Aku jeles dengan mereka² yang sekarang ni sedang mengandung .. sedang tunggu detik² kelahiran suatu nyawa baru, yang tak tahu lagi bagaimana rupanya. macam si Aya tu.. Aku teringin juga. Jeles dowh!.
Aku jeles dengan kehidupan kawan² aku yang sangat mencabar yang sangat menyeronokkan. Macam si chiku tu dapat menyelam pulau sana sini. Aku teringin sangat. Jeles dowh!.
Aku jeles juga pada orang yang mampu beli dan memiliki benda² yang besar yang kena pakai banyak duit. Macam si Chi tu.. ada rumah besar n keta AUDI besar. Aku nak juga. Jeles dowh!
Aku jeles dengan kehidupan si Myn tu duk luar negara. Dapat lahir baby comeii giler. Aku rasa best je. Jeles dowh!.
Aku jeles dengan orang yang dapat bonus berbulan² macam icHa. Perghh kalau la aku dapat macam tu. Jeles dowh!.
Aku jeles dengan orang yang berbisnes sana sini jual hasil kerja sendiri. macam si Zana tu.. pandai benor buat kek la apam la. Aku nak belajar gak. Jeles dowh.
Perasaan jeles ni kalau di layan memang makan dalammm beb. Hahahaha.. bila terdetik semua ni, aku cepat² buang jauh². Aku sedar aku ni hanyalah seumpama semut kecil aja. Yang dilahirkan ke bumi ini hidup penuh kesederhanaan. Aku syukur!. Syukur sangat.
Tiap kali terdetik rasa iri hati dan sedih lihat rezeki orang lain yang sangatlah nikmatnya. Aku cepat² ingatkan diri aku, Mereka itu barangkali pernah merasa susah hidupnya lalu Allah kurniakan rezeki sebegitu. Mereka itu barangkali lebih baik dari aku, lalu Allah kurniakan rezeki sebegitu.
Sewaktu umur 3 bulan dalam perut seorang ibu, Allah telah catitkan rezeki kita banyak mana,umur kita panjang mana, dan siapa jodoh kita. Semuanya dah Allah tentukan. Ada perkara mungkin mampu kita ubah atas usaha kita sendiri.. tapi ada perkara yang sememangnya berada diluar kawalan kita yang tak mampu kita lakukan dengan sendiri.
Aku sering mohon pada Allah moga sentiasa jadikan aku ini seorang yang bersyukur. Setiap yang Allah beri, aku terima dengan sepenuh hati atas keyakinan bahawa ini yang terbaek untuk aku. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaek untuk kita kan. Tak perlu kita simpan rasa irihati sampai memakan diri. Sampai hilang perasaan untuk bersyukur dengan setiap yang kita miliki.
Bila kenang² balik dalam pada aku dok terdetik rasa jeles dengan kehidupan orang lain, barang kali orang lain mungkin ada perasaan sama terhadap kehidupan aku kan.
Allah beri rezeki pada kita berbeza cara. Tiada yang dapat lebih, tiada yang dapat kurang. Kerana ALLAH ITU MAHA ADIL. Cuma cepat atau lambat je kita memang tak akan tahu.
Moga kita terus dikurniakan rasa bersyukur terhadap semua yang kita miliki dulu kini dan selamanya.
Aku nak petik satu ayat ni dari buku kelas Tafsir aku (Memesan Kursi Tertinggi Di Syurga;Dr. Muhammad Bin Ibrahim An-Nu'aim) ;
"Adapun bagi orang fakir, maka Allah tidak menghalanginya untuk memperoleh pahala seperti ini bilamana ia berniat dan berangan-angan dengan jujur ; seandainya ia kaya seperti fulan, maka ia akan beramal sepertinya. Maka, ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang kaya itu " Segala puji hanya bagi Allah.
maknanya; kalau kita lihat seorang yang kaya mendermakan hartanya ke anak yatim, fakir miskin, membina masjid, bersedekah dan sentiasa belanja orang makan, kita teringin nak buat macam tu nak pahala macam tu, tapi kita tak ada duit sebanyak orang kaya tu. Maka, kita niatkan aje kalau suatu hari nanti kita kaya, kita nak buat kebajikan macam orang kaya tersebut, insyaAllah kita akan dapat pahala macam tu.
baikkan ALLAH.
" Verily, along with every hardship is relief, (5) Verily, along with hardship is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs) (6) So when you have finished (your occupation), devote yourself for Allâh's worship. (7) And to your Lord (Alone) turn (all your) intentions and hopes. (8) " Surah Ash Sharh(94):Ayat 5-8
Thursday, May 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Advertising
(1)
event
(9)
Family
(4)
Holiday
(16)
Info
(16)
Info Program
(7)
jalan² cari makan
(6)
jalan² cari pasal
(1)
luahan
(2)
My life
(1)
my love
(1)
News
(3)
ntahpape
(12)
Petua
(1)
Ramadhan
(1)
Renungan
(9)
Sahabat
(1)
Wishes
(3)

setelah ko senaraikan kejelesan2 ko di atas itu, aku pun turut jeles sekali.
ReplyDeleteMana gambar baby Myn? nk tengokkkkk....
masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing yang dah ditetapkan Allah. aku jugak ada kekurangan yang banyak. Ko ada Galaxy Note. aku takdek. ko dah ada suami yang dpt kongsi rasa kasih sayang secara halal. aku takde. apatah lagi nak memproses and nak membayangkan kemengandungan baby dalam perut.
Namun kita jangan lupa bersyukur atas setiap nikmat Allah yang kita dapat, tapi ada orang tak dapat. contoh paling dekat adalah pandangan mata yang masih dapat melihat dengan baik..
ehh~~~ yg ko p jalan2 Sabah dgn husband tu, ingat aku tak jeles ke???
ALhamdulillah...
ReplyDeleteTp aku jeles jugakkk.
1)Ng ko sbb ko pakai Note!Aku pakai cokia2 jerk..daa patah pon pulun lgk...uwaaaaa
2)AKu jeles ng ko sbb ko keje...aku xkeje...wat bisnes ni penat Shem...xmenentu masuknya...ko every month compem dah...
3)Aku jeles gak ng Chi...umh bsr,keta mhl!hahaa
4)Jeles gak ng Myn..dok oversea...huhuuu
5)Jeles gakk ng Icha...sbb aku mmg xknan dpt bonus..hua3
TP tetap Alhamdulillah dengan ape yg telah dikurniakan ..Dan sama2 laa kita terus berusaha yerk Shem...
Semoga ko akan dapat ape yg diidamkan itu..Amin!
chiku : la ko ni .. tu tgk list sblh ni.. ade list fren aku tu.. cr emylicious .. min ah tuuuu igtkan ko da tauuu ishk!!
ReplyDeletezana : jom berusaha lg !! chaiyork!! hahaha
ye ye aku tau korg pon jeles kat aku .. pdhal xseberapa pon.. tp tu la kita ni selalu nmpk yg org punya je kan jrg tgk sendiri punya. Padahal Allah dah bg macam².
Ayuh teruskan hidup dgn rezeki yg Allah dah beri ni.. tanpa perlu memikirkn sgt perkara² yg mampu buat kita hilang rasa bersyukur!!
kenapa komen tak boleh Like? hahahaha
ReplyDeletehi Myn~~~ igt pitt tak? hahaha
komen xleh entry bolehh hehehe ntah blog ni..
ReplyDeletehahaha dia igt punya ko pi je jenguk blog dia tu.. gmbr anak dia byk comeiiiiiiii sgt
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteheh apekah ?? b-(
ReplyDeletepesal min baru perasan entry nie hahahha! jeles itu hanye lah perasaan sebenarnye ..eceh berfalsampah lak
hi pitttt !!!
p/s : blogger bingai sebab asik post commet 2x