Countdown

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 17, 2012

Updates - Appointment with doctor

Salam.
Since aku dah lama tak update pasal penyakit dan appointment² aku dengan doctor, so hari ni aku nak sambung la sikit.

Thyroid;
Perkembangan terkini pasal thyroid aku ni, aku tak leh nak sahkan pape. Tak boleh nak bagitahu korang macam mana keadaan thyroid aku sekarang ni sebabnya last appointment aku hari tu (bulan May) aku berjumpa dengan seorang doktor pakar untuk dia review dan sahkan sama ada rawatan yang aku terima sebelum ni sesuai ke tidak dengan aku base on result terkini aku tu.

Doktor pakar yang aku jumpa kali ni seorang doktor lelaki yang dah berumur sikit. Baik juga orangnya. Doktor² kat klinik tu memang semua baik²lah. Seronok betol aku rasa. Sangat prihatin ok ! Ada setengah aku jumpa doktor sebelum ni memacam perangai. Ada tu nak tak nak je layan pesakit. Tapi kat klinik ni memang best! aku bagi A untuk service doktor dia. hehehe..

Doktor cakap hasil ubat yang aku makan berkesan ke atas badan dan hormon aku. Alhamdulillah. Syukur kepada Yang Maha Esa. So doktor tu suruh aku proceed dengan ubat tersebut dan datang untuk test darah lagi 4bulan kemudian. Yakni bulan 7 ni. So buat masa ni aku tak sure apa yang terjadi di kelenjar thyroid aku ni. But really hope yang keadaan tak makin teruk. Sebab sejak doktor kata jumpa 4 bulan lagi tu, aku jadi seorang yang pelupa nak makan ubat ikut masa. Adehhhhhh... memain eh!!

Fertility;
Asalnya akukan memula pergi buat ujian darah tu sebenarnya sebab nak tengok keadaan badan aku sihat ke tak yelah nak check kot² ada sesuatu dari tubuh badan aku yang MUNGKIN menyebabkan aku susah pregnant. Tup tup dari hasil ujian darah yang pertama tu aku disahkan HyperThyroid. huuhuhu.. Tu yang terus buat treatment thyroid tu.

At the same time doktor yang rawat aku setkan appointment aku and husband untuk jumpa gynea. Untuk cek pula status tahap kesuburan kami berdua.

Pada yang biasa berurusan dengan gynea rasanya paham kot , nak buat appointment dengan doktor gynea ni ambil masa sikit sebab diorang ramai sangat pesakit. Sudahnya sebulan lepas set appointment baru dapat jumpa doktor gynea tu.

Aku n husband story mory la apa masalah kami. Doctor scan perut aku untuk tengok rahim. Alhamdulillah doktor kata rahim aku cantik je terletak ditempatnya. Tiada apa² yang mencurigakan. Kemudian, aku cerita pasal thyroid aku pasal flow period aku yang normal eventho aku adalah seorang hyperthyroid. So doktor kata since latest result masa tu hormon thyroid aku undercontrol and flow period aku tak terjejas pon, Doktor cakap, reason kenapa aku belum pregnant lagi  may be sebab thyroid tu juga or may b sebab belum rezeki Allah nak bagi kami anak lagi. Pastu doktor kata kami nampak muda dan sihat .. Dia cakap jangan khuatir, masih ada masa insyaAllah. Cuma mungkin belum rezeki.

Doktor suggest untuk kami buat ujian kesuburan dulu. Husband aku kena buat sperma analysis di lab hospital. Dia kena berpuasa dari berhubungan kelamin dengan aku selama 3 hari untuk check kualiti 'telur' yang dihasilkan. Dan untuk aku pula, aku kena buat ujian darah pada hari ke 21 bermula dari hari pertama aku period pada bulan tersebut. Untuk tengok aku punya telur ovum ketika waktu subur.

Ni aku nak cerita sikit.. hehehe maaf kalau ada tak suka baca. Aku just nak share je. Anggap ianya as info ok. Actually mula² masa doktor suruh husband aku buat sperm analysis tu, tak terpikir langsung la di kepala hotak aku ni macam manakah caranya nak buat ujian tu. Sampailah incik Zam tanya aku, macam mana eh dia kena buat nanti. Masa tulah baru aku cam terpikir.. aah eh cana tu nak buat tu. Nak dapatkan telur suami aku untuk diujikaji.

Masuk je office on the next day, aku cari sorang kakak ni. Akak ni dah 10 tahun kahwin tak ada rezeki anak lagi, one of the reason sebab dia ada ketumbuhan dalam perut. Tapi dia selalu buat treatment, So, alhamdulillah actually boleh je pregnant. Cumanya depends on kuasa ALLAH la. Sampai sekarang masih belum ada rezeki. Aku jumpa dia sebab nak tanya pengalaman dia n hsuband dia. Husband dia mesti pernah buat ujian sama, rasa aku la. hehehe..

Alhamdulillah, betul 'rasa' aku tu. So aku tanya akak tu, cane eh doktor buat. Akak tu cakap la ada 3 cara. Satu suami kita masuk dalam bilik khas dan diberi video 18sx, tonton dah menang!. Eh.. haahah bukannn.. tonton dan naikan nafsu syahwat sendiri. Kalau tak boleh video, boleh try majalah pula. Kalau tak boleh gak buat sendiri sampai keluar air mani diorang. haaaaaaa... hamek ko.

Cuba korang pikir eh, kalaulah suami korang tu jenis yang alim warak, kena buat ujian macam ni, tak ke naya. Suami aku yang biasa² tu pon tak nak tengok video dan majalah tu. Buat dosa je. Darurat?! .. k'mon la.. kan ada alternatif lain kan. huhuhu.. apa yang suami aku buat? Oh sorry tak leh cite.. heheheheh tak payah tau yang tu.

Lepas sebulan berlalu, kami dipanggil untuk jumpa doktor untuk dengar penjelasan doktor tentang hasil ujian kami tu. Masa sebelum nak pergi jumpa doktor tu, aku ada sikit rasa takot. Takot antara kami ada yang mengalami masalah dalaman. Takot dek kerana masalah tu kami tunding jari antara satu sama lain. eeee takot la tak leh cite.. memacam pikir.

Alhamdulillah, lega sangat² bila dengar yang kami berdua subur, kualiti kedua² telur bagus. Tiada masalah yang serius. Fuhhhh!!!.. lega sesangat. Terima kasih Allah dengar doa kami. Yelah kadang² benda² macam ni kalau pasangan tak kuat boleh jadi punca pergaduhankan. Risau beb!

Then doktor suggest kami proceed with treatment. Aku kena makan 3jenis ubat kesuburan, Suami aku kena makan vitamin. Untuk mantopkan lagi telur² kami. hauhauhauahua.. eh serius la apesal gelak?! ..

Isunya sekarang.... aku dan suami kena pikir betol².. nak buat treatment sekarang atau bila? Ada beberapa perkara yang bermain dipikiran kami. Satunya sama ada nak tunggu result thyroid aku bulan 7 ni. Sebab kalau thyroid aku makin teruk balik aku berada dalam peringkat bahaya. Kalau result ok, aku selamat dari hidup bertemankan ubat dan operation je. Satu lagi ialah aku baru je book tiket ke Vietnam tahun dpn bulan 5. Kalau pregnant maknanya tiket burn!. huhuhuhuhu.. aaaaaaa.. (no komen eh!)

*gila babas panjangnya karangan. dulu waktu cikgu sekolah suruh buat karangan sampai 500 patah perkataan aku marah cikgu dalam hati cakap cane nak buat panjang sangat ni. hahahahaha.. Buat dosa je kan.. Sekarang dah terbukti berjaya!.. (cuma karangan yang sekarang tak perlu tulis berapa patah perkataan. hahahahahah) TERIMA KASIH CIKGU² ku !!!*




10 comments:

  1. Alhamdulillah...dua2 subur... yelah, kalau tak takut juga bila apa-apa hal gado mula start TERungkit ke kan...mintak dijauhkan dari perkara macam tu....

    insya-Allah..mungkin belum rezeki lagi tu... banyak-banayk bersabar ye. mungkin kita pregnant sama time nanti mana tau... hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...kelaka part kene test sperm tu

    ReplyDelete
  3. chiku: aah eh... sapa tauuu... hehehehehe tungguuuu tks neway. ;)

    sgt release ni.

    myn : owhhh yg tu mesti concentrate min baca kan .. hahahahaha.. nsb ah pompuan xkena sampai camtu kan.. hadoiii

    ReplyDelete
  4. Shem..xpe,Vietnam bole pi lain kali...ng aku ke..hua3...

    ReplyDelete
  5. fuh shem..
    sabar k..
    hope ko sehat..
    and.. moga ada rezeki..
    tentang satu tu..
    aminnn.. :)

    ReplyDelete
  6. zana : cehhh hahahaha.. kalo xjd pegi aku g dgn ko eh. berehhh

    chi : tks. insyAllah. ameen

    ReplyDelete
  7. kau sempat ekk pikir psl tiket
    siooooooooooooottttt
    hahahahahahhahahahaah

    ape pon..
    cuba je...
    tak kesah pon kan?
    mane tau ade rezeki
    tak cuba tak tau..
    kan kan kan

    ReplyDelete
  8. Bagusnya shem, ko ada suami yg tak berkira nak bekerjasama untuk dua-dua cek tahap kesuburan, utk find out apa masalah.... you are lucky to have one ;)

    ReplyDelete
  9. mochitsuki ; tq

    icha ; hahha musti lahhh!!

    wanie ; Alhamdulillah. mudah sbb kwn kat opis dia pon byk nasihat psl ni.. psl yg kdg² kala xleh slhkn perempuan je.. laki pon kena pegi check to confirm mslh diorg.. so Alhamdulillah dia dgr ckp kwn² dia di opis.

    AKu tau ada suami yg berat...yg egonya tinggi.. ada sorg kwn aku tanya psl check up tu.. aku ckp suruh la suami pergi sekali.. dia ckp suami dia berat.. haiiihhh sian si isteri.

    ReplyDelete

Labels