm mulut. acu dpn mulut je. sbb diorg ni dok kl ckp mencarut memcm tu yg geram tu.

    aha tu la byk tanya sampai mls nk layan kan.. hehehe

    ank buah aku dedua pon masuk tadika islam. walaupon aku tgk skrg ni ramai suka masukn smart reader la kumon la.. dah la mhl. masuk tadika islam kn bagus.

    biar dr kecik dah tau psl islam. ni kecik² antar sekolah omputih sekolah cina. eehehehe..

    ReplyDelete
  3. mak aihhh garangnye ko shem
    aku ingt aku je maksu yang garang..ko lagi dasat
    siap masukan cili tuh..adoiyoii..
    seriau aku dapat maklang camnih..hahahaha

    ReplyDelete
  4. mels : bkn masuk la.. xsampai hati aku weh.. aku sua je.. hehehe.. geram sgt asyik ckp babi la bodoh la.. bljr dr kwn²

    ReplyDelete
  5. budak2 skrg mmg cepat ngikot la kak.laju jekk. nak2 kalo kite ngajar yg burok.lagik pantas die folo kan.huhu.

    anak buah kakde ade 8 org.bygkan kalo time cuti skolah dorg kumpol cane?ari tuh cuti skola yg besar2 sume balik.mmg runtuh la btgkali tuh.
    main2 jerit2.mkn satu ari 50kali.hehe.tp bile time mgrib ibu jerit suh sume ngaji.hahaha.diam teros sume.ibu ajar ngaji.
    yg sorg tuh lelaki br drjah 2 taon neh da bace quran.die paling pandai ngaji.terang ati.walao lidah pendek.hahaha.ibu ajar ape sume bole masok.cepat.ajar hukum2 tajwid pon cepat die tgkap.kakde pon xhebat mcm die.byk lupe da.hehehe.

    act kak,best sbnar nyer lyn bebudak.tp jgn bg dorg besar laaaa.takat tuh jekk.da besar nnti sume kuat mlwan.hihihi.

    ReplyDelete
  6. boring laaa
    aku dh follow kau pon
    tapi ttp tak dpt update kau
    aku sorang je ke?
    org lain dpt tak ek?
    tu yg kdg2 aku tertinggal new entry kau
    huhuh

    ape pon
    sebenarnya letih siot ank buah ramai
    aku ade 40org ank buah
    (ramai juga yg dah besar)
    7 org cucu saudara
    hadooiiihhhhhhhh
    malas nak cerita
    bayangkan je laaaa...
    ahahhahahahahah

    ReplyDelete
  7. kak cedot.aku pon xdpt folo laaaaa.

    ReplyDelete
  8. Kak de : wahh dah pandai baca al quran.. Alhamdulillah. tu la bila diorg dah bsr jd risau.. pikir apa la nasib diorg nanti. apa la jd diorg nanti. riso jebak benda tak elok je..


    cha : hahahah 40 mcm zam.. aku kawen dgn zam tetiba dah kena panggil wan.. hahahah.. bila jumpa aku jd pening nk igt nama.. tp mmg xingat punya lah lelagi yg tiri² kan arwah ayah zam kawen 4. hikhikhikhik..

    ReplyDelete
  9. nanti min aja intan, name auntie nie shikin, name manja dia singa. up to u to call auntie shikin or auntie singa . bleh centu? :))

    ReplyDelete
  10. dussssssssssssshhhhhh b-(
    kalo intan panggil gitu kin xlayan hoke .
    hahahahahha

    ReplyDelete
  11. huahuahuahuaa...
    aku pun mak sedara yang garang jugak. budak2 tu semua kata aku garang. tapi nak main, main ngn aku jugak. choii... mungkin aku garang dan penyanyang. samalah kita shem.. kuikuikui

    ReplyDelete
  12. chi : ye saya garang .. :P

    chuki : calit calit calit.. hahahahha.. kan kan kita garang dpn je dlm hati punya sifat penyayang. hehe

    ReplyDelete
  13. hehe..saya pun mak sedare yg garang..siap nak campak kat tingkap sbb melawan ckp opah pastu ckp mcm2..haha

    nasiblah amir dan amirah dapat ibu dan abah yg garang..huhuhu...

    betoi2..kena start dr sekarang ni..aish...cabaran didik anak sekarang pun banyak..maklumlah..macam2 ada kat TV, internet, iklah sekarang ni..moga2 kita mampu bentuk diorang ikut acuan yg betul...

    ReplyDelete

Labels